Suasana di kediaman Tengku Orked Mariam dan Hazim Iqbal tenang dan sepi.Intan Zinirah sudah hampir dua minggu menetap di rumah kakak iparnya Tengku Orked Mariam dan suami iaitu birasnya Hazim Iqbal.Kemelut rumahtangganya bersama suaminya Datuk Hud Razief masih belum selesai , hatinya setiap hari disapa rindu terhadap suaminya Datuk Hud Razief.Rasa bersalah menghurung jiwanya setiap saat.Airmatanya juga tidak kering mengalir mengenangkan situasi mereka yang semakin tegang ini.Suasana bagai tiada jalan penyelesaian buat mereka lagi.Kerana cinta yang terlalu mendalam tiada lagi maaf buatnya di atas kesalahan yang dilakukannya.Intan Zinirah menghirup air panas yang dibancuh oleh kakak iparnya Tengku Orked Mariam buat dirinya sebentar tadi.Tiba-tiba , pintu kamarnya itu diketuk seseorang dari arah luar kamar.Intan Zinirah menoleh ke arah pintu tersebut.
“Masuk !.” arah Intan Zinirah lembut kepada gerangan yang mengetuk pintu tersebut.
“Intan.” panggil Tengku Orked Mariam sebaik dia menerima arahan daripada adik iparnya Intan Zinirah untuk memasuki kamar tersebut.Wajahnya kelihatan tenang dan sedikit ceria.
“Oh , Tengku.Kenapa Tengku ? Ada apa-apa ke Tengku hendak bicara dengan Intan ?.” soal Intan Zinirah lembut dan mesra bersama kakak iparnya Tengku Orked Mariam.Wanita itu tersenyum kepada Intan Zinirah.
“Sebentar tadi , saya sudah dapat buat panggilan bersama Datuk , dia sudah setuju untuk datang ke sini dan berbincang dengan awak.Saya juga akan turut menasihati dan membantu awak Intan.” jelas Tengku Orked Mariam tenang dan lembut kepada adik iparnya Intan Zinirah.Tersentap Intan Zinirah mendengar nama suaminya Datuk Hud Razief diseru oleh kakak iparnya Tengku Orked Mariam secara tiba-tiba.Hampir dua minggu dia tidak berhubung lansung dengan lelaki itu , pada hari ini dia akan hadir untuk membuat perbincangan dan perdamaian bersama Intan Zinirah.Dadanya berdegup kencang menahan rasa yang berdebar.
“Intan , Intan okay ke tidak ini ? Intan takut ya ?.” soal Tengku Orked Mariam menduga adik iparnya Intan Zinirah itu.Wajah Intan Zinirah berubah cuak dan sayu.Airmatanya mengalir deras.
“Tengku , adakah Datuk akan menerima Intan lagi ? Dosa Intan terhadap dia sangat banyak.Intan sendiri sudah malu untuk berhadapan dengan dia.” luah Intan Zinirah kepada kakak iparnya Tengku Orked Mariam tentang apa yang dia rasa sekarang ini di dalam hatinya.Keluhan kecil.terbit di bibir Intan Zinirah.
“Intan rasa sekarang ini diri Intan memang jahat dan keji ke ?.” soal Tengku Orked Mariam tenang dan lembut kepada adik iparnya Intan Zinirah itu.
“Ya Tengku.Intan rasa Intan jahat sangat sebab buat suami Intan begitu.Isteri jenis apa Intan ini ?.” soalnya menyalahkan diri sendiri di hadapan kakak iparnya Tengku Orked Mariam.Airmatanya mula mengalir sekali lagi dan tangisan didengari memenuhi ruang kamar.
“Datuk itu baik sangat ke ?.” soal Tengku Orked Mariam selamba dan tegas.Tetapi wajahnya kelihatan tersenyum nipis.Terdiam Intan Zinirah apabila kakak iparnya Tengku Orked Mariam menyatakan perkara yang dia tidak menyangka.Terhenti esakan kecil darinya.
“Tetapi , buruk baik dia , dia dia tetap suami Intan.” jelas Intan Zinirah sayu dan lemah mempertahankan maruah suaminya Datuk Hud Razief.
“Kalau begitu , Datuk juga perlu adil untuk menerima segala buruk baik Intan , bukan Intan sahaja ada kekurangan.Malah , dia juga ada kekurangan.Jangan pandang rendah pada pasangan kerana di atas kesilapan mereka , kerana silap itu hadir dari kesalahan yang kita sendiri lakukan.Jangan pernah rasa diri Intan tidak berguna , Jika Intan tidak berguna , Datuk juga tidak berguna kerana dia hanya mahu kesempurnaan yang berlaku.Allah sudah bagi dia rasa kemanisan rumahtangga , dia orang paling bahagia dan gembira.Tetapi apabila hari ini allah beri dia kepahitan di dalam rumahtangga , dia tidak mampu menerima.Kenapa begitu ? Kita ini hanya hidup di dunia yang fana , bukan akhirat yang kekal abadi.” jelas Tengku Orked Mariam lembut dan tenang kepada adik iparnya Intan Zinirah.Tubuh Tengku Orked Mariam dipeluk erat oleh Intan Zinirah.Tangisannya pecah di bahu kakak iparnya itu.Dia terasa diberi kekuatan semula untuk menghadapi dugaan seterusnya.
“Intan adalah kesayangan keluarga kami.Intan adalah permata dan kebahagiaan yang allah hantar untuk kami sekeluarga.Mana boleh kami biarkan Intan terkontang kanting menghadapi perkara ini seorang diri.Kami tetap akan ada walau apa jua keadaan.Keluarga kami kembali bersatu selepas kehadiran Intan di dalam hidup Datuk , Intan jangan pernah rasa kehilangan , malah Intan masih ada kami semua di dalam hidup Intan.” ucap Tengku Orked Mariam lembut dan sayu kepada adik iparnya Intan Zinirah.
“Tengku , macam mana kalau Datuk tidak mahu menerima Intan lagi di dalam hidup dia ? Intan tidak mampu menerima apa-apa kemungkinan yang bakal terjadi.Intan tidak kuat.” jelas Intan Zinirah sebak dan sayu di dalam pelukan bersama kakak iparnya Tengku Orked Mariam.
“Jika dia banyak cakap tentang Intan , aku pecahkan saja muka dia.” jelas Tengku Hud Khuzairi yang tiba-tiba menyampuk perbualan kakaknya Tengku Orked Mariam dan kakak iparnya Intan Zinirah.Terletus tawa kecil Intan Zinirah dengan pengakuan selamba adik iparnya itu.
“Ganasnya you Khuzairi ? You tidak takut jika you di ambil tindakan sebab you pukul Datuk ?.” soal Tengku Orked Mariam mengusik adik lelakinya Tengku Hud Khuzairi itu.Senyuman sumbing terukir di wajah Tengku Hud Khuzairi.
“Suruh dia betulkan diri dia dahulu baru dia ambil tindakan dengan aku.” jelas Tengku Hud Khuzairi sinis kepada kakaknya Tengku Orked Mariam dan kakak iparnya Intan Zinirah.
“Berani sangatlah hendak pukul abang you sendiri ?.” soal Tengku Orked Mariam lagi.Dia sengaja mahu mengusik adik lelakinya Tengku Hud Khuzairi itu.Sekali lagi , tawa sinis dan senyuman sumbing terukir.
“Kita lihat berani atau tidak jika dia buat apa-apa pada Intan.Abang aku itu bukan betul sangat pun.Dia sentuh Intan dengan kasar , memang lebam biji mata dia.” ujar Tengku Hud Khuzairi kepada kakaknya Tengku Orked Mariam dan kakak iparnya Intan Zinirah.
“Nampak Intan ? Betapa sayangnya kami kepada Intan tiada belah bahagi.Walaupun Datuk adik beradik kami.Tetapi jika kesalahan berlaku , kami akan tetap pertahankan di pihak yang benar.” jelas Tengku Orked Mariam sayu dan lembut kepada adik iparnya Intan Zinirah.
“Terima kasih Tengku , dari awal perkahwinan sehingga sekarang , Tengku tetap ada untuk kami.Kami sudah banyak menyusahkan Tengku.Jasa Tengku , hanya allah sahaja yang mampu membalasnya.” jelas Intan Zinirah sayu dan sebak kepada kakak iparnya Tengku Orked Mariam.
“Intan jangan bersedih lagi , ramai yang ada bersama Intan sekarang ini.Intan harus kuat demi anak.” ucap Tengku Orked Mariam sayu dan lembut kepada adik iparnya Intan Zinirah.
“…dan juga Datuk.” sambung Intan Zinirah lagi.Sungguh dia tidak dapat melupakan suaminya itu.Tetapi , di dalam keadaan yang tegang sekarang ini.Dia sendiri harus berdiri di atas kaki sendiri.
Suasana di kediaman Tengku Orked Mariam dan Hazim Iqbal senyap dan sunyi.Tiada sebarang suara yang berbunyi.Intan Zinirah dan Datuk Hud Razief duduk saling bertentangan.Wajah dialihkan pandangan ke tempat lain.Manakala , Tengku Orked Mariam dan Hazim Iqbal hanya menyaksikan pasangan suami isteri itu yang hanya menyepi daripada tadi.Mereka langsung tidak bertentang mata dan berbual antara satu sama lain.Datuk Hud Razief hanya diam membisu tanpa memulakan bicara untuk perdamaian antara dia dan isterinya Intan Zinirah.
“Datuk , ke mana awak pergi setelah hampir dua minggu ? Saya buat panggilan pun tidak berjawab.Kenapa menyepi sahaja ? Sudah lupa terhadap tanggungjawab ?.” soal Tengku Orked Mariam agak tegas kepada adik lelakinya Datuk Hud Razief yang hanya diam membisu daripada tadi.
“Saya terpaksa tutup telefon untuk mencari ketenangan dan penawar !.” jelas Datuk Hud Razief mendatar kepada kakaknya Tengku Orked Mariam.Manakala , Intan Zinirah hanya mendiamkan diri dan mengunci mulutnya daripada melakukan sebarang pertanyaan.
“Sudah sembuh ke ?.” soal Tengku Orked Mariam dingin dan tegas kepada adik lelakinya Datuk Hud Razief.
“Sudah.” balas Datuk Hud Razief mendatar dan tegang nadanya kerana disoal begitu oleh kakaknya Tengku Orked Mariam.
“Tenang ke ?.” soal Tengku Orked Mariam dingin dan agak tegas dengan adik lelakinya Datuk Hud Razief itu.Terdiam lelaki itu apabila diajukan soalan begitu.Dia sedar akan kesilapannya sebagai seorang suami.Tetapi , hatinya masih belum dirawat sepenuhnya dengan apa yang telah berlaku di dalam hubungannya bersama isteri Intan Zinirah.
“Kalau tenang alhamdulillah , tetapi kalau sebaliknya awak perlu cari sendiri jawapannya kenapa ?.” jelas Tengku Orked Mariam sinis kepada adik lelakinya Datuk Hud Razief.
“Datuk Hud Razief , mulai hari ini tiada batas lagi antara kita.” jelas Tengku Orked Mariam tegas.Terkejut suaminya Hazim Iqbal dan adik iparnya Intan Zinirah mendengar penyataan rasminya itu.
“Hud , saya hendak bercakap dengan awak.Tolong tunggu saya di beranda sekarang.” jelas Tengku Orked Mariam tegas kepada adik lelakinya Datuk Hud Razief.
“You panggil I kata hendak berbincang.Tetapi jika hanya kita berdua sahaja hendak membicarakan perkara ini , buat apa ada dia sekali ?.” soal Datuk Hud kasar kepada kakaknya Tengku Orked Mariam yang memaksudkan gerangan tersebut adalah isterinya Intan Zinirah.Bergenang airmata Intan Zinirah saat mendengar penyataan suaminya Datuk Hud Razief itu.Sekalipun namanya tidak diseru.
“Dia itu ada nama Hud , nama dia Intan Zinirah.Nama yang pernah awak seru suatu ketika dahulu Hud Razief.Setiap masa , setiap waktu dan setiap saat !.” jerit Tengku Orked Mariam marah kepada adik lelakinya Datuk Hud Razief itu.
“Awak simpan ego itu , boleh bawa masuk ke dalam liang lahad ke Hud Razief ?.” soal Tengku Orked Mariam kasar dan geram kepada adik lelakinya Datuk Hud Razief.
“Penyelesaian akan berlaku hari ini juga.Saya tidak kira Hud , sabar saya juga ada tahapnya.Jika isteri awak sendiri beri awak peluang dan awak tidak pergunakan dengan baik.Saya juga sudah penat dan tamat beri awak peluang kerana sudah penat juga.Peluang saya dipersiakan begitu sahaja.” jelas Tengku Orked Mariam.Bergetar suaranya kerana menahan rasa dan sebak sekali gus.
Selepas Hazim Iqbal menleraikan suasana tegang di antara isterinya Tengku Orked Mariam dan adik iparnya Datuk Hud Razief , mereka berdua membuat keputusan untuk berbincang di beranda rumah tanpa ada gangguan sesiapa serta bersaksikan Intan Zinirah.
“Hud , awak masih ada hati terhadap Intan lagi ke ?.” soal Tengku Orked Mariam mendatar kerana ingin kepastian daripada adik lelakinya Datuk Hud Razief itu tentang isi hatinya terhadap Intan Zinirah.
“Kalau I kata tidak ?.” soal Datuk Hud Razief selamba dan berlagak.Gugur airmata Intan Zinirah saat mendengar pengakuan suaminya itu.Hatinya hancur.
“Awak sudah lupakan apa yang dia buat selama ini ? Apa yang dia lakukan demi awak ?.” soal Tengku Orked Mariam seolah tidak percaya dengan penyataan adik lelakinya Datuk Hud Razief itu.
“Abang… .” panggil Intan Zinirah manja dan mendayu di dalam tangisannya yang tiba-tiba pecah.Tubuh suaminya Datuk Hud Razief yang sasa di peluk erat.Terkedu Datuk Hud Razief saat menerima pelukan daripada isterinya Intan Zinirah secara tiba-tiba itu.Tengku Orked Mariam yang melihat adegan itu turut merasa sebak dan mengalirkan airmata.Sungguh utuh rasa cinta Intan Zinirah terhadap suaminya Datuk Hud Razief.
“Abang , Intan tahu Intan buat silap besar dengan abang.Tetapi tiada sedikit pun niat Intan untuk mengkhianati abang.Intan sayangkan abang.Jangan bunuh rasa cinta abang terhadap Intan abang.Tolonglah.Intan janji , Intan akan jadi isteri abang yang baik selepas ini.” ucap Intan Zinirah di dalam tangisan yang pecah itu.Pelukannya semakin erat.Inilah tubuh yang ada sewaktu dia bersedih.Inilah tubuh yang akan memeluknya untuk memberi kekuatan jika dia mengalami tekanan.Tetapi pada hari ini , tubuh ini tidak lagi mahu menjadi pendinding buatnya.Hancur dan remuk hatinya.Sukar untuk melepaskan.Tetapi , apakan dayanya sebagai seorang isteri dan wanita ?.
“Hud , awak sudah fikir masak-masak ke ? Jangan ego Hud.Ia tidak akan membantu awak sama sekali.Penyesalan akan berlaku jua nanti.” jelas Tengku Orked Mariam sayu dan lemah terhadap adik lelakinya Datuk Hud Razief itu.Dia juga buntu untuk membantu mereka berdua.
“I perlukan masa lagi untuk menerima perkara yang lalu.Jika inginkan keputusan , berikan I masa selama mana yang I perlukan.Tetapi , you perlu pastikan yang tidak bertemu dengan wajah dia di mana-mana Tengku.” jelas Datuk Hud Razief mendatar tanpa ada perasaan ketika dia membicarakan perkara tersebut.Tangan isterinya , ditolak ke tepi dan menjauhkan dirinya sedikit supaya pelukannya itu terlepas.
“Jangan paksa saya Intan , saya juga buat salah terhadap awak.Saya sedar.Tetapi dengan apa yang awak buat tanpa berfikir , benar mengecewakan saya sebagai seorang lelaki dan suami.Bagi saya ruang dan masa lagi.Apa yang saya ada sekarang ini , tidak cukup buat saya.Saya janji , saya akan berjumpa dengan awak sebelum awak bersalin.Kita hanya tinggal 2 bulan lebih sahaja lagi.Jagalah diri awak baik-baik.Segala keperluan akan saya beri nanti.Duit juga saya akan saya sediakan.Saya bukanlah lelaki yang tidak bertanggungjawab seperti yang awak fikir.Tetapi saya tidak mahu memaksa diri.Saya akan berpindah buat sementara waktu.Pulanglah ke rumah dan menetap di sana.Ia memberi keselesaan kepada awak.” ucap Datuk Hud Razief sayu.Mengalir deras airmata Intan Zinirah saat mendengar penerangan suaminya itu.
Hampir 3 jam perjalanan , akhirnya dia selamat tiba di kediamannya bersama suaminya Datuk Hud Razief.Kondominium yang telah dia tinggalkan hampir 2 minggu itu telah menjadi tempat tinggalnya semula.Datuk Hud Razief hanya berdiam diri.Manakala , Intan Zinirah tidak serik memandang wajah suaminya dari ekor mata.Mereka mula menaiki lif untuk ke tingkat atas menuju ke kediaman mereka.Setibanya , mereka di hadapan pintu rumah.Datuk Hud Razief terus membuka kunci dan memberi laluan kepada isterinya Intan Zinirah memasuki ke dalam kediaman terlebih dahulu.Bag bagasi diletakkan di dinding tepi dan kunci diletakkan ke dalam balang besar yang terletak di atas rak buku yang berada di ruang tamu.Datuk Hud Razief melabuhkan punggung di sofa yang tersedia di ruang tamu tersebut.
“Abang temankan Intan malam ini boleh ?.” pinta Intan Zinirah lembut dan manja kepada suaminya Datuk Hud Razief.Perhatian cuba diraih daripada suaminya itu.
“Tidak , saya hendak balik ke rumah saya.Awak rehatlah dahulu.” jelas Datuk Hud Razief mendatar dan tidak melihat lansung wajah sayu isterinya itu.
“Abang , kenapa susah sangat abang hendak maafkan Intan.Saat Intan sedang sarat.Intan amat perlukan perhatian abang.Intan rindu abang.Bila dapat jumpa abang hari ini , allah sahaja yang tahu betapa gembiranya hati Intan ini.Tetapi , begini layanan daripada abang yang Intan dapat.” jelas Intan Zinirah sayu dan lemah kepada suaminya Datuk Hud Razief.
“Jangan memaksa saya Intan , saya tidak dapat menerima apa-apa yang awak telah buat untuk saya sekarang ini.Hati saya masih sakit.Jika awak rasa sakit dipermainkan , say juga turut rasa perkara yang sama kerana kita adalah manusia.” jelas Datuk Hud Razief dengan nada yang agak dingin kerana dia rasa dipaksa oleh isterinya Intan Zinirah.Laju airmata Intan Zinirah mengalir.
“Jangan biarkan perkahwinan ini ibarat gantung tidak bertali.Jika tidak mahu saya lagi , lepaskan saya.Kerana agak seksa dan sakit saya menanggungnya.Abang , ingatlah anak kita yang bakal lahir ini.Berdoa pada allah yang supaya hubungan rumahtangga kita ini diperlihara olehnya Intan tidak kuat hendak hidup seorang diri tanpa abang di sisi.” ucap Intan Zinirah sayu kepada suaminya Datuk Hud Razief.
“Saya akan cuba untuk selamatkan hubungan kita ini.Sekarang ini hati saya masih belum mampu menerima segala kesakitan yang telah awak beri.” ucap Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah.Berkerut dahi isterinya Intan Zinirah mendengar luahan suaminya Datuk Hud Razief itu.
“Apa maksud abang ?.” soal Intan Zinirah yang meminta penjelasan.
“Kesakitan yang awak beri itu ibarat selumbar Zinirah.Walaupun bukan awak yang melakukan sihir terhadap saya , saat awak menerima barang itu cukup sudah buat hati saya hancur.Sakit dia mendalam ibarat selumbar kecil yang menusuk di jari.Kita tidak dapat melihat.Tetapi apabila sedar tentang kenyataan sebenar.Sakitnya terasa seluruh tubuh.Sakit dan bersulamkan kasih awak Zinirah.Amat sakit.” ucap Datuk Hud Razief sayu dan sebak.Airmatanya gugur.
“Jika selumbar itu sudah keluar dari isinya sekalipun , parut dan luka tetap memberi kesan yang mendalam buat saya.” ucap Datuk Hud Razief lagi kepada isterinya Intan Zinirah.
“Saya tidak sangka , kasih yang saya beri kepada awak selama ini dibalas dengan selumbar rupanya.” ucap Datuk Hud Razief sayu kepada isterinya Intan Zinirah itu.
Happy Reading Baby Readers !
Share this novel