SKZ (6)

Romance Completed 108451

Suasana dingin menemani pagi hari Datuk Hud Razief.Lelaki itu sedang menyiapkan kerjanya di kamar kerja yang disediakan khas olehnya sendiri supaya fokusnya terhadap urusan penting tidak terganggu dan diganggu sesiapa.Fail dan surat rasmi diteliti satu persatu dengan tumpuan sepenuhnya.Sesekali secawan kopi yang terhidang di sudut meja dihirupnya untuk mengurangkan rasa tegang di urat kepalanya kerana terlalu sukar menyiapkan tugasan yang diberi pihak atasan.Dahi dipicit lembut kerana terasa berdenyut.Dia meletakkan pena di atas meja kembali lalu bangun dari kerusi dan menuju ke ruang kecil yang tersedia kerusi rehat buat dirinya.Suis dipasang dan punggung dilabuhkan di kerusi urut elektronik tersebut.Badan yang terasa lenguh kini amat melegakan selepas mendapat urutan elektronik.Tiba-tiba pintu diketuk seseorang.

“Masuk.” arah Datuk Hud Razief mendatar.Daun pintu dibuka dan tersembul wajah Tengku Orked Mariam dengan raut wajah yang masam dan muram.Datuk Hud Razief hanya mendiamkan diri.Tengku Orked Mariam terus menuju ke ruang meja kerja Datuk Hud Razief lalu mengambil cop milik lelaki itu dan dicopkan di atas sebuah borang.Kemudian , langkah diatur mendekati Datuk Hud Razief yang sedang berurut di kerusi elektronik itu.Punggung dilabuhkan di kerusi sebelahan Datuk Hud Razief.Keluhan kecil dilepaskan tanpa didengari Datuk Hud Razief.

“Saya sudah carikan sebuah Universiti berdekatan dengan kediaman kita Datuk , tetapi maaf kerana tiada yang terlalu dekat.Yang paling dekat adalah 15 kilometer dari kawasan kediaman kita ini.” jelas Tengku Orked Mariam mendatar.Nadanya agak kecewa.Terduduk tegak Datuk Hud Razief mendengar penjelasan Tengku Orked Mariam itu.

“Habis perjalanan pergi dan balik Intan macam mana Tengku ?.” soal Datuk Hud Razief dengan nada yang agak risau.

“Tentang perjalanan pergi dan balik itu tiada apa masalah , kita ada ramai pemandu tetapi cuba Datuk fikir.Jika kelas habis pukul 2 sekalipun , belum tentu dia terus pulang ke rumah dengan waktu yang telah dijanjikan.Mereka pasti akan ada sesi ulangkaji bersama pensyarah ataupun bersama rakan.Kehidupan pelajar Universiti ini berbeza Datuk.Kita harus selami dunia mereka supaya kita dapat menyesuaikan diri dan selesa.Jika tidak , tidak sampai sebulan Datuk akan berhentikan Cik Puan dari Uni tersebut.” jelas Tengku Orked Mariam kepada Datuk Hud Razief.

“Habis apa pandangan Tengku tentang perkara tersebut ?.” soal Datuk Hud Razief yang masih inginkan pandangan daripada Tengku Orked Mariam.

“Suka ataupun tidak , keputusan dia adalah Datuk harus melepaskan Cik Puan untuk tinggal di hostel.” jelas Tengku Orked Mariam lemah.Membulat mata Datuk Hud Razief yang mendengar.

“What ?.” soal Datuk Hud Razief yang terjerit akibat terkejut mendengar penyataan Tengku Orked Mariam.Dari keadaan duduk tegak kini dia berdiri pula.

“Datuk , saya sudah beritahu tentang perkara ini.Jadi jangan awak cuba untuk salahkan saya ya.” amaran diberi kepada Datuk Hud Razief dengan tegas.Keluhan kecil terbit di bibir Datuk Hud Razief.Wajahnya diraup lembut.Dia kembali duduk di sisi Tengku Orked Mariam.

“Tengku , you selalu bantu I menyelesaikan masalah.Tentang perkara ini tidak mungkin kita mempunyai satu jalan saja ?.” soal Datuk Hud Razief yang masih tidak berpuas hati dengan penjelasan Tengku Orked Mariam itu.

“Kalau macam itu , Datuk tarik balik sajalah janji Datuk dengan Cik Puan untuk menghantarnya ke Universiti.” jelas Tengku Orked Mariam selamba.

“Mana boleh macam itu Tengku ?.” soal Datuk Hud Razief yang agak dingin dengan cadangan Tengku Orked Mariam tersebut.

“Datuk , saya faham Datuk mahu tunaikan impian Cik Puan.Tetapi jalan Datuk yang salah.Banyak lagi impian dia tetapi Datuk bertumpu pada yang ini sahaja.Jadi , segala risiko Datuk harus tanggung sendiri.” jelas Tengku Orked Mariam sayu.

“Apa kata Datuk lupakan sementara tentang sambung belajar Cik Puan ini , saya minta Datuk fokus pada meeting esok dan lusa.Datuk perlu berada di London selama dua hari.” jelas Tengku Orked Mariam lembut.Keluhan kecil terbit di bibir Datuk Hud Razief.

“Baiklah , I akan maklumkan pada Intan nanti.Yang pasal Uni itu , I harap you dapat carikan yang lain.Kita usaha yang lebih baik.” jelas Datuk Hud Razief lemah.Dia bangun dan mengatur langkah menuju kembali ke meja kerjanya manakala Tengku Orked Mariam pula terus keluar dari kamar tersebut.

Pada waktu santapan tengahari , seluruh ahli keluarga Datuk Hud Razief berkumpul kecuali Tengku Orked Mariam.Mereka bersantapan bersama dengan hasil hidangan yang dimasak oleh Intan Zinirah.Sungguh berselera Datuk Hud Razief dan adik beradiknya iaitu Tengku Hud Khuzairi dan Tengku Huda Melissa menjamu selera santapan yang dijamu oleh Intan Zinirah.Suasana di ruang makan agak riuh rendah dengan gelak tawa dan gelagat manja Tengku Huda Melissa walaupun sewaktu santapan tersebut mereka ketiadaan Tengku Orked Mariam.Selepas selesai menjamu selera , Datuk Hud Razief mula menghidangkan segala jenis lauk dan pencuci mulut di dalam dulang lalu dibawa menuju ke kamar kerja Tengku Orked Mariam.Sesampai sahaja di hadapan kamar kerja tersebut , daun pintu diketuk lalu dia memasuk ke dalam kamar tersebut dan meletakkan dulang yang berisi makanan dan minuman itu di atas sebuah meja kecil.

“Tengku , you buat apa sehingga tidak menyertai makan tengahari tadi ?.” soal Datuk Hud Razief risau.

“Saya sedang mencari Universiti yang terbaik untuk wife Datuk.Tetapi semuanya jauh.Kalau pergi Universiti yang saya kata tadi pagi itu.Sekurang-kurangnya , hari minggu Cik Puan masih boleh bersama dengan kita.Dia perlu ada di universiti itu selama 5 hari bekerja sahaja.Jika cari di tempat lain , memang 3 bulan sekali baru kita dapat jumpa dia.Datuk sanggup ke ?.” sindir Tengku Orked Mariam secara halus.

“I terima sajalah , you daftarkan dia dekat Uni yang you beritahu I tadi pagi itu.Next week I hantar dia.” jelas Datuk Hud Razief dengan nada yang cukup berat.Sukar untuk dia melepaskan Intan Zinirah begitu.Tengku Orked Mariam memandang wajah Datuk Hud Razief dengan sebuah pandangan yang ingin penjelasan.

“Awak redha ke tidak sebenarnya Datuk ?.” soal Tengku Orked Mariam ingin tahu.

“I takut kalau I rindukan dia.” luah Datuk Hud Razief akhirnya.Keluhan kecil dilepaskan.

“Awak boleh guna inisiatif lain Datuk.Awak boleh panggil seorang pensyarah untuk mengajar Cik Puan secara peribadi.” terang Tengku Orked Mariam dengan cadangan bernasnya.Kepala Datuk Hud Razief digelengkan tanda tidak setuju.

“Dia pasti akan marah pada I nanti.Lain yang I janji dengan dia , lain yang I bagi dia.Mungkin I terpaksa lepaskan dia juga dan dia lebih teruja bila dapat tahu yang dia akan tinggal di hostel.Suasana sebagai seeorang pelajar Uni itu dapat dirasainya.Tetapi I yang akan lebih terseksa dan perlu bersedia untuk berjauhan dengan dia.” jelas Datuk Hud Razief sayu dan lemah.

“Belajar dari kesilapan dan pengalaman Datuk , lain kali jangan berani berjanji jika tidak mampu melaksanakannya.” pesanan diberi oleh Tengku Orked Mariam kepada Datuk Hud Razief.

“You dah siapkan fail I untuk esok ?.” soal Datuk Hud Razief kepada Tengku Orked Mariam.

“Sudah , makesure Datuk sudah maklumkan perkara tersebut kepada Cik Puan.” jelas Tengku Orked Mariam.

“I akan bercakap dengan dia nanti.” jelas Datuk Hud Razief.Dia terus bangun dan berdiri menuju ke pintu dan keluar dari kamar tersebut.Tengku Orked Mariam tersenyum melihat hidangan yang dibawa oleh Datuk Hud Razief.

“Sayang juga rupanya.” Omelnya Tengku Orked Mariam sendirian.Sebuah senyuman nipis terukir di bibirnya.

Petang hari yang bakal ditenggelamkan senja semakin hampir.Apabila waktu menunjukkan tepat jam 6 petang.Intan Zinirah berdiri di beranda kamar tidurnya.Dia masih di dalam pakaiannya sebuah skirt berwarna hitam bawah lutut dan sehelai baju T berwarna putih dipadankan.Udara segar di waktu petang itu dihirupnya tenang.Sedang dia menikmati pemandangan petang di beranda kamarnya.Tiba-tiba sepasang tangan menjalar di pinggangnya lalu dikucup kepalanya lembut.Datuk Hud Razief memeluk tubuh isterinya erat.Kepalanya ditongkat di atas kepala isterinya seketika.Mata dipejamkan rapat.Terukir senyuman bahagia di bibir Intan Zinirah.Perlahan-lahan pelukan suaminya dilonggarkan dan dia memusingkan tubuh menghadap lelaki separuh abad itu.Bibir mungil milik isterinya dipagut lembut oleh Datuk Hud Razief.Tenang sahaja Intan Zinirah sewaktu diperlakukan begitu.Kucupan mereka dilepaskan perlahan oleh Datuk Hud Razief.Wajah isterinya ditatap seketika.Rambut yang bertebangan diselitkan dibelakang telinga Intan Zinirah.

“Abang ada perkara nak beritahu sayang.” jelas Datuk Hud Razief lembut.Sepasang tangan Intan Zinirah diraihnya.

“Apa dia abang ? Macam penting saja ?.” soal Intan Zinirah pelik tetapi riak wajahnya masih dapat dikawal tenang.

“Abang dah jumpa Universiti yang bagus untuk sayang.” jelas Datuk Hud Razief lembut walaupun di dalam hatinya sukar untuk menyatakan perkara seterusnya.

“Tetapi... .” kata-katanya mati.Mulutnya bagai terkunci untuk menyatakan perkara tersebut.

“Kenapa abang ?.” soal Intan Zinirah yang risau melihat suaminya hilang kata-kata.

“Sayang perlu duduk di hostel yang disediakan oleh pihak Universiti.” jelas Datuk Hud Razief lembut.Intan menyentuh wajah suaminya dengan kedua telapak tangannya.Wajah Datuk Hud Razief yang dipenuhi jambang itu diusap lembut.

“Abang restu Intan untuk tinggal di hostel ?.” soal Intan Zinirah kepada suaminya lembut.Dahi Intan Zinirah dikucup lembut oleh Datuk Hud Razief.Senyumannya mekar di bibir.

“Abang restu untuk sayang capai impian sayang.” ucap Datuk Hud Razief lembut.Intan Zinirah terasa tenang dan bahagia saat ini.

“Jom romda kawasan.Ada beberapa perkara yang abang perlu bincang dengan sayang.” ajak Datuk Hud Razief.

“Okay.” akur Intan Zinirah tanpa sebarang bantahan.Mereka beriringin menuju ke tingkat bawah dan Datuk Hud Razief mengarahkan beberapa pegawai pengiringnya mengikutnya dan isteri untuk meronda kawasan.Sepanjang mereka berjalan kaki mengelilingi kawasan kediaman Datuk Hud Razief itu.Segala penjelasan dan penerangan diterangkan oleh Datuk Hud Razief.Mankala , Intan Zinirah hanya tekun mendengar tanpa membuat sebarang bantahan dengan penjelasan suaminya itu.

“Jadi sayang faham apa yang abang terangkan ini ?.” soal Datuk Hud Razief ingin kepastian yang isterinya itu tekun dan memahami segala penerangannya.

“Faham.Jadi kita boleh berjumpa seminggu dua kali sajalah ya ?.” soal Intan Zinirah sayu.

“Ya sayang , jangan risau kalau abang rindu dulu pada sayang nanti abang akan melawat sayang pada hari biasa juga tidak perlu tunggu hujung minggu.” jelas Datuk Hud Razief.Keluhan kecil terbit dari bibir mungil Intan Zinirah.

“Kalau Intan yang rindu pada abang dulu ?.” soal Intan Zinirah lembut dan sayu.Datuk Hud Razief tersenyum memandang isterinya.

“Abang akan terus datang jumpa sayang walaupun waktu malam atau subuh.” jelas Datuk Hud Razief romantis.Tersenyum lebar Intan Zinirah mendengar penjelasan suaminya itu.

“Abang akan hantar Intan masa hari pendaftaran nanti ?.” soal Intan Zinirah lembut.

“Ya sayang , abang akan hantar buah hati abang.” ucap Datuk Hud Razief sambil mencuit muncung isterinya.

“Abang cakap dengan Intan ada dua perkara , sekarang ini baru bincang satu perkara.Lagi satu apa ?.” soal Intan Zinirah ingin tahu.Datuk Hud Razief mengaru kepalanya yang tidak gatal.Tangan mereka yang bersatu dihayunkan lembut.

“Sebenarnya , abang akan pergi luar negeri atas satu urusan esok pagi.” jelas Datuk Hud Razief akhirnya.

“Apa ? Abang nak pergi luar negeri ? Intan tiada temanlah malam esok ?.” soal Intan Zinirah manja.Datuk Hud Razief terdiam.

“Abang akan sering macam ini , sayang pun kena sentiasa bersedia.Urusan abang memang tidak dapat dijangka sayang.Bila masa sahaja abang akan dapat perutusan untuk menyelesaikan urusan di luar negeri atau luar negara.Hidup abang memang terlibat dengan perkara macam ini ? Jadi tidak mampu mengubah apa-apa lagi.” jelas Datuk Hud Razief lembut kepada isterinya.

“Okay , nanti masa pulang ke Kuala Lumpur abang belikan Intan hadiah okay ?.” pinta Intan Zinirah manja.Datuk Hud Razief tersenyum mendengar permintaan isterinya itu.

“Sayang mahu hadiah apa ?.” soal Datuk Hud Razief lembut sambil menarik tangan isterinya yang bersatu dengan tangannya itu kerana semakin menjauh dengannya.

“Honeymoon.” pinta Intan Zinirah romantis.Tersenyum lebar Datuk Hud Razief apabila mendengar permintaan isterinya itu.Dia memandang ke sisi wajah suaminya dengan pandangan yang nakal.

“Abang akan tuntut semua hak abang sebelum sayang masuk Universiti.” jelas Datuk Hud Razief mengoda.Intan Zinirah tersenyum nakal.Dia bagai sudah dapat menangkap bait kata suaminya itu.

“Kenapa semua ?.” soal Intan Zinirah.

“Yalah sayang , sebab abang mahu beri penanda yang sayang hanya milik abang seorang.” jelas Datuk Hud Razief selamba.

“Kalau abang beri penanda bukan orang tahu pun ?.” soal Intan Zinirah.

“Sekurang-kurangnya sayang sedar yang sayang hak abang seorang.Jadi , sayang tidak akan tergugat bila ada lelaki cuba mahu pikat sayang.” ujar Datuk Hud Razief bersahaja.Intan Zinirah tertawa kecil dengan penyataan suaminya itu.

“Nakal.” ucap Intan Zinirah sambil memuncung ke arah suaminya.Mereka beriringan megelilingi kawasan kediaman tersebut hampir 20 minit dan akhirnya mereka tiba semula di pagar tidak rasmi bahagian belakang kediaman Datuk Hud Razief.Mereka menuju ke dalam kediaman dan bersiap bersihkan diri untuk bersantapan malam bersama.

Selepas santapan malam , Tengku Orked Mariam dan Tengku Huda Melissa menuju ke kamar bacaan milik Datuk Hud Razief untuk bersantai.Mereka bergelak sakan mengenangkan kenangan ketika zaman persekolahan mereka.Turut menyertai Tengku Hud Khuzairi.Sedang mereka seronok bercerita , Datuk Hud Razief memasuki kamar bacaan tersebut.Tengku Huda Melissa dan Tengku Hud Khuzairi meminta diri untuk kembali ke kamar beradu mereka.

“Datuk ada mahu bincangkan sesuatu dengan saya ke ?.” soal Tengku Orked Mariam mesra dan tenang.Punggung dilabuhkan di kerusi berdekatan Tengku Orked Mariam.

“Tidak Tengku , I saja mahu berbual dengan kakak I.” jelas Datuk Hud Razief dengan lembut.Tengku Orked Mariam tertawa kecil mendengar penyataan Datuk Hud Razief itu.

“Sejak bila saya diiktiraf jadi kakak Datuk pula ?.” soal Tengku Orked Mariam dengan nada menyindir.Senyuman sumbing terukir di bibir Datuk Hud Razief.

“Sejak I mampu terima segalanya.” jelas Datuk Hud Razief tenang.

“Saya mahu tanya satu soalan peribadi pada awak Datuk.” jelas Tengku Orked Mariam menerjah sepi malam yang tenang.Berkedut dahi Datuk Hud Razief mendengar permintaan Tengku Orked Mariam itu.

“Apa dia Tengku ?.” soal Datuk Hud Razief ingin tahu apa yang hendak ditanya oleh Tengku Orked Mariam itu.Renungan tajam dan selamba dihala kepada Datuk Hud Razief.

“Petang tadi ada pegawai pengiring buat report pada saya.Dia kata Datuk boleh tahan.” ujar Tengku Orked Mariam berkias.Datuk Hud Razief mengaru kepalanya yang tidak gatal itu.

“Boleh tahan apa ?.” soal Datuk Hud Razief seakan tidak mengerti apa yang cuba disampaikan oleh Tengku Orked Mariam.

“Katanya , Datuk boleh tahan bergurau sensitive content dengan Cik Puan.” jelas Tengku Orked Mariam dengan riak wajah selamba.Tertelan liur kesat Datuk Hud Razief dibuatnya.

“Saya mahu bertanya secara peribadi kepada Datuk.Adakah Datuk sudah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami kepada Cik Puan Intan Zinirah ?.” soal Tengku Orked Mariam tegas.Terdiam Datuk Hud Razief tidak berkata.Wajahnya menekur lantai.

“Datuk , saya bertanya perkara ini bukan sebagai seorang pegawai kanan Datuk.Tetapi secara peribadi iaitu ahli keluarga dan kakak kepada Datuk.Awak iktiraf saya sebagai kakak.Jadi saya akan gunakan kuasa veto saya sebagai kakak awak Datuk.Beritahu saya apa yang sudah berlaku antara awak dan Intan Zinirah ?.” soal Tengku Orked Mariam tegas.Matanya mencerlung tajam ke arah Datuk Hud Razief.Lelaki itu masih berdiam diri.

“Hud Razief , saya bertanya dengan awak.Apa guna awak berkahwin tetapi tidak melaksanakan tanggungjawab.” jelas Tengku Orked Mariam.Nadanya semakin tinggi.

“Maafkan I Tengku.Ya , I masih belum sentuh Intan sepenuhnya.Dia juga masih belum jadi hak milik I sepenuhnya.” jujur Datuk Hud Razief lemah.

“Datuk Hud Razief !.” jerit Tengku Orked Mariam seoktaf.Terhinjut bahu Datuk Hud Razief mendengar jeritan kakaknya itu.Sungguh wanita itu marah kepadanya.

“Kenapa sampai jadi begini ?.” soal Tengku Orked Mariam yang nadanya dalam kawalan.

“Kami belum bersedia.Kami perlukan masa.” jelas Datuk Hud Razief lemah.Dia tersangat malu untuk mengakurkan perkara ini di hadapan Tengku Orked Mariam.Tetapi dia juga terpaksa berlaku jujur.Kerana Tengku Orked Mariam satu-satunya wanita yang sering ada dikala dia kesusahan.Kini sekali lagi dia ditimpa kesusahan di dalam hubungan.

“Macam mana pasangan suami isteri masih belum bersedia untuk bersetubuhan ?.” soal Tengku Orked Mariam satu persatu dengan tegas.

“Kami terlalu jarak dalam angka umur.Jadi I dan Intan sudah bincangkan perkara ini.Kami akan mencari masa yang lebih sesuai untuk bersama.I sendiri terkejut bila dia sendiri minta I bawa dia pergi honeymoon sebelum dia masuk Universiti.” jelas Datuk Hud Razief.

“Itu maknanya , dia bersungguh dalam hubungan.Dia ada usaha untuk menjadi milik awak Datuk.Tetapi kenapa tidak pada diri awak Datuk ? Kenapa saya tidak nampak effort awak dalam hubungan ?.” soal Tengku Orked Mariam.Diam tidak berkata Datuk Hud Razief.

“Datuk , awak sedar atau tidak ? Yang hubungan awak dengan Cik Puan akan lebih renggang selepas ini.Itu bukan satu gaya hidup yang baik dalam hubungan rumahtangga.Itu adalah sebuah gaya hidup yang bakal menjunamkan awak dan Cik Puan.Hubungan awak berdua boleh bertahan apabila , ada kepercayaan di dalam hubungan.Kalau ada rasa percaya terhadap pasangan.Tidak perlu risau Datuk.Sampai mati pun Cik Puan Intan Zinirah akan jadi hak milik awak.” jelas Tengku Orked Mariam lembut.

“Buang rasa janggal , buang rasa segan dalam diri awak Datuk.Bahagiakan Intan Zinirah.Jadikan dia hak milik awak sepenuhnya Datuk Hud Razief.” ucap Tengku Orked Mariam.Dia berdiri dan memeluk Datuk Hud Razief erat.

Happy reading baby readers ! jangan lupa follow 2 acc fatimah satu untuk membaca dan satu untuk jumpa pasangan merpati sejoli tu..hihi.. Novelplus : Fatimah Yusof Instagram : fatimahyusof_np

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience