Suasana di kediaman Datuk Hud Razief amat menenangkan.Selepas isterinya Intan Zinirah mendapat pesanan daripada pensyarahnya supaya menyiapkan segala tugas yang telah diberikan , Datuk Hud Razief terus membawa isterinya pulang ke Kuala Lumpur dan menetap di sebuah kondominium yang pernah dibelinya suatu ketika dahulu.Semalaman juga mereka tiba di Kuala Lumpur dan terus pulang ke kondominium milik Datuk Hud Razief.Sewaktu di dalam perjalanan , Intan Zinirah sudah dibuai lena terlebih dahulu.Apabila tiba di rumah mereka , dia dicempung oleh suaminya Datuk Hud Razief di dalam keadaan tidak sedar.Pada pagi yang indah di kondominium Datuk Hud Razief , suasana amat tenang apabila cermin kamarnya menembusi hingga dapat melihat ketinggian KLCC di hadapan mata.Intan Zinirah tersenyum melihat pemandangan yang tersegam indah itu.Perlahan-lahan dia bangun daripada pembaringannya dan bersandar di kepala katil.Tubuhnya yang tidak mempunyai sehelai benang itu ditutup dengan selimut tebal.Telefon pintar diambil dan dilihat pesanan yang dia dapat.
“Banyak betul kerja yang Prof hantar.” bebel Intan Zinirah tiba-tiba seorang diri.Suaminya Datuk Hud Razief yang berada di bersebelahannya terasa bising dan terganggu dengan leteran isterinya Intan Zinirah itu.Mata dibuka perlahan-lahan dan digosok.Wajah isterinya Intan Zinirah dicari dan ditatap dengan riak wajah yang pelik.Dia juga turut bangun dari pembaringannya dan bersandar di kepala katil.Tubuhnya didekatkan dengan isterinya Intan Zinirah.
“Kenapa sayang ? Pagi-pagi lagi sudah marah.Abang mahu rehat sedikit pun tidak boleh.” jelas Datuk Hud Razief sayu dan lemah kepada isterinya Intan Zinirah.Wajah lembut milik Intan Zinirah kini bertukar cemberut.
“Pensyarah Intan , dia bagi kerja kursus banyak sangat.Penat Intan nanti.Dengan keadaan Intan yang mengandung ini lagi.” jelas Intan Zinirah merungut kepada suaminya Datuk Hud Razief.Tubuh isterinya Intan Zinirah dipaut dan ditarik ke dalam dakapannya.Tangan kanan dia itu diletakkan di dada bidang suaminya Datuk Hud Razief.
“Abang ada dengan sayang.Janganlah sayang marah-marah macam ini.Kesian dekat anak kita , mummy merungut sebab ada di dekat dalam itu.Macam sayang salahkan pemberian allah pula.Tidak baik sayang.” ucap Datuk Hud Razief lembut kepada isterinya Intan Zinirah.Ubun-ubun isterinya dikucup lembut.Mengalir airmata Intan Zinirah saat dikucup lembut oleh suaminya Datuk Hud Razief.Tiba-tiba Datuk Hud Razief terasa dadanya basah dengan air.Dia menjengah sedikit kepalanya dan melihat wajah isterinya Intan Zinirah yang di dalam keadaan tenang itu.
“Kenapa sayang menangis ?.” soal Datuk Hud Razief pelik dan terkejut.Dia tidak memarahi atau menempik isterinya dengan nada yang kasar tetapi airmata isterinya Intan Zinirah itu tetap mengalir deras.Dia serba salah dibuat isterinya Intan Zinirah.Perlahan-lahan dia bangun dari posisinya dan beralih ke hadapan isterinya Intan Zinirah.Wajah isterinya ditatap dan diusap lembut.
“Abang terkasar bahasa dengan sayang ke ?.” soal Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah.Senyuman terukir di bibir mungil Intan Zinirah.
“Bukan , abang terlalu baik dengan Intan.Selalu saja buat Intan tenang.Siapalah yang akan tenangkan Intan jika abang tiada dengan Intan nanti.” luah Intan Zinirah sayu kepada suaminya Datuk Hud Razief.Terkedu suaminya Datuk Hud Razief mendengar luahan hati isterinya Intan Zinirah itu.Tidak dia sangka isterinya itu , akan meluahkan segala isi hatinya begitu.Dia agak tersentap dengan kata-kata isterinya itu.
“Abang mahu pergi ke mana sayang ? Abang suami sayang , pasti akan sentiasa ada dengan sayang.” ucap Datuk Hud Razief sayu dan lembut.Intan Zinirah tersenyum lebar kepada suaminya Datuk Hud Razief.Pipi mulus dan berjambang suaminya Datuk Hud Razief dikucup lembut.Lelaki itu tersenyum apabila ciuman isterinya Intan Zinirah itu mendarat di pipinya.
“Sayang bukan pergi ke Uni pun , kalau sayang penat sayang berhenti sekejap.Nanti abang boleh tolong sambungkan buat tugas kursus sayang itu.Bukan tulis guna tangan pun , menaip di komputer saja.” jelas Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah untuk dia memudahkan lagi tugas isterinya itu.Intan Zinirah terasa bahagia dan beruntung apabila memiliki suami seperti Datuk Hud Razief yang sering memahaminya.Dia mengucapkan syukur di dalam hati.
“Terima kasih abang , sebab sanggup korbankan kerja abang untuk bantu Intan.Maaf , kalau Intan susahkan abang.” jelas Intan Zinirah sayu kepada suaminya Datuk Hud Razief.
“Sayang , abang tidak pernah kisah berapa banyak sekalipun abang bantu sayang.Jadi , sayang pun jangan terlalu banyak berfikir.Kalau rasa tertekan atau penat , berhenti saja.Abang ada untuk siapkan tugasan sayang itu.Baik sayang.” ucap Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah lembut dan tenang.Kucupannya mendarat di dahi isterinya Intan Zinirah.
“Sudahlah , abang mahu mandi dahulu.Nanti kita buat tugasan sayang itu bersama.” jelas Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah.Dia terus bangun dari katil dan berdiri di pinggir katil.Baju dibuka sambil menghadap isterinya.Kemudian , dia melangkah masuk ke kamar mandi untuk membersihkan diri dengan sehelai tuala mandi yang tersangkut di bahunya.Manakala , Intan Zinirah pula , terus bangun dari katilnya dan menuju ke dapur untuk menyediakan santapan pagi buat suaminya pergi ke kerja.
Air kopi dibancuh buat suaminya , kemudian roti di masukkan ke dalam tempat pembakar roti untuk dibakar.Sapuan roti berperisa coklat dibawa keluar dari almari dapurnya.Kemudian roti yang dibakarnya tadi telah pun siap dibakar.Sapuan roti berperisa coklat tersebut disapu ke atas permukaan roti yang dibakarnya sebentar tadi.Selepas siap menyediakan dua keping roti bakar , air kopi juga diletakkan bersebalahan pinggan yang berisi roti bakar tersebut.Tidak lama kemudian , suaminya Datuk Hud Razief selesai mandi dan berpakaian formal menuju ke meja santapan.Dia menarik kerusi lalu duduk.
“Sayang , tidak makan sekali ?.” soal Datuk Hud Razief lembut kepada isterinya Intan Zinirah lembut dan tenang.Roti bakar kepingan pertama disuakan ke mulutnya lalu digigit.
“Intan tidak suka roti bakar.Intan buat untuk abang saja.” jelas Intan Zinirah lembut dan tenang kepada suaminya Datuk Hud Razief.Tercengang dia seketika apabila mendengar penjelasan isterinya Intan Zinirah itu.
“Sayang mahu makan apa ini ?.” soal Datuk Hud Razief risau kerana isterinya masih belum bersantapan lagi.Tetapi untuknya , isterinya Intan Zinirah sudah menyediakan dengan makanan yang lengkap dan tepat mengikut citarasanya.Hatinya pilu apabila melihat isterinya tidak makan apa-apa dan hanya menemaninya bersantapan pagi.
“Abang rasa susah hendak menelan roti bakar ini.Sayang makanlah sedikit.” pujuk Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah dengan nada yang lembut.
“Tidak mengapa abang , Intan memang tidak rasa hendak makan sebab itu Intan hanya menemani abang makan sahaja.Nanti kalau Intan lapar Intan akan buat sarapan Intan sendiri.” jelas Intan Zinirah lembut kepada suaminya Datuk Hud Razief.
“Baiklah , sayang jangan sampai sakit perut pula.Nanti susah , takut terkesan pada anak di dalam perut itu nanti.Selepas ini , kita buag tugasan sayang bersama ya.” ucap Datuk Hud Razief lembut dan tenang kepada isterinya Intan Zinirah.
Suasanan di kediaman keluarga Datuk Hud Razief amat tenang.Suasana yang sepi dan terjaga itu cukup menarik dan mengikuti citarasa Datuk Hud Razief.Langkah diatur menuju ke dalam kediaman.Ruang tamu menjadi tempat sasarannya.Setibanya dia di ruang tamu , dia terus melabuhkan punggung di kerusi yang menjadi hiasan dan tersedia di ruang tamu tersebut.Sedang dia asyik menghadap telefon pintarnya , Tengku Orked Mariam menerjahnya tiba-tiba.Terhinjut bahu Datuk Hud Razief kerana terkejut dengan sergahan yang dibuat oleh Tengku Orked Mariam tersebut.
“Tengku , terkejut I tahu tak ?.” soal Datuk Hud Razief yang sedikit dingin dengan kelakuan kakaknya Tengku Orked Mariam itu.
“Kalau tidak bergurau dengan awak , saya mahu bergurau dengan siapa ?.” soal Tengku Orked Mariam selamba kepada adik lelakinya Datuk Hud Razief.Dengusan kasar Datuk Hud Razief kedengaran.Tengku Orked Mariam tertawa besar mendengar dengusan kasar adiknya itu.
“You sakatlah suaminya you.” jelas Datuk Hud Razief yang sahaja mengusik kakaknya Tengku Orked Mariam itu.Dia tahu , jika Tengku Orked Mariam sedang berjauhan dengan suaminya Hazim Iqbal.Nama suaminya itu tidak mampu untuk dia menyeru kerana perasaan rindu akan bertandang.Wajah Tengku Orked Mariam berubah apabila diusik begitu oleh Datuk Hud Razief.
“Rindu ke Tengku ?.” usik Datuk Hud Razief kepada kakaknya Tengku Orked Mariam.Jelingan tajam diberi kepada Datuk Hud Razief oleh Tengku Orked Mariam.
“Saya sayang suami saya , mestilah saya rindu.” jelas Tengku Orked Mariam megah.Ketawa besar akhirnya pecah oleh Datuk Hud Razief apabila mendengar penyataan kakaknya Tengku Orked Mariam itu.
“Sebenarnya , saya datang ke Kuala Lumpur bukanlah sebab saya mahu bertemu dengan Hazim.Saya rasa awak sendiri mampu berfikir daripada awal , sedangkan saya mampu tunggu dia sehingga dia pulang ke kampung.Tetapi , hajat saya untuk pulang ke Kuala Lumpur juga adalah kerana , saya rasa sudah tiba masanya awak berterus terang dengan Cik Puan , Datuk.” jelas Tengku Orked Mariam sayu dan lemah kepada adik lelakinya Datuk Hud Razief.Terkedu Datuk Hud Razief apabila dia mendengar penyataan kakaknya Tengku Orked Mariam itu.
“Tetapi , kenapa Tengku ? Kenapa cepat sangat ?.” soal Datuk Hud Razief kepada kakaknya Tengku Orked Mariam lemah dan sayu.Hatinya tiba-tiba terasa berat untuk menerima perkara tersebut dengan keadaan yang nyata.Dia bagai bermimpi.Wajahnya menekur lantai.Airmatanya gugur dari tubir mata.Dadanya terasa sesak.Adakah dia perlu kehilangan isterinya Intan Zinirah secepat ini ?.
“You memang mahu lihat I kehilangan Intan secepat ini ke Tengku ?.” soal Datuk Hud Razief kepada kakaknya Tengku Orked Mariam seolah dia menyalahi kakaknya itu.Keluhan kecil terbit di bibir Tengku Orked Mariam.
“Bukan begitu Datuk , jika perkara ini terus berlarutan dan tidak diketahui oleh Cik Puan.Bukankah , dia akan menjadi keadaan dan masalah yang lebih rumit.Sekurang-kurangnya awak berani untuk memberitahu tentang kebenarannya walaupun awak yang melakukan kekejaman tersebut..Jangan seksa jiwa dia lagi Datuk.Luahkan secara ikhlas.Saya pasti , betapa kuatnya cinta awak terhadap dia.Pasti dia akan memaafkan awak juga pada suatu hari nanti.Dan awak masih ada hubungan yang kukuh jika apa-apa yang terjadi di dalam rumahtangga awak.Iaitu anak awak Datuk.” jelas Tengku Orked Mariam sayu dan lemah kepada adik lelakinya Datuk Hud Razief yang sedang bersedih itu.
“Allahuakhbar , kenapa I diuji dengan berat macam ini sekali Tengku ?.” soal Datuk Hud Razief lemah kepada Tengku Orked Mariam.Airmata yang mengalir dari tubir matanya diseka lembut.
“Datuk , awak harus kuat menghadapi ujian ini.Jika telah ditakdirkan hubungan rumahtangga awak dan Cik Puan sampai di sini , awak harus menerimanya dengan hati yang terbuka.” jelas Tengku Orked Mariam sayu.
“Insyaallah , saya cuba untuk kuat demi anak dan Intan.” ucap Datuk Hud Razief sebak.Hatinya meronta mengatakan tidak mahu perkara ini berlaku.Tetapi takdir telah menentukan segala-galanya.Apa yang dia mampu lakukan sebagai seorang manusia dan hamba selain terus berdoa.
“Cik Puan ada beberapa kali bertanya tentang bilik yang berkunci itu.Tetapi saya tidak tahu mahu berkata apa lagi.Sebab itu saya minta awak maklumkan perkara ini segera kepada Cik Puan.Ia memang sakit , tetapi demi kebaikan pasti akan ada hikmahnya.” jelas Tengku Orked Mariam sayu dan lemah.Dia juga turut rasa kasihan dengan keadaan adik lelakinya Datuk Hud Razief itu.
Pada petang yang indah , Datuk Hud Razief telah selamat pulang ke rumah dan berniat untuk beristirahat.Kenderaannya selamat diparkir di dalam bangunan kondominium di bahagian parkir kenderaan yang tersedia buat penduduk di situ.Penghawa dingin kenderaan dikurangkan sedikit suhunya.Kepala disandarkan di bahagian kepala tempat duduk pemandu.Mata dipejamkan seketika.Sedang dia melayani perasaan , tiba-tiba cermin kenderaannya di bahagian pemandu diketuk seseorang.Segera Datuk Hud Razief mencelikkan matanya.Terkejutnya Datuk Hud Razief apabila melihat isterinya Intan Zinirah sedang berdiri tegak melambai ke arahnya dengan wajah yang menyeringai.Tingkap kenderaan diturunkan.Riak wajah Datuk Hud Razief bersahaja.
“Intan mahu duduk dalam kereta juga dengan abang ?.” pinta Intan Zinirah seperti anak kecil yang mahukan sesuatu dengan teruja.Datuk Hud Razief merenung kosong ke arah wajah isterinya seketika.
“Siapa suruh sayang turun ? Ini apartmen tahu ? Kalau abang tiada di rumah jangan suka-suka turun boleh ? Dengar kata abang sedikit.Kalau apa-apa jadi siapa yang mahu tolong ?.” soal Datuk Hud Razief tegas dan agak dingin dengan isterinya Intan Zinirah.Wajah cemberut isterinya Intan Zinirah itu sudah mula kelihatan.
“Abang ini sudah mengapa ? Tiba-tiba sahaja mahu marah.Tidak suka Intan beritahu sajalah.” ucap Intan Zinirah berkecil hati dengan suaminya Datuk Hud Razief.Airmatanya laju merembes dari tubir mata.Terus sahaja langkahnya dibuka meninggalkan kenderaan suaminya itu.Datuk Hud Razief mendengus kasar.Terus sahaja pintu kenderaan dibuka dan mencapai tangan isterinya yang kini berada di belakang kenderaannya.Agak laju langkah Intan Zinirah meninggalkan suaminya.
“Sayang , abang minta maaf.Abang tahu abang salah.Tolong jangan pergi macam itu saja.Mari abang bawa sayang pusing-pusing naik kereta.” ajak Datuk Hud Razief lembut untuk memujuk isterinya Intan Zinirah itu.Tubuh isterinya dipusingkan menghadap dirinya.Airmata isterinya Intan Zinirah telah merembes laju keluar dari tubir mata.
“Kalau rasa mahu marah-marah Intan , jangan balik rumah lain kali.Sebab Intan perempuan.Intan rasa sedih bila kena marah tanpa sebab.” luah Intan Zinirah sebak dan sayu kepada suaminya Datuk Hud Razief.
“Baiklah , abang minta maaf sebab buat sayang terluka.Mari naik ke kereta.Panas dekat sini.” jelas Datuk Hud Razief sayu dan lembut kepada isterinya Intan Zinirah.Perlahan-lahan tubuh isterinya dipusingkan menghadapnya.Wajahnya mengukir senyuman dan dihadiahkan buat isterinya Intan Zinirah.
“Abang minta maaf ya.” jelas Datuk Hud Razief lembut dan tenang kepada isterinya Intan Zinirah.Tangan isterinya diraih dan dibawa ke kenderaannya semula.Pintu di bahagian bersebelahan pemandu dibuka buat isterinya Intan Zinirah.Selepas isterinya itu selamat masuk ke dalam isi perut kereta.Datuk Hud Razief turut memasuki ke dalam isi perut kereta dan menekan pedal minyak meluncur keluar dari bangunan parkir kondominium tersebut.Intan
Kenderaan Datuk Hud Razief meluncur laju di atas jalan raya dengan cermat.Intan Zinirah hanya menyepi diri sahaja.Tangan Datuk Hud Razief menyentuh lembut perut isterinya.Dia mengusap-usap lembut sehingga membuat Intan Zinirah berasa tidak selesa.Sesekali tangan suaminya Datuk Hud Razief itu ditepis lembut.Tetapi suaminya Datuk Hud Razief tetap berdegil dan terus mengusap perut isterinya Intan Zinirah.
“Tangan abang itu memang tidak boleh duduk diam ya ?.” soal Intan Zinirah geram dengan kelakuan suaminya Datuk Hud Razief itu.
“Bagilah abang peluang sayang , abang hendak rasa perut sayang.Ini semua kenangan untuk kita.” jelas Datuk Hud Razief lembut kepada isterinya Intan Zinirah.
“Di rumah tidak pula abang mahu bermanja ? Di dalam kereta pula gatal tangan itu tidak tahu duduk diam.Gatal merayap dekat perut Intan.” kutuk Intan Zinirah selamba kepada suaminya Datuk Hud Razief.
“Sudah abang rasa mahu mengatal sekarang ? Hendak buat macam mana ? Sayang redha sajalah.” ujar Datuk Hud Razief selamba dan bersahaja kepada isterinya Intan Zinirah.Tangannya kini mengusap di bahagian bawah perut isterinya Intan Zinirah pula.Segera tangan Intan Zinirah menahan tangan kekar suaminya Datuk Hud Razief daripada meneruskan niatnya itu.
“Bagilah abang peluang untuk manja-manja dengan sayang.” pinta Datuk Hud Razief manja dan lembut kepada isterinya Intan Zinirah.Jelingan maut diberi kepada suaminya Datuk Hud Razief.Tertawa besar Datuk Hud Razief dengan gelagat isterinya Intan Zinirah itu.Akhirnya kereta Datuk Hud Razief selamat memarkir kenderaannya di perkarangan rumah Tengku Marina.
“Kenapa abang bawa Intan pergi rumah Tengku Marina ?.” soal Intan Zinirah pelik kepada suaminya Datuk Hud Razief.
“Sebab abang tidak tahu mahu bawa sayang ke mana ? Jadi sekurang-kurangnya kita masih mempunyai tempat yang dapat menghiburkan hati kita yang lara.” jelas Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah.Jelingan tajam diajukan kepada suaminya Datuk Hud Razief.
“Abang tengok sayang bermasam muka saja dengan abang sejak tadi.Kenapa ? Teruk sangat ke abang menyakat sayang ?.” soal Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah yang agak mempunyai perubahan ketara terhadap dirinya.
“Intan semenjak kebelakangan ini , Intan seperti merasakan sesuatu.Abang ada sembunyikan apa-apa daripada Intan ke ?.” soal Intan Zinirah sayu kepada suaminya Datuk Hud Razief.Terkedu Datuk Hud Razief apabila disoal begitu oleh isterinya Intan Zinirah.Tidak dia menyangka yang isterimya itu sedar akan perubahan sikapnya semenjak kebelakangan ini.Dia tidak dapat mengawal emosi atau riak wajah setiap kali dia mempunyai masalah.Lalu , perkara tersebut dapat dilihat jelas dan dihidu oleh isterinya Intan Zinirah.
“Mana ada abang ada masalah sayang , abang selalu ada dengan sayang.Pejabat pun abang tidak pergi.Lagipun , sayang juga sering berpesan kepada abang , jika mempunyai masalah berkongsi dengan sayang.Jadi abang tidak ada masalah sebab abang tiada perkara dan masalah mahu berkongsi dengan isteri abang.” jelas Datuk Hud Razief lembut kepada isterinya Intan Zinirah.Renungan mata diberi kepada suaminya Datuk Hud Razief oleh Intan Zinirah.Menelan liur kesat Datuk Hud Razief dibuatnya.
“Firasat seorang isteri tidak pernah silap.” ucap Intan Zinirah dengan tenang dan bermakna.Datuk Hud Razief terkedu dengan isterinya itu.
“Buka kunci ini , Intan mahu keluar.” jelas Intan Zinirah kepada suaminya.Datuk Hud Razief hanya tersenyum nipis kepada isterinya Intan Zinirah.Pintu cuba dibuka Intan Zinirah tetap tidak boleh.
“Tidak boleh abang.” rungut Intan Zinirah manja.Dengan senyuman , Datuk Hud Razief mendekati sedikit isterinya untuk membuka pintu kereta itu dari arah dalam.Tetapi akhirnya , kucupan pula yang mendarat di pipi mulus Intan Zinirah.Terkedu isterinya itu apabila mendapat kucupan daripada suaminya.
Happy Reading Baby Readers ! sorry FY lambat update sebab tak mahu rushing2 , tapi FY tetap menulis untuk korang semua..tq sebab menunggu..huhu..muahhh.. Novelplus : Fatimah Yusof Instagram : fatimahyusof_np
Share this novel