Bab 62

Romance Completed 10910

”Hummpp..Saya tido berjalan kot, ayah selalu cakap macam itu” teka budak perempuan tersebut sendiri. Punggungnya diangkat lalu ditepuk perlahan untuk membuang rumput yang melekat di situ.

”Kalau macam itu, kita mati bersama-sama. Kita semua banyak membuat kejahatan di dunia ini jadi biar aku yang bawa kamu semua ke syurga dengan jihad mati dengan aku” kata encik Habibi tenang tanpa ada rasa takut.

”Alpha!!!!! cari bom yang ditanam sekitar rumah ini sekarang sekarang” jerit kepten Rahim cemas selepas menyedari taktik encik Habibi. ”Hahahahahaha...Kau tak akan sempat jumpa bom tu sebab aku akan tekan butang ini sekarang dan kita semua akan mati” encik Habibi ternyata puas dengan ugutannya apabila melihat kegentaran di mata kepten itu.

”Ayahhhhhh...Ayahhhhh!!!.Kenapa ni? Siapa semua ni? Kenapa mereka hala pistol dekat ayah? Kenapa...Kenapa....Jangan tembak ayah aku” jerit budak perempuan dengan berlari-lari memukul badan ahli skuad yang lain. Roz muncul di dalam rumah itu tercungap-cungap lantas memeluk budak perempuan itu daripada memukul ahli skuad yang lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience