Bab 46

Romance Completed 10910

”Setan punya jantan!!!!! sanggup nak jual anak sendiri” desis di dalam hati Roz yang berlari tak cukup tanah ke pintu rumah pondok Maira itu. Dia bertindak luar dari pendirian dirinya sebentar tadi.

Darah panas terus menyerbu di mukanya mengenangkan badan mungil Maira menjadi ratapan dan sentuhan lelaki durjana di luar sana. Juna juga pantas berlari mengikut keptennya.

Pintu usang rumah pondok dikuak kuat oleh Roz seperti mahu roboh pintu itu. Ruang tamu rumah pondok itu berselerak dengan kain baju. Roz berluru ke dapur kecil dan melihat Maira terjelepok di lantai dapur dengan lengannya ditarik oleh lelaki seorang lelaki berumur empat puluhan.

Mata lelaki itu terbeliak melihat Roz di depan matanya. ”Kau sape? keluar dari rumah aku” ujar lelaki itu. Roz merasakan lelaki ini mabuk dengan melihat matanya yang merah dan bau arak kuat di tubuhnya.

Maira yang terjelepok di lantai kelihatan selekeh dengan rambut lurus hitam paras bahunya melekat di dahi dan lehernya dengan peluh. Matanya bengkak dan hidungnya merah kesan daripada menagis tidak berhenti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience