Bab 50

Romance Completed 10910

Langkah kakinya yang panjang itu cekap bergerak laju merentas hutan belukar yang penuh dengan kayu dan ranting sepanjang perjalanannya mengikut jejak langkah di depannya itu.

Roz tidak punya masalah untuk bergerak pantas di hutan. Ini kerana latihan tentera yang dia jalani selama ini termasuklah latihan untuk terus hidup di dalam hutan dengan bekalan hidup yang terhad.

Dia sudah biasa dengan keadaan di dalam hutan. Antara skill yang penting di dalam hutan adalah mencari jejak musuh. Roz cuba mencari jejak kaki Maira di atas lantai tanah hutan yang basah.

Roz menunduk badannya apabila melihat kesan tapakkan kaki manusia yang samar-samar kelihatan di pandangan matanya memandangkan matahari sudah hampir terbenam menandakan malam akan menjelma.

Roz meneliti besar tapak kaki itu dengan ketinggian Maira yang diketahuinya. ”Sah Maira” detik di dalam hatinya. Roz terus laju mengikut jejak langkah yang ditinggalkan oleh Maira. Ranting-ranting kayu yang menghalang perjalanan Roz mengikuti jejak Maira ditepis begitu sahaja dengan tanggan.

Luka-luka kecil mula terbentuk di lenggan Roz apabila dia menepis ranting-ranting kayu dan daun yang mempunyai duri. Di sebalik itu dia tetap berlari laju mengikuti jejak Maira tanpa mengeluh kasakitan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience