Bab 29

Romance Completed 10910

Kalau boleh, dia mahu hadkan perjumpaan dia dengan gadis itu. ”Kenapa kepten tak nak jumpa dia sendiri” tanya Juna pelik dengan  arahan bosnya itu. ”Aku nak kau pergi.

Ada masalah ker?” cabar Roz kepada Juna yang seperti sengaja mahu dia berjumpa dengan Maira selalu. ”Eyhhh...takde masalah kepten. Saya menurut perintah” gerun Juna melihat muka bosnya yang bertukar seperti singa garangnya.

”Macam ni la sikap dia sebenar. Garang, tegas dan dingin. Abang Roz. Sumpah tak lawak” gumam di dalam hati Juna yang bangkit dari sofa untuk keluar mencari Maira.

Pagi ini mereka bertiga berjanji untuk pergi ke tempat rahsia Maira. Roz sudah berada di luar beranda biliknya menunggu Juna keluar. Mata dia melilau melihat suasana pagi di depan motelnya.

Dia dapat melihat Maira yang baru keluar dari rumah usangnya itu berpakaian sukan. Baju t-shirt berlengan pendek lambang sekolah berwarna merah dan seluar sukan brwarna biru gelap tersarung di tubuh badannya.

Rambutnya yang lurus dibiarkan lepas. Pipinya yang putih gebu kelihatan kemerah-merahan dengan sejuk pagi. Maira tersenyum kepadanya lalu bergerak ke arahnya. ”Selamat pagi abang Roz” ucapnya manja seperti kanak-kanak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience