Bab 78

Romance Completed 10909

”Padan muka kau. Salah kau. Kenapa kau hancurkan hidup ayah aku. Kau dah janji tak akan bagitahu orang lain pasal ayah aku. Ayah aku dah kene tahan dekat polis. Sume salah kau. Orang yang aku suka pun kau nak amik.

Kau mati pun sebab salah kau sendiri Maira. HAHAHAHAHAHAHA. Aku tak salah, jangan kacau aku. Maira HAHAHHAAHHAAHA..Maafkan aku Maira...HAHAHAHAHA” Ena berkata-kata seorang diri. Lagaknya seperti orang gila. Sekejap marah selepas itu sedih.

Tanggannya yang digari itu penuh dengan darah merah pekat. Roz berjalan-jalan perlahan menapak ke suatu sudut yang dipenuhi dengan doktor dan nurse yang sedang cuba menyelamatkan nyawa seorang gadis terkulai lemah dengan darah pekat mengalir dari bahagian dadanya.

Warna merah mewarnai baju dress putihnya yang kepam itu. Mata gadis itu tertutup separuh. Tersekat-sekat nafas gadis itu apabila dia cuba untuk menarik nafas.

”Maira.Maira.Maira” berulang-ulang kali nama gadis itu dipanggil oleh Roz yang hanya beberapa langkah lagi untuk  sampai ke arah tubuh gadis yang tidak berdaya itu. Mata yang separuh tutup itu terbuka besar mendengarkan namanya disebut oleh Roz.

Maira yang terkulai layu selepas dikenakan tembakkan pistol oleh Ena tetap berusaha mengukirkan senyuman manis di bibirnya apabila melihat Roz yang sudah hilang arah datang kepadanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience