Pagi yang tenang pada hari pertama mereka bermalam di sebuah kampung , sungguh menenangkan dan indah suasana pagi dengan bunyi kokokan ayam jantan serta riuh rendah jiran tetangga yang berada tidak jauh dari kawasan rumah mereka.Datuk Hud Razief sudah mencelik dari lenanya terlebih dahulu.Isterinya Intan Zinirah yang berada di sebelah dipeluknya dari arah sisi.Wanita itu mengeliat kecil kerana rasa terganggu.Mata dibuka dan memandang ke arah suaminya Datuk Hud Razief di sisi.Dia tersenyum memandang wajah suaminya itu.Pipi yang dipenuhi jambang Datuk Hud Razief dibelai lembut.Sebelah tangannya lagi , merangkul leher Datuk Hud Razief.Batang hidung mereka sengaja digeselkan bersama.Intan Zinirah tersenyum riang apabila diperlakukan dalam keadaan manja seperti itu.Datuk Hud Razief bangun dari pembaringannya lalu bersandar di kepala katil.Manakala , Intan Zinirah pula segera masuk ke dalam dakapan suaminya.
“Macam mana lena sayang semalam ? Okay ke ? Rasa terganggu ?.” soal Datuk Hud Razief yang memastikan keselesaan isterinya tidak terganggu.Wajah Intan Zinirah menatap wajah Datuk Hud Razief lembut.Tetapi ada riak sayu di raut wajahnya.
“Kenapa sayang pandang abang macam itu ?.” soal Datuk Hud Razief lagi.Dia risau akan melihat riak waiah sayu isterinya itu.Ada sesuatu yang tersirat di balik raut wajah itu.
“Hari ini Intan akan balik ke Universiti.Intan sudah kehabisan cuti.” luah Intan Zinirah sayu dan lemah.Datuk Hud Razief tersenyum dengan penyataan isterinya itu.Dahi Intan Zinirah dikucup lembut.
“Sayang , cuti sayang bukan habis terus.Nanti hari jumaat abang datang ambil sayang.Cuti juga ? Sayang jangan bersedih okay.Pejam celik , sekejap saja sayang mahu habiskan 5 hari bekerja itu.” jelas Datuk Hud Razief lembut dan mesra.Intan Zinirah tersenyum mendengar penjelasan dan pujukan suaminya itu.
“Kalau Intan rindu abang macam mana ? Intan mahu buat apa ? Bukan boleh peluk abang pun.” luah Intan Zinirah lagi.Datuk Hud Razief tersenyum mendengar luahan hati isterinya itu.Pelukan dieratkan.
“Sayang doa untuk abang.Kalau sayang berdoa pada allah untuk abang.Insyaallah , rasa rindu sayang itu akan berkurangan dan dapat mengawal hati sayang yang sedang bergelora.” jelas Datuk Hud Razief lembut dan tenang.
“Baik , sayang akan doakan abang jika sayang rindu abang nanti.” jelas Intan Zinirah lembut dan manja.Dia mengucup pipi suaminya yang dipenuhi jambang itu lembut.Datuk Hud Razief tersenyum bahagia.Datuk Hud Razief meleraikan pelukannya bersama Intan Zinirah lalu kakinya dijuntaikan ke bawah.
“Abang mahu mandi sebentar.Sayang jangan tidak mengemas barang yang mahu dibawa pula.” jelas Datuk Hud Razief lembut kepada isterinya.Serta pesanan diselitkan juga.Dia turun dari katilnya lalu menuju ke tempat penyidai tuala dan mencapai sehelai tuala.Kemudian , dia telah mengatur langkah ke kamar mandi untuk membersihkan diri.Manakala , Intan Zinirah pula mula mengambil jubah mandinya lalu disarungkan ke tubuh dan membuat ikatan longgar sahaja di pinggangnya.Sementara menunggu suaminya itu bersiap , dia menyimpan segala barang keperluan yang bakal dibawa pulang ke Universiti supaya tidak berlaku keciciran.Selepas selesai mengemas barangnya.Datuk Hud Razief juga turut selesai membersihkan diri.Kini gilirannya pula untuk membersihkan diri.
“Sayang mandi jangan lama , kalau lama nanti abang terjah masuk semasa sayang mandi.” usik Datuk Hud Razief selamba.Kemudian tawanya letus satu ruangan kamar.Intan Zinirah mengerling ke arah suaminya yang sedang menyarungkan kemeja yang berwarna biru lembut itu ke tubuhnya.Selepas selesai menyisir rambutnya pula , dia memandang sekilas ke arah cermin dengan pemakaian yang eksklusifnya itu lalu dia menuju ke daun pintu untuk keluar dari kamar tersebut terlebih dahulu.
Tengku Orked Mariam sedang menyediakan beberapa jenis makanan yang dimasaknya sendiri.Datuk Hud Razief yang baru datang dari arah kamar itu segera duduk di kerusi lalu terus mencidukkan sesenduk nasi goreng kampung yang di masak oleh Tengku Orked Mariam.Air kopi panas dituangkan ke dalam cawan yang beralaskan piring buat Datuk Hud Razief oleh Tengku Orked Mariam.Dia juga turut melabuhkan punggung di kerusi yang berderetan dengan Datuk Hud Razief dan mencidukkan nasi goreng kampung tersebut ke dalam pinggannya.Sebiji kuih karipap berintikan kentang juga turut diambil dan diletakkan di sisi pinggan.Kopi panas turut dituangkan ke dalam cawannya yang beralaskan piring itu.Mereka menikmati santapan pagi yang dimasak oleh Tengku Orked Mariam dengan penuh rasa nikmat dan enak.Hingga terpejam mata Datuk Hud Razief.
“Dasyat sangat ini Datuk.Hingga terpejam mata semasa makan.” usik Tengku Orked Mariam kepada adiknya itu.Datuk Hud Razief tetap menikmati makanan tersebut.
“You yang masak sedap sangat.You ada letak bahan terlarang ke dalam makanan ini ? Ataupun you sudah jampi I ?.” tuduh Datuk Hud Razief selamba sahaja.Tengku Orked Mariam mengerling ke arah adiknya itu.
“Saya tidak lapuk yang macam Datuk sangkakan okay.” jelas Tengku Orked Mariam mempertahankan diri.Datuk Hud Razief tersenyum lebar kerana dapat mengenakan Tengku Orked Mariam itu.
“Habis apa yang membuatkan rasa nasi goreng ini sedap yang amat ? You letak cukup rasa ke atau you tuang terus cukup rasa itu ?.” usik Datuk Hud Razief lagi.Sekali peluangnya hadir untuk menyakat Tengku Orked Mariam.Dia akan usik sepuas-puasnya.
“Datuk !.” sergah Tengku Orked Mariam kerana dia tidak tahan dengan sakat daripada Datuk Hud Razief itu.Pecah tawa Datuk Hud Razief mengelilingj ruang santapan itu.Tengku Orked Mariam hanya membuat riak wajah menyampah.
“Okay , sorry Tengku.” ucap Datuk Hud Razief lembut tetapi tawanya masih bersisa.
“Saya sudah jumpa dia.” jelas Tengku Orked Mariam tiba-tiba.Tangannya terhenti menciduk nasi goreng kampungnya yang berada di dalam pinggan untuk disuakan ke mulut.Berkerut dahi Datuk Hud Razief apabila mendengar penjelasan mengejut Tengku Orked Mariam itu.
“Siapa Tengku ?.” soal Datuk Hud Razief ingin tahu.Jantungnya berdebar kerana ingin tahu siapa yang dimaksudkan oleh Tengku Orked Mariam.Wajah Datuk Hud Razief ditatap lembut.Pandangan yang tersimpan 1001 rasa di dalam hatinya.
“Hazim Iqbal.” seru Tengku Orked Mariam perlahan.Tersentak Datuk Hud Razief mendengar nama tersebut.Sudah 27 tahun dia tidak mendengar nama itu disebut atau diseru oleh kakaknya Tengku Orked Mariam.Akhirnya rasa rindu kakaknya terhadap lelaki itu pecah jua.Airmata Tengku Orked Mariam deras mengalir tanpa suara tangisan.Ada sesuatu yang membuatnya mengalirkan airmata.
“You jumpa dia di mana ? You memang cari dia ke Tengku ?.” soal Datuk Hud Razief lembut dan tenang.Lengan Tengku Orked Mariam disentuh untuk menenangkan wanita itu daripada keresahan dan kesulitan yang sedang melanda hatinya.
“Tidak Datuk.Mungkin segalanya sudah diatur allah untuk saya berjumpa dengan dia.Dia masih sama macam yang saya kenal dulu.Tetapi yang buat saya rasa bahagia , apabila dia kata yang dia sedang menerima rawatan di pusat pemulihan di pekan.Saya rasa terharu kerana akhirnya dia meninggalkan juga perkara keji itu.” luah Tengku Orked Mariam sayu.Dia agak terharu dengan kesungguhan Hazim Iqbal kini.Datuk Hud Razief terdiam.Seleranya tiba-tiba mati untuk meneruskan santapan paginya itu.
“Sabar Tengku.Insyaallah , semuanya akan kembali kepada sedia kala.You harus berdoa supaya dia terus berubah.I akan sentiasa ada dengan you.” jelas Datuk Hud Razief lembut.Dia mengusap-usap lengan Tengku Orked Mariam lembut.Airmata Tengku Orked Mariam yang mengalir deras diseka lembut dengan tangan kekarnya.
“Good morning Tengku.” terjah Intan Zinirah tiba-tiba yang memecahkan sunyi suasana.Tengku Orked Mariam segera menyeka airmatanya laju serta membuat riak wajah tenang.
“Good morning Cik Puan.Barang semua sudah siap kemas ? Ada apa yang boleh saya bantu Cik Puan ?.” soal Tengku Orked Mariam mesra.Datuk Hud Razief hanya mendiamkan diri sahaja.Dia menyambung untuk menghabiskan santapannya semula.
“Tidak Tengku , semuanya saya dah kemas dan sediakan.” jelas Intan Zinirah ceria.
“Good.” balas Tengku Orked Mariam tenang.Tetapi , Intan Zinirah bagai dapat merasakan ada sesuatu yang melanda suasana ruang santapan tersebut sebelum kemunculan dirinya di situ.Kerana dia melihat raut wajah suaminya hanya menriakkan biasa sahaja.
“Ada apa yang saya terlepas sebelum saya sertai santapan pagi ini ke Tengku ?.” soalnya kepada Tengku Orked Mariam lembut dan tenang.Walaupun hatinya ingin juga mengetahui apa yang telah terjadi di antara Tengku Orked Mariam dan suaminya Datuk Hud Razief.
“Tiada apa sayang , selepas ini abang mahu masukkan barang dalam kereta.Nanti sayang tolong abang ya.” jelas Datuk Hud Razief lembut.Tetapi riak wajanya tetap tidak dapat menipu Intan Zinirah walaupun suaranya diubah menjadi tenang seperti tiada apa.Terbit keluhan kecil di bibir Intan Zinirah tanpa di dengari oleh suami dan kakak iparnya itu.
Pada waktu tengahari , disaat matahari berada tegak di atas kepala.Datuk Hud Razief dan Intan Zinirah sedang bersiap untuk bergerak ke luar desa.Datuk Hud Razief ingin menghantar isterinya itu pulang ke Universiti.Barang keperluan Intan Zinirah serta bagasi pakaian diletakkan ke dalam bonet kenderaan.Intan Zinirah berdiri di beranda rumahnya itu sambil mengeselkan kaki di tanah.Kelakuannya itu diperhatikan oleh Datuk Hud Razief.Lelaki itu tersenyum memandang gerak geri isterinya.Datuk Hud Razief mendekati isterinya.
“Cantiknya wajah muram macam itu.” sindir Datuk Hud Razief selamba.Tetapi tiada reaksi daripada Intan Zinirah.Datuk Hud Razief tersenyum melihat wajah isterinya yang masam itu.
“Kenapa sayang ?.” soal Datuk Hud Razief lembut dan romantis.Rambut isterinya yang bergebangan diselitkan di belakang telinga.
“Intan sedih , lagi 5 hari perlu tunggu untuk pulang ke rumah.” jelas Intan Zinirah sayu.Datuk Hud Razief menarik pinggang isterinya lembut agar mendekatinya sedikit.
“Atau sebab sayang risau mahu berjauhan dengan abang dan Tengku ?.” duga Datuk Hud Razief dengan penuh rasa yakin.Intan Zinirah perlahan-lahan mengangkat pandangannya ke atas dan menatap wajah suaminya.Dia ingin melakukan sebuah perkara yang sering di lakukan jika dia bakal berjauhan bersama suaminya.Dia teragak-agak untuk melakukan perkara tersebut.Dia mengukir segaris senyuman.Kanan dan kiri diperhatikan seketika bagi memastikan tiada siapa yang nampak akan adegan romantis mereka itu.Datuk Hud Razief juga turut membuat huluran bagi memudahkan urusan isterinya itu.Dia tersenyum selepas menerima kucupan daripada isterinya Intan Zinirah.
“Kalau sudah cium sebelah kiri , sayang perlu lengkapkan yang sebelah kanan pula.” jelas Datuk Hud Razief penuh makna.Dia mengeleng-gelengkan kepalanya menandakan tugas isterinya itu belum selesai.Perlahan-lahan kepalanya ditolehkan ke sebelah kiri.Intan Zinirah mengangkat pandangannya ke atas , dia agak malu mendengar permintaan suaminya itu.Perlahan-lahan juga kucupan lembut mendarat di pipi kanan suaminya itu.Datuk Hud Razief mengelengkan kepalanya , kemudian dia memberi isyarat mata dan kerutan dahi menandakan dia meminta isterinya mengucup dahinya pula.Intan Zinirah sudah tersipu malu nenatap wajah suaminya.Akhirnya , senyuman lebar mereka jelas terukirdi wajah.Dahi Datuk Hud Razief dan Intan Zinirah bersatu.Saat itu sungguh bahagia.Hanya mereka sahaja yang tahu , betapa sukarnya untuk melepaskan antara satu sama lain di saat cinta sering bersemi.
“Sayang sudah bagi abang bekalan untuk satu minggu.Terima kasih sayang.” ucap Datuk Hud Razief romantis dan lembut.Intan Zinirah tersipu malu mendengar penyataan suaminya itu.Dia merangkul leher suaminya.Wajah di dekatkan sedikit.Batang hidungnya dan Datuk Hud Razief bergesel lembut.Perlahan-lahan dia mendekatkan lebih rapat wajahnya untuk memagut bibir suaminya.Baru sahaja mereka mahu menghayati kucupan hangat itu.Tengku Orked Mariam sudah berdehem di belakang.Terlepas rangkulan tangan Intan Zinirah di batang leher Datuk Hud Razief.Cuak wajah mereka serta merta berubah cuak.
“Nanti lambat , Cik Puan akan didenda pihak Universiti.Lebih baik gerak sekarang.” jelas Tengku Orked Mariam tegas.Intan Zinirah yang mendengar penjelasan Tengku Orked Mariam iyu segera mendekati wanita tersebut.
“Saya gerak dulu Tengku.” ucap Intan Zinirah tersipu malu dan membahang wajahnya.Kepalanya yang tidak gatal digarunya.Tangan dihulur untuk bersalaman bersama Tengku Orked Mariam.Hulurannya itu disambut baik oleh Tengku Orked Mariam lembut.Wanita itu memeluk Intan Zinirah erat.
“Jaga diri di sana nanti.Jangan buat perkara yang bukan-bukan.” pesan Tengku Orked Mariam tegas.Langkah diatur pula mendekati Datuk Hud Razief yang masih berdiri tegak di tangga beranda.Sambil matanya memerhatikan Intan Zinirah yanh sudah selamat di dalam isi perut kereta.Bahu Datuk Hud Razief di sentuh lembut.
“Perbetulkan niat Datuk semula , niat kerana allah bukan kerana nafsu.” jelas Tengku Orked Mariam lembut dan tegas dalam kata-katanya.Datuk Hud Razief mengaru kepalanya yang tidak gatal itu.
“Walaupun Cik Puan adalah hak Datuk.Tetapi Datuk harus ingat , batas Datuk dan isteri tetap ada walaupun sudah halal.Saya nampak , bolehlah saya menegur.Kalau orang lain nampak , belum tentu dia menegur dengan cara baik.Mungkin Datuk akan terima malu.” jelas Tengku Orked Mariam lembut.Terdiam Datuk Hud Razief mendengar nasihat kakaknya Tengku Orked Mariam itu.
“Intan masih muda , dia buat salah Datuk harus menegur.Tetapi Datuk siapa yang mahu tegur kalau membuat kesalahan ? Selagi saya ada , boleh saja saya menegur dan mengajar tetapi bila saya sudah tiada ? Siapa yang mahu lakukan semua itu ? Jadi , Datuk harus bersedia daripada sekarang untuk masa akan datang.Ia adalah kebaikan rumahtangga Datuk juga.” jelas Tengku Orked Mariam lembut.Tubuh di pusingkan menghadap Tengku Orked Mariam.Wajahny kini terukir senyuman.
“I akan jadi suami dan adik yang baik untuk you dan Intan , I promise Tengku.” ucap Datuk Hud Razief lembut.Wanita itu ditarik ke dalam dakapannya.Pelukan antara dua beradik ini berlaku seketika.Intan Zinirah yang berada di dalam kereta turut tersenyum melihat kemesraan Datuk Hud Razief dan Tengku Orked Mariam itu.
Hampir 3 jam sudah kepergian Datuk Hud Razief dan isterinya Intan Zinirah ke bandar.Tengku Orked Mariam terasa bosan kerana duduk keseorangan di rumah.Dia sering mundar mandir dari dapur hingga ke beranda rumahnya.Tiba-tiba dia memetik jarinya , bagai mendapat sebuah idea.Dia mula menuju ke dapur semula.Minyak di kuali di panaskan.Dia mengambil bahan-bahan untuk membuat cucur manis.Bahan digaulkan sehingga sebati.Lalu , cucur mula digoreng sehingga ranggup.Selepas selesai menggoreng.Cucur tersebut di dalam sebuah mangkuk tingkat.Serta air kopi dibancuh dan diisi di dalam bekas tahan haba.Dia kembali ke kamarnya untuk mengambil dokumen penting serta telefon pintarnya.Kemudian , Tengku Orked Mariam menuju ke luar rumah dengan bekas dan barang peribadinya di tangan lalu pintu Cuma dirapatkan sahaja tanpa dikunci.Langkahnya mula diatur menapak hingga ke bengkel milik Hazim Iqbal.Tidak lama kemudian , dia tiba di hadapan bengkel milik Hazim Iqbal.Terdapat seorang wanita sedang menunggu kenderaannya dibaiki Hazim.Manakala , Tengku Orked Mariam hanya duduk di sebuah pangkin di luar bengkel tersebut.
“Cikgu Ina , kereta cikgu tiada apa yang serius pun.Hanya wayar bahagian enjin sahaja yang longgar.” jelas Hazim Iqbal kepada seorang wanita yang dikenali sebagai Cikgu Ina.
“Saya fikir , perlu tukar bateri tadi.Baguslah , kalau tiada apa yang serius.” jelas Cikgu Ina kepada Hazim Iqbal.
“Cikgu sudah boleh memandu kenderaan cikgu ini.Jika ada berlaku kerosakkan lagi , cikgu boleh terus berurusan dengan saya.” jelas Hazim Iqbal sopan.Dalam pada dia membuat penjelasan kepada Cikgu Ina , dia sudah lihat kelibat Tengku Orked Mariam yang sedang menunggunya di pangkin.Cikgu Ina turut melihat Tengku Orked Mariam yang sedang duduk di pangkin dengan riak wajah kurang senang.
“Siapa itu Hazim ?.” soal Cikgu Ina kepada Hazim Iqbal.
“Itu penduduk baru dekat kampung kita.Nanti kalau ada majlis rasmi , boleh Cikgu Ina berkenalan dengan dia.Semalam saya baru sahaja baiki kenderaan dia.” jelas Hazim Iqbal mesra.Tangan yang kotor dilap dengan kain basah.
“Terima kasih sebab bagi info pada saya.” ucap Cikgu Ina agak hambar apabila Hazim Iqbal bersungguh memperkenalkan Tengku Orked Mariam kepadanya.
“Saya pulang dulu ya.” ucap Cikgu Ina mesra.Dia terus memasuki ke dalam isi perut keretanya.Lalu mengundur kenderaanya keluar dari kawasan bengkel Hazim Iqbal itu.Sambil matanya mengerling ke arah Tengku Orked Mariam.Selepas kenderaan Cikgu Ina hilang dari pandangan.Hazim Iqbal mendekati Tengku Orked Mariam yang sedang duduk di atas pangkin tersebut.
“Kenapa tidak beritahu yang awak hendak datang ke bengkel ?.” soal Hazim Iqbal mesra.Tangan Orked Mariam ligat membuka penutup mangkuk tingkat dan bekas minuman tahan haba untuk dihidangkan buat Hazim Iqbal.
“Saya tahu awak sibuk.Itu yang saya tidak maklumkan.Saya ada buat cucur manis sedikit untuk awak.Makanlah.” jemput Tengku Orked Mariam mesra.Dia menjamu Hazim Iqbal semangkuk cucur manis dan sebuah bekas tahan haba yang berisi air kopi panas.Cucur manis yang dibuat Tengku Orked Mariam disuakan ke mulutnya.
“Sedap , pandai awak masak.” puji Hazim Iqbal lembut.Tengku Orked Mariam tersenyum riang.Mana tidaknya , lelaki pujaannya memuji masakannya sedap.
“Terima kasih.” balas Tengku Orked Mariam lembut.
“Orked , macam apa yang saya cakap pada awak semalam itu semua adalah benar bukannya dusta.Saya dapat kekuatan untuk berubah daripada seorang wanita yang mencintai saya sepenuh hati suatu ketika dulu.” ucap Hazim Iqbal lembut.Tengku Orked Mariam terdiam.
“Perempuan itu adalah awak Orked.” jelas Hazim Iqbal romantis.Berbunga-bunga hati Tengku Orked Mariam dibuatnya.
Happy Reading Baby Readers ! Novelplus : Fatimah Yusof Instagram : fatimahyusof_np
Share this novel