Bab 67

Romance Completed 10910

”Iya abang belikan nanti. Sumpah tak tipu” Roz membalas mesra. Melihat senyuman gembira gadis ini, Roz hampir merasakan bahagia di segenap tubuh badannya.

”Terima kasih abang Roz. Sayang abang” Maira mengucapkan terima kasih dengan manja sekali. Dia memeluk erat tubuh badan Roz yang kaku dengan aksi itu.

”Adakah ini bahagia yang aku cari selama ini dan disumpah untuk tidak memilikinya” desis di dalam hati Roz. Dia yang kaku dengan pelukan lembut gadis ini lantas membalas pelukan itu. Belakang badan gadis itu diusap-usap dengan telapak tanggannya.

”Aku bersumpah jika pertemuan aku dengan gadis ini adalah peluang kedua aku untuk menebus kembali kesalahan aku yang lepas. Aku akan buat apa-apa sahaja untuk melindunginya” luahan hati Roz di dalam hati.

”Maira mari balik, hari dah nak malam pun” ajak Roz yang mula melepaskan pelukan gadis itu. ”Baik” jawab Maira yang masih gembira dengan berita Roz yang ingin menghadiahkan dia patung Barbie dan baju baru.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience