Bab 53

Romance Completed 10910

Senyuman ini sungguh ikhlas sehingga menusuk masuk ke dalam jiwanya. Maira cepat-cepat mengalih kepalanya ke arah bertentangan daripada Roz. Dia malu dengan keadaan dirinya yang selekeh selepas kejadian dengan ayahnya sebentar tadi.

Roz tidak puas hati dengan perlakuan Maira yang mengelak untuk bercakap dengannya lalu dia menarik lembut kedua-dua belah tanggan gadis itu untuk menghadap dirinya.

Perlahan-lahan mata Maira merenung kembali lelaki di hadapannya. ”Cakap dengan abang. Maira marah abang pukul ayah Maira ker?” tanya Roz cuba memancing gadis ini membalas pertanyaannya.

Maira mengeleng-geleng laju kepalanya menidakkan apa yang ditanya oleh Roz. “Habis tu kenapa Maira lari” tanya Roz lagi cuba membuatkan gadis itu meluahkan apa yang terpendam di hatinya.

“Ma...Maira malu dengan abang Roz” akhirnya Maira mula berbalas percakapan dengan Roz. ”Malu?” terangkat kening Roz mendengarkan jawapan Maira. ”Malam ni ayah mabuk teruk. Selalunya dia tidak teruk begitu” ujar Maira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience