Bab 77

Romance Completed 10909

”Enaaa. Dia giler. Maira.Haa. Dekat pantai. Depan sikit dari jeti. Aku dapat tahu dari tuk kampung. Kau pergi tengok” berterabur cakap cik Pah kepada mereka. Roz dapat merasakan perkara tidak elok berlaku kepada Maira.

Dia berlari sekuat-kuat hati keluar dari pintu bilik motelnya tanpa mengendahkan selipar atau kasut di kakinya. Juna juga berlari keluar mengikuti Roz. Berkali-kali Roz tersadung jatuh di muka jalan. Ini kerana dia berlari terlampau laju dan pikiran otaknya melayang-layang entah ke mana-mana.

Juna pula setia mengangkat keptenya itu. Lutut seluar keptennya itu terkoyak bersama kulit lututnya. Roz langsung tidak mengeluh sakit malah dia terus berlari ke arah pantai yang cik Pah beritahu mereka.

Sesampainya mereka di situ, ramai penduduk kampung sudah menggerumun di satu sudut di tengah pantai itu. Kereta polis dan van ambulan sudah terletak di satu sudut.

Roz merempuh lautan manusia itu dengan tabah sehingga dia melihat Ena yang sudah tergelak-gelak sendiri dengan gari di kedua-dua belah tanggannya. Butir-butir percakapan gadis itu dapat didengar oleh Roz yang berjalan melepasinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience