SKZ (26)

Romance Completed 109187

Susana sayu dan pilu diiringi hujan gerimis di perkampungan orang asli Pahang.Intan Zinirah pada pagi ini telah mendapat khabar berita duka bahawa bapa saudaranya telah kembali ke rahmatullah.Suasana di kediaman jenazah allahyarham tersebut amat memilukan apabila anak dan isterinya turut merintih di sisi jenazah yang terkujur baring di atas tilam itu.Sebaik sahaja Intan Zinirah tiba di kediaman bapa saudaranya itu bersama suaminya Datuk Hud Razief.Dia terus mendapatkan ahli keluarga yang lain dan bersalam salaman serta berpelukan.Ada sebahagian ahli keluarganya yang kurang senang akan kepulangannya ke kampung halaman.Tetapi , Intan Zinirah hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai ahli keluarga terdekat.Hanya satu-satu lelaki yang menyanyanginya selain suaminya sendiri adalah bapa saudaranya yang berpangkat bongsu.Lelaki itu cukup baik dengannya , cuma ia adalah golongan istimewa yang tidak mampu berjalan serta berdiri.
 
 
“Pak Andak.Apa khabar ? Sudah lama Intan tidak berjumpa dengan Pak Andak.Dekat sini ada yang menjaga Pak Andak ?.” soal Intan Zinirah lembut dan sayu kepada bapa saudaranya itu.
 
 
“Alhamdulillah , dekat sini Pak Andak sihat dan ada saja yang jagakan makan minum Pak Andak ini.Tetapi , mana ada yang mampu bertahan macam Intan untuk menjaga terus menerus diri Pak Andak ini.” jelas bapa saudaranya itu kepada Intan Zinirah sendiri.Nadanya kedengaran kecewa dan sebak.Intan mendekati bapa saudaranya itu sedikit.Tangan lelaki separuh umur itu diraih dan diusap lembut.
 
 
“Kenapa ini Pak Andak ? Ada yang buat masalah dengan Pak Andak ke ? Kalau ada , berkongsilah dengan Intan.Intan ada dan sudi dengar luahan hati Pak Andak.” ucap Intan Zinirah sayu dan lembut kepada bapa saudaranya itu.
 
 
“Biasalah Intan , orang OKU macam Pak Andak ini memang akan dipandang rendah.Jika orang luar pun mampu buang kita begitu sahaja , apatah lagi ahli keluarga.” luah bapa saudaranya itu kepada Intan Zinirah dengan nada yang sayu dan sebak.Dahi Intan Zinirah berkerut mendengar luahan bapa saudaranya itu yang berbaur pilu dan sebak.Dia begitu yakin pasti ada yang membuat bapa saudaranya itu kecewa.
 
 
“Kenapa ini Pak Andak ? Siapa yang buat Pak Andak kecewa ini ? Pak Andak beritahu Intan , biar Intan sahaja yang bersuara dengan mereka itu.” jelas Intan Zinirah yang cuba mempertahankan maruah dan harga diri bapa saudaranya itu.Biarpun lelaki itu daripada golongan orang kurang upaya , tetapi dia tetap bersifat seorang manusia.
 
 
“Sebenarnya , Pak Andak akan dihantar ke rumah kebajikan.” jelas bapa saudaranya itu yang sudah mula mengalirkan airmata kecewa.Wajahnya menekur ke arah kakinya yang terletak di atas tempat letak kaki di atas kerusi roda.Membulat mata Intan Zinirah mendengar penjelasan bapa saudaranya itu tentang niat keluarganya sendiri yang mahu menghantar bapa saudaranya itu ke rumah kebajikan.
 
 
“Kenapa Pak Andak ? Apa yang Pak Andak sudah menyusahkan mereka ?.” soal Intan Zinirah geram dalam linangan airmata.Tangisan mereka berdua pecah memenuhi ruangan kamar tidur bapa saudaranya itu.
 
 
“Pak Andak ini orang kurang upaya , kerja pun biasa-biasa sahaja.Tidak kaya , malahan mereka mungkin rasa Pak Andak ini hanya menyusahkan mereka.” jelas bapa saudaranya itu kepada Intan Zinirah.
 
 
“Ya allah , tetapi kenapa harus menghantar Pak Andak ke rumah kebajikan juga ? Pak Andak bukannya kanak-kanak yang harus dijaga dan dibelai.Pak Andak walaupun di dalam keadaan yang serba kekurangan ini juga mampu menyara diri sendiri.Daripada anak-anak Mak Long itu , cukup sifatnya tetapi tidak bekerja.Yang paling memalukan adalah mereka semua lelaki tetapi masih ada hati hendak beristeri.” jelas Intan Zinirah geram kepada bapa saudaranya.Dia bagai melepaskan rasa amarahnya itu tanpa memikirkan lagi dengan siapa yang dia sedang berhadapan sekarang ini.
 
 
“Jika mereka itu bermaruah , pasti mereka tidak melakukan perkara ini dan akan buat yang lebih baik.Tetapi kerana hasil didikan ibu bapa mereka sanggup berbuat demikian terhadap Pak Andak iaitu bapa saudara mereka sendiri.Intan hilang sabar dengan sikap mereka semua Pak Andak.Tidak cukup mereka tindas Intan.Sekarang ini , mereka mahu tindas Pak Andak pula ?.” soal Intan Zinirah marah kepada bapa saudaranya itu.Keluhan kasar dilepaskan di hadapan bapa saudaranya itu.Buku limanya digenggam erat kerana perasaannya kini kian membara.
 
 
“Sabarlah Intan , Pak Andak yang diuji.Intan jangan khuatir akan keadaan Pak Andak.Semuanya baik-baik saja.Intan jaga diri dan rumahtangga Intan baik-baik.” jelas bapa saudaranya lembut dan sayu.Tiba-tiba matanya tertancap ke arah perut anak saudaranya Intan Zinirah yang mula membesar itu.Wajahnya mengukir senyum.Dia menatap wajah anak saudaranya Intan Zinirah pula.
 
 
“Kandungan Intan itu sudah berapa bulan ?.” soal bapa saudaranya itu kepada Intan Zinirah lembut dan mesra.Dia terus mengusap di perutnya yang mula membesar itu dengan bibirnya yang mengukir senyum.
 
 
“Alhamdulillah , kandungan Intan ini sudah masuk 4 bulan.” jelas Intan Zinirah lembut dan tenang kepada bapa saudaranya itu.
 
 
“Alhamdulillah , Intan jagalah kandungan Intan itu baik-baik.Pak Andak doakan semoga semuanya dipermudahkan allah.” ucap bapa saudaranya itu kepada anak saudaranya Intan Zinirah.Mereka saling membalas senyuman.
 
 
“Pak Andak lupa hendak bertanya dengan Intan.Balik ke kampung ini dengan siapa ? Pak Andak tidak nampak pun sesiapa yang menemani Intan daripada tadi ?.” soal bapa saudaranya itu kepada dirinya.Intan Zinirah tersenyum dan tersipu malu.Dia bangun dari duduknya dan mendekati ikatan langsir dan mejenguk sedikit kepalanya dan bercakap dengan seseorang.Kemudian , Datuk Hud Razief memasuki ke kamar tersebut dengan senyuman yang terukir di bibir.Tetapi , sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam kamar.Senyumannya itu mati apabila melihat wajah di atas kerusi roda yang sedang merenung ke arahnya dengan tenang.
 
 
“Pak Andak , inilah suami Intan.Nama dia Datuk Hud Razief.Intan berkahwin dengan dia tanpa pengetahuan keluarga.Tetapi semua orang tidak kisah dan mengambil berat.” jelas Intan Zinirah sayu dan sebak kepada bapa saudaranya itu.
 
 
“Intan , tiada apa yang penting sekarang ini selain anak di dalam kandungan Intan serta suami Intan sendiri.Pedulikan kata-kata mereka semua itu.Pak Andak doakan supaya Intan dan suami berbahagia.” ucap bapa saudaranya lembut kepada anak saudaranya Intan Zinirah.
 
 
“Abang , masa Intan belum berkahwin dan masih kecil.Pak Andak inilah yang jaga Intan walaupun dalam keadaan dia macam ini.Intan sendiri sudah banyak terhutang budi dengan Pak Andak.” jelas Intan Zinirah kepada suaminya Datuk Hud Razief yang sedang menatap wajahnya dari sisi.
 
 
“Kau jagalah anak buah aku ini baik-baik.Dalam hidup dia , hanya ada kau dan anak yang bakal dilahirkan ini saja.Aku tidak lama lagipun akan dihantar ke rumah kebajikan.” luah bapa saudaranya sebak dan sayu.
 
 
 
 
 
Suasana di malam hari di perkampungan orang asli pahang amatlah tenang dan damai.Malam yang hening itu menemani Datuk Hud Razief dan Intan Zinirah di kamar rumah tumpangan mereka.Jari jemari Intan Zimirah kini bersatu dengan jari jemari suaminya Datuk Hud Razief.Kepala isterinya Intan Zinirah dikucup lembut oleh Datuk Hud Razief.Mereka menghayati malam dengan perasaan yang saling menyemarakkan rasa cinta.Tiba-tiba tangan kekarnya itu naik merayap di atas perut isterinya Intan Zinirah.Terkejut isterinya Intan Zinirah apabila terasa perutnya tiba-tiba disentuh oleh suaminya Datuk Hud Razief.Dia turut menyentuh dan menindih tangan suaminya Datuk Hud Razief yang kini berada di atas perutnya itu.Wajah dan bibirnya mengukir senyum.
 
 
“Abang tidak sangka yang akhirnya kita juga dapat merasa menimang cahaya mata , sayang.” ucap Datuk Hud Razief lembut dan tenang kepada isterinya Intan Zinirah.
 
 
“Rezeki allah itu tidak pernah salah abang , cuma cepat atau lambat sahaja.” jelas Intan Zinirah kepada suaminya Datuk Hud Razief.Tubuh dipusingkan ke arah kiri menghadap wajah tampan suaminya.Jari jemarinya naik merayap di sekitar jambang dan bibir suaminya.Wajah didekatkan dan segera memberi kucupan sekilas kepada suaminya Datuk Hud Razief.
 
 
“Naughty girl.” ejek Datuk Hud Razief kepada isteri yang disayanginya Intan Zinirah.Wajahnya terukir senyuman nakal.Batang hidung suaminya Datuk Hud Razief dipicit kuat sehingga suaminya itu mengerang kesakitan manja.Intan Zinirah tersenyum puas hati.
 
 
“Abang ingat abang seorang saja yang pandai mengoda ?.” soal Intan Zinirah nakal sambil menjongketkan keningnya.
 
 
“Intan pun tahu juga.” jelas Intan Zinirah nakal.Suaminya Datuk Hud Razief hanya tersenyum sumbing.Mahu saja dia menerkam isterinya itu tetapi memandangkan keadaan isterinya Intan Zinirah yang sedang mengandung , maka dia batalkan sahaja niatnya.Tubuh yang mengiring ditegakkan di dalam keadaan pembaringan lalu matanya ditutup dengan lengan yang menimpa di atas wajahnya menutupi bahagian mata.Berkerut dahi Intan Zinirah apabila melihat perubahan dari kelakuan suaminya Datuk Hud Razief itu secara tiba-tiba.Dia membuat riak wajah menahan marah dengan sikap selamba suaminya itu.
 
 
“Abang ini sudah kenapa ? Baru saja Intan hendak bermanja dengan abang.” rengek manja Intan Zinirah kepada suaminya Datuk Hud Razief yang diam membisu di sebelah isterinya Intan Zinirah itu.
 
 
“Tidur sajalah sayang , abang penat seharian kita jalan jauh dan belum berehat.” jelas Datuk Hud Razief lemah kepada isterinya Intan Zinirah dalam keadaan pejaman matanya lagi.Dari posisi pembaringan kini Intan Zinirah sudah bertukar posisi duduk dan bersandar di kepala katil.Dia berpeluk tubuh dan memandang ke arah suaminya Datuk Hud Razief yang masih dalam pejaman matanya itu.
 
 
“Abang , bangunlah.” kejut Intan Zinirah manja kepada suaminya Datuk Hud Razief.Malah , suaminya itu tetap dan masih mengeraskan tubuh dan tidak.bergerak walaupun sedikit.
 
 
“Abang , Intan tidak boleh lelapkan mata.Abang temanlah Intan.Sunyilah tiada teman malam-malam macam ini.Abang bangunlah.” jelas Intan Zinirah kepada suaminya Datuk Hud Razief.Tangan yang menutupi matanya dijatuhkan ke sisi kanan.Wajah isterinya Intan Zinirah di tatap lembut.
 
 
“Sayang tidak penat ke ? Abang penat.Seharian kita berjalan.Tidurlah dulu.” Jelas Datuk Hud Razief lembut kepada isterinya Intan Zinirah.
 
 
“Abang tahukan yang Intan susah hendak tidur malam , abang temankanlah Intan.” jelas Intan Zinirah lembut kepada suaminya Datuk Hud Razief.Dari posisi pembaringan kini Datuk Hud Razief juga sudah bertukar kepada posisi duduk dan memaut lembut bahu isterinya Intan Zinirah.
 
 
“Baiklah abang temankan sayang.Tetapi sayang harus berjanji dengan abang.” jelas Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah tanpa menghabiskan kata-kata yang hendak dimaksudkannya.
 
 
“Apa dia ?.” soal Intan Zinirah lembut kepada suaminya Datuk Hud Razief.Dagunya ditongkatkan di dada bidang suaminya.
 
 
“Esok kita balik ke Kuala Lumpur.Abang tidak boleh duduk di sini terlalu lama.Ramai ahli keluarga sayang yang abang nampak kurang senang dengan kedatangan abang.Jadi , abang sendiri pun rasa tidak selesa.Nanti balik ke Kuala Lumpur abang janji abang akan belikan sayang bunga dan coklat.” pujuk Datuk Hud Razief lembut dan manja kepada isterinya Intan Zinirah dengan riak wajah yang tenang.Membutang mata isterinya Intan Zinirah apabila mendengar perkara-perkara yang telah dijanjikan oleh suaminya apabila mereka pulang ke Kuala Lumpur nanti.
 
 
“Mungkin , mereka lihat abang seperti orang kaya dan terus rasa abang ini orang kaya yang berlagak agaknya.” kutuk Intan Zinirah selamba kepada suaminya Datuk Hud Razief.Mereka berdua tertawa bersama.Sekilas dahi Intan Zinirah dikucup lembut oleh suaminya Datuk Hud Razief.Mata mereka saling bertentangan dan menikam anak mata antara satu sama lain.Datuk Hud Razief membelai wajah dan rambut isterinya Intan Zinirah lembut.Tangan kekar Datuk Hud Razief kini melingkari pinggaang ramping isterinya Intan Zinirah dengan lembut.
 
 
“Abang jangan hendak mulakan ya.Intan tidak larat ini.” amaran diberi oleh Intan Zinirah kepada suaminya Datuk Hud Razief.
 
 
“Abang cuma hendak peluk sayang saja.Abang rasa rindu hendak bermanja dengan sayang.Datang sini satu hari rasa macam satu tahun.Kerap kali abang berjauhan dengan sayang.” luah Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah dengan nada kecewa.
 
 
“Kesian suami Intan ini terlalu banyak berkorban hari ini.” kutuk Intan Zinirah selamba kepada Datuk Hud Razief lembut.Kerlingan tajam diberi kepada isterinya Intan Zinirah oleh Datuk Hud Razief.
 
 
“Abang , Intan pelik sedikit dengan Pak Andak itu.Tadi semasa abang masuk ke dalam bilik.Dia asyik tenung abang semacam sahaja.Abang dengan dia pernah berjumpa ke ?.” soal Intan Zinirah tiba-tiba dengan nada pelik.Terkedu Datuk Hud Razief apabila isterinya itu tiba-tiba sahaja mengajukan soalan yang tidak berkaitan.
 
 
“Mungkin wajah abang ada persamaan dengan orang yang dia kenal agaknya.Abang sendiri tidak tahu mengapa ?.” jelas Datuk Hud Razief tenang kepada isterinya Intan Zinirah.
 
 
“Intan rasa orang yang berdekatan dengan Intan semenjak kebelakangan ini semuanya pelik belaka.Seperti ada sesuatu yang terjadi ataupun disembunyikan dengan sengaja.” jelas Intan Zinirah pelik dan lembut kepada suaminya Datuk Hud Razief.
 
 
“Kenapa sayang rasa begitu ? Abang tidak sembunyikan apa-apa pun kepada sayang.” jelas Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah lembut.Wajah ditolehkan ke arah suaminya Datuk Hud Razief oleh Intan Zinirah.Dahinya sedikit berkerut tanda tidak berpuas hati dengan jawapan suaminya itu.Datuk Hud Razief menelan liur kesat apabila isteri kesayangannya itu memandang dengan menunggu 1001 jawapan daripadanya.
 
 
“Abang boleh cakap apa sahaja , tetapi jangan cuba untuk menipu Intan ya.Semenjak kebelakangan ini , Intan dapat merasakan sesuatu daripada abang.Firasat Intan tidak pernah silap mengatakan bahawa abang ada sesuatu menyembunyikan daripada Intan.” jelas Intan Zinirah kepada suaminya Datuk Hud Razief dengan tegas.Berubah riak wajah Datuk Hud Razief apabila mendapat tekaan daripada isterinya Intan Zinirah.Dia berubah cuak.Sepanjang malam itu , rasa mengantuknya hilang serta merta.
 
 
 
 
 
Suasana pagi yang tenang di perkampungan orang asli.Bunyi ayam berkokok menjadi pengera bunyi buat Intan Zinirah dan Datuk Hud Razief.Tubuh Datuk Hud Razief bergerak terlebih dahulu diikuti isterinya Intan Zinirah.Dalam pejaman mata wajah Intan Zinirah sudah mengukir sebuah senyuman buat suaminya.Kepala bahagian sisi Intan Zinirah dikucup lembut oleh Datuk Hud Razief.Pandangan dihalakan ke arah wajah tampan suaminya.
 
 
“Intan minta maaf dengan abang tentang semalam.” ucap Intan Zinirah tenang dan lembut kepada suaminya Datuk Hud Razief.
 
 
“Tidak mengapa sayang , abang faham keadaan sayang sekarang ini.Lupakan sahaja apa yang kita bualkan malam tadi.I love you sayang.” ucap Datuk Hud Razief romantis kepada isterinya Intan Zinirah dengan lembut dan manja.Wajah isterinya Intan Zinirah mengukir senyuman manis.Airmata jernihnya bergenang di kelopak mata.
 
 
“Terima kasih abang , setiap kali Intan buat perangai pasti abang akan diam dan bersabar.Tidak pernah abang melenting atau marah.Kadang kala , Intan rasa berdosa sebagai seorang isteri.Intan sering buat silap kepada abang tetapi tahap kesabaran abang dengan Intan cukup tinggi.” jelas Intan Zinirah sayu dan lemah kepada suaminya Datuk Hud Razief.Airmatanya mengalir deras.Jari jemari suaminya Datuk Hud Razief menyeka lembut airmata isterinya Intan Zinirah.Dahi isterinya dikucup lembut dan ditahan beberapa saat.Dia cuba menenangkan hati gusar isterinya Intan Zinirah itu.
 
 
“Intan selalu berdoa pada allah , Intan mahu jadi isteri terbaik buat abang.Tetapi dalam masa yang sama juga Intan tetap gagal.” jelas Intan Zinirah dalam nada yang sebak kepada suaminya Datuk Hud Razief.Dia menangis di bahu suaminya.Datuk Hud Razief cuba untuk memujuk isterinya Intan Zinieah itu.
 
 
“Sayang , jangan menangis begini.Abang tidak pernah menyalahkan apa yang sayang lakukan kepada abang pun.Apa yang terjadi sekali pun , abang akan tetap bersama dengan isteri dan anak abang.Lagipun... .” kata-kata Datuk Hud Razief terhenti.Dia terdiam sejenak.
 
 
“...abang tidak perlukan isteri yang terbaik.Cukup isteri abang setia dengan abang walau di dalam keadaan susah sekalipun.Kesetiaan sayang kepada abang sungguh berharga.Tanpa sayang di dalam hidup abang , kehidupan ini tidak akan menjadi baik seperti hari ini.Banyak yang berubah semenjak abang berkahwin dengan sayang.Abang cuma minta sayang jangan tinggalkan abang , abang perlukan sayang dan anak kita.Abang tidak mampu meneruskan kehidupan ini tanpa dua nyawa abang.” luah Datuk Hud Razief sebak.Airmatanya mengalir.Serba salah Intan Zinirah dibuatnya.Dia menyeka airmata suaminya Datuk Hud Razief itu.
 
 
“Abang , Intan akan setia dengan abang walau apa pun yang terjadi.Intan terlalu banyak berhutang budi dengan abang.Abang terlalu banyak beri kesenangan kepada Intan.Abang tidak pernah sekalipun mengungkit atau berkira dengan apa yang sudah abang beri kepada Intan.Tudak tahu bagaimana Intan hendak membalas budi abang kepada Intan itu.” luah Intan Zinirah sayu dan lembut.Mata mereka saling bertentangan.
 
 
“Jangan bercakap tentang budi.Kita suami dan isteri saling berkongsi apa sahaja.Apa yang abang pakai dan minum , itu jugalah yang abang akan beri kepada sayang.Apa yang abang sediakan untuk keselesaan sayang , itu jugalah yang sayang akan terima.Abang akan buat yang terbaik dalam hidup abang serta sayang.Sebab abang tahu , abang tidak akan miskin kalau membahagiakan isteri abang.” ucap Datuk Hud Razief lembut dan mengukir senyuman nipis lalu dihadiahkan kepada isterinya.

Sorry sebab lambat sangat baby readers ! okay FY dah tambah apa yang FY nak tambah selamat menbaca baby readers FY

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience