SKZ (16)

Romance Completed 109187

Suasana tenang di dalam kenderaan milik Hazim Iqbal.Hanya dia dan isterinya Tengku Orked Mariam sahaja yang berada di dalam isi perut kenderaan tersebut.Mereka berdua hanya menyepi sahaja.Kenderaan yang dipandu oleh Hazim Iqbal dengan cermat itu sedang menuju ke kediaman Tengku Marina.Dia adalah adik kepada Tengku Orked Mariam dan kakak kepada Datuk Hud Razief , Tengku Hud Khuzairi serta Tengku Huda Melissa.Akan ada sesuatu yang tidak diigini bakal berlaku di kediaman milik Tengku Marina itu nanti.Tengku Marina itu sendiri tidak tahu akan kedatangan Tengku Orked Mariam ke kediamannya.Pasti pertengkaran akan berlaku antara Tengku Orked Mariam , Tengku Marina dan Syifa.Mereka sudah hampir 4 jam berada di dalam kenderaan untuk menuju ke kediaman Tengku Marina.Akhirnya mereka selamat memasuki perkarangan kediaman Tengku Marina.Kenderaan di parkir berdekatan taman yang berada di dalam perkarangan kediaman.Tengku Orked Mariam dan suaminya Hazim Iqbal keluar dari isi perut kenderaan.Dari posisi sebelah kiri , Tengku Orked Mariam berjalan ke posisi kanan suaminya Hazim Iqbal.Tangan suaminya Hazim Iqbal diraih.

“Kalau saya ada terkasar bahasa atau tertinggi suara sebentar lagi , awak maafkan saya ya sayang.” ucap Tengku Orked Mariam kepada suaminya Hazim Iqbal.Berkerut dahi suaminya kerana kurang mengerti.

“Kenapa pula awak perlu minta maaf ? Saya hanya temankan saja awak untuk selesaikan masalah keluarga awak.” jelas Hazim Iqbal kepada isterinya Tengku Orked Mariam.

“Bukan apa sayang , saya ini isteri awak jadi saya haruslah jaga tingkah laku saya seperti jaga maruah awak.Tetapi andai kata ada yang meletus sebentar nanti , saya minta awak ampunkan saya ya ?.” pinta Tengku Orked Mariam lembut dan penuh hormat.Tangan suaminya Hazim Iqbal dikucup lembut.

“Baik sayang , saya akan ampunkan segala kekurangan awak ketika berbicara sebentar nanti.” jelas Hazim Iqbal kepada isterinya Tengku Orked Mariam.Mereka berjalan beriringan menuju ke dalam kediaman mewah milik Tengku Marina.Setibanya mereka di muka pintu utama.Mereka memaklumkan kepada pengawal bahawa mereka ada urusan bersama Tengku Marina.Selepas mendapat pengesahan daripada Tengku Marina , mereka berdua melangkah masuk ke dalam kediaman.Sungguh mewah dan teratur.Mata Tengku Orked Mariam menular ke seluruh pelosok ruang tamu.Tiba-tiba ada seorang gadis muda sedang mendekati mereka.

“Ada awak berdua datang ke mari ? Datuk hantar ?.” soal Syifa biadap kepada Tengku Orked Mariam yang berpangkatkan makciknya sendiri.Malah , Tengku Orked Mariam hanya tersenyum sahaja.

“Saya datang dengan niat dan hanya persendirian.Tidak ada kena mengena dengan Datuk Hud Razief.” jelas Tengku Orked Mariam tenang dan lembut.

“Kenapa dia tidak datang sekali ? Bukan dia yang sentiasa cari masalah dengan kami ?.” soal Syifa biadap sekali lagi dengan makciknya Tengku Orked Mariam.Renungan tajam diberi kepada Syifa oleh Tengku Orked Mariam.

“Syifa , kenapa biadap sangat ?.” soal Tengku Marina yang tiba-tiba muncul dari suatu sudut.Dia mendekati anak perempuannya itu.

“Tengku , maafkan Syifa.Dia masih mentah.” jelas Tengku Marina yang meminta ampun bagi pihak anaknya kepada Tengku Orked Mariam.Kakaknya itu hanya tersenyum sahaja.Mereka dijemput duduk.Tengku Orked Mariam dan suaminya Hazim Iqbal melabuhkan punggung di sofa yang sama.

“Ada apa Tengku datang ke mari ? Datuk marahkan saya lagi ke Tengku ?.” soal Tengku Marina lembut dan tenang.Meskipun dia pernah melakukan kesilapan , tetapi dia sudah pun berubah.Dia ingin bersatu bersama keluarganya kembali.

“Tidak Marina.Tetapi dia ego.Tersangat tinggi.Saya sendiri juga susah untuk lunturkan ego lelakinya.Saya harap awak bersabar.Saya datang hari ini ingin menyatakan dua perkara.Satu daripada Datuk tentang Intan Zinirah.Kedua daripada saya sendiri.Saya harap Marina dan Syifa mampu memberi kerjasama.” jelas Tengku Orked Mariam tenang dan lembut kepada Tengku Marina dan Syifa.

“Apa yang sudah kami lakukan Tengku ? Sehingga Datuk ada amanat untuk kami ?.” soal Tengku Marina agak cuak riak wajahnya.Dia takut akan diambil tindakan oleh Tengku Orked Mariam kerana arahan daripada Datuk Hud Razief itu.

“Siapa Intan Zinirah ? Apa yang sudah terjadi ?.” soal Tengku Marina pelik dan ingin tahu kepada Tengku Orked Mariam.

“Cik Puan Intan Zinirah.Dia adalah isteri kepada Datuk Hud Razief dan adik ipar kita berdua.Tetapi Syifa sudah melakukan sesuatu kepada Cik puan Intan Zinirah dengan keji.” jelas Tengku Orked Mariam dengan berani dan tenang.Terkedu Tengku Marina apabila kakaknya Tengku Orked Mariam menyatakan bahawa anaknya membuat perkara keji kepada isteri kepada adik lelakinya Datuk Hud Razief.

“Apa sebenarnya yang berlaku Syifa ? Apa Syifa sudah lakukan ? Syifa ini memang sudah melampau.” marah Tengku Marina kepada anak gadisnya Syifa di hadapan Tengku Orked Mariam dan Hazim Iqbal.

“Mana Syifa tahu yang perempuan itu isteri Datuk ?.” jawab Syifa selamba seperti orang tidak melakukan kesalahan.Tengku Marina melepaskan keluhan kecewa kerana sikap anak gadisnya itu.

“Isteri Datuk cedera ke Tengku ?.” soal Tengku Marina cuak kepada kakaknya Tengku Orked Mariam.

“Dia sudah memalukan Cik Puan Intan Zinirah di khalayak ramai.Perbuatan itu sangat keji.” jelas Tengku Orked Mariam kepada adiknya Tengku Marina.Hati Syifa sakit , dia mendengus kasar.

“Hebat sangat ke isteri dia itu ? Setakat perempuan kampung , siapa yang kisah ? Kalau Tengku rasa saya bersalah , saya tidak akan memohon maaf daripada Datuk dan Intan.” jerit Syifa semasa dia bertutur.Tengku Marina melepaskan sebuah keluhan berat.Manakala , Tengku Orked Mariam yang melihat adiknya Tengku Marina sudah kelihatan sedikit kecewa dengan sikap anak gadisnya Syifa itu.Dia mendekati untuk menenangkan.

“Sabar Marina.Bagi saya bercakap dengan Syifa sebentar.” jelas Tengku Orked Mariam kepada Tengku Marina.Dia berjalan ke arah Syifa dan membawa gadis itu ke luar beranda kediamannya.

“Boleh aunty tahu apa yang Syifa marahkan sangat kepada uncle dan aunty ?.” soal Tengku Orked Mariam kepada Syifa dengan membahasakan gelaran mesra kepada anak buahnya itu.Syifa terdiam dengan pertanyaan serta gelaran yang dgunakan oleh Tengku Orked Mariam tersebut.

“Sebab uncle tidak pernah datang tolong mama , ketika kami susah siapa yang datang hulur bantuan kepada kami ? Malah caci kami lagi.” luah Syifa dengan penuh perasaan.Wajahnya menekur lantai.Tengku Orked Mariam yang berada agak jarak daripada anak buahnya itu mula berganjak sedikit mendekati gadis itu.Kemudian , bahu Syifa dipaut lembut.

“Syifa hendak tahu sesuatu ? Sewaktu Syifa lahir.Orang yang paling gembira adalah Datuk Hud Razief.It’s your uncle.Dia terlalu gembira sehingga mengalirkan airmata.Tetapi sayang , ketika itu keluarga kita masih di dalam keadaan berpecah belah.Jadi , hanya khabar sahaja kami terima dan tidak mampu untuk bersua muka.” jelas Tengku Orked Mariam sayu dan sebak.Mengalir airmatanya tanpa dia sedar.Syifa terkedu dengan penyataan Tengku Orked Mariam itu.

“Aunty saja mahu ambil hati Syifa ya ?.” soal Syifa yang kurang percaya dengan penjelasan ibu saudaranya Tengku Orked Mariam tersebut.Tengku Orked Mariam tersenyum segaris kepada Syifa.

“Tentang kebahagiaan , buat apa aunty mahu tipu Syifa ? Uncle Hud itu dia terlalu ego sebab itu hidup dia tidak pernah bahagia.” jelas Tengku Orked Mariam lembut kepada anak buahnya Syifa itu.

“Kalau Syifa ,mama dan papa ikut aunty balik kampung.Agaknya uncle akan terima kami ke tidak ? Syifa takut.Syifa juga mahu kehidupan seperti orang lain.Dari kecil Syifa tidak ada keluarga.Syifa juga perlukan kasih sayang uncle dan aunty seperti orang lain.” luah Syifa kepada ibu saudaranya itu.Sayu Tengku Orked Mariam melihat anak gadis yang sudah terpalit dengan keretakan hubungan keluarga dari kecil lagi.

“Aunty sayang Syifa macam anak aunty , tiada beza Syifa dengan orang lain dalam hati aunty.Harapnya Syifa boleh maafkan perbuatan uncle dan aunty selama ini.” jelas Tengku Orked Mariam sayu dan lembut tutur katanya.

“Tadi aunty kata dengan mama ada dua perkara yang aunty hendak sampaikan.Apa yang kedua itu aunty ?.” soal Syifa ingin tahu.Tengku Orked Mariam tersenyum manis.

“Aunty mahu bawa Syifa dan mama balik ke rumah keluarga kita.Kita berkumpul bersama.” jelas Tengku Orked Mariam tenang dan ceria.Syifa tersenyum segaris.

“Syifa tidak pernah jumpa tok babah dengan tok umi.Tetapi harap Syifa masih diberi peluang untuk berjumpa dan memohon ampun dari uncle dan Intan.” ucap Syifa sayu dan sebak.Airmatanya mengalir deras.Tengku Orked Mariam memeluk anak buahnya itu erat.Secara tidak rasminya , kasih sayang antara mereka berpaut tanpa sengaja.

Pada suasana malam yang indah di kediaman Datuk Hud Razief.Malam ini hanya tinggal dia dan isterinya Intan Zinirah sahaja.Memandangkan Tengku Orked Mariam ke ibu kota bersama suaminya Hazim Iqbal dan pada hari esok mereka akan pulang ke kampung halaman semula.Datuk Hud Razief duduk di atas sebuah buaian yang terhias di beranda rumahnya itu sambil menikmati angin malam yang bertiup sepoi-sepoi bahasa.Bertemankan bintang yang terhias di langit luas terbentag.Fikirannya terasa tenang dan kosong seketika.Selepas beberapa minit berada di luar rumah , akhirnya dia membuat keputusan untuk masuk ke dalam rumah.Pintu utama di kuncinya.Langkah diatur menuju ke kamarnya untuk mendapatkan isterinya Intan Zinirah yang sedang menonton televisyen.Setibanya dia di kamar.Pintu kamar juga dipastikan dikunci dengan cermat.Langkahnya kini mendekati isterinya Intan Zinirah.Bahu isterinya dipaut.

“Sayang tonton cerita apa ? Suka sangat menonton cerita seram.” bebel Datuk Hud Razief selamba.Manakala , isterinya Intan Zinirah hanya membuat riak wajah biasa.

“Abang membebel macam pakcik.” kutuk Intan Zinirah selamba terhadap suaminya Datuk Hud Razief.Matanya perlahan-lahan memandang wajah tampan Datuk Hud Razief.Dia mengukir senyuman kepada lelaki itu.Datuk Hud Razief menjongket-jongketkan keningnya kepada Intan Zinirah.Isterinya Intan Zinirah tersipu malu.

“Abang , macam mana kalau Intan pergi jauh dari hidup abang ? Apa akan jadi pada abang ?.” soal Intan Zinirah lembut dan tenang walaupun soalanya itu boleh meresahkan hati bagi sesiapa yang mendengarnya.Apatah lagi , Datuk Hud Razief.

“Abang akan bertenang dan berdoa supaya allah pulangkan sayang ke pangkuan abang semula.Sebab abang sentiasa perlukan sayang di sisi dan juga di dalam hati.” ucap Datuk Hud Razief romantis.Dia mengucup dahi isterinya Intan Zinirah lembut dan penuh kasih.Mata Intan Zinirah terpejam saat menerima kucupan.

“Intan terlalu sayangkan abang , jangan tinggalkan Intan.” ucap Intan Zinirah kepada suaminya lembut.Datuk Hud Razief tersenyum segaris.

“Kalau abang tinggalkan pun , abang akan tinggalkan sayang dengan seekor monyet.” sakat Datuk Hud Razief selamba terhadap isterinya.Intan Zinirah membuat wajah cemberut dan berpeluk tubuh.

“Abanglah momyet Intan , buat apa hendak cari momyet lain ? Monyet Intan ini sudah lengkal dengan jambang lagi.” kutuk Intan selamba.Segera Datuk Hud Razief menarik tubuh isterinya Intan Zinirah ke dalam dakapannya.Tubuh isterinya Intan Zinirah dipeluk erat dan manja.Terukir senyuman segaris di bibir mungil Intan Zinirah.

“Abang terlalu sayangkan isteri abang ini sehingga susah mahu cari pegganti.” jelas Datuk Hud Razief tenang dan lembut.Berkerut dahi Intan Zinirah apabila mendengar penjelasan berbaur sesuatu suaminya itu.

“Pegganti ? Pengganti apa abang ?.” soal Intan Zinirah cuak dan pelik.

“Abang minta maaf sebab menipu sayang , abang pernah terfikir untuk menduakan sayang.Tetapi sebelum abang fikir jauh lagi , abang terus ingatkan sayang.Sayanglah kekuatan segalanya yang cuba mengawal akal dan fikiran abang.Sebab itu , abang bawa sayang ke kampung.Abang tahu tempat macam ini yang sayang suka.Abang mahu tunaikan segala hasrat dan permintaan sayang selagi abang hidup.” ucap Datuk Hud Razief sayu dan romantis.Terkedu Intan Zinirah mendengar luahan suaminya itu.

“Jadi apa yang Intan cuba luahkan kepada abang semalam memang abang sudah terfikir terlebih dahulu ?.” soal Intan Zinirah sayu dan lemah.Ada nada sebak kedengaran pada suaranya yang bertutur itu.Keluhan kecil terbit di bibir Datuk Hud Razief.

“Maafkan abang sayang , abang tidak maksudkan untuk curang dengan sayang tetapi abang rasa terhasut dengan godaan.Jadi abang ada terfikir ke arah itu.” jelas Datuk Hud Razief sayu dan lemah.Airmata perempuan Intan Zinirah akhirnta telah gugur kerana rasa dikhianati.

“Jadi , buat apa abang kata sayang tetapi di dalam hati tiada rasa apa-apa ?.” soal Intan Zinirah di dalam linangan airmatanya yang deras mengalir.Datuk Hud Razief meraup wajahnya kasar.Rasa bersalah dan berdosa menghurung jiwa lelakinya.Keluhan kecil dilepaskan perlahan-lahan.Dia bangun dari posisinya dan beralih melabuhkan punggung di hadapan isterinya Intan Zinirah di atas katil.

“Sayang , abang tiada niat untuk lukakan hati sayang.Rasa itu hadir dengan sendirinya.Abang tidak pernah minta.” jelas Datuk Hud Razief sayu dan lemah.

“Itu sebenarnya allah mahu uji hati abang , sama ada abang ikhlas atau tidak terhadap Intan dan perkahwinan ini.” jelas Intan Zinirah tegas.Anak matanya tajam menikam anak mata suaminya Datuk Hud Razief.

“Abang sengaja berlakon yang abang sebenarnya seorang yang setia sedangkan keinginan untuk berkahwin satu lagi itu tinggi di dalam diri abang.” ujar Intan Zinirah marah dengan nada yang menekan.Airmatanya mengalir tanpa dia sedar.Terkedu Datuk Hud Razief apabila melihat isterinya Intan Zinirah sudah mengalirkan airmata dengan deras.Wajah diraup lembut.Tekanan menimpa dirinya secara tiba-tiba.Dia tidak sanggup melihat isterinya mengalirkan airmata kerana sikapnya.Dia akan menghadapi tekanan yang tinggi.

“Abang lelaki , abang suami.Kalau rasa mahukan zuriat , kahwin saja dengan perempuan lain.Intan tidak kisah.” ucap Intan Zinirah mendatar.Kerana hatinya kini sudah cukup sakit dengan sikap suaminya Datuk Hud Razief itu.

“Abang tidak akan berkahwin lagi sayang , abang akan jaga sayang seorang saja.Jangan hukum abang macam ini.” jelas Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah.

“Intan mahu tidur.” jelas Intan kemudian , dia terus membuat pembaringan di posisinya dengan betul tanpa menghiraukan suaminya Datuk Hud Razief yang masih duduk di hadapannya.Wajah lelaki itu sayu.Dia bangun dari posisinya itu dan keluar dari bilik.Telefon pintar di capai oleh Datuk Hud Razief.Nombor Tengku Orked Mariam kakaknya di dail segera.Bunyi deringan telah kedengaran.Tidak lama kemudian panggilannya dijawab.

“Hello Datuk ?.” sapa Tengku Orked Mariam kepada Datuk Hud Razief di dalam talian.

“Tengku , I need you now.” ucap Datuk Hud Razief tanpa berfikir panjang.Terkedu Tengku Orked Mariam yang mendengar permintaan adik lelakinya itu dari dalam talian.

“Awak mahu saya pulang malam ini ke ? Susah Datuk , saya perlu buat persediaan dahulu.” jelas Tengku Orked Mariam tentang kepayahannya.

“Bukan Tengku , Intan marahkan I.Dia tidak mahu bercakap dengan I.Dia betul-betul marah.” jelas Datuk Hud Razief sayu kepada kakaknya Tengku Orked Mariam.

“Apa yang awak sudah lakukan Datuk ? Hari itu tentang Syifa.Hari ini tentang apa pula ?.” soal Tengku Orked Mariam kepada adik lelakinya itu Datuk Hud Razief.

“Tentang perkahwinan dan zuriat.I cuma mahu jujur dengan dia saja yang I sendiri pernah terfikir untuk berkahwin kerana zuriat.Tetapi lain pula yang jadi.Dia sentap dengan I dan marah pada I.” jelas Datuk Hud Razief kepada Tengku Orked Mariam sayu.Keluhan kecil ynag terbit dari bibir Tengku Orked Mariam kedengaran.

“Datuk , awak perlu faham sesuatu tentang lelaki.Macam mana dia hendak jadi seorang yang jujur dan setia sekalipun.Tetapi jika dia sudah ada niat untuk menduakan isterinya sendiri.Maka , awak cakaplah perkara jujur sampai bawa kes ke mahkamah sekalipun , isteri awak tidak akan percaya lagi.Datuk , ini soal hati dan perasaan Intan.Awak sendiri terasa dengan cara Intan melayan awak.Tetapi awak ada fikir kenapa dia jadi begitu secara drastik ?.Sebab dalam hidup dia cuma ada awak.Dalam hati dia cuma ada awak.Cinta mati dia adalah awak Datuk Hud Razief.Kalau saya berada di tempat Intan.Saya akan buat perkara yang sama.Sebab saya terlalu sayangkan seseorang dan sakit apa yang Intan rasa itu lebih sakit daripada rasa dibunuh.Sebab dia rasa dikhianati oleh suami dia sendiri.Sekarang saya boleh cakap yang awak sudah khianati dia Datuk.Jangan berdiam diri , untuk biarkan masalah selesai sendiri.Kerana ia tiada jalan penyelesaian kalau kita tidak bertindak.” jelas Tengku Orked Mariam panjang dan penuh isian buat adik lelakinya itu Datuk Hud Razief.Keluhan kecil terbit di bibir Datuk Hud Razief.

“Intan dekat mana sekarang ini ?.” soal Tengku Orked Mariam kepada adik lelakinya itu.

“Di dalam bilik , katanya mahu tidur.” jelas Datuk Hud Razief lemah dan sayu.

“Sekarang ini , Datuk pergi ke bilik dan duduk di sebelahnya.Buat luahan hati Datuk dengan setulus ikhlas.Tidak perlu kejutkan dia.Saya yakin Intan belum tidur.” ucap Tengku Orked Mariam lembut dan tenang.

“Thank you Tengku.” ucap Datuk Hud Razief sayu.

“Welcome.” ucap Tengku Orked Mariam ringkas.Talian dimatikan serta merta.Tanpa berlengah lagi , kali diatur langkah menuju ke kamar semula.Semakin kakinya mendekati kamar , semakin dadanya berdebar laju.Perlahan-lahan pintu dibuka dan kakinya melangkah masuk ke dalam kamar.Pintu ditutup rapat serta dikunci semula.Dia menuju ke isterinya Intan Zinirah yang berada di dalam keadaan pembaringan serta membelakangkannya.Perlahan-lahan punggung dilabuhkan di hujung kepala isterinya Intan Zinirah.Perlahan-lahan tangannya menyentuh ubun-ubun isterinya itu.Usapan demi usapan dibuat dengan perlahan.Kemudian dia mengucup dahi isterinya dengan penuh kasih.

“Abang minta maaf sayang , abang sudah kecewakan sayang.Abang sudah lukakan hati sayang.” ucap Datuk Hud Razief sayu dan lemah.Dia mengatur posisi yang lebih selesa di sebelah isterinya dan pembaringan di buat di sebelah isterinya Intan Zinirah.Tangannya melingkar memeluk pinggang ramping isterinya.Tanpa dia sedar airmata Intan Zinirah mengalir dan jatuh di atas tangannya.Malam yang sepi itu menjadi saksi betapa terlalu cintanya Intan Zinirah terhadap suaminya Datuk Hud Razief.

Sorry semalam tak update sebab tertidur..tengah2 menulis tertidur pula..sorry again baby readers..dah baca nanti komen sekali taw..hihihi.. Novelplus : Fatimah Yusof Instagram : fatimahyusof_np

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience