Bab 73

Romance Completed 10910

“Bagaimana dengan risikan kau pagi tadi?” tanya Roz sejurus Juna melabuhkan punggungnya di sofa ruang tamu bilik motelnya. ”Positif kepten. Saya dah ikut dia secara senyap-senyap. Pak cik Ja ni memang dah agak yang kegiatannya sedang dipantau.

Nasib baik hari ini dia memang dah tekad untuk pergi ke tempat persembunyian senjata dia di tempat yang kepten dengan Maira pergi semalam. Dia memang dah lama buat kegiatan ini.

Saya terperanjat bila dia berhenti dekat satu kawasan bukit dalam belukar tu. Tiba-tiba dia tarik satu tali yang membuka satu laluan di dalam tanah dan dia lenyap selepas itu” tercungap-cungap Juna menerangkan penemuannya.

”Laluan di dalam tanah?Akhir laluan itu ke mana?” Roz menanya lagi. ”Saya tunggu lama sikit baru saya turut masuk dalam laluan di dalam tanah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience