Bab 69

Romance Completed 10910

”Benda tu warna hitam jugak. Malam tu gelap jadi Maira tak nampak sangat” Maira berterus terang dengan Roz yang nampak tidak puas hati dengan jawapan gadis itu.

”Maira tak angkat dan sentuh ker barang tu?” Roz mencuba lagi membuatkan gadis itu mengenal pasti barang di dalam beg itu. ”Maira tak ingat lah sama ada Maira angkat atau tidak. Kejadian ni lama dah. Kalau tak silap Maira tahun lepas kot.

Maira dah tak ingat” Roz sudah berputus asa dengan harapan bahawa Maira dapat menyahihkan penyeludupan senjata berlaku di pulau ini. ”Abang Roz, Maira dah ingat.B..baaaaaaarang dalam tu benda yang tembak orang boleh mati.

Maira pernah tengok dalam citer dekat televisyen” gadis itu mula teringat kembali kejadian itu. Terserlah ketakutan di muka Maira yang cemas dan bibirnya yang terketar-ketar menceritakan kembali.

”Maira letak balik tak barang tu dekat dalam beg?” tanya Roz lagi. ”Maira takut tapi Maira letak balik” jawab gadis itu yakin. ”Roz bernafas lega. Dia bimbang jika penyeludup itu tahu bahawa barangnya sudah dibuka oleh orang lain. Jika perkara itu berlaku, keselamatan Maira amatlah terancam.

”Maira nampak kelibat orang dari belukar ni bergerak ke longgokkan beg tu” Maira menyambung ceritanya kembali. Roz yang bernafas lega tadi mula cemas kembali memandang gadis itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience