Bab 7

Romance Completed 10910

Kawasan jeti pulau itu dipenuhi dengan pelbagai manusia. Ada yang ingin menaiki feri kecil ini untuk ke jeti utama dengan membawa beg bagasi dan beg galas untuk kembali ke dataran dengan diketuai oleh seorang pemandu pelancong.

Mereka berkumpul di satu tempat menunggu feri kecil yang tak sampai-sampai dari tadi. Penghuni pulau ini pula sibuk menjerit-jerit menyuruh pelancong untuk menyinggah melihat aksesori-aksesori kenangan yang dijual oleh mereka.  

Ada juga yang berani menghampiri pelancong dengan membawa kotak ais yang penuh dengan air mineral dan air kotak memandangkan matahari sedang terik di atas kepala.

”Kepten, kita dah sampai” ujar lelaki
berambut panjang paras bahu yang diikat satu. Wajah lelaki itu dilindung dengan topi cap di kepalanya.”Kau lupa arahan aku? Jangan panggil aku kepten dekat sini. Kita tengah ada misi Juna.

Berapa kali aku nak cakap” dengus lelaki ini yang jenuh mengingatkan Juna. ”Baik bos. Maafkan saya” ujar Juna yang tak dapat memaafkan dirinya sendiri apabila ditegur oleh ketuanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience