Bab 52

Romance Completed 10910

Beg lusuh juga terdampar di situ. Buaian kayu tersangkut teguh di dahan pokok yang melingkar rimbun di tepi pantai. Maira duduk memeluk pehanya dengan mukanya tunduk menyembah lututnya.

Roz menyelinap perlahan untuk duduk di sebelah Maira tanpa ketahuan gadis itu. Selepas beberapa minit Roz berdiam diri di sisi gadis itu, dia dapat merasakan tangisan Maira mula berkurangan sedikit.

“Ini ker tempat rahsia yang Maira nak tunjuk dekat abang Roz haritu?” tanya Roz untuk memecahkan kesunyian di antara mereka. Kepala Maira yang menyembah lutut terus diangkatnya sejurus mendengar suara lelaki itu.

Dia memberikan reaksi terkejut dengan kehadiran lelaki ini. Roz membalas pandangan terkejut Maira dengan senyuman mesra ke atas gadis itu. Maira terpana dengan senyuman manis Roz kepadanya.

Dia tidak pernah mendapat senyuman mesra seperti ini melainkan muka simpati, benci, perlian daripada keluarga, teman dan orang kampung  selama ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience