Bab 70

Romance Completed 10910

”Apa ada orang datang amik senjata tu?” Roz meminta kepastian dengan apa yang dia dengari daripada Maira. ”Orang tu pak cik Ja ayah Ena. Dia pakai baju hujan hitam siap dengan penutup.

Mula-mula Maira tak perasan sape lalaki tu, lepas tenung lama-lama barulah Maira perasan itu ayah Ena” Maira menyudahkan ceritanya dengan serba salah. ”Checkmate. Misi selesai. Betul la sangkaan aku dan Juna bahawa pak cik Ja lah orang yang mendalangi kes penyeludapan senjata di pulau ini” Roz berkata-kata di dalam hati sambil diperhati kosong oleh Maira di depannya.

Mereka berdua kini berhenti di tengah-tengah berlukar dalam perjalanan balik ke motel Tuba. ”Maira, pak cik Ja nampak Maira malam tu?” tanya Roz cemas selepas memikirkan reaksi pak cik Ja apabila mengetahui ada orang tahu tentang kegiatan haramnya.

”Dia tak perasan kot. Maira sempat lari menyorok dekat belakang batu besar belah sana pulak” ujar Maira tidak pasti. ”Dengar, abang Roz nak Maira pasti seratus peratus. Jawab balik soalan abang. Malam tu pak cik Ja nampak Maira atau tidak? ya atau tidak. Jawab. Cepat” Roz menengking kuat. Dia merenggut kedua-dua bahu gadis itu kasar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience