Bab 8

Romance Completed 10910

Kedua-dua lelaki ini sedang berdiri di tepi tingkap feri kecil ini. Pulau ini antara pulau yang terpencil dengan populasi penduduk yang tidak ramai di Langkawi. Feri kecil menjadi pengangkutan utama di pulau ini.

Feri kecil tidak mempunyai tingkat atas seperti feri besar yang ada di jeti utama. Feri ini akan berulang-alik ke jeti Kuah sebanyak dua kali sahaja iaitu pagi dan petang.

Lelaki yang dipanggil kepten oleh Juna berjalan keluar dari feri itu apabila pintu feri itu dibuka. Kakinya yang panjang berseluar slack hitam melangkah keluar dari pintu Feri itu. Bahunya yang lebar dan dada bidang cuba dikecilkan untuk memuatkan dirinya melalui pintu Feri yang kecil itu.

Baju polo putih berlengan pendek elok tersemat di tubuh lelaki itu. Terdapat jalur berwarna kuning telur menegak di sebelah kanan baju itu. Baju itu nampak sangat bergaya dengan tubuh badan lelaki itu persis model.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience