Bab 33

Romance Completed 10909

”Kami datang dari Kuala Lumpur untuk berehat di sini. Kami duduk dekat motel Tuba jadi Maira bawak kami pusing-pusing dekat sini” ujar Juna menceritakan keberadaan mereka di sini.

”Owh, macam tu. Lain kali Ena boleh bawak abang berdua pulak” pelawa Ena mesra lagak seperti sudah lama berkenalan dengan Roz dan Juna. Senyum manjanya tidak lekang dari bibirnya terhadap Roz.

”Abang Roz, marilah masuk rumah Ena dulu. Ena hidangkan minum petang” ajak Ena sambil manarik manja tanggan Roz untuk masuk ke dalam rumahnya. Juna yang mendengarkan ajakkan Ena terus mengalakkan Roz mengikuti gadis itu masuk ke dalam rumah.

Maira gembira dengan ajakkan Ena lalu mengajak Juna untuk mengikut Ena dan Roz masuk ke dalam rumah mewah tersebut. Masuk sahaja ke dalam rumah itu, lantai mamar yang berkilat dengan permaidani terhampar luas di lantai rumah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience