Bab 60

Romance Completed 10910

”Saya kepten Rahim daripada skuad VAT 69 diberi kebenaran dan kuasa untuk mengarahkan encik Habibi untuk menyerah diri di atas kesalahan menyebarkan dakyah-dakyah sesat tentang keganasan sebagai jihad agama islam.

Sila keluar dan beri kerjasama dengan pihak kami” akhir kata dari kepten Rahim tanpa membawahkan acu pistolnya ke arah suspek yang kelihatan marah dan terkejut keluar dari bilik berpakaian jubah putih dan berkopiah putih di kepala.

”Aku tak akan menyerah diri. Aku tak bersalah. Aku tak berdosa” jerit Habibi seperti orang gila. Dia jalan bermundar-mandir di ruang tamu kecil itu. ”Bukti sudah ada di tangan kami.

Ahli kumpulan encik Habibi yang bersekongkol dengan encik telah mengaku dan memberi bukti bahawa encik bertindak sebagai ketua kumpulan mereka dalam dakyah DAESH ini” terang kepten Rahim yang mengharapkan suspek menyerah diri tanpa pergelutan yang mengancam nyawa. Encik Habibi kelihatan terpana dengan kebenaran  yang ahli kumpulannya sudah ditangkap dan memecahkan rahsia mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience