Bab 75

Romance Completed 10910

Pak cik Ja mungkin dah diberkas pada saat ini” Juna tersenyum puas dengan kejayaan misi ini. Dia sudah tidak sabar untuk kembali ke ibu kota untuk berjumpa dengan keluarga dan kawan-kawannya.

”Semua ini atas jasa baik Maira. Kamu jangan lupa. Kalau tidak dia yang memberi kita maklumat tentang kegiatan pak cik Ja, mungkin kita masih lagi dalam kegelapan untuk mencari dalang sebenarnya” Roz mengingatkan Juna kembali tentang maklumat yang Maira beritahu kepadanya.

”Aisshh.Tak akan la saya lupa jasa Maira kepten. Saya dah peluk dia tadi sebelum sampai ke motel” Juna tergelak-gelak kecil mengingatkan Maira yang comel itu. ”Peluk? amboi sedap kau peluk anak perempuan orang” Roz memarahi Juna cemburu apabila membayangkan lembut tubuh gadis itu di dalam pelukan lelaki lain.

”Ala kepten ni. Saya dah anggap dia macam adik saya dekat kampung. Kepten jangan ingat saya tak tahu yang kepten peluk dia semalam kan?” Juna mmerli sambil mengusik. ”Mana ada. Merepek jer kau ni” Roz pantas menafikannya. Cuping telinganya panas menahan malu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience