Bab 28

Romance Completed 10909

”Aku mahu kita boleh diperkenalkan dengan ayah Ena ini secepat mungkin” arah Roz. ”Kalau macam tu, kita kena mintak tolong Maira la” jawab Juna laju.

”Mintak tolong dia?” berkerut dahi Roz mengenangkan dirinya hampir dengan gadis itu lagi. Dia sebenarnya takut dengan dirinya sendiri yang akan melakukan pekara luar pada sikap kebiasaannya kerana dia tertarik dengan gadis itu.

”Maira jer yang paling kenal dengan orang kampung dekat sini. Kita hanya perlancong dekat sini” ujar Juna memberi alasan untuk menyokong pilihannya untuk menyuruh Maira. ”Betul jugak.

Dia sahaja yang boleh tolong kita” Roz bersetuju dengan cadangan Juna. Hatinya tetap bimbang untuk melibatkan gadis ini dalam misi mereka. Dia tidak mahu Maira diapa-apakan oleh musuh kerana mereka.

”Kau pergi beritahu Maira yang kita nak pergi tempat rahsia dia esok. Jangan beritahu dia yang kita nak dia kenalkan dengan ayah Ena. Itu kita akan buat Maira kenalkan kita dengan lelaki itu tanpa dia sedari” Roz mengarah Juna. Dia malas untuk berjumpa dengan Maira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience