Bab 51

Romance Completed 10910

Perkara utama yang dipikirkannya pada saat ini adalah tentang keselamatan Maira. Roz berasa begitu bimbang dengan gadis itu selepas melihat wajah sedihnya yang meruntunkan hati lelakinya.

Sudah beberapa minggu dia bersama dengan gadis itu tetapi tidak pernah sekali pun dia melihat gadis itu begitu sedih seperti hari ini biarpun mak cik dan temannya menolak dirinya banyak kali.

Hampir setengah jam juga Roz meredahi hutan belukar ini mengikut jejak kaki Maira. Akhirnya dia terhenti sendiri apabila mendengar deruan ombak menghempas pantai. Roz bergerak perlahan mengikuti jejak kaki Maira yang menghala ke arah pantai.

Suara gadis yang menangis teresak-esak dapat didengari oleh Roz apabila dia semakin hampir keluar dari kawasan hutan itu untuk menghadap pantai. Roz sedikit terkejut dengan keadaan pantai ini yang dipenuhi dengan batu-batu besar yang hampir menutupi permandangan pantai.

Lebih memeranjatkan lagi adalah kawasan tepi pantai ini dipenuhi dengan barang-barang perempuan seperti buku-buku kisah dongeng dan patung-patung anak perempuan dan binatang di suatu sudut yang menghala ke kawasan hutan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience