Bab 63

Romance Completed 10910

”Fika, maafkan ayah nak. Kita sudah tidak ada pilihan” pujuk encik Habibi kepada anak perempuannya yang meronta-ronta dilepaskan dari pelukan Roz yang sungguh erat. Fika akhirnya berhenti meronta-ronta dan dia terus melurut daripada pelukan Roz.

Suara merayu-rayu Fika dapat didengar oleh Roz apabila budak perempuan itu memeluk erat pehanya.Matanya yang sedih dan sayu meminta tolong menusuk kalbu di jiwanya. ”Tolong lepaskan ayah saya. Dia tak jahat.

Diiiiaaaa baik” rayu budak perempuan itu lagi. Kepten Rahim yang diam meneliti keadaan mula merancang strategi. Niat encik Habibi yang mahu meletupkan bom yang dipasang di rumahnya tergendala apabila melihat anak perempuannya yang meluru masuk ke dalam situasi ini.

Kepten Rahim terus mengambil langkah berani mati dengan mengarahkan Roz untuk terus bertindak melalui bola matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience