Datuk Hud Razief pada hari ini hanya berurusan di luar pejabat bersama kakaknya Tengku Orked Mariam.Sudah tiga hari dia berada di Malaysia dan pulang dari luar negara.Mentari pagi telah pun terbit menerangi alam.Bunyi burung juga berkicauan tanpa henti.Datuk Hud Razief sudah segar dari lenanya.Dia mengeliat kecil untuk menghilangkan rasa kantuknya.Mata digosok perlahan untuk melihat pemandangan paginya dengan lebih jelas.Datuk Hud Razief terus menarik bantal panjang miliknya dan kakinya menghempap bantal tersebut tanpa matanya dibuka luas.Tetapi , dia terasa lembut dan empuk memeluk bantal panjang tersebut.Dia mengesel tangannya di bantal tersebut tetapi terasa ada bonjolan yang agak besar.Dahinya mula berkerut kerana terasa pelik dengan bonjolan yang agak keras itu.Tiba-tiba ada yang membalas pelukannya.Terus sahaja segar pandangannya.Wajah jelita Intan Zinirah sudah tersenyum lebar kepadanya.Ditolak sedikit tubuh isterinya itu.
“Kenapa tolak ? Abang tidak suka Intan bermanja dengan abang ke ?.” soal Intan Zinirah sayu dan manja kepada suaminya Datuk Hud Razief.Dia terasa hati dengan sikap suaminya semenjak kebelakangan ini yang tidak mahu mendekatinya.Jika dia yang bermula dahulu untuk bermanja pasti dielak oleh suaminya Datuk Hud Razief.
“Bukan , abang hendak mandi sekejap.” jelas Datuk Hud Razief acuh tidak acuh kepada isterinya Intan Zinirah.Dia bangun dari pembaringan dan berdiri di hujung katil.Tiba-tiba tangannya diraih oleh isterinya Intan Zinirah.Wajah isterinya Intan Zinirah kini benar meraih simpati daripada suaminya Datuk Hud Razief.
“Kenapa ? Abang hendak pergi mandi ini.” jelas Datuk Hud Razief yang cuba mengelak untuk mendengar luahan isterinya Intan Zinirah.Keluhan berat dilepaskan secara kasar oleh Intan Zinirah di hadapan suaminya Datuk Hud Razief.Dia merenung suaminya Datuk Hud Razief dengan renungan kecewa.Mulut dikunci tanpa berkata-kata.
“Abang sudah tidak sayang kepada Intan lagi.Kenapa abang sering sahaja hendak mengelak untuk bersama dengan Intan ? Intan minta maaf dengan abang pun abang sudah tidak mahu layan lagi.Kenapa ? Susah sangat ke abang hendak memaafkan kekhilafan isteri abang ini ? Intan tahu , dalam hubungan kita ini memang banyak masalah yang terjadi di atas kekhilafan Intan sendiri.Tetapi kenapa sukar untuk suami Intan sendiri memaafkan Intan ?.” soal Intan Zinirah yang agak tidak berpuas hati dengan tingkah laku suaminya Datuk Hud Razief.Tangan yang diraih Intan Zinirah direntap kasar oleh Datuk Hud Razief sehingga membuatkan isterinya hampir tersungkur di atas katil tersebut.Intan Zinirah terkedu dan tanpa dia sedar airmatanya mengalir seiring dengan perbuatan kasar suaminya Datuk Hud Razief itu.
“Abang bukan tidak mahu jaga hubungan kita ini , tetapi abang tidak rasa apa-apa lagi terhadap Intan.Macam mana kita hendak teruskan hubungan rumahtangga kita ini ? Abang cuba , tetapi abang tidak dapat meraih rasa cinta itu lagi.” jelas Datuk Hud Razief tegas dan kusut wajahnya.Intan Zinirah terkejut dengan sikap kasar suaminya Datuk Hud Razief itu.
“Kenapa abang berubah sampai macam ini sekali ? Kenapa cepat sangat rasa cinta pada Intan itu hilang ? Intan tahu , Intan yang banyak buat salah dalam hubungan kita.Dari baru sahaja kita berkahwin sehingga ke hari ini.Tetapi kenapa abang berubah mendadak begini ?.” soal Intan Zinirah dalam nada sebaknya kepada suaminya Datuk Hud Razief yang tidak memberi sebarang reaksi terhadap isterinya Intan Zinirah yang sedang kecewa dengan dirinya sendiri.
“Abang baru sahaja tinggalkan Intan beberapa hari , tetapi abang sudah bersikap begini terhadap Intan.Abang cakap hendak utuhkan semula hubungan kita selepas abang pulang dari luar negara.Tetapi kenapa abang berubah mendadak sampai jadi begini ? Apa dosa Intan terhadap abang ? Intan juga manusia biasa abang.Jika abang fikir yang Intan seorang isteri dan wanita yang tidak akan melakukan kesilapan ! Itu adalah kesilapan besar yang abang buat.” jelas Intan Zinirah yang cuba mempertahankan keadilan buat dirinya sendiri.Datuk Hud Razief menelan liur kesat.Dia sendiri seperti orang tidak sedar apabila berkata begitu kepada isterinya Intan Zinirah.Dia cuba meraih tangan isterinya Intan Zinirah tetapi dielak oleh isterinya.
“Sayang , abang minta maaf.Abang tidak sedar dengan apa yang abang buat.Tolong , jangan buat abang macam ini.Abang janji , abang akan perbetulkan kesilapan abang.” jelas Datuk Hud Razief bersungguh-sungguh kepada isterinya Intan Zinirah.
“Abang sudah gila ke ? Kenapa dengan abang ini ? Sekejap macam orang siuman.Sekejap nanti macam orang tidak siuman.Apa yang menjadikan abang begini ?.” soal Intan Zinirah dingin dan tegas.Dia sudah penat dengan sikap suaminya Datuk Hud Razief itu.Keadaan dia sendiri juga tidak terurus , inikan pula dengan sikap ragam yang bukan-bukan suaminya Datuk Hud Razief itu.Dia terus sahaja merentap tangannya kasar dari pegangan suaminya Datuk Hud Razief.
“Sayang , abang tahu abang sudah lain.Abang dapat rasa perkara itu.Abang sudah beritahu perkara ini kepada Tengku.Abang Cuma mahukan perhatian sayang saja sekarang ini.Tolong jangan buat abang begini.Abang sendiri sedang mencari punca tentang diri abang sekarang ini sayang.” jelas Datuk Hud Razief yang bersungguh-sungguh kepada isterinya Intan Zinirah itu.Berkerut sekali lagi dahi Intan Zinirah dengan penyataan suaminya Datuk Hud Razief itu.
“Abang sedar dengan apa yang abang cakap ? Tetapi kenapa abang perlu juga cakap begini ? Apa masalah abang ini ? Peninglah Intan dengan sikap abang ini.” jelas Intan Zinirah merungut dengan sikap tidak siuman suaminya Datuk Hud Razief itu.Dia terus sahaja bangun dari katil dan menuruni katil tersebut menuju ke kamar mandi.Datuk Hud Razief meraut kasar wajahnya.Dia tidak dapat melayani isterinya dengan baik sekali lagi.Jika ini yang tetap berterusan di dalam hubungan mereka , perpisahan sahaja yang perlu mereka menanti kerana jalan untuk bersatu semula tidak lagi kelihatan.
“Arghh ! Kenapa dengan aku ini ?.” jerit Datuk Hud Razief merungut terhadap dirinya sendiri dengan sikap yang tidak siuman kepada isterinya Intan Zinirah.Perlahan-lahan kepala diletakkan di atas bantal kepalanya serta telefon pintar dicapai.Nama kakaknya Tengku Orked Mariam dicari di bahagian nama kenalan di bahagian panggilan.Setelah jumpa , nombor itu ditekan dan telefon pintar di letakkan di ganggang telinga.Tidak lama kemudian , suara di bahagian Tengku Orked Mariam kedengaran oleh Datuk Hud Razief.
“Tengku , I need you.Kita perlu jumpa dan you mesti tolong I selesaikan masalah I dengan Intan.Keadaan makin parah , I tidak dapat kawal emosi dan perasaan lagi.I tidak mahu cederakan diri I ataupun dia.Please Tengku , help me !.” pinta Datuk Hud Razief berulang kali.Kemudian , ganggang telefon pintar di letakkan.Airmatanya mengalir tanpa dipinta.Hatinya tersiksa menanggung rasa.Nafsunya sering tiada apabila dia hendak bersama isterinya Intan Zinirah.
Suasana di kediaman rasmi Datuk Hud Razief amat tenang , ke semua pegawai khasnya yang sedang bertugas hanya menjalankan tugas masing-masing tanpa mwnghiraukan majikan mereka Datuk Hud Razief.Dia duduk di kamar bacaan miliknya sementara dia menunggu kedatangan kakaknya Tengku Orked Mariam.Jari jemarinya dimainkan bersilih ganti.Wajahnya kelihatan serabut dan kusut.Dirinya tidak terurus.Hatinya berdebar-debar sentiasa.Apa yang sedang melanda rumahtangganya bersama isterinya Intan Zinirah amatlah memberi kesan dan parut yang sangat mendalam.Dia tidak dapat menyelamatkan keadaan dengan keadaan dirinya yang seperti orang tidak siuman ini.Dia amat memerlukan bantuan kakaknya Tengku Orked Mariam.Kerana wanita itu sahaja , yang berani dan mampu masuk campur dan menyelamatkan rumahtangganya bersama isterinya Intan Zinirah.Tidak lama kemudian , wajah kakaknya Tengku Orked Mariam sudah terjelas muncul di muka pintu tanpa dia sedar kedatangan wanita itu.
“Datuk , are you okay ? Saya berdiri di situ hampir 5 minit , sekalipun awak tidak pandang ke arah saya.” jelas Tengku Orked Mariam pelik dengan sikap dan tingkah laku yang resah oleh adik lelakinya Datuk Hud Razief itu.Wajah kakaknya Tengku Orked Mariam dipandang dengan pandangan kosong seperti orang yang tiada perasaan.
“Datuk , awak sudah kenapa pandang saya begitu ? Saya ada buat salah ke ?.” soal Tengku Orked Mariam kepada adik lelakinya Datuk Hud Razief dengan nada yang pelik dan agak takut.
“Tengku , you perlu tolong I , I ada masalah besar sekarang ini.I tidak tahu kenapa dengan diri I ini.Kenapa perkara ini terjadi kepada I dan Intan ?.” jelas Datuk Hud Razief kalut kepada kakaknya Tengku Orked Mariam dengan nada yang cemas.Punggung dilabuhkan di bersebelahan adik lelakinya Datuk Hud Razief.Tangan lelaki itu diraih lembut oleh Tengku Orked Mariam.
“Datuk , awak tarik nafas dan hembus perlahan-lahan.” arah Tengku Orked Mariam lembut kepada adik lelakinya Datuk Hud Razief supaya bersikap tenang ketika ini.Arahan diterima oleh Datuk Hud Razief dengan tenang dan dia melakuka senaman ringkas itu dengan tenang dan teratur.
“Baik , sekarang awak cerita kepada saya.Apa yang berlaku sekarang ini di dalam hubungan rumahtangga awak.” ucap Tengku Orked Mariam lembut dan tenang kepada adik lelakinya Datuk Hud Razief.
“I dapat merasakan sesuatu yang berlaku terhadap diri I.Dalam pada masa yang sama , I juga tidak dapat melawan perkara tersebut daripada berterusan menganggu emosi I.” jelas Datuk Hud Razief tenang dan bersungguh-sungguh kepada kakaknya Tengku Orked Mariam.
“Baik , apa yang awak rasa ketika perkara tersebut menganggu diri awak , Datuk ?.” soal Tengku Orked Mariam lembut dan tenang kepada adik lelakinya Datuk Hud Razief itu.
“I akan hilang nafsu setiap kali bersama Intan , I akan rasa benci dan marah terhadap dia bila kami mahu tidur atau bersama , I rasa tidak mahu bersama dengan dia lagi.” jelas Datuk Hud Razief sayu dan lemah kepada kakaknya Tengku Orked Mariam.Tetapi raut wajah wanita itu tenang sahaja mendengar luahan adik lelakinya Datuk Hud Razief itu.
“Awak hendak tahu kenapa awak jadi begini Datuk ? Saya ada jawapan yang kukuh dan logik.” jelas Tengku Orked Mariam dengan megah dan penuh yakin kepada adik lelakinya Datuk Hud Razief.Berkerut dahi Datuk Hud Razief apabila mendengar luahan kakaknya Tengku Orked Mariam itu.
“Sayang , masuk.” arah Tengku Orked Mariam kepada seseorang , Datuk Hud Razief juga turut melihat ke arah muka pintu kamar bacaannya.Tiba-tiba , wajah Hazim Iqbal muncul dengan tenang di muka pintu tersebut.Datuk Hud Razief berasa pelik dengan keadaan mereka kini.Lelaki itu , melangkah masuk dan duduk berhadapan dengan isterinya Tengku Orked Mariam dan adik iparnya Datuk Hud Razief.Wajahnya kelihatan tenang sahaja.Tiada apa yang meragukan.
“Apa kena mengena dengan Hazim , Tengku ?.” soal Datuk Hud Razief pelik dan berani kepada kakaknya Tengku Orked Mariam.Wajah wanita itu lembut dan tersenyum.Jarak kedudukannya dirapatka bersama Datuk Hud Razief.
“Sebenarnya , saya dan Hazim sudah dapat agak dan tahu tentang apa yang bakal terjadi di dalam rumahtangga awak dan Intan , Datuk.Cuma kami sedang tunggu sesuatu.Kami menunggu kedatangan awak untuk menyatakan perkara tersebut.Hari ini , saya dan Hazim menerima kunjungan awak untuk menyatakan masalah rumahtangga yang sedang awak alami.” jelas Tengku Orked Mariam lembut dan tenang kepada adik lelakinya Datuk Hud Razief.
“Apa yang you maksudkan ? I tidak faham.” jelas Datuk Hud Razief pelik dan agak cuak kepada kakaknya Tengku Orked Mariam.
“Fira , dia yang buat awak dengan permainan secara halus , Datuk.” jelas Tengku Orked Mariam kepada adik lelakinya Datuk Hud Razief.Tetapi wajah lelaki itu tetap kelihatan tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh kakaknya Tengku Orked Mariam.
“Dia sihir awak.Sihir A’in.Beberapa hari lepas awak ada jumpa dia.Saya tahu tentang perkara itu.Sebelum awak berjumpa dengan dia , awak betul-betul marah terhadap dia sebab dia hubungan awak dan Intan renggang.Tetapi , apa yang terjadi sebaik awak berada di hadapan dia ketika itu ? Awak tidak sedar dan tidak akan sedar sama sekali.Dia menggunakan pandangan matanya untuk mensihir awak supaya awak membenci isteri awak dan keluarga awak Datuk.” jelas Tengku Orked Mariam lembut dan tenang walaupun cerita dan penjelasannya itu sudah mengerunkan adik lelakinya Datuk Hud Razief.
“Tetapi bagaimana you tahu yang dia buat semua itu ? Apa bukti you Tengku ?.” soal Datuk Hud Razief agak tidak berpuas hati apabila sahabatnya iaitu Fira dituduh menyihir dirinya begitu sahaja.Tengku Orked Mariam dan Hazim Iqbal saling berpandangan.
“Engkau akan menjadi begini Hud , marahkan orang lain kerana orang lain.Engkau buat ini pun engkau tidak sedar.Apatah lagi , engkau bersama dengan Intan.Dia memang tidak suka lihat engkau berbaik dengan Intan , dengan mata sahaja dia boleh buat engkau hilang nafsu dengan isteri engkau sendiri.Dengan mata sahaja , dia boleh buat engkau benci dengan isteri engkau sendiri.” jelas Hazim Iqbal kepada adik iparnya Datuk Hud Razief dengan bersungguh-sungguh supaya adik iparnya itu tentang apa yang sedang berlaku di dalam rumahtangganya.
“Dia datang jumpa Marina.” jelas Tengku Orked Mariam ringkas kepada adik lelakinya Datuk Hud Razief.Berkerut dahi Datuk Hud Razief apabila mendengar penjelasan kakaknya Tengku Orked Mariam itu.
“Kenapa dia jumpa Marina pula ?.” soal Datuk Hud Razief yang sudah mula ingin tahu lebih lanjut tentang apa yang sebenarnya berlaku kepada kakaknya Tengku Orked Mariam.
“Sebab dia fikir , Marina dan awak tidak berbaik lagi.Jadi , dia ingin Marina menyertai dirinya untuk perkara terkutuk itu terhadap awak Datuk , dia benar-benar mahu menghancurkan awak dan Intan.Sekarang ini pun keadaan rumahtangga awak dan Intan semakin parah.” jelas Tengku Orked Mariam sayu dan lemah kepada adik lelakinya Datuk Hud Razief.Sekarang , barulah dia sedar yang semua ini kerana terkena sihir yang dibuat oleh Fira.Hatinya terasa sakit.
“Apa yang patut I buat sekarang ini Tengku ? I cuma mahu keluarga I sahaja , jika harta yang dia mahukan I boleh beri.Tetapi jangan hancurkan hidup I dengan Intan.I love my wife so much.” rintih Datuk Hud Razief sayu kepada kakaknya Tengku Orked Mariam.Sayu hati Hazim Iqbal melihat kesungguhan adik ipanrya Datuk Hud Razief meminta pertolongan daripada isterinya Tengku Orked Mariam.
“Datuk , awak perlu lawan dengan cara lebih halus tetapi hasilnya kasar dan hebat.” jelas Tengku Orked Mariam kepada adik lelakinya Datuk Hud Razief dengan bahasa kiasan.Berkerut dahi Datuk Hud Razief kerana kurang memahami apa yang cuba disampaikan oleh kakaknya Tengku Orked Mariam itu.
“Apa maksud you Tengku ? I hendak hilangkan rasa resah di dalam diri I ini Tengku.I tidak mahu perkara ini berterusan.I mahukan isteri I kembali ke pangkuan I.Sekarang ini pun , Intan sudah lain dengan I.Dia tidak seperti sebelum ini sering bermanja.” jelas Datuk Hud Razief merintih seperti hendak menangis kepada kakaknya Tengku Orked Mariam.
“Bertenang Datuk , saya tahu apa yang terbaik untuk awak dan Intan buat masa sekarang ini.Tetapi , awak perlu berjuang dengan doa sebanyak yang mungkin , berserah kepada allah.Mengajilah di setiap waktu awak solat.Dan baiki semula hubungan awak dengan Intan , ketepikan ego masing-masing.Jika Intan buat masa ini tidak mahu mengalah , awak perlu mengalah sehabis mungkin.” jelas Tengku Orked Mariam kepada adik lelakinya Datuk Hud Razief dengan nada lembut.Airmata lelaki Datuk Hud Razief akhirnya gugur di hadapan kakaknya Tengku Orked Mariam dan abang iparnya Hazim Iqbal.
“Kenapa I selalu diuji dengan dugaan yang berat Tengku ? Mungkin di sebabkan dosa I yang terlalu berat itu.I yang patut terima semua ini seorang diri , tetapi kenapa Intan juga terpalit sama ? I tidak mahu dia sakit.Kadang-kadang , kalau I gaduh dengan dia sehingga I rasa hendak pukul dan cederakan dia.Tetapi I masih dapat kawal emosi I.I segera sedar daripada perasaan tersebut.” jelas Datuk Hud Razief dalam tangisnya kepada kakaknya Tengku Orked Mariam.
“Datuk , jika emosi untuk berkasar kepada Intan awak mampu kawal.Saya yakin , awak boleh lawan perkara ini.Syaitan tidak akan pernah mengalah untuk menyesatkan cucu cicit adam.Jadi awak perlu kuat.Hadapi perkara ini demi Intan dan anak awak yang bakal lahir.Penceraian bukan jalan penyelesaian masalah awak ini Datuk tetapi ia akan mengundang masalah yang lebih besar dan berat.Ingat Intan , Ingat anak.Ingatlah segala pengorbanan cinta awak dan Intan sepanjang awak berkahwin dengan dia.Awak Ingat lagi , awak selalu beri dia bunga dan coklat sewaktu dia merajuk manja dengan awak.Sebenarnya , Intan hanya hendak perhatian daripada awak saja Datuk.Awak dan Intan terlalu bahagia.Pasti akan ada mata yang sakit melihatnya.Awak seorang lelaki yang romantik.” ucap Tengku Orked Mariam yang turut membantu mengingatkan memori indah Datuk Hud Razief bersama isterinya Intan Zinirah.
happy reading baby readers !
Share this novel