Bab 54

Romance Completed 10910

”Selalu dia macam mana?” tanya Roz prihatin. ”Paling teruk pun dia baling barang tapi tak pernah nak cakap ungkit pasal arwah ibu seperti hari ini” ujar Maira melengkapkan cerita sambil diselangi dengusan tidak puas hati Roz terhadap tindakan ayah Maira itu.

”Semua orang kampung tahu yang ayah salahkan Maira arwah mak meninggal. Sejak tu mak cik Pah jaga Maira. Ayah pula hidup tidak tentu hala berjudi dan berhutang dengan orang. Itu sebab setiap kali ayah balik Maira akan tahan segala pukulan dan jerkahan sebagai cara Maira membalas budi untuk membuat hidup ayah jadi macam ini” Maira berterus terang tentang masalah ayahnya.

”Kita kene terima qadak dan qadar yang Allah dah tetapkan dalam hidup kita. Arwah mak Maira meninggal bukan salah Maira. Itu dah ajal dia tertulis untuk menghadap ilahi sewaktu melahirkan Maira.

Dia sudah tenang berada di sana manakala kita di dunia kene teruskan hidup sesusah mana pun” Roz tidak mahu Maira meneruskan menyalahkan diri sendiri di atas kematian arwah maknya lalu membenarkan ayahnya untuk memukul dia sesuka hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience