Bab 59

Romance Completed 10909

”Tingkap rumah kayu ini hanya guna penyendal kayu jadi saya selak dengan besi sahaja. Ketinggian tingkap rumah dengan tanah tidaklah tinggi sangat jadi saya dapat menggendong anak perempuannya dengan selesa dan tidak menyedarkannya” terang Roz teliti.

Kepten itu ternyata terpaku dan bersetuju dengan keputusan dan kepantasan Roz dalam melaksanakan misinya. ”Roz, kau duduk dekat sini dan perhatikan anak perempuannya.

Aku dan yang lain akan memberkas suspek” arah kepten itu kepada Roz yang cermat meletakkan anak perempuan suspek ke bawah semak samun yang mereka sedang duduki tadi. ”Baik kepten” jawab Roz taat.

Kepten itu dan ahli pasukan yang lain bergerak bangun dari tempat persembunyian mereka dan meluru ke pintu masuk rumah kayu itu. Beberapa ahli pasukan yang lain pula bergerak mengepung setiap sudut rumah itu. Tidak lama kemudian suara kepten yang tegas dan garau bergema di dalam rumah kayu itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience