Bab 39

Romance Completed 10910

Pak cik Ja berpura-pura bersuara ceria selepas terdiam berberapa ketika. Sekarang ini, Roz dapat merasakan hanya dia seorang sahaja yang perasan dengan perangai pelik pak cik Ja yang seakan-akan menyembunyikan sesuatu.

”Pak cik bertugas dekat pulau ni waktu pak cik muda belia lagi. Jodoh pak cik dah tertulis dekat sini jadi pak cik kahwin dengan mak Ena yang asalnya orang pulau ni. Pak cik bersara dari polis dan terus menetap dekat sini” ujar Pak cik Ja bersungguh-sungguh menceritakan tentang kisah hidupnya.

Roz sedar lelaki tua ini sudah tidak punya pilihan untuk tidak menceritakan tentang latar belakang hidupnya disebabkan maklumat yang diberikan oleh Maira sebentar tadi.

”Patut ker aku tanya pasal kekayaan dia yang luar biasa ni. Kalau aku tanya, mesti dia akan curiga dengan niat aku. Sekarang ni pun aku dengan Juna dah tanya berlebih-lebih tentang dirinya. Dia bekas polis, instinct seorang polis pasti ada dalam dirinya.

Kalau aku teruskan bertanya soalan kepadanya pasti undercover aku akan terbongkar di saat ini juga. Lebih teruk lagi, dia akan lebih berhati-hati dengan tindak tanduknya yang akan membuatkan aku dan Juna tidak dapat membongkarkan misteri kes penyeludupan senjata di pulau ini” getus di dalam hati Roz yang memikirkan strategi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience