Hari-harinya sering malap tanpa cahaya.Hidup terkontang kanting tiada arah tuju.Mencari pendapatan dengan apa yang ada.Tidak ada sesiapa yang sanggup menjaganya walaupun masih memiliki ahli keluarga yang cukup besar.Mempunyai kekurangan yang tidak mampu semua lelaki menerima.Airmatanya yang menjadi teman lena setiap malam.Tidak pernah berhenti mengalir walaupun sesaat.Siapa yang mahu bantu ubah hidup gadis ini ?.Intan Zinirah nama yang cukup indah dan tenang jika disebut.Tetapi gelapnya kehidupan gadis ini tiada siapa yang tahu.Hidup yang tiada arah tuju hanya ditemani nasib setiap kali melangkah mencari rezeki.Pada hari ini , sekali lagi Intan Zinirah dibuang kerja buat kali yang ke 10.Ada sahaja mulut jahat yang mahu menghasut majikan di setiap tempat dia bekerja.Seorang wanita yang cekal dan pendiam.Dia sering redha dengan apa yang berlaku pada hidupnya.Dia tidak berputus asa untuk mencari rezeki demi sesuap nasi.Mungkin orang sekeliling akan fikir yang dia lebih mudah kerana hidup sebatang kara , tetapi betapa sukarnya untuk mencari sesuap nasi hanya allah sahaja yang tahu.Intan Zinirah dibantu rakan-rakan serumahnya untuk mengemas segala barang keperluan kerana dia akan beredar dari rumah tumpangan yang disediakan majikannya hari ini.
“Zi , kau ada tempat tinggal ke selepas kau keluar dari rumah ini ?.” soal Hana sebak.Walaupun baru sebulan tempoh perkenalan mereka.Tetapi dia amat rapat dengan Intan Zinirah bagai mereka sudah lama kenal.Begitu juga dengan Hanis yang sentiasa membantu Intan Zinirah daripada terkena fitnah mulut jahat manusia yang berada di tempat kerja mereka.
“Takpalah Hana , aku terima saja apa yang telah ditakdirkan untuk aku...lagipun hidup macam ini , dah lali buat aku...tiada apa yang perlu aku terasa atau bersedih.Rezeki allah itu luas.Pasti ada rezeki baru untuk aku selepas aku keluar dari sini.” ucap Intan Zinirah tenang dalam menyulam senyuman.Hana dan Hanis terus menerkam tubuh Zinirah dan memeluk gadis itu.Tangisan mereka pecah.Selepas Intan Zinirah keluar dari rumah ini , mereka tidak tahu apa yang bakal jadi pada mereka.Walaupun hidup gadis itu kelam tetapi dia sentiasa membuat keadaan menjadi ceria walaupun mereka berdua di dalam keadaan yang penat.
“Kau dekat luar sana jaga diri ya Zi , kami dah tiada dengan kau.Harap ada orang yang sudi bantu kau selepas ini.Kalau boleh biarlah jodoh terus.” ucap Hanis nakal.Kemudian dia menayangkan sebaris gigi yang putih bersih kepada Intan Zinirah.
“Pandailah kau nak cakap tentang jodoh , kau dengan Hana bila nak kahwin ?.” soal Intan Zinirah mengenakan mereka berdua kembali.
“Ohh , kami tunggu pinangan putera kayangan.” jawab Hana selamba.Intan Zinirah tertawa besar mendengar penyataan selamba Hana itu.Suasana yang sepi tadi sudah bertukar riang ceria apabila gelak tawa Intan Zinirah pecah.Selepas selesai mengemas segala barang , Intan Zinirah ditemani rakan-rakannya hingga ke laman rumah untuk pergi dari kawasan itu buat selamanya.Sepanjang mereka bertiga menuju ke halaman rumah.Pimpinan tangan tidak dilepaskan walaupun sesaat.Sesampai sahaja mereka di halaman rumah.Hana dan Hanis sudah mengalirkan airmata terlebih dahulu.Intan tersenyum manis kepada mereka berdua.
“Janganlah menangis Hana , Hanis.Nanti kalau ada rezeki kita boleh berjumpa lagi.Aku sayang korang berdua.Aku janji aku tidak akan putuskan tali persahabatan antara kita.Cuma aku perlu cari kehidupan yang baharu.” jelas Intan Zinirah tenang.
“Kau jagalah diri kau baik-baik.Kalau ada yang nak menggatal , kau karate saja lelaki tu.” ujar Hana bergurau walaupun dalam linangan airmata.Intan Zinirah tertawa kecil.
“Insyaallah , aku akan jaga diri aku.Korang pun kerja baik-baik.Nanti gaji boleh belanja aku.” gurau Intan.Hana dan Hanis pula yang memecah tawa.Mereka mendekati Intan Zinirah lalu dipeluk tubuh sederhana besar itu.Tidak lama kemudian , kenderaan awam yang ditempah oleh Hana buat Intan Zinirah juga telah tiba.Mereka melepaskan pelukan bersama gadis itu.Bag bagasi diletakkan ke dalam bonet belakang kereta.Setelah Intan Zinirah selamat berada di dalam isi perut kereta.Lambaian tangan dihalakan ke arah gadis itu oleh Hana dan Hanis diiringi linangan airmata.
Pagi yang indah di kediaman mewah milik Datuk Hud Razief , gempar dengan amukkan lelaki kegilaan ramai wanita itu.Seluruh yang bertugas di dalam rumahnya sudah tercegat di ruang tamu menanti kehadirannya.Penghuni di dalam kediaman itu tidak begitu ramai , setiap bahagian di dalam rumah itu ditugaskan hanya seorang pegawai sahaja.Mereka adalah pegawai khas yang dilantik oleh Datuk Hud Razief untuk menjalankan tugas masing-masing di kediaman itu.Ia juga mempunyai seorang pembantu peribadi wanita iaitu Tengku Orked Mariam.Namanya cukup indah dan dia jugalah yang menenangkan Datuk Hud Razief apabila setiap kali lelaki itu tidak dapat mengawal emosi.Dialah wanita yang hadir untuk menenangkan lelaki yang bersikap baran itu.Dia juga sekali gus merangkap kakak kepada Datuk Hud Razief.Nama gelaran adalah Orked yang telah dipanggil oleh seluruh ahli keluarga Datuk Hud Razief.Tetapi nama sebenarnya adalah Tengku Orked Mariam.Semua pegawai khas berdiri kaku menanti kedatangan Tengku Orked Mariam.Tidak lama kemudian , kelibat wanita itu sudah kelihatan dari jauh menuju ke arah semua pegawai khas Datuk Hud Razief.
“Kenapa Datuk mengamuk ?.” soal Tengku Orked Mariam lembut dan tetap ada nada tegas kedengaran.Semuanya senyap dan tertunduk.Akhirnya salah seorang daripada mereka bersuara jua.
“Kak Jah hantar makan pada Datuk.Tiba-tiba dia tepis semua makanan yang berada dalam dulang yang Kak Jah pegang itu sampai jatuh.Kak Jah sendiri tak tahu apa puncanya ?.” jelas Kak Jah.Satu-satunya pembantu rumah khas yang dilantik Datuk Hud Razief.Keluhan kecil dilepaskan Tengku Orked Mariam.Dia memandang ke seluruh mereka yang sedang berdiri di dalam keadaan menekur lantai.
“Datuk ada cederakan sesiapa ke ?.” soal Tengku Orked Mariam ada nada risau kedengaran.
“Tiada Tengku , Cuma dia asyik menjerit dalam kemarahan saja.Kami sendiri tidak tahu apa puncanya.” jelas pegawai yang sering mengiringi Datuk Hud Razief ke mana jua lelaki itu pergi.
“Hmm , takpalah awak semua boleh kembali sambung bertugas.Makesure awak tidak bertemu dengan Datuk untuk beberapa hari ini , biar dia tenang dahulu.” jelasTengku Orked Mariam tenang.
“Baik Tengku.” serentak jawapan dibalas oleh semua pegawai itu.Mereka semua bersurai meninggalkan ruang tamu.Tengku Orked Mariam segera mengatur langkah menuju ke kamar tidur milik Datuk Hud Razief untuk mendapatkan lelaki itu.Anak tangga didaki satu persatu sehingga menuju ke tingkat atas.Setibanya dia di tingkat atas.Terus dia berpusing ke arah kanan untuk menuju ke kamar tidur Datuk Hud Razief untuk bertemu dengan lelaki itu.Pintu diketuk Tengku Orked Mariam.
“Assalammualaikum Datuk , ini saya Orked.” jelas Tengku Orked Mariam kepada lelaki itu.Dia ingin mendengar arahan lelaki itu sama ada membenarkan dia masuk ke dalam kamar atau tidak.Telinga dilekapkan pada daun pintu.Tetapi tetap tiada sahutan dari Datuk Hud Razief.Dia terus memulaskan tombol pintu tanpa menerima arahan lagi.Wajah dijulurkan sedikit untuk mencari kelibat adiknya lelakinya itu.Kamar yang luas ruangnya itu dimasuk perlahan.Pintu ditutup kembali.Wajah kemarahan Datuk Hud Razief kini jelas kelihatan.Lelaki itu diam tidak berkata di atas katil.Wajahnya yang kemerahan akibat menahan marah daripada suatu perkara menekur tilam yang bersaiz ‘king’ itu.Bagai hendak tembus tilam itu ditenung Datuk Hud Razief.
“Haa , tenunglah tilam tu sampai tembus Datuk.” sindir Tengku Orked Mariam selamba.Terhenti lamunan Datuk Hud Razief.Dia mengangkat wajahnya yang berkerut dan memandang Tengku Orked Mariam dengan pandangan yang kosong.
“Bila you masuk bilik I Tengku ?.” soal Datuk Hud dalam keadaan terpinga-pinga.Tengku Orked Mariam menepuk dahinya lembut.Riak wajah menyampah ditayangkan kepada Datuk Hud Razief.
“Dah 2 minit saya ada dalam bilik ini.” jelas Tengku Orked Mariam secara tegas.Tetapi nadanya dilembutkan.Datuk Hud Razief turun daripada katil.Dia mengatur langkah dan menuju ke arah Tengku Orked Mariam yang sedang duduk di sofa yang tersedia di satu sudut di dalam kamar itu.
“I rasa nak marah Tengku.Perasaan I bercelaru.Tak tentu pasal semua pegawai kena hamun dengan I.” jelas Datuk Hud Razief.Tengku Orked Mariam tersenyum melihat lelaki itu.Tangan Datuk Hud Razief diraih dan ditarik lembut supaya duduk berdekatan dengannya.
“Apa yang ganggu Datuk sampai macam ni sekali ?.” soal Tengku Orked Mariam tenang bersulamkan senyuman.Datuk Hud Razief melepaskan keluhan kecil.
“I mimpi lagi perkara tu , kenapa benda tu masih ganggu I ? I dah tinggalkan semua tu.” jelas Datuk Hud Razief kepada kakaknya.
“Datuk , tiada siapa yang sempurna di atas muka bumi ni.Walaupun Datuk dah tinggalkam lama perkara kotor semua tu.Ia adalah satu kenangan pahit yang tidak dapat hilang daripada akal fikiran kita.Ia akan sering menganggu kita.Apatah lagi ia satu kelakuan yang sangat kejam.” jelas Tengku Orked Mariam tenang.Datuk Hud Razief meraup mukanya lembut.Dia sering mengucap tanpa henti.
“Datuk ada usaha untuk mencari bukti ? Saya rasa tiada , kalau ada pasti saya sudah terpalit sekali mejadi ejen rahsia.Tapi mana tahu Datuk dah pandai buat kerja tanpa ada saya.Selepas ni boleh saya letak jawatan.” sindir Tengku Orked Mariam bersulamkan senyuman manis.
“Jangan macam tu Tengku , I masih perlukan you di atas segala kerja peribadi I.You are the most important thing in my life.” ucap Datuk Hud Razief lembut walaupun riak wajahnya tegang ketika ini.
“Datuk masuk office tak pagi ni ?.” soal Tengku Orked Mariam kepada Datuk Hud Razief.
“Mungkin tidak , I tak fokus harini.” jelas Datuk Hud Razief lemah.Tengku Orked Mariam bangun dan berdiri di hadapan Datuk Hud Razief.Lelaki itu memandangnya pelik.
“So , jom saya bawa Datuk pergi rest.” ajak Tengku Orked Mariam selamba.
“Nak bawa I pergi mana ?.” soal Datuk Hud Razief lembut tetapi ada nada pelik di dalam kata-katanya.
“Kita pergi mencari ketenangan.” jelas Tengku Orked Mariam lembut.Akhirnya dengan rasa dua hati.Datuk Hud Razief bersetuju juga untuk keluar bersama wanita itu.
Intan Zinirah kini berada di sebuah pusat beli belah yang terkenal di kuala Lumpur.Dia meronda di dalam pusat beli belah untuk mencari pendapatan yang baharu.Tetapi kesemua kedai di dalam pusat membeli belah itu sukar untuk menerimanya.Entah mengapa , nasibnya kurang baik pada hari ini.Mungkin ini adalah salah satu ujian allah.Dia mula keluar dari bangunan pusat membeli belah itu.Dia mula merayau di kaki lima untuk mencari kerja pula.Kedai-kedai sejaras dimasuk dan bertanya tentang jawatan kosong.Tetapi jawapan yang sama tetap diterima.Intan Zinirah berhenti di hadapan sebuah kedai menjual bunga-bungaan.Dia berehat seketika.Kakinya terasa lenguh lalu dia duduk di tepi kedai tersebut.Sedang dia duduk berehat seketika.Ada seseorang datang mendekatinya dari arah tepi.Dia menoleh ke arah gerangan itu.
“Awak ada tunggu orang ke dik ?.” soal seorang wanita kepada Intan Zinirah.
“Tidak , saya tumpang duduk sekejap sebab penat berjalan.” jelas Intan Zinirah kepada wanita itu.
“Ohh , ini kedai akak...awak cari kerja ke berjalan jauh macam ni ?.” soal wanita itu kepada Intan Zinirah.
“Aah , akak tahu tak mana-mana yang perlukan pekerja sekarang ni ?.” soal Intan Zinirah dengan penuh pengharapan.
“Alhamdulillah , kedai bunga ni memang perlukan pekerja.Kalau awak sudi marilah bekerja dengan akak.” ajak wanita itu mesra.
“Ya allah , betul ke ni kak ? Boleh saja kak.Saya janji ada kerja dan tempat tinggal.” jelas Intan Zinirah kepada wanita itu.
“Awak tiada tempat tinggal ke ?.” soal wanita itu.
“Tiada kak.Selama ini mana saya kerja , saya mengharapkan tempat tinggal turut disediakan.” jelas Intan Zinirah sayu.
“Macam akak , staff akak semuanya memang dah berkeluarga.Jadi mereka dah ada kediaman sendiri dan kenderaan untuk ulang alik ke tempat kerja.Tetapi akak memang belum berkahwin duduk seorang diri.” jelas wanita itu.Intan Zinirah terdiam.Hatinya mula resah.Dimanakah dia mahu menetap jika dia tidak disediakan tempat tinggal.
“Awak nama siapa dik ?.” soal wanita itu lembut.
“Intan Zinirah kak.” jelas Intan Zinirah kepada wanita itu.
“Nama akak Shahira.Panggil kak Shira saja.” jelas wanita itu yang memperkenalkan dirinya sebagai Shahira.
“Baik kak Shira.” ucap Zinirah lembut.
“Macam inilah , awak tinggal dengan akak sajalah.” jelas Shahira mesra.Terkedu Intan Zinirah dengan pelawaan yang diterimanya itu.
“Betul ke ni akak ? Tidak susahkan akak ke ?.” soal Intan Zinirah ceria dan teruja.Shahira tersenyum melihat gelagat gadis muda itu.
“Tidak Intan , akak lagi gembira kalau Intan sudi tinggal dengan akak.Tiada lagi rasa sunyi dekat rumah akak tu.” jelas Shahira mesra.Intan Zinirah mengucap syukur berulang kali.
“Terima kasih akak sebab sudi tumpangkan saya.” ucap Intan Zinirah gembira.Mereka mula melangkah masuk ke dalam kedai dan berjumpa dengan kakitangan kedai bunga milik Shahira tersebut.Intan Zinirah saling berkenalan dengan kesemua pekerja kedai bunga tersebut.Hatinya sungguh gembira.Hidupnya yang sebentar tadi malap kini sudah bercahaya dengan hadirnya sebuah rezeki pemberian tuhan.
Hampir setengah jam berlalu , pemanduan masih diteruskan Tengku Orked Mariam.Dia ingin membawa Datuk Hud Razief ke sebuah tasik yang agak terkenal di ibu kota ini.Tasik yang tidak ramai pengunjung dan amat menenangkan.Ia amat sesuai dengan keadaan yang dialami Datuk Hud Razief kini.Akhirnya mereka tiba di tempat parkir kenderaan Taman Tasik Titiwangsa.Tengku Orked Mariam memandang ke arah cermin pandang belakang untuk melihat adik lelakinya yang berada di tempat duduk belakang.Dia terseenyum sendirian melihat wajah tegang Datuk Hud Razief.Tengku Orked Mariam mula keluar dari isi perut kereta dan menuju ke arah pintu belakang untuk membuka pintu buat Datuk Hud Razief.
“Datuk , jauh termenung.Kita dah sampai dekat tasik Datuk.” jelas Tengku Orked Mariam lembut bersulamkan senyuman.
“Sorry , I tak perasan kita dah sampai tasik.” jelas Datuk Hud Razief mendatar.Mereka mula mengatur langkah dengan keadaan santai menuju ke arah laluan penjalan kaki yang dibuat khas di taman itu demi kesenangan dan kemudahan para pengunjung.Mereka berjalan beriringan dalam masa yang sama Datuk Hud Razief membuang pandangannya ke arah tasik yang tenang itu.Tengku Orked Mariam pula memberi tumpuan pada perjalanannya bersama Datuk Hud Razief.
“Datuk lebih tenang sekarang ?.” soal Tengku Orked Mariam ingin tahu apa yang berada di dalam fikiran lelaki itu kini.
“Yes Tengku , only you know me.” ucap Datuk Hud Razief tenang.Mereka mula duduk di bangku yang tersedia di taman itu.Bangku itu tepat menghadap tasik.Datuk Hud Razief berpeluk tubuh sambil menghayati pemandangan indah.
“Kalau kita nak lebih tenang , better duduk di atas tikar sajadah Datuk.Confirm kita rasa tak mahu bangun dari tempat tersebut.” jelas Tengku Orked Mariam berkias kepada Datuk Hud Razief.
“Bila fikir balik , kenapa I boleh terjebak dengan semua perkara kotor tu ?.” soal Datuk Hud Razief sayu kedengaran.Dia melepaskan pelukan tubuhnya.Jari jemarinya serimg dimainkan.
“Mana ada manusia yang sempurna dalam dunia ini Datuk.Kita semua akan melakukan kesilapan.” jelas Tengku Orked Mariam tenang dan perlahan.
“You rasa kalau I kahwin okay tak ? I pun nak merasa kebahagiaan rumahtangga.” jelas Datuk Hud Zikrie sepenuh hati.Terkedu Tengku Orked Mariam dibuatnya.Menelan liur kesat Tengku Orked Mariam apabila mendengar luahan Datuk Hud Razief.
“You are confident to get married ?.” soal Tengku Orked Mariam tenang dan lembut.Dia tidak mahu lelaki itu mengasak dirinya untuk berkahwin demi menyelamatkan diri daripada sesuatu perkara kerana itu bukanlah jalan penyelesaiannya.
“You pernah bercinta Tengku ?.” soal Datuk Hud Razief menerjah soalan kepada Tengku Orked Mariam.
“Tidak Datuk.Kenapa Datuk tanya saya macam itu ? Datuk perlukan pengalaman daripada seseorang ke ?.” soal Tengku Orked Mariam lembut dan tenang.Dalam masa yang sama juga ada kedengaran menyindir di dalam ayatnya itu.
“Mana tahu you pernah bercinta , boleh I korek apa yang you rasa sepanjang bercinta.” jelas Datuk Hud Razief.
“Maaf Datuk , saya memang tidak pernah bercinta.Tetapi di dalam islam juga mengajar kita supaya bernikah terlebih dahulu kemudian baru bercinta Datuk.” jelas Tengku Orked Mariam dengan penuh tenang serta selitkan tentang ilmu pengetahuan di dalam agama.
“Tetapi setahu saya juga Datuk , orang bercinta ini memang akan dipanggil mabuk cinta.Sebab masa dia dah jatuh cinta memang dia tidak akan sedar lagi dengan apa yang dia buat sebab dah terlalu mencintai pasangan dia.Better Datuk halalkan seseorang dululah , kalau jatuh cinta atau mabuk cinta pun tiada masalah.” jelas Tengku Orked Mariam selamba.Ada tawa kecil kedengaran di akhir kata-katanya.
“Tapi I tiada calon isteri , macam mana I nak kahwin ?.” soal Datuk Hud Razief agak serius.Tengku Orked Mariam terpana dengan luahan Datuk Hud Razief itu.
“Datuk nak saya carikan calon isteri buat Datuk ? Kemudian Datuk boleh kenal dahulu dengan beliau.” jelas Tengku Orked Mariam tenang.
“Tak , I nak you carikan dan teruskan majlis pernikahan.” jelas Datuk Hud Razief.
“Baik Datuk , saya akan laksanakan tugas saya dengan baik.” ucap Tengku Orked Mariam tenang.
“I gave you a week.” jelas Datuk Hud Razief.Terkedu Tengku Orked Mariam mendengar arahan yang baru diterimanya ini.
“Kenapa terlalu cepat Datuk ? Kalau perlahan-lahan boleh kita buat majlis tunang dahulu.” jelas Tengku Orked Mariam memberi pandangan.
“Siapa kata I nak tunang ? I tak mahu rumitkan keadaan.Nikah sahaja sudah memadai.” jelas Datuk Hud Razief mendatar.
“Baik Datuk.Saya akan carikan pucuk muda untuk Datuk.” sindir Tengku Orked Mariam bersulamkan senyuman.Datuk Hud Razief tersenyum sinis.Sungguh lelaki itu sering membuat kerja gila.
hai baby readers..jemput baca new novel FY...hihi..jangan lupa follow ig FY untuk tengok watak2 hero dan heroin okay..muahhh.. IG : fatimahyusof_np
Share this novel