Bab 21

Romance Completed 10910

Dia memikirkan kali terakhir dia mempunyai hubungan serius dengan perempuan. ”Gia” ujar Roz perlahan. Percintaannya dengan Gia sekejap dan tidak berjaya kerana gadis itu tidak memahami kesibukkan kerjayanya.

Sejak itu dia tidak mempunyai hubungan dengan wanita lain. Dia banyak juga terima luahan cinta dari teman wanita di pejabatnya yang dia menolak secara baik. Gadis itu yang sibuk menyidai kain itu mula perasan Roz yang sedang memerhatinya dari beranda bilik.

Dia tersenyum gembira menyerlahkan lesung pipit di pipinya. Roz terpana dengan kecantikan senyuman gadis itu yang menusuk dalam sanubarinya. Semakin lama wajah gadis itu datang mendekat ke dirinya. Dia baru tersedar yang gadis itu mendekat ke arahnya.

”Encikkkkk...” ujar ayat pertama gadis itu yang sudah ada di depan matanya. Gadis itu mendongak memanggil Roz yang berada di atas beranda. ”Panggil Roz” ucap Roz mengenalkan diri.

”Encik Roz, lapar tak? dah tengah hari ni” ujar Maira sedikit manja. Dia sebenarnya ingin berbaik dengan Roz dan Juna kerana dia ingin menjadikan mereka sebagai alasan untuk dia dapat keluar dari rumah ini setiap hari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience