Bab 57

Romance Completed 10910

Sekelip mata sahaja Roz kembali ke dalam sedutan peristiwa lalunya. ”Lokasi suspek?” tanya lelaki yang berpangkat kepten kepada Roz yang sedang menghampiri pasukan perisik VAT 69.

Pasukan ini terdiri daripada berberapa orang ahli junior VAT 69 dan seorang kepten. Ahli junior VAT 69 yang memenuhi kriteria ketat untuk memulakan misi berbahaya. Roz sebagai contoh, dia menunjukkan prestasi yang menakjubkan berbanding dengan kawan sekelasnya dalam semua asas latihan di dalam markas tentera mereka.

Hari ini merupakan misi kelima yang Roz perlu sempurnakan. Misi pada hari ini sedikit berbeza daripada keempat-empat misi yang lepas. Ini kerana misi ini melibatkan keselamatan rakyat di dalam negara ini.

Mereka kini menghendap di dalam semak di depan rumah kayu usang di sebuah kampung pendalaman di negeri Perak. Pihak atasan mendapat maklumat tentang saki baki anggota kumpulan militan DAESH yang masih aktif menyebarkan dakwah sesat mereka kepada orang umum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience