Bab 71

Romance Completed 10909

Maira seakan-akan terkejut dengan tengkingan dan perlakuan kasar Roz. Kedua-dua matanya terbeliak dan basah dengan air mata. Gadis itu cuba berundur daripada Roz tetapi cengkaman Roz yang kuat di bahu Maira membuatkan gadis itu tidak boleh bergerak ke mana-mana.

”Jawab!!!! jawab Maira abang Roz kata jawab” Roz mencengkam kuat sehingga gadis itu menutup mata tanda sakit dengan perlakuan Roz. ”Iya Maira yakin seratus peratus pak cik Ja tak nampak Maira. Dia ambik beg-beg tu dan bergerak ke belukar balik.

Sakit abang Roz. Lepaskan Maira” rayu Maira dilepaskan. Roz kembali tenang mendengarkan jawapan gadis itu. Dia tidak sanggup melihat Maira dicederakan oleh pak cik Ja kerana tahu tentang kegiatan jenayahnya. ”Ya Allah nasib baik pak cik Ja tak nampak Maira.

Alhamdulilah.Alhamdulilah” berulang kali Roz memanjatkan syukur kepada ilahi. Roz terus menarik gadis itu ke dalam pelukannya tanda syukur. Semakin lama semakin erat pelukannya kepada tubuh kecil gadis ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience