SKZ (17)

Romance Completed 109187

Suasana sepi dan sayu di kediaman Tengku Marina.Pada pagi yang mendung ini , Tengku Orked Mariam telah sedar dari lenanya terlebih dahulu , dia memandang wajah di sebelahnya.Tenang sahaja wajah suaminya Hazim Iqbal apabila sedang dibuai lena.Telefon pintar yang berada di atas meja di sisi katil diambil dan ditaip sesuatu di ruang hantaran mesej kepada Datuk Hud Razief.Dia memberitahu kepada adik lelakinya Datuk Hud Razief bahawa dia akan pulang ke kampung hari ini pada lewat petang.Selepas selesai menghantar mesej , tiba-tiba tangan suaminya Hazim Iqbal merayap di perutnya.Terkejut Tengku Orked Mariam apabila suaminya Hazim Iqbal menyentuh dengan secara begitu.Perlahan-lahan tangan suaminya Hazim Iqbal ditepis.

“Tak sudi ke ?.” soal Hazim Iqbal sedikit kecewa.Tengku Orked Mariam merenung wajah lembut suaminya.Pipi mulus suaminya Hazim Iqbal diusap lembut.

“Bukan tidak sudi.Tetapi sekarang kita di tempat orang.” jelas Tengku Orked Mariam lembut kepada suaminya Hazim Iqbal.Senyuman manis terukir di bibir Hazim Iqbal.Wajah isterinya Tengku Orked Mariam ditatap redup.Pipi gebu Tengku Orked Mariam dikucup lembut.Mereka bangun dari pembaringan bersama , wajah lembut Tengku Orked Mariam ditatap lembut oleh suaminya Hazim Iqbal.Tangan isterinya Tengku Orked Mariam diraih lembut lalu diusap dengan penuh kasih.Tengku Orked Mariam dapat merasakan belaian kasih yang menyerap semasa belaian di tangan yang dilakukan oleh suaminya Hazim Iqbal.

“Kenapa awak sayang ? Macam ada sesuatu yang tersirat , cuba luahkan pada saya ? Walaupun saya dalam masalah sekarang ini , saya tetap ada untuk dengar luahan hati awak kepada saya.” jelas Tengku Orked Mariam kepada suaminya Hazim Iqbal dengan lembut dan tenang.Bahu suaminya Hazim Iqbal menjadi sasaran dia melentokkan kepalanya.Lengan suaminya Hazim Iqbal dipaut dan dipeluk erat.

“Tiada apa yang saya mahu bercakap pada awak pun sayang , cuma saya nak beritahu yang saya sayang awak sangat-sangat.” ucap Hazim Iqbal romantis kepada isterinya Tengku Orked Mariam.Senyuman bahagia terukir di bibir manis Tengku Orked Mariam.

“Macam budak-budak.” ujar Tengku Orked Mariam manja kepada suaminya Hazim Iqbal.

“Saya minta maaf sebab babitkan awak dalam masalah keluarga saya.Tetapi tanpa saya , masalah keluarga ini tidak akan selesai.Kalau boleh biarlah ia selesai sebelum saya memejamkan mata.” ucap Tengku Orked Mariam sayu.

“Saya faham sayang , semoga allah permudahkan niat baik dan urusan isteri saya ini.” ucap Hazim Iqbal kepada isterinya Tengku Orked Mariam lalu mengucup lembut ubun-ubun isterinya.

“Terima kasih sebab sudi dan sentiasa ada untuk masa susah saya.” ucap Tengku Orked Mariam lembut dan sebak.Airmatanya mengalir tanpa dia sedar.Tangan kekar Hazim Iqbal menyeka lembut airmata isterinya Tengku Orked Mariam.Wajahnya terukir senyuman manis.

“La Tahzan sayang , allah sentiasa ada bersamamu.” ucap Hazim Iqbal dengan penuh kasih sayang dan romantis kepada isterinya Tengku Orked Mariam.Akhirnya tangisan isterinya itu pecah di bahunya.Esakan demi esakan bersatu.

“Hazim , saya sentiasa takut andai kata awak tinggalkan saya sekali lagi.” ucap Tengku Orked Mariam kepada suaminya Hazim Iqbal tentang rasa dihatinya.

“Jangan takut sayang , saya tidak akan ke mana-mana tanpa awak.Saya berjanji akan terus setia bersama awak walau apapun yang terjadi sayang , awak adalah anugerah terindah daripada allah untuk saya.Saya akan jaga amanah saya ini dengan baik.” ucap Hazim Iqbal kepada isterinya Tengku Orked Mariam dengan setulus hatinya.

“Macam mana kalau awak pergi lagi dari hidup saya ?.” soal Tengku Orked Mariam kepada suaminya Hazim Iqbal dengan sebak dan sayu.Segaris senyuman terukir di bibir Hazim Iqbal.

“Awak lebih takut kehilangan saya atau kehilangan allah ? Jika awak takut kehilangan saya , awak tidak akan dapat apa-apa di dalam kehidupan awak sayang.Andai kata , kehilangan allah yang paling awak takutkan , percayalah sayang bahawa allah akan sentiasa terbitkan rasa cinta dan kasih sayang dalam diri kita.Sejauh mana saya pergi dari hidup awak.Rasa cinta saya dan awak tetap mekar bersama.” ucap Hazim Iqbal sayu dan romantis kepada isterinya Tengku Orked Mariam.Senyuman bahagia dan ketenangan terukir di bibir mungil Tengku Orked Mariam.

“Terima kasih sayang sebab sentiasa ada untuk saya.” ucap Tengku Orked Mariam lembut dan manja.Mereka saling tersenyum antara satu sama lain.

“Mari kita bersiap , nanti lambat pula sampai ke kampung.” jelas Tengku Orked Mariam tenang dan lembut.Suaminya Hazim Iqbal terus menyahut ajakan isterinya Tengku Orked Mariam.Mereka turun daripada katil bersama dan Hazim Iqbal terus menuju ke kamar mandi untuk membersihkan diri.Manakala , Tengku Orked Mariam pula mengemaskan barang keperluan yang akan mereka membawa pulang ke kampung.Sedang dia berkemas bagasi pakaiannya , dia terjumpa sehelai baju kemeja milik suaminya Hazim Iqbal yang pernah diberikan pada perkahwinan pertama mereka.

“Awak mesti pakai baju ini , saya belikan dengan duit gaji pertama saya.Kalau awak pakai , saya akan gembira sampai bila-bila.”

Tengku Orked Mariam tiba-tiba terkenang kata-katanya kepada suaminya Hazim Iqbal ketika di perkahwinan pertama mereka.Tanpa dia sedar airmatanya mengalir laju.Tangannya yang lembut itu menyeka airmatanya yang mengalir itu.Dalam masa yang sama juga , pintu kamar mandi dibuka oleh suaminya Hazim Iqbal menandakan dia sudah pun selesai membersihkan diri.Sekali gus , dia ternampak kemeja yang pernah diberi oleh isterinya Tengku Orked Mariam berada di tangan isterinya itu kini.Langkah diatur mendekati isterinya Tengku Orked Mariam.

“Gosokkan saya kemeja itu , saya mahu pakai kemeja hitam itu.” jelas Hazim Iqbal kepada isterinya Tengku Orked Mariam.Mata yang memerah kerana menangis itu memandang wajah tampan Hazim Iqbal.

“Saya tidak sangka yang awak masih simpan kemeja ini lagi sayang.” ucap Tengku Orked Mariam kepada suaminya Hazim Iqbal.

“Jika barang yang awak berikan kepada saya , saya akan simpan di dalam sebuah bekas.Jika cinta yang awak berikan kepada saya , saya akan simpan di dalam hati.” ucap Hazim Iqbal kepada isterinya Tengku Orked Mariam dengan cukup romantis.

“Saya hendak bersiap dahulu.” ucap Tengku Orked Mariam tersenyum dan dia memeluk tubuh suaminya Hazim Iqbal itu seketika.Kemudian , dia juga melangkah masuk ke dalam kamar mandi untuk membersihkan diri.Mereka mula bersiap sedia untuk turun ke tingkat bawah menuju ke ruang makan untuk bersantapan bersama Tengku Marina sekeluarga.Setibanya mereka di tingkat bawah , Syifa mendekati ibu saudaranya Tengku Orked Mariam itu.

“Kenapa syifa ?.” soal Tengku Orked Mariam lembut kepada anak buahnya itu.Wajah Syifa kelihatan sayu.

“Syifa takut , kalau uncle tidak mampu menerima kepulangan Syifa dan mama sebentar lagi.” luah Syifa sayu.Airmatanya mengalir secara tiba-tiba.Tengku Orked Mariam tersenyum manis dan tenang kepada anak gadis itu.

“Uncle baik , Syifa dan mama adalah tunjang kelenturan ego lelaki dia.Jadi Syifa mesti ikut aunty balik okay sayang.” ucap Tengku Orked Mariam lembut kepada anak buahnya Syifa itu.

Bau harum tumisan bawang oleh Intan Zinirah memenuhi ruang kediaman Datuk Hud Razief.Harinya begitu ceria pada hari ini , masakannya begitu menarik perhatian Datuk Hud Razief yang sedang membuat kerjanya di dalam talian tersebut.Ikan bilis pula dimasukkan ke dalam kuali tersebut.Disebatikan dengan tumisan bawang tadi.Tanpa dia sedar suaminya Datuk Hud Razief sudahpun berada di pintu dapur.Langkah diaturnya mendekati isterinya Intan Zinirah.Setibanya dia di belakang isterinya Intan Zinirah.Pinggang ramping isterinya itu dirangkul perlahan dari arah belakang.Tersentak sedikit Intan Zinirah akibat terkejut dengan kelakuan suaminya itu.

“Abang , Intan sedang memasak ini.” jelas Intan Zinirah lembut seakan memberi amaran kepada suaminya Datuk Hud Razief supaya menghentikan kelakuannya itu.Tangannya tidak berhenti bekerja.Dia meneruskan masakannya itu.

“Sayang masak apa untuk abang ?.” soal Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah lembut dan manja.Kepala isterinya Intan Zinirah dikucup lembut dari arah belakang.

“Intan masak nasi goreng saja.Sebab Intan tidak ada idea untuk memasak.” ucap Intan Zinirah lembut dan penuh sopan.Kemudian nasi putih dimasukkan ke dalam kuali.Digaulkan sehingga sebati.Kemudian dia menghidangkan nasi goreng tersebut ke dalam dua keping pinggan kaca buat dirinya dan suaminya Datuk Hud Razief.

“Sudah siap , mari kita makan.” ajak Intan Zinirah mesra.Tangan suaminya Datuk Hud Razief yang merangkul pinggang rampingnya itu dilepaskan perlahan-lahan dan membawa dua buah pinggan yang berisi nasi goreng tersebut menuju ke meja santapan.Air dituangkan ke dalam cawan kosong yang berada di dalam sebuah dulang.Datuk Hud Razief pula menarik kerusi buat isterinya Intan Zinirah supaya isterinya itu boleh melabuhkan punggungnya.

“Sayang , marah abang lagi tak ?.” soal Datuk Hud Razief tiba-tiba.Angkara dirinya sendiri dia hampir kehilangan isterinya selamanya.Tetapi dia cukup bertuah memiliki Intan Zinirah kerana wanita itu sunggguh cekal menharungi pelbagai ujian dan dugaan.Intan Zinirah mengangkat wajahnya dan menatap wajah suaminya dengan tenang dan lembut.

“Tidak , Intan juga mahu meminta maaf pada abang sebab tidak menjadi isteri yang memahami isi hati suami.Intan yang salah , sebab tidak mampu beri abang zuriat.Intan minta maaf.” ucap Intan Zinirah lembut dan tenang.Tetapi disebalik senyuman yang terukir di bibir manisnya itu terdapat ada sesuatu yang tersirat di sebaliknya.Perkara itu jelas kelihatan oleh suaminya Datuk Hud Razief.

“Abang juga suami yang gagal kerana tidak memahami isteri abang.Abang terlupa akan janji abang kepada sayang.Abang harap sayang boleh terus bersama dengan abang sampai bila-bila.Apa sekalipun yang terjadi , abang tetap akan sayang isteri abang seorang.” ucap Datuk Hud Razief lembut dan tenang kepada isterinya Intan Zinirah.Tangan isterinya diraih lembut dan diusap.

“Abang sudah lukakan hati sayang buat pertama kalinya sepanjang kita berkahwin.Walaupun abang tidak lakukan perkara tersebut kepada sayang tetapi dengan kata-kata sahaja ia sudah cukup memedihkan luka di hati sayang.” ucap Datuk Hud Razief sayu.Tanpa dia sedar airmatanya mengalir deras.Hatinya lelakinya terusik dengan ucapan yang dia ucapkan kepada isterinya Intan Zinirah.

“Abang , Intan bangga dan bahagia dengan abang.Intan cuma ada abang saja di dalam hidup Intan.Apa sekalipun yang terjadi , Intan tetap akan ada dengan abang.Jangan tinggalkan Intan walau apa jua yaang terjadi.” ucap Intan Zinirah sayu dan lembut.Tangan suaminya dikucup lembut.Mereka bersantapan bersama dengan ditemani sebuah perasaan bahagia.

Setelah hampir 5 jam perjalanan mereka sekeluarga.Akhirnya kenderaan Hazim Iqbal selamat memasuki kawasan kampung halaman dan sedang menuju ke kediaman Datuk Hud Razief.Makin dekat dengan laluan ke kediaman Datuk Hud Razief semakin kuat degupan jantung Tengku Marina dan anak gadisnya Syifa.Hampir 10 minit di dalam kawasan kampung mereka tiba juga di kawasan halaman kediaman Datuk Hud Razief akhirnya.Pintu kereta di empat-empat bahagian dibuka serentak.Kaki dihulur ke luar isi perut kereta.Tengku Marina berdiri tegak di sisi kereta.Tengku Orked Mariam mendekati adik perempuannya Tengku Marina itu.

“Jangan risau Marina.I ada dengan you and Syifa.” ucap Tengku Orked Mariam lembut.Pandangan sayu dihala ke wajah Tengku Orked Mariam oleh Tengku Marina.

“Macam mana kalau Hud tidak terima I dengan Syifa ?.” soal Tengku Marina takut.

“Hud tidak sekejam yang you sangka Marina.I yakin , adik kita itu adalah adik yang baik.” ucap Tengku Orked Mariam lembut dan sayu.

“Tengku.” seru satu suara di atas nama Tengku Orked Mariam.Kedua-dua wanita itu memandang ke arah tuan empunya suara tersebut.Menelan liur kesat dibuatnya Tengku Marina.Wajah Datuk Hud Razief kini jelas kelihatan di beranda kediamannya itu.Tengku Orked Mariam mengatur langkah menuju ke arah adik lelakinya Datuk Hud Razief sambil menarik tangan Tengku Marina erat.Setibanya dia dihadapan lelaki itu , tangan Datuk Hud Razief diraih dan disatukan dengan tangan Tengku Marina.Adegan itu disaksikan oleh Hazim Iqbal dan Syifa yang masih berdiri di sisi kereta.

“Datuk , hari ini saya pulang dengan membawa amanah dan hajat.Saya mahu keluarga kita bersatu kembali.Ampunkan Marina dan anak saudara awak Syifa.Mereka hanya manusia biasa yang sering melakukan kesilapan.Siapa pun mereka , kita tetap adik beradik.Saya sayang awak dan Marina lebih daripada Melissa dan Khuzairi.Jangan kerana dendam kesumat , awak akan menyesal suatu hari nanti Datuk.” ucap Tengku Orked Mariam sayu.Intan Zinirah juga turut berada di muka pintu utama.Dia bertembung mata dengan Syifa.Mereka saling berbalas senyuman segaris.

“Marina , I sudah lama maafkan you.Apa yang I cakap pada Tengku selama ini hanyalah dusta.I tidak sekejam yang you sangka Marina.Selepas I berkahwin , baru I rasa dan tahu betapa bahagianya hidup berkeluarga.Tetapi sayang , disebabkan keegoan I.Hari bahagia I tidak lengkap dengan keluarga kecil I.I yang jahat sebab buang you dalam.hidup I.I tahu you akan berubah dan menyesal di atas perbuatan you , tetapi I tetap melayan perasaan ego I tersebut.” ucap Datuk Hud Razief sayu dan lemah.Tangan kakaknya Tengku Marina ditarik sedikit supaya mendekatinya dan tubuh wanita itu dipeluk erat.Tangisan Tengku Marina pecah memenuhi ruang beranda tersebut.Tengku Orked Mariam yang melihat adegan mesra itu turut mengucapkan syukur dan mengalirkan airmata.Saksi-saksi yang lain juga turut mengucapkan syukur.

“Terima kasih Hud , sebab sudi maafkan I dengan Syifa.I minta maaf Hud sebab pernah hancurkan hidup you.” ucap Tengku Marina lembut dan sayu.Airmata yang mengalir diseka lembut.

“Syifa mari dekat aunty.” panggil Tengku Orked Mariam kepada anak saudaranya Syifa.Perlahan langkahnya diatur menuju ke arah Tengku Orked Mariam.Tubuhnya yang kecil dipeluk Tengku Orked Mariam erat dan lembut.

“Datuk , awak maafkanlah Syifa di atas perbuatannya kepada Cik Puan.Dia masih mentah dan masih harus dididik.” ucap Tengku Orked Mariam lembut kepada adik lelakinya Datuk Hud Razief itu.Matanya merenung ke arah Syifa yang kini berada di dalam pelukan Tengku Orked Mariam erat.

“Itu , awak perlu tanya Intan sendiri sama ada dia mampu maafkan Syifa atau tidak.” jelas Datuk Hud Razief.Sayu wajah Syifa mendengar penyataan bapa saudaranya Datuk Hud Razief itu.Perlahan-lahan langkah diatur menuju ke arah Intan Zinirah.Menelai liur kesat wanita itu apabila Syifa semakin menghampirinya.Dia berasa tidak selesa.Ini semua angkara suaminya Datuk Hud Razief.

“Intan , saya minta maaf di atas kelakuan buruk saya.” ucap Syifa sayu dan meminta empati.Intan Zinirah membuka langkah dua gerakan ke hadapan dengan tenang.Tangan Syifa diraih lembut.Mata mereka bertembung menikam antara satu sama lain.

“Saya sudah lama maafkan awak Syifa.Kita sekeluarga , jadi tiada apa yang berbeza.” ucap Intan Zinirah lembut dan sayu.Dia memeluk tubuh Syifa dengan erat.Kemudian , Syifa mengatur langkah menuju ke arah Datuk Hud Razief.Tangan bapa saudaranya Datuk Hud Razief diraih lembut.

“Uncle , boleh uncle maafkan Syifa.Apa yang Syifa buat selama ini semuanya mengikut hati dan perasaan.” ucap Syifa kepada bapa saudaranya Datuk Hud Razief.

“Mestilah uncle maafkan anak uncle seorang ini.I’m sorry too Syifa.” ucap Datuk Hud Razief kepada anak saudaranya Syifa itu.Tubuh gadis muda itu ditarik ke dalam dakapannya juga.Pecah tangisan Syifa ketika itu.Kasih sayang yang dia harapkan sekian tahun telah kembali ke pangkuan keluarganya.Sayu hatinya saat dipeluk dengan penuh eratan kasih.

“Mari kita masuk.” ajak Intan Zinirah kepada suaminya Datuk Hud Razief dan juga yang lain.Mereka mengatur langkah menuju ke ruang tamu.Punggung dilabuhkan di kerusi.Gelak tawa pecah suasana sunyi rumah mereka.Intan Zinirah tersenyum melihat gelak tawa dan senyum yang terukir di wajah ahli keluarga Datuk Hud Razief.Dia mula membawa langkahnya menuju ke dapur untuk membancuh air panas untuk dibuat menjamu tetamunya.Tanpa dia sedar , dia diikuti Datuk Hud Razief dari arah belakang.Tiba-tiba , tangan suaminya Datuk Hud Razief melingkari pinggang rampingnya.

“Ya allah abang , terperanjat Intan tahu tak ? Suka buat macam ini.” bebel Intan Zinirah manja kepada suaminya Datuk Hud Razief.

“Terima kasih sayang.” ucap Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah.Berkerut dahi wanita itu apabila menerima ucapan terima kasih daripada suaminya secara tiba-tiba.

“Kenapa ucap terima kasih pada Intan pula ? Intan buat apa untuk abang ?.” soal Intan Zinirah pelik.Dia memalingkan wajah ke arah suaminya Datuk Hud Razief dan mengucup lembut pipi suaminya.Terukir senyuman manis di bibir Datuk Hud Razief selepas menerima kucupan romantis daripada isterinya Intan Zinirah.

“Sebab sayang sudi terima kekurangan keluarga abang dan terima semula keluarga abang.Jasa sayang tidak mampu abang balas sayang.” ucap Datuk Hud Razief kepada isterinya.

“Balas jasa Intan dengan cara setia dengan Intan walau apa pun yang terjadi.” ucap Intan Zinirah lembut dan sayu kepada suaminya Datuk Hud Razief.Anak mata mereka bertembung seketika.Kepala Datuk Hud Razief ditarik sedikit oleh Intan Zinirah lalu dipagut bibir suaminya lembut.Rentak mereka bersatu.Kucupan dihayati seketika.Kasih sayang menyemai jiwa cinta mereka.

Happy reading baby readers !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience