SKZ (4)

Romance Completed 109187

Hari yang bahagia menanti Intan Zinirah dan Datuk Hud Razief.Pagi yang diiringi kicauan burung amat tenang di perumahan Cheras.Kehadiran Intan Zinirah di kediaman mewah Datuk Hud Razief amat membahagiakan dirinya.Sebentar lagi , mereka bakal diijabkabulkan oleh seorang imam daripada Masjid Negara yang telah dibuat temujanji oleh Datuk Hud Razief.Paginya tersedar dari lena akibat gangguan adik perempuan yang paling manja dengannya.Tengku Huda Melissa dan Datuk Hud Razief juga mempunyai seorang adik lelaki yang bernama Tengku Hud Khuzairi.Mereka berdua adalah adik beradik yang dilahirkan oleh ibu yang sama tetapi mereka berlainan ibu dengan Tengku Orked Mariam.Ayah mereka tetap sama Tengku Hud Razi.Kaki dijulurkan ke bawah.Langkah mula diatur menuju ke muka pintu.Tombol pintu disentuh lalu dipulas untuk membuka daun pintu.

“Good morning Datuk.” jerit riang Tengku Huda Melissa.Terhinjut bahu Datuk Hud Razief.Terus hilang rasa mengantuknya yang masih berlegar di kepala.Tengku Huda Melissa tersenyum nakal.

“Tengku Melissa !.” herdik Datuk Hud Razief.Dadanya turun naik menahan marah.Raut wajah Tengku Huda Melissa berubah serta merta.Dadanya juga turut bagai mahu pecah menahan tangis.Dia adalah adik kesayangan Datuk Hud Razief.Apabila diperlakukan begitu , hatinya terusik kerana terasa dengan abangnya itu.Datuk Hud Razief mencerlung tajam ke arah adik kesayangannya itu.Airmata Tengku Huda Melissa sudahpun mengalir lebat tanpa sebarang suara yang terbit dari bibirnya.Hanya airmata yang berbicara betapa sedih hatinya diherdik begitu oleh Datuk Hud Razief.

“I’m sorry Tengku Melissa.” ucap Datuk Hud Razief lembut dan nadanya seakan berbisik.Makin lebat airmata Tengku Huda Melissa apabila dipujuk oleh Datuk Hud Razief.Tubuh Tengku Huda Melissa ditarik ke dalam dakapannya.Pecah tangisan adik kesayangannya itu apabila dipeluk oleh Datuk Hud Razief.Teresak-esak Tengku Huda Melissa menangis.Kepala Tengku Huda Melissa dikucup lembut oleh Datuk Hud Razief.

“Jaga kelakuan you Tengku Melissa.” ucap Datuk Hud Razief.Pelukan bersama Tengku Huda Melissa dilepaskan.Wajah manis Tengku Huda Melissa ditatap lembut.

“Kenapa buat begitu pada I Tengku Melissa ?.” soal Datuk Hud Razief lembut kepada Tengku Huda Melissa.

“Sorry Datuk , I cuma mahu bergurau saja dengan Datuk.” jelas Tengku Huda Melissa.

“Banyak cara yang you boleh buat gurauan dengan I Tengku Melissa but bukan terperanjatkan I macam tadi itu.” jelas Datuk Hud Razief mendatar dan megah kepada Tengku Huda Melissa.Sedang mereka berbual di hadapan kamar , mereka berdua didatangi Tengku Orked Mariam.

“Datuk are you okay ?.” soal Tengku Orked Mariam yang melihat suasana agak haru biru ketika dia melalui laluan di kamar Datuk Hud Razief.

“I okay Tengku , tapi budak ini yang not okay.” sakat Datuk Hud Razief kepada adik perempuannya itu.

“Tengku Melissa , you sampai pukul berapa tadi ?.” soal Tengku Orked Mariam kepada adik perempuaanya itu.Tengku Huda Melissa menjeling ke arah Tengku Orked Mariam.

“I datang lepas subuh tadi , tapi semua orang masih tidur , I pun sambunglah tidur dekat dalam kereta dengan Tengku Khuzairi.” jelas Tengku Huda Melissa lembut.Tengku Orked Mariam tersenyum mendengar penjelasan adiknya itu.

“Tengku Huda Melissa gedik.” sakat Datuk Hud Razief tiba-tiba.Akibat geram akan ejekan abangnya itu.Satu tumbukan padu hinggap di dada bidang Datuk Hud Razief kerana mengejeknya.Kemudian dia tersenyum nakal.

“Datuk , awak mahu kahwin atau tidak ? Saya rasa Intan Zinirah sudah mula bersiap.Awak sendiri cakap mahu majlis berlangsung pagi kan ?.” soal Tengku Orked Mariam lembut tutur katanya.

“Ya allah , I terlupa.Okay , I pergi siap sekarang.” terus langkahnya diatur memasuki ke dalam kamar semula dan pintu ditutup kuat.Terkejut Tengku Orked Mariam dan Tengku Huda Melissa yang masih berdiri tegak di hadapan kamar Datuk Hud Razief.

“Bersemangat betul hendak berkahwin ?.” soal Tengku Huda Melissa selamba.Tertawa Tengku Orked Mariam mendengar kutukan adik perempuaanya itu.

“Sudah , kita pun kena bersiap juga.” jelas Tengku Orked Mariam mengingatkan Tengku Huda Melissa.Mereka berdua terus menuju ke kamar masing-masing.

Pada jam tepat menunjukkan pukul 10 pagi.Seluruh tetamu kehormat dan pegawai yang bertugas serta ahli keluarga terdekat sudahpun bersiap sedia berkumpul untuk menyaksikan perlansungan majlis akad nikah Datuk Hud Razief dan juga pilihan hatinya Intan Zinirah.Seluruh kerabat diraja sudahpun berada di dewan singgahsana bagi menunggu kedatangan kedua mempelai.Tengku Orked Mariam berdiri di hadapan kamar yang ditiduri oleh Intan Zinirah semalaman.Tiba-tiba dia didatangi oleh Datuk Hud Razief yang segak berbaju melayu putih.

“Boleh I jumpa dengan Intan sekejap Tengku ?.” pinta Datuk Hud Razief lembut kepada kakaknya itu.

“Untuk apa ?.” soal Tengku Orked Mariam tenang.

“I want to talk to my darling for a moment.” jelas Datuk Hud Razief lembut dan tenang.Tengku Orked Mariam tersenyum dengan gelagat Datuk Hud Razief tersebut.

“Yes , please.” ucap Tengku Mariam lembut lalu membenarkan lelaki itu masuk sebentar ke dalam kamar tersebut.Sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke dalam kamar , wajah jelita Intan Zinirah dengan tacapan yang ringkas teserlah dibalik pantulan cermin.Gadis itu , tersipu malu memandang wajah tampan Datuk Hud Razief.Kaki melangkah semakin mendekati Intan Zinirah.

“Beautiful.” ucap Datuk Hud Razief lembut.Intan Zinirah tersenyum segaris.

“Thank you Datuk.” ucap Intan Zinirah setelah dipuji oleh bakal suaminya.

“Ready , want to be my wife ?.” soal Datuk Razief lembut dan mengoda.

“Yes.” ringkas jawapan yang diberi oleh Intan Zinirah.Dia memandang wajah Datuk Hud Razief dibalik pantulan cermin.Senyuman manis terbit dari bibirnya.Senyuman itu juga dibalas oleh Datuk Hud Razief dengan senyuman mengoda.Datuk Hud Razief mula mengatur langkah menuju ke luar kamar.

“Thank you Tengku sebab beri I peluang.” ucap Dato Hud Razief lembut.Tubuh kecil milik Tengku Orked Mariam dipeluk erat.Pelukannya itu juga turut disambut oleh Tengku Orked Mariam.

“Nak juga.” ucap Tengku Huda Melissa yang muncul dari satu sudut.Dia terus mendekati Datuk Hud Razief dan Tengku Orked Mariam lalu mereka berpelukan bersama.Dahi Tengku Huda Melissa dikucup lembut oleh abangnya.Tiba-tiba Tengku Hud Khuzairi turut menyertai sesi berpelukan itu.Mereka berempat terasa bahagia saat ini.Masing-masing memejamkan mata menghayati saat memori indah ini.Tengku Hud Razief merasakan hari ini adalah hari terbahagia buatnya.Empat beradik itu sungguh erat kini , apabila dibandingkan pada suatu ketika dahulu.Airmatanya juga turut mengalir.Intan Zinirah yang mengintai dibalik pintu juga turut tersenyum bahagia apabila melihat empat beradik itu berpelukan bersama.

Suasana di dewan singgahsana riuh rendah dengan kehadiran tetamu kehormat dan seluruh kerabat diraja.Imam Masjid Negara juga sudah bersedia di meia yang tersedia untuk sesi akad nikah.Gong berbunyi menandakan ketibaan yang berbahagia Datuk Hud Razief yang diiringi adik lelakinya Tengku Hud Khuzairi menuju ke meja yang sudah ditunggu seluruh saksi majlis.Kemudian , sekali lagi gong dipukul menandakan ketibaan Tengku Orked Mariam dan Tengku Huda Melissa yang mengiringi Intan Zinirah.Seluruh para tetamu berdiri memberi hormat kepada pengantin perempuan serta ahli keluarga Datuk Hud Razief.Kini tiga wanita itu sudah berada di atas singgahsana.Kesemua tetamu diminta duduk kembali.

“Boleh kita mula Datuk ?.” pinta Imam Masjid Negara tersebut.

“Ya , silakan.” ucap Datuk Hud Razief yang memberi izin untuk meneruskan majlis.Tengku Hud Khuzairi juga tersenyum apabila melihat riak wajah cuak abangnya yang berada di sisi itu.

“Baiklah , kita mulakan majlis ini.” jelas Imam tersebut.

“Bismillah , Datuk Hud Razief Bin Tengku Hud Razi.Saya nikahkan kamu dengan pengantin perempuan Cik Puan Intan Zinirah Binti Farid dengan mas kahwinnya satu jongkong emas.” ucap Imam Masjid Negara tersebut.Datuk Hud Razief menarik nafas sedalamnya dan menghelakan perlahan-lahan.

“Saya terima nikahnya Cik Puan Intan Zinirah Binti Farid dengan mas kahwinnya satu jongkong emas.” lafaz Datuk Hud Razief dengan satu nafas.Tengku Orked Mariam dan Tengku Huda Melissa sudah tersenyum riang apabila mendengar lafaz akad Datuk Hud Razief tamat.

“Sah ?.” soal Imam Masjid Negara tersebut kepada para saksi yang berada di meja tersebut.

“Sah.” “Sah.”

“Sah.” sahut para saksi yang menyatakan lafaz akad Datuk Hud Razief adalah sah.Seluruh dewan singgahsana melaungkan ucapan syukur.Tangan diangkat untuk sesi berdoa.Jelingan manja diberi kepada Intan Zinirah.Jegilan mata yang dibalas kepada Datuk Hud Razief.Suaminya itu hanya tersenyum.Selepas mengaminkan doa.Seluruh para tetamu jemputan khas dibawa ke sebuah kamar yang telah disediakan jamuan pelbagai jenis santapan.Manakala , Datuk Hud dan isterinya itu pula menuju ke kamar yang telah dihias dengan rekaan pengantin diraja.Tengku Orked Mariam mengikuti mereka dari arah belakang.

“Datuk , Cik Puan.Awak berdua ada masa sehingga jam 6 petang sahaja.Jadi beristirahatlah dan membuat persalinan.Pukul 7 malam kita akan bertemu kembali di dewan singgahsana.Malam ini kita ada jamuan santapan malam bersama ahli keluarga sahaja.” jelas Tengku Orked Mariam.

“Baik Tengku , thank you for your reminder.” ucap Datuk Hud Razief tenang.Mereka bersurai di hadapan kamar.Dia dan isterinya Intan Zinirah menuju ke dalam dan pintu dikunci Datuk Hud Razief.Matanya memandang ke arah isterinya yang sedang membuka segala perhiasan yang terhias di atas kepalanya.Langkah diatur mendekati Intan Zinirah.Tangannya naik merayap di bahagian pinggang.Rasa gementar menyelubungi perasaan perempuannya.Tetapi masih dia mendiamkan diri dan hanya mampu membiarkan.

“Assalammualaikum sayang.” ucap Datuk Hud Razief dengan nada berbisik dan mengoda.Intan Zinirah rasa tidak cukup nafas saat mendengar nada suaminya yang begitu mengoda.

“Waalaikummusalam...abang.” balas Intan Zinirah teragak-agak.Senyuman dibibir Datuk Hud Razief semakin lebar.Kepala isterinya dikucup dari arah belakang.

“Thank you sayang , tetapi abang tidak memaksa sayang andai sayang masih belum selesa dan serasi dengan abang.Kita boleh pupuk perasaan itu.” jelas Datuk Hud Razief yang tidak mahu isterinya rasa terbeban dengan sekadar panggilan hormat kepadanya sebagai seorang suami.

“Tidak apa , Intan ikhlas dengan abang.Tidak beri kesan apa pun kalau Intan panggil abang dengan panggilan ‘abang’.” jelas Intan Zinirah lembut.Tubuh dipusingkan menghadap Datuk Hud Razief.Senyuman manis terbit di bibir Datuk Hud Razief.Tangan mulus Intan Zinirah naik ke butang baju melayu suaminya itu lalu dibuka satu persatu.

“Abang pergilah mandi dan rehat dulu.Nanti Intan siapkan pakaian abang.” jelas Intan Zinirah kepada suaminya.Datuk Hud Razief tersenyum riang.

“Sayang tak mahu mandi dengan abang ke ?.” soal Datuk Hud Razief selamba kepada isterinya.Terkedu Intan Zinirah.

“Kita masih mempunyai tetamu di luar sana.Jadi jaga diri dan kelakuan walaupun sudah sah.” jelas Intan Zinirah agak tegas.Tetapi senyuman tetap mekar di bibir Datuk Hud Razief.

“Baik sayang.I love you honey.” ucap Datuk Hud Razief mesra.Lanngkah diatur menuju ke kamar mandi.Air pancuran kedengaran dari luar kamar mandi.Intan Zinirah melepaskan satu kekuhan yang seakan melepaskan satu beban.

“Gatal sangat mahu ajak aku mandi sekali.” bebel Intan Zinirah sendirian dan perlahan.Tidak lama kemudian , Datuk Hud Razief keluar dari kamar mandi dalam keadaan bertuala.Tertelan liur Intan Zinirah saat melihat suaminya yang hanya berlilitkan tuala di pinggang dengan gaya yang sungguh mengiurkan.Datuk Hud Razief melangkah dan mendekati isterinya.Pinggang yang berisi milik Intan Zinirah dirangkulnya dari hadapan.Wajah mereka bertembung seinci.Nafas panas dihela Datuk Hud Razief dapat dirasai Intan Zinirah.

“Abang mahu tuntut hak abang.” jelas Datuk Hud Razief menyatakan keinginannya.Intan Zinirah menelan liur kesat.

“Sekarang ?.” soal Intan Zinirah bergetar suaranya.

“Ya sayang , now.” balas Datuk Hud Razief dengan suaranya yang serak basah.

“Abang nak apa ?.” soal Intan Zinirah lurus.Datuk Hud Razief tersenyum nakal.Perlahan-lahan wajahnya didekatkan lalu bibirnya memagut bibir munggil Intan Zinirah.Kucupan mereka bersatu.Bibir Intan Zinirah mengikut rentak kucupan suaminya.Hampir 5 minit mereka hanyut bercumbu.Intan Zinirah menolak dada bidang Datuk Hud Razief sedikit seakan memberi amaran yang dia sudah ditahap kelemasan.Dia mahu mencari nafas yang hampir hilang.

“Manis.” ucap Datuk Hud Razief nakal dan mengoda kepada isterinya seraya dia mengesat kesan gincu yang melekat dibibirnya.Intan Zinirah turut membuat perkara yang sama.

“Thank you sebab beri hak abang.” ucap Datuk Hud Razief lembut.

“Most welcome abang.” balas Intan Zinirah lembut.Mereka menuju ke katil dimana tempat yang bakal mereka beradu.Datuk Razief sudah mendamparkan tubuhnya terlebih dahulu.Kemudian disertai Intan Zinirah yang menimpa di atas dada suaminya.Datuk Hud Razief tersenyum bahagia apabila isterinya sendiri yang merelakan untuk bermanja dengannya.

“Sayang okay ke bila berdua dengan abang macam ini ?.” soal Datuk Hud Razief kepada isterinya.Intan Zinirah mendongak sedikit mencari anak mata suaminya.

“Kita sudah sah menjadi suami isteri.Jadi tiada masalah untuk kita berduan macam ini.Intan tidak pernah rasa kasih sayang.Sekurang-kurangnya adik beradik abang ada abang.Intan tiada siapa dalam hidup.” ucap Intan Zinirah sayu.Kepala isterinya diusap.

“Sayang , siapa sekalipun sayang dimata manusia.Abang akan tetap ada di belakang sayang tanpa menghiraukan apa yang pernah berlaku dalam hidup sayang.” ucap Datuk Hud Razief lembut.

“Terima kasih sebab sudi cintakan Intan.Kasih sayang abang akan Intan hargai sampai mati.” balas Intan Zinirah sayu dan lembut.Mata dipejamkan rapat lalu mereka terlena seketika.

Malam yang indah dan tenang diiringi bunyi alunan muzik orkestra yang telah ditempah khas oleh Tengku Orked Mariam.Suasana pada malam ini amat menenangkan jiwa Datuk Hud Razief dan membuatkan malam yang terindah dialami oleh Intan Zinirah.Dia dan suaminya kini sedang menapak menuruni anak tangga untuk menuju ke ruang santapan yang telah disediakan buat mereka sekeluarga.Tangan suami isteri itu erat berpimpinan.Mereka kini mengatur langkah menuju ke arah Tengku Orked Mariam yang sedang menunggu.Senyuman manis dihadiahkan kepada pasangan pengantin baru itu oleh Tengku Orked Mariam.

“Romantic.” ucap Tengku Orked Mariam lembut.

“Thank you Tengku.” ucap pasangan suami isteri itu serentak.Kemudian mereka dibawa menuju ke arah ruang santapan malam bersama dua lagi adiknya iaitu Tengku Huda Melissa dan Tengku Hud Khuzairi.Punggung dilabuhkan sebaik sahaja mereka tiba di meja santapan malam.Meja santapan dipenuhi dengan pelbagai jenis makanan.Datuk Hud Razief tersenyum melihat isterinya yang ceria apabila melihat makanan di hadapan matanya.Tetapi raut wajah Intan Zinirah masih dikawalnya.

“Kalau tengok sahaja.Kita semua akan berlapar sampai esok pagilah jawabnya.” gurau Tengku Orked Mariam kepada ahli keluarganya.Mereka tertawa kecil dengan gurauan wanita itu.Makanan mula dihidangkan di dalam pinggan yang tersedia.Jamuan sudah dimulakan terlebih dahulu oleh Tengku Huda Melissa.

“Laju betul you makan Tengku ?.” sakat Datuk Hud Razief kepada adik perempuannya Tengku Huda Melissa.Tetapi tidak diendahkan oleh Tengku Huda Melissa.Santapan hanya diteruskan.

“Patutlah gemuk.” kutuk Datuk Hud Razief yang sengaja mahu mencari nahas bersama adik perempuannya itu.Intan Zinirah hanya menahan tawa.

“Datuk !.” jerit manja Tengku Huda Melissa.Manakala Datuk Hud Razief sudah memecahkan tawanya perlahan.Intan Zinirah memukul lembut lengan suaminya.

“Exactly Datuk.” sampuk Tengku Hud Khuzairi.Seluruh ahli keluarga mereka tertawa dengan kutukan spontan yang keluar daripada mulut Datuk Hud Razief.

“Abang... .” panggil Intan Zinirah seakan menyuruh suaminya menghentikan tawanya itu.

“Relax Melissa.Semua orang enjoy tonight.” balas Tengku Hud Khuzairi selamba.

“Yalah , enjoy sebab dapat kutuk I kan ?.” soal Tengku Huda Melissa dingin.Dia terus bangun dan berfiri lalu beredar dari ruang makan.Dia terasa hati dengan sikap abang-abangnya itu.

“Tengku Khuzairi , that it’s your job.” ucap Datuk Hud Razief menyuruh adik lelakinya itu memujuk Tengku Huda Melissa.Tanpa berlengah masa , Tengku Hud Khuzairi bangun dan keluar dari ruang tersebut lalu mendapatkan adik perempuannya itu.

“Tak baik you buat dia macam itu Datuk.” jelas Tengku Orked Mariam lembut dan terukir segaris senyuman.

“I know Tengku.Tetapi sudah lama I tidak bergurau macam itu.So , tak salah kalau I nak bergurau dengan adik kesayangan I.” balas Datuk Hud Razief selamba.

“Sepatutnya abang harus sayang mereka bukan dengki macam itu.” jelas Intan Zinirah yang tiba-tiba bersuara.Terkedu Tengku Orked Mariam dan Datuk Hud Razief yang mendengar penjelasan daripada Intan Zinirah itu.

“Exactly Cik Puan.” sampuk Tengku Orked Mariam dengan senyuman.Mereka melangsaikan makanan yang terhidang di dalam pinggan masing-masing.Selepas selesai bersantapan malam.Datuk Hud Razief mengajak isterinya untuk menari bersamanya seketika.Tengku Orked Mariam meninggalkan pasangan kekasih itu untuk menghayati malam.Tarian mereka diiringi alunan muzik romantis daripada kumpulan orkestra yang dijemput ke kediaman mereka.Tangan Intan Zinirah diletakkan di atas dada kirinya.Senyuman segaris dan agak hambar terbit di bibir manis Intan Zinirah.Dia terasa membahang apabila menari begitu bersama suaminya.Walaupun tempat mereka adalah privasi.Hampir 15 minit bersama.Datuk Hud Razief dan Intan Zinirah menuju ke kamar untuk beristirahat.Pintu kamar dikunci oleh Datuk Hud Razief.Intan Zinirah berdiri di belakang suaminya.

“Sayang ada nak beritahu abang apa-apa ke ?.” soal Datuk Hud Razief mesra.

“Intan nak ucapkan teima kasih kepada abang untuk hari ini.” jelas Intan Zinirah lembut.Dagunya disentuh Datuk Hud Razief.

“Apa sahaja untuk isteri abang.” ucap Datuk Hud Razief lembut.

“Intan bahagia sangat jadi isteri abang.Harap abang mampu jaga Intan macam apa yang abang sudah berjanji.” ucap Intan Zinirah lemah.

“Abang akan jaga sayang macam apa yang abang sudah janjikan.I love you so much.” ucap Datuk Hud Razief romantis.

“I love you too Datuk Hud Razief.” ucap Intan Zinirah lembut.Wajahnya ditatap Datuk Hud Razief seketika.Kemudian dahinya pula dikucup lembut.Perasaan bahagia menyelubungi jiwa wanita Intan Zinirah.

Jemput baca baby readers..hihi.. jangan lupa follow ig and acc FY untuk baca story and jumpa Datuk..auchh ! Novelplus : Fatimah Yusof Instagram : fatimahyusof_np

Share this novel

Yuyu
2021-01-12 21:41:37 

knp adik beradik panggil diaorg datuk juga, sis?


NovelPlus Premium

The best ads free experience