SKZ (8)

Romance Completed 109187

Pada hari ini , sudah dua hari Intan Zinirah menyertai program orientasi di Universiti yang bakal dia menempat selama 2 tahun.Datuk Hud Razief berniat untuk melawat isterinya di Universiti dimana tempat isterinya menyambung pelajaran.Datuk Hud Razief sudah terjaga dari lenanya.Tubuhnya mengeliat kecil.Tangannya meraba di atas kain cadar yang menempatkan isterinya disebelah.Ruang kosong itu diraba dan disembamkan wajahnya di atas katil tersebut.

“Sayang , abang rindu.” ucap Datuk Hud Razief dalam jeritan kecil.Dia terus bangun dari pembaringannya dan menuju ke kamar mandi dengan helaian tuala yang dicapai semasa menuju ke kamar mandi.Air pancuran menjadi sasaran Datuk Hud Razief untuk membersihkan diri.Selepas selesai mandi.Langkah diatur menuju ke almari pakaian sebaik dia keluar daripada kamar mandi.Pakaian kemeja dan seluar kain hitam dipadankan oleh Datuk Hud Razief.Rambut di sisir rapi.Jam tangan digayakan dipergelangan tangan.Minyak wangi disembur seluruh badan yang berlapik pakaian itu.Dia berdiri tegak di hadapan cermin dan memperaga di hadapan cermin tersebut kemudian di mengatur langkah menuju ke daun pintu.Langkahnya diaturkan ke tingkat bawah menuruni anak tangga.Wajah Tengku Orked Mariam sudah kelihatan di ruang santapan pagi.Senyuman terukir di bibir Tengku Orked Mariam apabila melihat Datuk Hud Razief sungguh bergaya pada hari ini.Dia juga telah dimaklumkan oleh Datuk Hud Razief bahawa lelaki itu akan melawat Intan Zinirah yang sedang menjalani program orientasi di Universiti.

“Handsome Datuk pagi ini ? Ada temujanji ke ?.” usik Tengku Orked Mariam sengaja.Datuk Hud Razief memandang sepi ke arah Tengku Orked Mariam.

“I nak jumpa buah hati I Tengku.Kenapa , you jealous ke ?.” sindir Datuk Hud Razief selamba.

“Saya sudah penat dengan lelaki , so tidak ada keperluan untuk saya jealous Datuk.” ucap Tengku Orked Mariam hambar.Terdiam Datuk Hud Razief yang mendengar penjelasan Tengku Orked Mariam itu.Tangan lembut milik Tengku Orked Mariam disentuh.Dia menghadiahkan sebuah senyuman nipis kepada wanita itu.Tengku Orked Mariam turut menyambut senyuman itu dengan hambar.

“Lupakan saja Datuk , saya malas hendak memikirkan kisah silam.” jelas Tengku Orked Mariam sayu.Keluhan kecil dilepaskan oleh Datuk Hud Razief.

“I janji dengan you Tengku , I akan beri jaminan untuk mengembalikan kebahagiaan you semula.” ucap Datuk Hud Razief sepenuh hati.

“Datuk dengan Cik Puan macam mana ?.” soal Tengku Orked Mariam mesra.Macaroni dicidukkan dan dihidang ke dalam pinggan yang tersedia buat Datuk Hud Razief.

“I rasa , I betul sudah cintakan dialah Tengku.” luah Datuk Hud Razief lembut dan tenang.

“Saya nampak perkara itu di dalam mata awak Datuk.Cinta itu bukan diminta untuk hadir tetapi mengahdiri tanpa diundang.Ia mempunya dua rasa , sama ada dia hadir dengan rasa yang menenangkan ataupun dia hadir dengan rasa sakit.” jelas Tengku Orked Mariam.Berkerut dahi Datuk Hud Razief.

“Apa maksud you Tengku ? I kurang faham.” jelas Datuk Hud Razief tidak mengerti.Macaroni yang berada di atas sudu disuakan ke mulutnya yang sedia ternganga.

“Maksud saya , cinta biasanya harus dipupuk.Tetapi jika dia sudah ada di dalam hati , dia perlu dipegang teguh supaya tidak hancur Datuk.Apatah lagi untuk Datuk dan Cik Puan.Awak berdua masih perlukan ilmu.Datuk tiada pengalaman dalam percintaan , Intan masih mentah dalam perkara seperti ini.” jelas Tengku Orked Mariam.

“Habis macam mana I nak kukuhkan rasa cinta I pada dia ? I takut Tengku , if one day allah tarik rasa itu dari hati atau hati Intan.” luah Datuk Hud Razief lemah.

“Perbanyakkan ilmu agama dalam diri Datuk.Sentiasa dekatkan diri dengan allah.Dengan cara macam itulah rumahtangga boleh bahagia.Lagipun , Datuk adalah ketua keluarga.Datuk harus menyediakan kelengkapan dari semua sudut.Saya jamin , Cik Puan akan lebih bahagia kalau Datuk tunjuk effort yang begitu.” jelas Tengku Orked Mariam tenang.Datuk Hud Razief tersenyum dan mengenyitkan matanya.

“Thank you Tengku , you ibarat ibu untuk I.Segala pengorbanan you untuk keluarga kita tidak mungkin I lupakan.” ucap Datuk Hud Razief lembut.

“Saya cuma mahu yang terbaik untuk Datuk dan Cik Puan.” jelas Tengku Orked Mariam lembut dan bersulamkan senyuman.

“Semoga balasan syurga buat you Tengku.” ucap Datuk Hud Razief megah.Tengku Orked Mariam tersenyum.

“Datuk , saya dengar Marina sudah berada di Malaysia.” jelas Tengku Orked Mariam dengan nada yang sedikit cuak.Dia risau akan lelaki itu baran apabila mendengar nama yang diserunya itu.Tajam renungan Datuk Hud Razief kepada Tengku Orked Mariam.

“Tengku , kalau you nak I layan you dengan baik.You jangan berani sebut nama betina itu depan I.Sekali lagi I dengar , automatik you bukan adik beradik I lagi okay ?.” keras dan tegas kata-kata Datuk Hud Razief.Terdiam Tengku Orked Mariam apabila mendapat amaran begitu.

“Maafkan saya Datuk , tetapi saya hanya mahu buat peringatan supaya Datuk tidak menerima kejutan dengan kehadiran Marina.” jelas Tengku Orked Mariam berani menyebut nama wanita yang dibenci oleh Datuk Hud Razief itu.

“Dia mahu datang ke sini ke ?.” soal Datuk Hud Razief pelik.

“Yes , dia mahu jumpa awak dan saya Datuk.Dia mahu memohon maaf.” jelas Tengku Orked Mariam tenang.Datuk Hud Razief merengus kasar.

“I tidak akan maafkan dia.Dosa dia terlalu besar pada I.” jelas Datuk Hud Razief marah.Garfu yang berada di tangannya diletakkan kasar ke dalam pinggan.Hatinya sakit apabila kisah lama mula dikenang.Kisah silam hidupnya terlalu pahit.Tengku Orked Mariam yang melihat keadaan Datuk Hud Razief begitu melepaskan keluhan berat dengan perlahan.Dia juga turut kehilangan selera makan.

“Sampai bila Datuk ? Sampai bila Datuk mahu jadi begini ? Sejahat mana pun Marian terhadap awak , dia tetap adik awak juga Datuk.Darah dia mengalir di dalam tubuh awak.Jangan berlaku kejam Datuk.Lepaskan kenangan silam daripada memori simpanan awak.Ia akan meruntuhkan hubungan silaturahim kita.” jelas Tengku Orked Mariam syahdu.Tengku Orked Mariam bangun dari duduknya dan berdiri di belakang Datuk Hud Razief yang sedang duduk itu.Tangannya menjalar di atas kedua belah bahu Datuk Hud Razief.Lelaki itu mula tersedar dari lamunan.

“Adik beradik ini Datuk , ibarat air yang dicincang tidak akan putus.Sejahat manapun Marina kepada kita , mesti ada rasa kasih terhadap dia di dalam hati kita.Mungkin dia pernah melakukan kesilapan sehingga merosakkan hidup awak Datuk.Tetapi ingatlah kita semua pernah melakukan kesilapan.Awak sendiri pun pernah melakukan kesilapan yang besar Datuk.” jelas Tengku Orked Mariam lembut dan tenang.Dagunya ditongkatkan dibahu Datuk Hud Razief.Kepala Datuk Hud Razief diusap lembut , bagai seorang ibu yang sedang memujuk anaknya.

“Awak tahu Datuk ? Awaklah adik saya yang paling saya sayang dan yang paling baik.Orang kata awak jahat macam iblis , saya tetap cakap awak adalah anak dan adik yang paling baik saya pernah ada.” pujuk Tengku Orked Mariam.Kepala Datuk Hud Razief dikucup sekilas.

“Kalau saya perlu membuat pilihan sama ada pilih awak atau harta.Saya akan pilih keluarga kita.Saya akan curahkan kasih sayang saya kepada adik-adik saya semua termasuk Marina.” jelas Tengku Orked Mariam tenang.Bergetar jiwa Datuk Hud Razief saat dia mendengar nama yang diseru oleh Tengku Orked Mariam itu.Tetapi di dalam masa yang sama dia tidak mampu melawan kerana menghormati wanita itu.Dia harus menerima dan menelan walau dia tidak menyukainya.

“Tolong I Tengku.” pinta Datuk Hud Razief.Tubuhnya dipusingkan dan dihadapkan ke arah Tengku Orked Mariam.

“Saya mahu tanya sesuatu , kalau Datuk diberi sebuah permata apa yang Datuk lakukan ?.” soal Tengku Orked Mariam lembut dan bersulamkan senyuman.

“I akan jaga sebaik yang mungkin sebab ia amat berharga.” jelas Datuk Hud Razief tenang dan lembut.

“Itulah Intan Zinirah.” ucap Tengku Orked Mariam lembut dan bersulamkan senyuman.Berkerut dahi Datuk Hud Razief untuk mengerti apa yang dimaksudkan oleh Tengku Orked Mariam itu.

“Apa maksud you Tengku ?.” soal Datuk Hud Razief yang kurang mengerti luahan Tengku Orked Mariam itu.

“Maksud saya , sekarang Datuk sudah ada Intan di dalam hidup Datuk.Jadi , apa yang meresahkan hati dan fikiran Datuk , Intan adalah penawarnya.Sekarang Datuk lihat pada diri Datuk.Sudah dua hari Cik Puan pergi ke orientasi Universiti.Saya lihat , Datuk seperti orang kehilangan isteri.Sedangkan Datuk sendiri yang melepaskan Cik Puan untuk sambung belajar.Jadi haruslah Datuk menerima kenyataan.Tetapi tidak , Datuk makin tidak dapat mengawal hati dan perasaan Datuk setiap kali Cik Puan atau Datuk sendiri berjauhan.” jelas Tengku Orked Mariam lembut dan tenang.

“Jadi , Cik Puan adalah permata yang Datuk impikan selama ini.Seorang teman , seorang isteri , seorang musuh , seorang sahabat dan seorang ibu di dalam hidup Datuk.Apabila semua itu bersatu dengan hanya seorang wanita yang bernama Intan Zinirah , maka lengkaplah perjalanan kehidupan Datuk.Untuk apa Datuk cari kemewahan ? Cari kekayaan ? Sebab saya tidak melihat di mata Cik Puan yang dia mahukan semua itu.Dia hanya perlukan kasih dan sayang Datuk.Macam Datuk perlukan saya.Macam itulah juga dengan Cik Puan Intan Zinirah.” jelas Tengku Orked Mariam lembut.Wajahnya terukir sebuah senyuman.Datuk Hud Razief juga tersenyum apabila mendengar penjelasan hati oleh Tengku Orked Mariam.

“Thank you Tengku.” ucap Datuk Hud Razief lembut kepada Tengku Orked Mariam.

Jam menunjukkan tepat pukul 3 petang.Datuk Hud Razief kali ini bersedia untuk bertemu dengan isterinya di Universiti di tempat isterinya menetap kini.Janji untuk bertemu waktu pagi sudah dibatalkan.Dia beralih ke waktu petang pula.Langkahnya diatur menuju ke anak tangga untuk menuruni ke tingkat bawah.Diikuti adik perempuannya Tengku Huda Melissa.Sesampai sahaja di bawah , Datuk Hud Razief segera mencapai kunci keretanya dan menuju ke kenderaan.Tengku Orked Mariam sudah menunggunya di sisi kenderaan.

“You mahu apa Tengku Melissa ?.” soal Tengku Orked Mariam tegas dan menjongketkan keningnya sedikit.

“I nak ikut Datuk , tetapi Datuk tidak bagi.Why ?.” soal Tengku Huda Melissa tidak berpuas hati dengan abangnya itu.Datuk Hud Razief memandang ke arah Tengku Huda Melissa yang sedang berdiri di hadapannya.

“You mahu tahu kenapa ?.” soal Datuk Hud Razief yang ingin menyakiti hati adiknya itu.

“Kenapa ?.” soal Tengku Huda Melissa angkuh sambil berpeluk tubuh.Datuk Hud Razief tersenyum sinis.

“Sebab kereta I ini mahal.So , orang gemuk macam you tidak boleh menaiki satu kenderaan dengan I sebab nanti kereta I mendak.” kutuk Datuk Hud Razief tanpa berkias.Membulat mata Tengku Huda Melissa apabila menerima kutukan bertalu-talu daripada Datuk Hud Razief itu.Dia menumbuk dan memukul kuat tubuh sasa Datuk Hud Razief itu.

“You jahatlah Datuk.I hate you.” ucap Tengku Huda Melissa marah.

“I love you baby sister.” ucap Datuk Hud Razief selamba.Tengku Orked Mariam sudah menggelengkan kepalanya kerana pening akan sikap menyakat Datuk Hud Razief yang semakin menjadi ini.

“Nanti you tolong pujukkan baby I okay ?.” pinta Datuk Hud Razief selamba kepada Tengku Orked Mariam.

“Kerja awak memang sakitkan hati Tengku Melissa and suruh orang lain yang memujuk.Bukan awak yang pujuk Datuk ?.” soal Tengku Orked Mariam geram.Tanpa menghiraukan pertanyaan Tengku Orked Mariam itu.Datuk Hud Razief terus mengundur kenderaannya keluar dari perkarangan kediamannya itu.Kereta meluncur perlahan di atas jalan raya.Dia memandu dengan penuh ketenangan.Hampir 1 jam 30 minit perjalanan menuju ke Universiti yang menempatkan Intan Zinirah.Akhirnya dia tiba juga di kawasan perkarangan Universiti tersebut.Dia memaklumkan kepada pengawal pondok keselamatan yang bertugas untuk berjumpa dengan isterinya.Lalu , dia dibenarkan masuk ke dalam bersama kenderaannya.Dia memberhentikan kenderaan di hadapan sebuah tangga.Kawasan itu agak sunyi kerana tiada pelajar yang lalu lalang.Telefon pintar dikeluarkan dari poket seluarnya lalu didail nombor isterinya.

“Assalammualaikum Cik Puan.” ucap Datuk Hud Razief bergurau dengan Intan Zinirah sebaik sahaja isterinya itu mengangkat panggilan yang dibuatnya.

“Waalaikummusalam Datuk.” sahut Intan Zinirah turut bergurau perkara yang sama.Datuk Hud Razief tertawa kecil mendengar sahutan isterinya itu.

“Abang sudah berada dekat tangga kawasan belakang ini.Sayang turunlah , abang tunggu.” jelas Datuk Hud Razief lembut.

“Okay , 10 minit okay ?.” pinta Intan Zinirah.Dia mula bersiap menyarungkan sebuah jaket ke tubunya.Rambut dirapikan.Semburan minyak wangi dibuat sebanyak empat kali.Manakala Datuk Hud Razief pula , setia menunggu kehadiran isterinya di dalam kenderaannya.Segala urusan penting yang dihantar di dalam emelnya diteliti satu persatu.Tiba-tiba , cermin tingkapnya diketuk seseorang.Bibirnya mengukir senyuman apabila isterinya Intan Zinirah sudah berdiri di luar sisi kenderaannya.Pintu dibuka dan dia keluar dari isi perut kenderaan tersebut.

“I miss you sayang.” ucap Datuk Hud Razief lembut dan mengoda apabila tubuh isterinya itu selamat di dalam dakapannya.Intan Zinirah turut mengeratkan pelukan mereka.Terasa nyaman dan tenang sewaktu sesi berpelukan itu berlaku.Pelukan bersama dilepaskan.

“Intan juga rindukan abang , Intan terlalu rindukan abang.” ucap Intan Zinirah sepenuh hatinya.Tangannya menjalar ke wajah suaminya.

“Sayang sihat ? Macam mana study dekat sini ? Okay ke tidak ?.” soal Datuk Hud Razief yang ingin mengetahui keadaan isterinya sewaktu berada di sesi orientasi itu.

“Intan okay , cuma terlalu rindukan abang.” luah Intan Zinirah tentang hati dan perasaannya.Datuk Hud Razief mengucup lembut dahi isterinya itu.Tersenyum Intan Zinirah apabila mendapat layanan istimewa itu daripada suami tercinta.Dia membalas kucupan suaminya di bahagian pipi kiri.

“Macam mana kita nak berpisah untuk setiap 5 hari bekerja ini sayang ? Baru orientasi sudah tidak mampu menahan rindu.” jelas Datuk Hud Razief lembut.

“Siapa suruh abang jumpa Intan ? Call pun boleh ? Kenapa perlu jumpa ? Sekarang , abang sendiri yang tidak mampu menahan rindu.” kutuk Intan Zinirah selamba.Tertawa kecil Datuk Hud Razief dibuatnya.

“Sayang tahu tak ? Sudah dua malam abang tidur tanpa sayang , tidak ada sayang untuk dipeluk.Abang macam rasa mahu gila sekejap.” jelas Datuk Hud Razief lembut.

“Dekat sini ramai pensyarah lelaki yang berumur macam abang , tetapi tidak sekacak abang.” luah Intan Zinirah sehingga mencuit hati lelaki Datuk Hud Razief.Bahu isterinya dipaut supaya jarak mereka semakin rapat.Mereka bersandar di sisi kenderaan.

“Ada yang mengusik sayang ke ?.” soal Datuk Hud Razief lembut.

“Maksud abang ? Memikat ?.” soal Intan Zinirah dengan maksuf yang lebih jelas.

“Tidak , tetapi kalau tengok sayang macam tidak pernah tengok perempuan.” jelas Intan Zinirah menyampah.

“Abang tidak ada yang memikat ke ?.” soal Intan Zinirah menduga.

“Siapa yang mahu pikat abang ini sayang ? Dah berumur.Sayang sajalah yang pikat abang.” gurau Datuk Hud Razief.

“Abang ada bincang sesuatu dengan Tengku kelmarin.” jelas Datuk Hud Razief tiba-tiba.Intan Zinirah berkerut dahi memandang suaminya.

“Bincang tentang apa ?.” soal Intan Zinirah ingin tahu.

“Selepas tiga bulan sayang belajar.Abang akan bawa sayanh pindah dari kediaman kita itu.Abang mahu tempat yang lebih privasi dan tenang hanya untuk kita sahaja.Jadi kita bebas dari pergerakan.” jelas Datuk Hud Razief lembut dan tenang.

“Tengku ikut kita sekali ?.” soal Intan Zinirah.

“Tidak sayang , kediaman itu hanya kita berdua sahaja yang menjadi penghuni.” jelas Datuk Hud Razief lembut.

“Kenapa abang mahu pindah ? Kenapa dengan kediaman kita yang sekarang ini ?.” soal Intan Zinirah sayu.

“Abang mahu luangkan masa yang lebih banyak bersama sayang tanpa ada mata yang memerhati.Sekarang ini abang rasa kediaman itu tidak mempunyai privasi untuk kita.Tak mungkin setiap kali mahu bersama berdua sahaja kita perlu ke kamar.Abang sendiri rasa tidak selesa sayang.” jelas Datuk Hud Razief.

“Sebenarnya Intan juga rasa perkara yang sama , cuma Intan takut mahu beritahu abang.Intan tidak mahu kalau abang fikir Intan ini sejenis yang memilih sangat.Tetapi demi hubungan kita , memang sebuah kediaman yang tidak ada orang luar memang perlu buat kita.Alhamdulillah akhirnya , abang berfikir untuk perkara yang sama juga.” jelas Intan Zinirah lembut dan mengukir sebuah senyuman manis.Datuk Hud Razief mengucup lembut dahi isterinya.

“Jadi , nanti masa sayang mahu ambil barang.Kita bawa barang untuk berpindah sekali.Abang sudah siapkan segala barang di dalam kediaman baru kita itu.Tinggal melangkah masuk untuk menetap saja.” jelas Datuk Hud Razief lembut.Intan Zinirah mengangguk tanda akur.

“Baiklah , abang minta diri dulu.Sayang jaga diri.” pesan Datuk Hud Razief.

“Insyaallah abang , Intan jaga diri Intan.Abang pun sama juga.Jaga diri dan jaga kesihatan.Jangan terlalu penat bekerja.Jangan lupa mimpi Intan pada waktu malam.” pesan Intan Zinirah selamba.Baru sahaja dia mahu melangkah pusing untuk menaiki anak taangga terakhir.Tiba-tiba lengannya direntap Datuk Hud Razief lalu dikucup pipi isterinya lembut.Terkedu Intan Zinirah dibuatnya.Kucupan dilepaskan.

“Abang balik dulu.” ucap Datuk Hud Razief selamba tanpa rasa bersalah dan seperti tiada apa yang berlaku.Intan Zinirah memandang ke kiri dan kanan sambil merapikan rambutnya.Dia takut ada yang melihat adegan selamba yang dilakukan suaminya itu.

“Bye sayang.” ucap Datuk Hud Razief sebelum memasuki ke dalam isi perut kenderaannya.Intan Zinirah tersenyum hambar kepada suaminya kerana dia terkaku dengan apa yang baru sahaja berlaku sebentar tadi.Apabila kenderaan milik Datuk Hud Razief berlalu dari perkarangan tersebut , dia juga turut menuju ke asramanya kembali.

Happy reading baby readers ! Novelplus : Fatimah Yusof Instagram : fatimahyusof_np

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience