Bab 13

Romance Completed 10909

”Encik Juna, ni cik Pah yang uruskan motel yang dekat laut macam encik Juna nak. Encik boleh ikut dia la.Papehal boleh tanya dia” lembut suara Leman memberitahu Juna yang berdiri tegak di depannya.

”Marilah encik Juna, kebetulan saya nak balik ke motel ni” ujar cik Pah yang ternyata gembira dengan rezeki ini. ”Kejap, saya ada kawan. Saya pergi panggil dia” jawab Juna terus berlalu memanggil Roz yang duduk di tepi batu leka melihat kawasan jeti ini.

Akhirnya kedua-dua lelaki ini bergerak ke arah cik Pah dan Maira. Juna dan Roz dipersilakan berjalan ke depan di sebelah cik Pah sambil diikuti oleh Maira yang sudah berhenti dengan tangisannya sebentar tadi.

Papan tanda motel Tuba muncul di mata Juna dan Roz selepas lima minit berjalan dengan cik Pah dan Maira. Mereka sudah tidak sabar untuk sampai di motel ini kerana mereka tidak tahan mendengar bebelan cik Pah tentang gosip orang kampungnya.

”Eyh..dah sampai rupanya...ni la motel tuba. Selamat datang” ujar cik Pah ceria selepas ada teman untuk bercerita. Juna tersenyum paksa melihat wajah ceria cik Pah manakala Roz leka melihat kawasan motel itu. Dia sedang memikirkan adakah motel ini strategik dengan misi yang perlu dia jayakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience