Bab 9

Romance Completed 10910

Bahagian bahu baju itu nampak kemas apabila bahu yang lebar dan dada yang bidang lelaki itu memenuhi baju itu. Pinggang dan punggung yang lurus seperti papan melengkapkan penampilannya.

Terbuka sahaja pintu feri itu, lelaki itu terus berpaut pada kayu yang diletakkan di situ sebelum meloncat ke permukaan jeti dengan mudah. Juna juga membuat perkara yang sama. Mereka berdua berjalan-jalan ke sekitar jeti itu.

”Juna” panggil lelaki itu tanpa memandang ke Juna sewaktu mereka sedang berjalan. ”Iya Roz” jawab Juna seperti tidak selesa memanggil kepten Roz secara tidak formal.  ”Kau pergi tanya orang sekeliling ada tak orang buat motel yang dekat dengan laut.

Aku tak nak hotel” pesan Roz kepada Juna. Pelancong-pelancong yang letih menunggu ketibaan feri tadi nampaknya berpusu-pusu untuk masuk ke dalam Feri yang membawa Roz dan Juna sebentar tadi.

Keriuhan jeti ini makin bertambah dengan suara pemandu pelancong yang menjerit-jerit meminta pelancongnya tidak bertolak-tolak masuk ke dalam Feri kecil itu. Roz hanya mengikuti Juna melalui tabir matanya yang sedang berbual dengan penjual-penjual di Jeti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience