SKZ (29)

Romance Completed 109187

Pagi subuh telah membawa Datuk Hud Razief tersedar dari lenanya dengan suara azan berkumandang dari arah surau dan masjid yang berdekatan dengan kawasan kediaman kondominiumnya.Mata digosok perlahan-lahan.Dia melihat sekelilingnya.Baru dia teringat , selepas pertengkaran dia bersama isterinya Intan Zinirah dia telah tertidur di beranda luar rumahnya akibat membawa diri menjauhi isterinya yang kini emosi tidak stabil.Perlahan-lahan Datuk Hud Razief bangun dari pembaringannya lalu bersandar di kepala kerusi.Dia mengurut-urut batang tengkuknya kerana terasa sakit akibat tidur di atas kerusi kayu yang disediakan di luar beranda itu.Dia mengelamun seketika mengenangkan kisah semalam antara dia dan isterinya Intan Zinirah.Sungguh wanita itu terlalu marah terhadap dirinya.Perlahan-lahan dia bangun berdiri dan mengatur langkah masuk ke dalam rumah.Kamar tidurnya dituju terlebih dahulu untuk memastikan isterinya itu di dalam keadaan baik-baik sahaja.Dia membuka pintu kamarnya , terpapar wajah lelah isterinya Intan Zinirah yang sedang lena di atas katil.Datuk Hud Razief mendekati isterinya itu yang sedang lena.Punggung dilabuhkan di sebelah sisi kanan isterinya Intan Zinirah.
 
 
“Sayang , bangun sembahyang subuh dahulu.” kejut Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah lembut.Tetapi masih tiada gerakan atau sahutan daripada isterinya Intan Zinirah itu.
 
 
“Sayang , bangun sembahyang subuh dahulu dengan abang.” kejut Datuk Hud Razief lembut kepada isterinya Intan Zinirah sekali lagi.Tubuh isterinya Intan Zinirah bergerak-gerak sedikot menandakan dia terganggu dengan panggilan suaminya itu.
 
 
“Sayang , bangun dahulu sembahyang subuh dengan abang.Sayang pergi ambil wudhuk dahulu.Abang sediakan sejadah dan telekung untuk sayang.” jelas Datuk Hud Razief lembut kepada isterinya Intan Zinirah.Perlahan-lahan mata isterinya terbuka.Kemudian , Intan Zinirah bangun dari arah pembaringan dan bersandar di kepala katil sambil menatap wajah suaminya dengan pandangan kosong.
 
 
“Sayang ada hendak apa-apa ?.” soal Datuk Hud Razief lembut dan tenang kepada isterinya Intan Zinirah sebaik dia dilihat dengan pandangan yang dia sendiri tidak fahami oleh isterinya Intan Zinirah itu.
 
 
“Saya ada mahu cakap suatu perkara dengan awak.” jelas Intan Zinirah mendatar kepada suaminya Datuk Hud Razief dengan bahasakan dirinya sebagai ‘saya’ dan memanggil suaminya Datuk Hud Razief dengan panggilan ‘awak’.Suaminya Datuk Hud Razief hanya menelan liur kesat dan agak terasa hati dengan panggilan yang dipanggil oleh isterinya itu.Tetapi dia menerima segalanya dengan hati yang terbuka.
 
 
“Cakaplah , abang dengar.” jelas Datuk Hud Razief dengan lembut dan tenang kepada isterinya Intan Zinirah.
 
 
“Saya tidak mampu menerima kebaikan awak sekarang ini.Saya rasa muak dengan apa yang awak cuba lakukan untuk saya walaupun perkara tersebut adalah kebaikan secara ikhlas daripada awak sendiri.” jelas Intan Zinirah tegas dan mendatar.Riak wajahnya dikawal tenang.
 
 
“Abang cuma hubungan kita kekal baik.Abang tahu sayang masih marah dan masih juga tidak dapat menerima abang sekarang ini.Tetapi abang berharap supaya sayang terus untuk bertahan dengan abang.” ucap Datuk Hud Razief lembut.Perlahan-lahan tangan isterinya Intan Zinirah diraih lembut tetapi pantas sahaja ditarik semula oleh isterinya Intan Zinirah.Datuk Hud Razief memalingkan pandangan ke arah lantai.
 
 
“Saya tidak pasti apa yang akan berlaku selepas ini antara saya dan awak.Tetapi saya tetap hendak kita dalam cara yang begini buat sementara waktu ini.” jelas Intan Zinirah tenang dan mendatar kepada suaminya Datuk Hud Razief.
 
 
“Kenapa sayang tidak beri abang peluang untuk menyatakan perkara yang sebenar ? Tidak mungkin sayang terus tawar hati dengan abang walaupun ini adalah kekhilafan abang.Jangan hukum abang dengan rindu.Jangan biarkan rasa sakit ini membunuh abang.” ucap Datuk Hud Razief dengan nada yang menahan sebak.
 
 
“Saya tidak hukum awak tetapi saya perlukan masa untuk menerima awak semula.Saya terlalu rasa sakit dengan apa yang awak sudah lakukan terhadap ibu bapa saya.” jelas Intan Zinirah sayu.Airmatanya mengalir deras pada pagi subuh yang syahdu ini.Datuk Hud Razief terdiam.Dia tidak tahu hendak berkata apa kepada wanita kesayangannya Intan Zinirah itu.
 
 
“Jadi apa yang sayang mahu abang lakukan sekarang ini supaya sayang rasa berpuas hati ?.” soal Datuk Hud Razief lembut dan sayu.Wajahnya dijatuhkan menekur lantai yang beralaskan karpet berbentuk bulat di dalam kamar tidurnya itu.
 
 
“Saya tidak mahu tinggal serumah dengan awak.Saya mahu tinggal bersendirian.Jika ada keperluan , saya mampu meminta bantuan daripada orang lain.” jelas Intan Zinirah tegas di dalam kata-katanya.Airmata yang mengalir di pipi diseka lembut dengan tangan mulusnya
 
 
“Sayang , tidak mungkin sampai berpisah tempat tidur.Kalau sayang memang tidak selesa dengan abang sekarang ini.Abang boleh tidur di ruang tamu atau bilik sebelah.Janganlah sampai duduk rumah berasingan.” jelas Datuk Hud Razief merayu kepada isterinya.
 
 
“Sekarang awak pilih , awak hendak saya keluar atau awak yang pergi tinggalkan saya ?.” soal Intan Zinirah tegas dengan cara dan kemahuannya.Datuk Hud Razief terdiam sejenak.Hatinya luluh dengan permintaan dan keputusan isterinya itu.
 
 
“Tidak mengapa sayang , sayang tinggal sahaja di sini.Biar abang yang keluar dari rumah ini.Cuma abang minta sayang jaga diri.Jangan lakukan kerja yang berat-berat.Jangan tinggal sembahyang dan sentiasa berdoa.Berdoa untuk kita sekeluarga.” pinta Datuk Hud Razief sayu dan sebak kepada isterinya Intan Zinirah.
 
 
“Abang akan kemaskan barang sekejap lagi.Jangan bina sempadan di dalam hubungan kita walaupun abang terpaksa undur diri sekarang ini sayang.I need you baby.” ucap Datuk Hud Razief sayu.Tanpa dia sedar , airmatanya sudah mengalir laju.Dia tidak lagi dapat menahan sebak yang menghurung jiwanya di pagi subuh yang syahdu ini.Tangannya naik menyentuh kepala isterinya Intan Zinirah.Wanita itu hanya diam membatu tanpa memberi reaksi kepada suaminya Datuk Hud Razief itu.
 
 
“Abang halalkan makan dan minum sayang.Tiada apa yang abang mahukan lagi kecuali hubungan kita seperti sedia kala.Abang juga minta maaf sebab sudah melukakan hati sayang.Ampunkan abang , sayang Doakan urusan abang dipermudahkan.” ucap Datuk Hud Razief sayu dan sebak kepada isterinya Intan Zinirah yang hanya mendiamkan diri.
 
 
“Cuma abang minta , jangan pernah putus berdoa untuk abang.Abang perlukan doa daripada sayang , kerana doa seorang isteri adalah kekuatan kepada seorang suami.” ucap Datuk Hud Razief lemah kepada isterinya Intan Zinirah.Dia baru sahaja hendak bangun dan berdiri , tangannya tiba-tiba ditarik Intan Zinirah.Datuk Hud Razief terkejut dengan tindakan spontan isterinya itu.Segera dia melabuhkan punggung kembali.
 
 
“Jangan pernah menaruh harapan terhadap saya untuk menerima awak semula di dalam hidup saya.” ucap Intan Zinirah sayu dalam linangan airmata.Dia sendiri tidak dapat menahan sebak dengan ucapannya itu kepada suaminya Datuk Hud Razief.Tangan suaminya dikucup lembut.Kemudian dia turun daripada katil dan menuju ke kamar mandi.Datuk Hud Razief terpaku di posisinya itu.Dia bagai sedang bermimpi apabila mendengar kata-kata isterinya itu.Adakah dosa yang di lakukannya tidak layak mendapat pengampunan ?.
 
 
 
 
 
Kediaman Datuk Hud Razief bersuasana sunyi dan sepi apabila ke semua pegawai khasnya telah dia berikan cuti.Sebaik dia tiba sahaja di kawasan kediaman tersebut , Datuk Hud Razief terus memarkirkan kenderaanya di hadapan laman kediaman tersebut.Pintu kenderaan dibuka lalu dia keluar dari isi perut kereta.Langkah diatur menuju ke dalam kediaman rasminya itu.Saat dia melangkah masuk ke dalam kediaman tersebut.Setiap sudut direnung dan ditelitinya.Suara dan bayang-bayang isterinya Intan Zinirah menjadi igauan buatnya.
 
 
“Sayang , janganlah main barang itu nanti pecah tangan sayang pula yang luka.”
 
 
“Pandai abang buat hot chocolate untuk Intan.Sayang abang.”
 
 
“Merajuk dengan abang lagi ? Nanti esok abang belikan sayang bunga.Okay !.”
 
 
“I love you Datuk Hud Razief.Abang cinta mati Intan.”
 
 
Saat dia terkenang dan terbayang ayat yang terakhir itu di saat dia sedang merenungi sudut beranda di kediamannya itu.Saat itu jugalah airmatanya gugur lebat.Tangisan diiringi lebat hujan yang menderu secara tiba-tiba.Dia jatuh terjelupuk di lantai.Tangisannya lebat tanpa esakan dan suara.Hatinya luluh mengenangkan masa bahagia bersama isterinya Intan Zinirah.Jiwanya meronta , dirinya dipersalahkan tanpa henti.
 
 
“Ya allah ! Kenapa aku jadi seorang pembunuh ? Kenapa takdir aku adalah ditakdirkan untuk menjadi pembunuh ? Kenapa aku dilahirkan sebagai seorang pembunuh ?.” jerit Datuk Hud Razief di dalam tangisannya yang lebat itu.
 
 
“Pulangkanlah semula kebahagiaan aku yang telah engkau rentap ya allah !.” pintanya di dalam jeritan serta diiringi tangisan lebat.
 
 
“Datuk !.” panggil seseorang dari arah belakangnya dan segera mendapatkannya yang sudah terjelupuk di atas lantai.Wajah Tengku Orked Mariam sungguh cuak ketika mendapatkan adik lelakinya Datuk Hud Razief itu.Dia mengangkat tubuh sasa Datuk Hud Razief itu perlahan-lahan dan dibawa ke arah kerusi yang tersedia di ruang tamu.Datuk Hud Razief berhenti menangis.Tetapi , keadaannya seperti orang tidak waras.Hanya mengelamun dan tidak memberi tumpuan dengan apa yang dicakapkan oleh kakaknya Tengku Orked Mariam.
 
 
“Kenapa dengan awak ini Datuk ? Kenapa balik ke sini ? Kenapa awak tinggalkan Intan berseorangan di rumah ?.” soal Tengku Orked Mariam risau kepada adik lelakinya Datuk Hud Razief itu sambil mengosok dada bahagian belakang lelaki itu.
 
 
“Bukan I yang tinggalkan dia Tengku tetapi dia yang minta untuk ditinggalkan.” jelas Datuk Hud Razief lemah seperti tidak berada di dalam keadaan sedar.Dia mengelamun sahaja.
 
 
“Datuk , ingat allah , ingat anak dan ingatlah Intan.Kesian kepada Intan dan juga anak awak jika awak berterusan begini.” pujuk Tengku Orked Mariam sayu dan lemah kepada adik lelakinya Datuk Hud Razief itu.Perlahan-lahan anak mata Tengku Orked Mariam ditatap lembut dan tenang oleh Datuk Hud Razief.Agak lama dia menatap wajah kakaknya Tengku Orked Mariam tersebut.
 
 
“Kesian ? Dia ada kesian kepada I ke Tengku ? I tahu I buat dosa , membunuh.Tetapi patut ke dia buat I macam ini ? I mahukan dia Tengku.I mahukan dia.” ucap Datuk Hud Razief dengan riak wajah serius dengan nadanya semakin lama semakin tinggi.
 
 
“Sabar Datuk , jika Intan tahu keadaan Datuk sekarang ini pasti sukar dia hendak menerima Datuk kembali.Dia perlukan masa , dia akan kembali ke pangkuan Datuk.Cuma Datuk perlu bertenang dan bersabar.” ucap Tengku Orked Mariam sayu dan lembut kepada adik lelakinya Datuk Hud Razief itu.Dia mengusap kepala adik lelakinya itu dengan lembut.
 
 
“I tidak sangka yang dia akan membunuh rasa cinta dia pada I sekelip mata Tengku.Dalam sekelip mata juga dia benci I.” ucap Datuk Hud Razief lemah dan tertawa sinis.
 
 
“Dia tidak bencikan awak Datuk , dia Cuma terkejut dan perlukan masa untuk menerima semua berita duka ini.Awak juga perlu faham dia Datuk , dia kehilangan ibu bapa sekali gus kasih sayang sewaktu dia masih kecil.Dan berlakunya perkara tersebut daripada perbuatan awak sendiri.Jadi sekarang ini , kedua-dua pihak tidak boleh saling salah menyalahkan.Intan bersalah sebab tidak beri awak peluang untuk menjelaskan perkara sebenar dan awak juga salah sebab buat dia hilang kasih sayang daripada kecil.” ucap Tengku Orked Mariam yang membantu menjelaskan keadaan hubungan rumahtangga adik lelakinya itu dan isterinya Intan Zinirah dengan tenang dan lembut.
 
 
“Tetapi apa yang I lakukan untuk hubungan kami selama ini adakah semuanya sia-sia sahaja Tengku ?.” soal Datuk Hud Razief yang sedikit bernada kecewa.Wajahnya menekur lantai.
 
 
“Tidak Datuk , malah sekarang ini Datuk harus melakukan lebih lagi.Datuk adalah tunjang kekuatan Intan.Saya yakin.Dia pasti tidak akan bertahan lama apabila tinggal seorang diri di rumah sana.” jelas Tengku Orked Mariam dengan penuh yakin kepada adik lelakinya Datuk Hud Razief.Wajah sugul Datuk Hud Razief ditatap.Senyuman manis dihadiahkan.
 
 
“Jika dia mampu bertahan lama Tengku ? Adakah saya akan kehilangan dia ?.” soal Datuk Hud Razief yang masih kurang keyakinan diri di dalam hubungan rumahtangganya bersama isterinya Intan Zinirah.
 
 
“Jika dia bertahan sekalipun , itu hanyalah ego semata-mata.Tetapi sampai bila ? Ianya pasti akan luntur jua.Kita harus bersabar dan berdoa.Usaha dan berserah.” jelas Tengku Orked Mariam lembut dan sayu kepada Datuk Hud Razief.
 
 
“Kenapa perkara ini harus terjadi secepat ini ?.” soal Datuk Hud Razief lemah kepada kakaknya Tengku Orked Mariam.Wajahnya jatuh menunduk.
 
 
“Percayalah kepada hikmah allah , kerana setiap ujian dan rintagan yang datang tanpa kita bersedia itu pasti akan ada hikmah disebaliknya.” jelas Tengku Orked Mariam sayu dan lembut kepada adik lelakinya Datuk Hud Razief.
 
 
“Apa yang I perlu buat sekarang ini Tengku ? Tiba-tiba I rasa begitu rindu pada Intan.” jelas Datuk Hud Razief tentang apa yang dia rasa sekarang ini kepada kakaknya Tengku Orked Mariam.
 
 
“Rindu ke ? Baru tinggal sekejap sudah rindu.Lepastu masing-masing ada hati menahan ego lagi.Buat saja panggilan.Intan jawab atau tidak itu terpulang pada dia sendiri.Tetapi saya yakin.Dia pasti akan jawab juga walaupun dengan nada mendatar.Sebab dia pun rindukan Datuk juga.” usik Tengku Orked Mariam lembut dan nakal kepada adik lelakinya Datuk Hud Razief itu.Bahu Datuk Hud Razief disenggol lembut.Datuk Hud Razief tertawa lucu dengan tingkah laku spontan kakaknya Tengku Orked Mariam itu.
 
 
“Thank you Tengku , you always ada di waktu susah I.Jasa you sukar untuk I balas.” jelas Datuk Hud Razief lembut dan tenang kepada kakaknya Tengku Orked Mariam tersebut.
 
 
“Janji dengan saya yang Datuk akan berbaio semula dengan Intan selepas membuat penjelasan kepadanya.Cinta awak dan dia sangat utuh.Sukarkan untuk hancurkan.Walaupun awak berdua sendiri yang sedang saling mencuba meruntuhkan.” ucap Tengku Orked Marian lembut dan tenang kepada adik lelakinya Datuk Hud Razief.
 
 
 
 
 
Malam yang dingin telah menemani Intan Zinirah di kediamannya kondominium.Dia terasa dingin dan kebas kaki dan tangannya.Jaket tebal diambil lalu disarungkan ke tubuhnya yang molek itu.Dia menyarungkan pula sarung kaki ke kaki kiri dan kanannya.Dia berpeluk tubuh menahan cuaca sejuk.
 
 
“Ya allah , kenapa sejuk sangat ini.” rungut Intan Zinirah lemah.Dia mengosok-gosok telapak tangannya.Sedang dia berbuat demikian , tiba-tiba kakinya disentuh oleh seseorang , kelihatan wajah tampan Datuk Hud Razief iaitu suaminya kini di hadapannya.Dia terpana memandang wajah tampan suaminya itu.Sarung kaki yang tersarung di kakinya dibuka dengan lembut.Intan Zinirah terkedu dengan tindakan spontan suaminya itu.
 
 
“Sayang sejuk ya ? Tidak mengapa , abang ada untuk berikan sayang haba panas.Sekejap lagi sayang akan rasa lega.” jelas suaminya Datuk Hud Razief kepada dirinya.
 
 
“Abang tahu sayang sejak dalam keadaan mengandung ini sering tidak tahan cuaca dingin.Nasib baik abang ada.” jelas suaminya Datuk Hud Razief lembut dan mesra.Telapak tangannya terasa menyentuh kulit permukaan telapak kaki Intan Zinirah.Telapak tangan itu terasa mengosok-gosok lembut di permukaan telapak kaki Intan Zinirah.
 
 
“Abang ada buat hot chocolate kegemaran sayang.Minum hot chocolate ini sedikit demi sedikit Panas-panas minun baru terasa hangat tubuh sayang nanti.” ucap suaminya Datuk Hud Razief.Manakala , Intan Zinirah bagai terkunci mulutnya.Dia tidak membalas sepatah huruf sekalipun.Apa yang diucap oleh suaminya itu hanya dia dengar dengan teliti.
 
 
“Sayang ada rasa lega sedikit ?.” soal suaminya Datuk Hud Razief dengan nada lembut.Dia hanya memberi anggukan sementara pandangannya tidak lari dari memandang wajah tampan suaminya itu.
 
 
“Alhamdulillah , selepas ini sayang boleh berehat ya.Nanti abang akan siapkan tempat tidur buat sayang.Sayang tidak perlu lagi buat kerja.Biar abang sahaja yang kemas dan bersihkan.” Jelas suaminya Datuk Hud Razief lembut dan tenang.
 
 
“Abang.” Panggil Intan Zinirah lembut dan dia terkedu seketika.
 
 
“Ya sayang.” sahut Datuk Hud Razief lembut dalam senyuman manis dan mengoda.
 
 
“Macam mana abang boleh ada di sini sewaktu… .” kata-katanya terhenti apabila suaminya Datuk Hud Razief memintas kata-katanya segera.
 
 
“Abang akan selalu ada setiap saat yang sayang perlukan abang.” ucap suaminya Datuk Hud Razief lembut kepada dirinya.
 
 
PAP !
 
 
Tepukan tangan pembantu rumahnya tiba-tiba menerjah di hadapan wajahnya.Dia tersedar akan di dalam situasi sebenar.Matanya meliar melihat sekeliling rumah.Matanya tertancap pada wajah yang kini berada di hadapannya iaitu pembantu rumahnya.Cuak wajah pembantu rumahnya itu melihat dirinya yang seperti tidak waras itu.
 
 
“Kenapa awak picit kaki saya bibik ?.” soal Intan Zinirah kepada pembantu rumahnya yang sedang memegang telapak kakinya itu.
 
 
“Tadi Cik Puan kata kaki Cik Puan terasa sejuk.Saya hendak tolong urutkan.Tetapi… .” kata-kata pembantu rumahnya terhenti untuk menyatakan perkara sebenar.
 
 
“Tetapi apa ?.” soal Intan Zinirah cuak dan pelik.Adakah apa yang sedang dia fikirkan itu memang benar-benar berlaku sebentar tadi ?.
 
 
“Tetapi , Cik Puan sering seru nama Datuk.” jelas pembantu rumahnya tenang dan perlahan-lahan.Intan Zinirah terdiam dan terkaku seketika.Airmatanya bergenang.Apa yang dia sudah lakukan.Terlalu rindukah dia terhadap Datuk Hud Razief ?.Dada kirinya disentuh lembut lalu diusap untuk menenangkan.
 
 
“Cik Puan mahu saya beritahu pada Datuk ?.” soal pembantu rumahnya itu lembut kepadanya.
 
 
“Awak jangan berurusan dengan dia.Saya tidak suka.” jelas Intan Zinirah tegas.
 
 
Tidak suka kerana Datuk atau cemburu ?.
 

Happy Reading Baby Readers !

Share this novel

Yuyu
2021-01-13 01:50:19 

sis, Allah kena mula dgn capital letter.


NovelPlus Premium

The best ads free experience