Pagi yang bermula di Universiti selama 3 hari sudah menjadikan suasana kebiasaan buat Intan Zinirah selepas dia bercuti sekian lama bersama keluarga tercinta.Intan Zinirah sudah terjaga dari lenanya.Dia perlahan-lahan bangun dari pembaringannya dan duduk di bahagian tengah katil.Dia masih di dalam keadaan mengantuk lagi.Matanya masih terpejam lagi.Tetapi suara riuh rendah di dalam biliknya itu dapat didengari jelas.Rakan sebiliknya sering gelak ketawa bersama.Perlahan-lahan matanya digosok manja.Dibuka perlahan matanya.Suara semakin rancak bergelak tawa bersama.Tetapi ada sesuatu yang menarik perhatianya di dalam keadaan mengantuk itu.Mata dibuka luas bagi melihat dinding biliknya yang dipenuhi dengan gambar seseorang yang sangat dia kenali.Mata digosok berkali-kali.Terkedu Intan Zinirah apabila melihat kepingan poster dan foto suaminya Datuk Hud Razief bertempelan di dinding bilik mereka bertiga itu.Haziqa dan Syuhada saling menatap wajah suaminya di dinding tersebut.
“Intan , sudah lama ke kau terjaga ?.” soal Haziqa lembut kepada sahabatnya itu.Intan Zinirah menyelitkan rambutnya yang berterbangan itu di belakang telinga.
“Tidak , baru saja.” jelas Intan Zinirah mendatar.
“Kenapa kau tampal muka lelaki ini di dinding bilik ?.” soal Intan Zinirah yang hatinya kini terasa sakit apabila wajah suaminya menjadi tatapan wanita lain.Walaupun hanya sekadar poster.
“Bukan salah ke jika kita buat begini di bilik asrama ? Nanti ketua bilik asrama akan ambil tindakan bukan ?.” soal Intan Zinirah yang cuba menegakkan kebenaran.
“Itulah yang kau tidak tahu tentang pelajar wanita di Universiti ini.Segala kesalahan yang kita buat akan diambil tindakan oleh ketua bilik asrama.Tetapi kalau tentang poster Datuk Hud Razief ini.Kau buat banyak kali , tidak akan diambil tindakan oleh ketua bilik asrama.Sebab hampir ke semua wanita dalam Universiti ini terlalu gilakan Datuk Hud Razief ini.Kau kalau tengok dia depan-depan pun , pasti akan jatuh cinta.” jelas Syuhada selamba.Panas telinga Intan Zinirah apabila mendengar nama suaminya dipuja-puja oleh teman sebiliknya itu.Kaki dijuntaikan dan berjalan mendekati dua sahabatnya itu.Dia bersandar di hujung katil Haziqa dan sambil berpeluk tubuh dan menatap poster suaminya yang tertempel di dinding biliknya itu.Hatinya terasa sakit.
“Kau dengan Syuhada sudah lama ke buat kerja ini ? Dekat mana kau kenal dia ? Dia penyumbang di Universiti ini ke ?.” soal Intan Zinirah bertalu-talu bagi menghilangkan rasa gusar di hatinya sendiri.
“Dia memang penyumbang terbesar di Universiti ini.Tetapi atas dasar jemputan memang jarang dia terima untuk datang Universiti.” jelas Syuhada tenang.Hati Intan Zinirah semakin panas mendengar setiap penyataan rakan sebiliknya.
“Tetapi aku dengar dia sudah kahwin.Ramai yang menangis masa hari dia kahwin.Siapa agaknya yang beruntung jadi isteri dia ?.” soal Haziqa tenang dan lembut.Intan Zinirah mengulingkan bola matanya ke atas.
“Kenapa perlu menangis ? Dia yang kahwin.Itu pilihan dia.” sindir Intan Zinirah sinis dan selamba.
“Kau cakap senang , nanti kalau dah jumpa secara bersemuka , kau juga akan jatuh cinta tahu tak ? Dia walaupun dah masuk abad ke 5 tetapi dia punya tampan memang susah nak dibawa bincang.Handsome sangat.” jelas Syuhada selamba.Intan Zinirah mengerling semula ke arah poster yang bertampal di dinding bilik asrama mereka itu.
“Apa lagi yang kau dan Haziqa tentang Datuk Hud Razief itu ya ?.” soal Intan Zinirah yang ingin membongkar rahsia suaminya di sebalik orang yang menyumbang terbesar di Universiti ini.
“Dia pernah tolak satu lamaran rahsia daripada seorang pelajar Universiti di sini.” jelas Haziqa kepada Intan Zinirah.Membulat mata Intan Zinirah mendengar penyataan daripada rakan sebiliknya itu.Dadanya turun naik bagai menahan sesuatu yang bakal meletus.
“Siapa nama perempuan itu ?.” soal Intan Zinirah ingin tahu.Nadanya mendatar dan agak melontar.Kerana sifat amarahnya melonjak tiba-tiba.
“Syifa.” jelas Haziqa lagi kepada Intan Zinirah.Mendidih kawah hati Intan Zinirah apabila mendengar nama yang diseru oleh Haziqa itu.Dia amat mengenali tuan empunya nama itu.Dia juga pernah menjadi mangsa yang dimalukan di khalayak ramai ketika berada di Universiti ini pada hari pertama.Wanita yang disebut namanya oleh Haziqa itu amat keji kelakuanny.Kerana dia mampu dan sanggup menjatuhkan martabat seorang perempuan yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam Universiti ini.
“Aku rasa , kau pun pernah jadi mangsa dia.Betul tak ?.” soal Haziqa perlahan yang meginginkan kepastian.
“Ya betul.” jelas Intan Zinirah mendatar.Haziqa dan Syuhada saling berpandangan.
“Tetapi , kami sampai hari ini tidak percaya yang kau boleh melawan Syifa itu balik.Hebat betul kau.” puji Haziqa kerana kagum akan sifat Intan Zinirah yang berani itu.Intan Zinirah tertawa sinis.
“Hidup aku dari kecil sudah ditindas.Jadi , buat apa aku mahu takut pada wanita sekeji Syifa itu ? Pada aku , dia tiada apa untuk dibanggakan.” melontar kata-kata serta nadanya itu.
“Kau memang hidup tanpa ibu bapa ke dari kecil ?.” soal Syuhada kepada Intan Zinirah.Keluhan kecil terbit daripada bibirnya.Hatinya terasa hiba apabila ingin menyentuh kisah hitam keluarganya.
“Kalau aku cakap aku anak yatim , orang akan pertikaikan yang aku ibarat menjual gelaran anak yatim itu.Tetapi apa aku boleh nyatakan kepada semua manusia di luar sana bahawa aku sendiri lihat ibu bapa aku mati dibunuh di hadapan aku ketika berusia 3 tahun.” jelas Intan Zinirah sayu.Dalam masa yang sama airmatanya mengalir.Diseka lembut airmata yang mengalir dari tubir mata dengan belakang telapak tangannya.Syuhada dan Haziqa mendekati sahabatnya itu.Mereka memeluk Intan Zinirah erat.
“Sabar ya Intan.Allah sentiasa ada dengan kau.Dia akan lindungi kau jika tiada siapa yang lindungi kau.” ujar Syuhada.Dia menenangkan sahabatnya itu.
“Aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ini.Sebab belum tentu orang yang senasib dengan aku dapat merasa apa yang aku merasa sekarang ini.” luah Intan Zinirah sayu dalam nada sebak.
“Sabarlah Intan.Allah sentiasa dengar suara hati kau.Teruskan berdoa kepada dia.Sebab tiada yang lain akan menolong selain dia.” ucap Haziqa sayu.
“Kita belum habis cerita tentang Datuk lagi.Datuk itu kahwin dengan siapa ?.” soal Intan Zinirah sengaja yang ingin menguji rakan-rakannya itu.
“Bukan main kau ya.Entahlah , katanya dia berkahwin dengan perempuan biasa.” jelas Syuhada.Manakala , Haziqa sudah tidak dapat menahan tawa dan akhirnya letus jua.
“Sudahlah , nanti kita semua tidak ke kelas pula.” jelas Syuhada tenang dan lembut.
“Datuk , I pergi mandi dulu ya.Nanti sebelum I masuk kelas kita dating sekejap.” ucap Haziqa ke arah poster yang menempelkan wajah Datuk Hud Razief yang sangat tampan.Sakit hati Intan Zinirah apabila suaminya diperlakukan begitu.Pandangannya menikam wajah Hasiqa yang sedang ralit memandang poster yang menyerlahkan wajah tampan Datuk Hud Razief itu.Mereka mula menuju ke arah yang ingin dituju masing-masing bagi bersiap untuk ke kelas.
Pada suasana yang indah di waktu tengahari di desa yang sungguh menenangkan telah menemani Datuk Hud Razief dan Tengku Orked Mariam.Pada pagi ini , Tengku Orked Mariam sudah bangun terlebih dahulu sebelum adik lelakinya iaitu Datuk Hud Razief.Dia terus menutur langkah menuju ke kamar mandi.Tuala yang tersangkut di belakang pintu kamarnya di ambil terlebih dahulu.Dia melangkah masuk ke dalam kamar mandi.Dirinya dibersihkan.Selepas 20 minit , dia mula keluar daripada kamar mandi dan membuat persalinan pakaian.Selepaa selesai menyisir rambutnya.Dia keluar daripada kamarnya menuju ke dapur untuk menyediakan santapan pagi buatnya dan Datuk Hud Razief.Bihun goreng digorengnya dengan penuh teliti dan memasukkan bahan dengan secukup rasa.Kopi panas wajib dibuat untuk Datuk Hud Razief.Selepas selesai memasak di dapur.Dia kembali ke meja santapan serta membawa bekas yang berisi bihun goreng.
“Good morning Datuk.” ucap Tengku Orked Mariam kepada Datuk Hud Razief yang sudah pun menunggu di ruang santapan untuk bersantapan bersama Tengku Orked Mariam.Tetapi riak wajah lelaki itu sungguh serius sehingga agak menakutkan Tengku Orked Mariam.
“Datuk ada masalah ke ?.” soal Tengku Orked Mariam kepada adik lelakinya Datuk Hud Razief.Keluhan kecil terbit di bibir Datuk Hud Razief.Wajahnya diraup lembut.
“I whatsapp Intan , tetapi hanya bluetick sahaja dia beri pada I.Kenapa dia buat macam itu ? I ada buat salah pada dia ke ? Minggu ini , I belum jumpa dia lagi.Why ?.” soal Datuk Hud Razief yang agak berang dengan layanan Intan Zinirah terhadapnya.Dia terasa seperti tembok.Tidak dilayan dengan layanan sepatutnya.
“Apa yang Datuk sudah lakukan ?.” soal Tengku Orked Mariam lembut dan tenang.Dia menghidangkan bihun goreng ke dalam pinggan yang sudah tersedia buat Datuk Hud Razief.
“Apa I buat ? Masa balik Universiti hari itu okay saja ? Tiba-tiba dia buat macam ini.” jelas Datuk Hud Razief yang menegakkan keadilan buat dirinya sendiri.Kini tiada siapa yang akan berpihak padanya.Malah , Tengku Orked Mariam tertawa sinis apabila mendengar penjelasan Datuk Hud Razief itu.
“Awak pasti Datuk ? Yang awak tidak berbuat apa sehingga Intan berbuat demikian kepada awak ?.” soal Tengku Orked Mariam dengan nada yang mencurigakan.Pandangan tajam dan seakan mengoda diberikan kepada Datuk Hud Razief.
“Apa yang awak cuba mahu sampaikan Tengku ? Awak mahu menuduh saya curang ?.” soal Datuk Hud Razief yang tidak berapa puas hati dengan kakaknya Tengku Orked Mariam.
“Saya tidak menuduh Datuk berlaku curang dengan Cik Puan.Tetapi perbuatan curang itu mampu dilakukan oleh semua lelaki.Baring di atas katil bersebelahan isteri pun mereka mampu berlaku curang.Jangan fikir Datuk tidak pernah bercinta dan sering menolak cinta , Datuk akan terlepas daripada gelaran curang ya.Ingat Datuk , hati kita allah yang pegang.” jelas Tengku Orked Mariam dengan penuh kata-kata yang menusuk kalbu Datuk Hud Razief.Terdiam Datuk Hud Razief dibuatnya.
“Tetapi , I tidak berkawan dengan perempuan lain.Hanya you sahaja kawan dan wanita yang sering ada bersama I.” jelas Datuk Hud Razief kepada Tengku Orked Mariam yang sedang mempertahankan dirinya sendiri.
“Itu saya tidak mahu tahu.Yang sekarang ini , Datuk harus pujuk semula Cik Puan dengan melakukan sesuatu.” jelas Tengku Orked Mariam lembut dan tenang.Pandangan pelik diberikan kepada Tengku Orked Mariam.
“Dia yang buat I ? I yang perlu ambil hati dia ? Habis hati I siapa yang mahu jaga ?.” soal Datuk Hud Razief berang.Manakala , Tengku Orked Mariam membuat riak wajah menyampah.
“Datuk perlu faham hubungan suami isteri ini , walaupun Cik Puan yang mula dahulu tanpa sebab.Tetapi Datuk juga yang perlu bertindak terlebih dahulu untuk mengambil hatinya semula.Saya yakin Datuk , ada sesuatu yang membuatkan Cik Puan jadi begini.” jelas Tengku Orked Mariam bersungguh kepada Datuk Hud Razief.
“Macam ini rupanya jadi seorang suami ?.” soal Datuk Hud Razief sinis.Tengku Orked Mariam hanya memandang wajah sugul adik lelakinya Datuk Hud Razief itu dengan senyuman segaris di bibir.
“Kenapa Datuk ? Awak sudah rasa menyesal ke berkahwin dengan Cik Puan ?.” soal Tengku Orked Mariam selamba.Dengan pantas anak mata Datuk Hud Razief menikam anak mata Tengku Orked Mariam.
“Apa yang you cakap ini Tengku ?.” soal Datuk Hud Razief dengan dahi yang berkerut kerana dia agak terasa dengan kata-kata Tengku Orked Mariam itu.
“Cara Datuk seperti orang menyesal.Lain kali jaga bahasa dan pertuturan kerana ia boleh membawa maksud yang lain walaupun kita tidak memaksudkannya.” ujar Tengku Orked Mariam tegas.Keluhan kecil sekali lagi terbit dari bibir Datuk Hud Razief itu.
Pada sebelah petang , Tengku Orked Mariam bercadang untuk ke bengkel kereta dan motor milik Hazim Iqbal sekali lagi.Dia merenung ke luar jendela untuk mencari idea untuk memasak buat Hazim Iqbal.Selepas beberapa minit berfikir , akhirnya dja mendapat idea.Dia bangun dari duduknya di atas kerusi rotan tersebut lalu mengatur langkah menuju ke bahagian dapur.Bahan untuk memasak nasi goreng udang kering di ambil untuk memasak buat Hazim Iqbal.Bahan-bahan sudah mula ditumis.Kemudian nasi dimasukkan dan digaul bersama bahan yang ditumis sebentar tadi.Selepas kesemuanya sudah serata dan sebati.Tengku Orked Mariam memasukkan pula nasi goreng udang kering yang digorengnya sebentar tadi di dalam bekas.Dia meletakkan bekas tersebut di atas meja dan dia kembali ke kamarnya untuk bersiap.Selepas 20 minit , akhirnya Tengku Orked Mariam bersiap juga dengan mendondon sepasang kurung hijau zamrud.Dia mengambil bekas nasi goreng yang berada di atas meja dapur.Dia mengatur langkah menuju ke pintu utama.
Tengku Orked Mariam berjalan kaki menuju ke bengkel Hazim Iqbal.Langkahnya semakin dekat dengan bengkel Hazim Iqbal.Sesampai sahaja dia di hadapan bengkel Hazim Iqbal.Dia terpana dan terkedu apabila melihat Hazim Iqbal sedang berbual bersama seorang wanita iaitu wanita yang amat dia kenali.Cikgu Ina.Hatinya bagai retak seribu apabila melihat layanan Hazim Iqbal terhadap wanita yang bergelar guru itu.Tidak begitu mesra tetapi cukup untuk membuat Tengku Orked Mariam berasa cemburu.Nada dan riak wajah segera dikawal.Senyuman manis diukirkan di bibirnya.Dia mengatur langkah menuju ke dalam bengkel.
“Sayang.” seru Hazim Iqbal kepada Tengku Orked Mariam.Keras kakinya untuk mengatur langkah mendekati Hazim Iqbal.Dia terkejut kerana Hazim Iqbal memanggilny dengan panggilan romantik itu.Riak wajah Cikgu Ina berubah apabila panggilan mesra itu dipanggil oleh Hazim Iqbal kepada Tengku Orked Mariam.
“Sayang , dah lama ke sampai ?.” soal Hazim Iqbal lagi.Menelan liur kesat Tengku Orked Mariam dibuatnya.Pandangannya dijatuhkan menekur ke lantai kerana malu mahu berpandangan mata dengan Hazim Iqbal.
“Baru sahaja , saya bawa nasi goreng.” jelas Tengku Orked Mariam lembut dan terketar-ketar suaranya.Hazim Iqbal tersenyum segaris apabila melihat riaksi gelabah Tengku Orked Mariam itu.Manakala , Cikgu Ina pula sudah mula berdiri dari kerusi yang di duduknya tadi.
“Saya minta diri dulu Hazim.” jelas Cikgu Ina mendatar kepada Hazim Iqbal.
“Baik cikgu.Jaga diri.” ucap Hazim Iqbal mesra seakan mengalu-alukan keberangkatan pulang wanita itu.Selepas kelibat Cikgu Ina hilang dari pandangan mereka.Tubuh Hazim Iqbal menjadi sasaran Tengku Orked Mariam untuk memukul dengan bag bimbitnya.Lelaki itu tertawa besar apabila Tengku Orked Mariam memperlakukan begitu kepadanya.
“Sayang , sakitlah saya.” ucap Hazim Iqbal manja.Dia sengaja mahu menyakat Tengku Orked Mariam.Mencuka wajah Tengku Orked Mariam apabila dia dipanggil dengan gelaran begitu.
“Sekali lagi awak panggil saya dengan panggilan begitu.Saya saman awak.” amaran diberi oleh Tengku Orked Mariam tegas kepada Hazim Iqbal.
“Saya sayang awak , mestilah saya panggil sayang.” ucap Hazim Iqbal yang selamba tanpa rasa gerun dengan amaran yang diberi oleh Tengku Orked Mariam sebentar tadi.
“Hazim !.” lontar suara Tengku Orked Mariam menyeru nama Hazim Iqbal.Dia membawa Tengku Orked Mariam ke dalam bengkelnya.Kerusi yang berdekatan dengan meja kerjanya ditarik dan disuruh Tengku Orked Mariam duduk.Dia turut duduk berhadapan dengan Tengku Orked Mariam.Wajah jelita Tengku Orked Mariam ditatap.
“Sayang , saya minta maaf kalau buat awak kurang selesa.” jelas Hazim Iqbal lembut dan tersenyum kepada Tengku Orked Mariam
“Saya tahu saya tidak patut panggil awak dengan panggilan macam itu.Tetapi saya terpaksa lakukan di hadapan Cikgu Ina tadi.Dia ada niat yang mendalam terhadap saya.Saya tahu apa dia.Tetapi diri dan hati saya hanya setia untuk awak seorang saja sayang.” ucap Hazim Iqbal lembut dan romantis.Terkelu lidah Tengku Orked Mariam mendengar penjelasan tulus daripada Hazim Iqbal itu.Wajah Hazim Iqbal ditatap penuh kasih.Ada sesuatu yang tersirat di dalam pandangan Hazim Iqbal terhadap dirinya.
“Apa yang awak cuba sembunyikan daripada saya Hazim ? Ada sesuatu yang tersirat di balik pandangan awak pada saya.” jelas Tengku Orked Mariam lembut.
“Saya mahu memperisterikan awak semula.” ucap Hazim Iqbal tenang dan lembut.Pandangan Tengku Orked Mariam kosong.Dia sendiri tidak tahu mahu memberi riaksi apa.
“Awak ikhlas ke Hazim ?.” soal Tengku Orked Mariam inginkan kepastian.
“Saya tahu saya tidak layak untuk awak Orked , tetapi saya masih layak untuk jadikan saya milik awak kerana saya pernah hidup bersama awak.” jelas Hazim Iqbal lembut dan tenang.Airmata Tengku Orked Mariam mengalir deras.Dia tidak menyangka bahawa mereka akan bersatu kembali.
“Terima kasih sebab kembali di dalam kehidupan saya.” ucap Tengku Orked Mariam lembut dalam nadanya yang sebak.Hazim Iqbal tersenyum manis.
“Sama-sama sayang , semoga ikatan kita ini kekal abadi.” ucap Hazim Iqbal romantis.
“Keluarga awak mampu terima kekurangan saya ?.” soal Tengku Orked Mariam lembut dan merendah diri.Hazim Iqbal tersenyum segaris mendengar pertanyaan Tengku Orked Mariam itu.
“Sayang , pada saya dan keluarga.Tiada apa pun yang kurang pada awak.Kerana awak terlalu sempurna untuk saya.Awak dan saya sudah cukup matang untuk menunggang hubungan halal itu nanti.Jadi tidak ada apa yang awak perlu risaukan.Kita akan tempuh ujian hidup bersama.Saya akan jaga awak dengan kudrat dan hati saya sehingga akhir hayat saya sayang.” ucap Hazim Iqbal romantis dan lembut.Mereka saling bersenyuman.
Sorry baby readers sebab fatimah cuti lama..hihi..hope korang enioy dengan chapter 13 okay..huhu Novelplus : Fatimah Yusof Instagram : fatimahyusof_np
Share this novel