Hampir dua minggu sudah kejadian ketegangan yang berlaku di dalam rumahtangga mereka.Dan sudah dua minggu jugalah mereka tinggal di kediaman yang berasingan.Pada hari ini , Intan Zinirah berniat untuk ke pusat membeli belah untuk membeli sedikit barangan buat anak yang bakal lahir tidak lama lagi.Segala persiapan untuk menyambut kelahiran anak sulung mereka itu sudah dirancang tetapi masih belum terlaksana.Apabila keadaan menjadi tegang dengan permasalahan rumahtangga mereka , persiapan untuk anak yang bakal lahir itu juga sering tertangguh.
Pagi sudah menjelang , matahari kian terbit.Intan Zinirah tersedar dari lenanya.Tubuhnya mengeliat kecil.Tetapi tangannya terhenti daripada mengeliat kerana terasa ada sesuatu yang menghalang.Matanya terbutang luas.Dadanya berdegup laju.Perutnya yang semakin membesar yang sudah berusia 4 bulan lebih itu diraba dari bahagian atas hingga ke bahagian bawah perutnya.Tiba-tiba tangannya terhenti daripada terus melakukan kegiatan itu.Ada sesuatu yang terletak di bawah perutnya.Kepala dijenggukkan sedikit dan terjelaa sudah tangan kekar milik seseorang yang amat dia kenali.Kepala juga cuba ditolehkan , tetapi dia tidak dapat menoleh hingga belakang.Terasa dengusan nafas yang hangat di belakang lehernya.
“Apa awak buat dekat sini ?.” soal Intan Zinirah tanpa mengendahkan suaminya yang sedang lena.Tetapi persoalannya itu tidak dibalas.Malah , pelukan di pinggangnya makin dieratkan oleh suaminya Datuk Hud Razief.Terkedu Intan Zinirah apabila pelukan suaminya Datuk Hud Razief semakin dieratkan.
“Sayang tidak rindu abang ke ?.” soal Datuk Hud Razief lembut dan sayu kepada isterinya Intan Zinirah dalam keadaan matanya yang masih terpejam.
“Buat apa saya hendak rindu awak ? Apa keperluan dan faedah yang saya dapat ?.” soal Intan Zinirah dengan riak wajah selamba.Pelukan semakin dieratkan oleh suaminya Datuk Hud Razief.Tubuh sasa suaminya Datuk Hud Razief cuba ditolak dengan segala kudaratnya dengan lengannya.Tetapi tetap gagal.Malah , dia terasa sakit kerana eratan pelukan suaminya terlalu kuat.Intan Zinirah sekali lagi cuba untuk meleraikan pelukan daripada suaminya itu tetapi tetap gagal.Akhirnya dia hanya mengalah kepada suaminya Datuk Hud Razief.
“Give up ke sayang ?.” sindir Datuk Hud Razief sengaja kepada isterinya Intan Zinirah itu.Jelingan maut diberi kepada suaminya Datuk Hud Razief walaupun suaminya itu tidak dapat melihat kelakuannya itu.
“Sayang , abang terlalu rindukan sayang.Sudah dua minggu kita berpisah tempat tinggal.Sayang mahu perkara ini berlarutan sehingga bila ?.” soal Datuk Hud Razief lembut kepada isterinya Intan Zinirah.Batang leher isterinya dikucup lembut.Intan Zinirah mengeliat kecil kerana terasa geli dengan gurauan mengoda suaminya itu.
“Abang hendak jelaskan perkara sebenar , sayang sendiri tidak mahu dengar.Selepas itu sayang suruh abang berjauhan dengan sayang.Ingat abang boleh ke hidup tanpa sayang ?.” soal Datuk Hud Razief lembut di dalam ketegasannya berkata-kata.Intan Zinirah terdiam sejenak.Hatinya terusik dengan gaya bahasa suaminya itu.Segala perlakuan dan pertuturan suaminya amat dia rindui.
“Sayang ? Dengar ke tidak apa yang abang cakapkan ini ? Abang mahu kita seperti sebelum ini.Selepas ini dan mulai hari ini abang akan tinggal di sini bersama sayang.Sama ada sayang suka atau tidak , abang tetap akan tinggal di sini pada hari ini.Kita akan jalani kehidupan seperti biasa.” jelas Datuk Hud Razief lembut di dalam ketegasannya.Intan Zinirah terdiam dengan kedegilan suaminya yang tetap hendak menetap bersamanya di kediaman kondominium ini.Dia menelan liur kesat.Dia masih belum mampu menerima kesalahan lampau suaminya Datuk Hud Razief.Badannya di pusingkan menghadap suaminya Datuk Hud Razief.Lelaki itu menghadiahkan senyuman manis kepadanya.
“Ingatkan , sudah tidak mahu lihat muka abang lagi.Rindu ya ?.” soal Datuk Hud Razief mengusik isterinya Intan Zinirah yang sedang merenung tajam ke arahnya.Dia hanya menyeringai kepada isterinya Intan Zinirah yang berada di dalam keadaan tegang itu.
“Awak ingat kelakar ke ?.” soal Intan Zinirah mendatar dengan riak wajah yang serius.Datuk Hud Razief hanya diam dan tersenyum kepada isterinya Intan Zinirah yang berada di dalam keadaan dingin itu.
“Sayang mengaku sajalah yang sayang itu rindu kepada abang.Sayang rindu hendak peluk abang.Sayang rindu hendak cium abang.Sayang rindu hendak bermanja dengan abang.” kutuk Datuk Hud Razief dengan nada lembut dan manja kepada isterinya Intan Zinirah itu.Suasana kamar sepi secara tiba-tiba , Intan Zinirah menjatuhkan pandangannya ke arah kaki.Datuk Hud Razief lantas menyentuh dagu isterinya itu lalu menatap semula anak mata isterinya Intan Zinirah dengan pandangan yang sukar difahami Intan Zinirah ketika ini.Pandangannya amat redup dan tenang.Membuatkan Intan Zinirah terbuai dengan pandangan suaminya Datuk Hud Razief itu.
“Simpanlah ego sayang itu , lepaskanlah kurungan rasa cinta dan rindu yang sayang sudah kurungkan di dalam hati.” ucap Datuk Hud Razief lembut dan mengoda.Dia bangun dari pembaringannya di bersebelahan isterinya Intan Zinirah.Anak matanya itu menikam lembut anak mata suaminya Datuk Hud Razief.
“Abang tahu abang buat silap , tetapi kenapa sukar untuk sayang maafkan abang.Kenapa secepat ini sayang hendak lupakan kenangan cinta kita ?.” soal Datuk Hud Razief dengan nada berbisik kepada isterinya Intan Zinirah yang masih di dalam posisi pembaringan.
“Sebab saya tidak sangka yang saya telah berkahwin dengan... .” kata-kata Intan Zinirah terhenti apabila jari telunjuk suaminya Datuk Hud Razief mendarat di bibir mungilnya menandakan dia diarahkan berhenti daripada meneruskan kata-katanya.
“Sayang , abang tidak pernah berniat untuk melakukan perkara kejam itu terhadap manusia.Tetapi , di dalam masa yang sama tercabar dengan situasi.Tetapi abang sendiri tahu apa yang abang buat itu salah , cuma abang tidak dapat menenangkan hati dan diri.” jelas Datuk Hud Razief lembut dan sayu kepada isterinya Intan Zinirah.Dia terasa sebak apabila menyatakan perkara tersebut kepada wanita yang amat dia sayangi Intan Zinirah.
“Sayang , jangan berjauhan dengan abang terlalu lama.Abang rindukan sayang.Tidak sanggup lagi diri abang ini untuk berjauhan dengan sayang.” ucap Datuk Hud Razief sayu dan lemah kepada isterinya Intan Zinirah.Tangan isterinya diraih.Dia mengucup lembut tangan isterinya Intan Zinirah itu.
“Abang , bagi Intan masa untuk semua ini.” pinta Intan Zinirah yang tiba-tiba bersuara.Datuk Hud Razief tersenyum lembut dan manis kepada isterinya Intan Zinirah.Wajah didekatkan ke arah wajah isterinya Intan Zinirah.
“Sayang , abang akan sentiasa beri sayang masa.Ambillah berapa lama yang sayang mahu.Abang harap kita akan bersatu semula seperti sedia kala sebelum anak kita lahir.” ucap Datuk Hud Razief lembut dan tenang kepada isterinya Intan Zinirah.Tanpa berlengah lagi , Intan Zinirah terus menolak sedikit dada bidang suaminya Datuk Hud Razief dan bangun dari pembaringannya.Dia turun dari katil tersebut lalu menuju ke kamar mandi beserta tuala mandi di bahu kanannya.Datuk Hud Razief merenung langkah isterinya itu dengan senyuman manis.
“Bersabarlah Hud.” ucapnya kuat dan merebahkan tubuhnya ke belakang.Mata dipejam rapat dan dia terlena seketika sementara menanti isterinya Intan Zinirah bersiap untuk keluar bersama mencari keperluan dan membuat persiapan untuk menyambut kedatangan ahli baru yang bakal lahir tidak lama lagi.
Suasana di kedai sejaras Fabulous Mom hanya sunyi dan sepi.Pelanggan yang hadir di kedai tersebut hanyalah wanita yang bergelar ibu dan bakal bergelar ibu.Mereka hadir ke kedai itu untuk mencari baraangan bayi yang bakal lahir tidak lama lagi bagi membuat persiapan dan persediaan lebih awal.Kini , kenderaan Datuk Hud Razief sudah pun terparkir di ruang tempat parkir kenderaan.Dia membuka tali pinggang keledar di ikuti isterinya Intan Zinirah.
“Banyak ke barang baby yang sayang hendak beli nanti ?.” soal Datuk Hud Razief sambil menatap cermin pandang belakang untuk membetulkan rambutnya yang agak berselerak.
“Banyak jugalah sebab Intan belum buat persiapan walaupun satu barang.Jadi kenalah beli banyak sedikit.” jelas Intan Zinirah yang menyampah dengan sikap suaminya kerana terlalu menjaga penampilan diri.
“Okay , nanti dekat dalam kedai , sayang ambil saja apa yang saya rasa perlu dan berkenan di hati.” jelas Datuk Hud Razief sambil menatap wajah isterinya Intan Zinirah lembut dan serta senyuman yang cukup manis.
“Okay.” balas Intan Zinirah perlahan.Mereka keluar daripada isi perut kereta.Tangan isterinya Intan Zinirah diraih oleh Datuk Hud Razief untuk melintasi jalan ke seberang hadapan dan memasuki ke dalam kedai tersebut.Intan Zinirah hanya berdiam diri dan melayankan sahaja karenah suaminya yang tiba-tiba hendak bermanja dengannya.Setibanya di dalam kedai , mereka di sambut oleh seorang jurual wanita.
“Selamat datang Puan , Tuan.” ucap jurujual wanita itu kepada Datuk Hud Razief dan Intan Zinirah yang sudah melangkah masuk ke dalam kedai tersebut.Intan Zinirah terus melangkah menuju ke arah rak yang bersusunkan botol susu secara rapi.Beberapa buah botol dilihat diteliti harganya.Datuk Hud Razief hanya menjadi pemerhati dari arah belakang.Sesekali dia tersenyum melihat gelagat isterinya Intan Zinirah membuat pilihan barang bayi yang hendak dibeli kerana harga yang agak mahal.Datuk Hud Razief mendekati isterinya Intan Zinirah dari arah belakang dan menyentuh bahu isterinya di bahu kiri dan kanan.
“Sayang tengok apa itu ? Kenapa tengok harga ? Ambil saja yang mana sayang berkenan.” jelas Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah dengan lembut.Sambil tangannya naik merayap mengusap ke atas kepala isterinya itu.Intan Zinirah melihat wajah suaminya Datuk Hud Razief dengan pandangan yang serba salah.
“Sayang , kenapa tengok abang macam itu ?.” soal Datuk Hud Razief pelik dengan bernada lembut kepada isterinya Intan Zinirah itu.
“Sebab itulah Intan tidak mahu abang ikut Intan pergi beli barang , Intan tahu abang akan bawa Intan ke kedai macam ini.Intan tidak mampu beli barang mahal-mahal begini.Walaupun Intan ada duit tetapi Intan tidak mahu membazir.” jelas Intan Zinirah sayu dan lemah.Dia mengeluh kecil sambil melihat botol susu yang berada di tangannya.Datuk Hud Razief sedikit terasa dengan kata-kata isterinya Intan Zinirah itu tentang harga dan perbelanjaan barang anak mereka yang bakal lahir.Kemudian , dia mengawal emosinya dengan senyuman manis lalu dihadiahkan kepada isterinya Intan Zinirah.
“Sayang , anggaplah barang anak kita ini hasil daripada duit abang untuk belanja sayang dan anak kita.Jika sayang tidak selesa untuk gunakan duit abang , abang akan jadikan pembelian ini semua sebagai hadiah walaupun ini adalah tanggungjawab abang sebagai seorang suami.Setuju ?.” soal Datuk Hud Razief lembut dan tenang kepada isterinya Intan Zinirah.Sekian sejenak dia berfikir , akhirnya Intan Zinirah bersetuju dengan tawaran daripada suaminya itu.Dia tersenyum nipis.Datuk Hud Razief mencuit pipi isterinya Intan Zinirah sekilas.
“Jadi , sayang ambil saja yang sayang rasa berkenan di hati.Abang belanja.” ujar Datuk Hud Razief ceria kepada isterinya Intan Zinirah.
Intan Zinirah mula membuat pusingan di bahagian rak-rak yang tersusun di dalam kedai tersebut untuk membuat pencarian barang buat anaknya yang bakal lahir tidak lama lagi.Botol susu diambil dengan harga yang sederhana.Tuala mandi dan tab mandi bayi diambil juga untuk anaknya yang bakal lahir itu.Datuk Hud Razief hanya memerhati dari arah belakang dengan senyuman.Tiba-tiba , ada seseorang yang mencuit bahunya dari arah belakang.Dia menoleh untuk melihat gerangan yang menyapanya dengan cuitan di bahu itu.
“Fira ? You buat apa di sini ?.” soal Datuk Hud Razief mesra kepada wanita yang dia amat kenali dari zaman persekolahannya lagi.Wanita yang bernama Fira itu hanya tersenyum bangga kerana dapat bertemu dengan rakan baiknya Datuk Hud Razief itu.
“You tanya I buat apa di sini ? Hud , ini kedai I.Sudah 3 tahun I berada di sini.Tetapi semuanya I hanya buat secara kecil-kecilan sahaja.Tetapi , alhamdulillah sebab ramai customer yang puas hati beli barang dengan I.” ujar Fira dengan memberitahu tentang perkembangannya yang terkini.Datuk Hud Razief tersenyum mendengar kejayaan sahabatnya itu.
“I see , jadi I pun sudah buat pilihan yang tepat ya ? Untung I dapat masuk kedai you ini ?.” usik Datuk Hud Razief sehingga membuatkan Fira tersenyum sipu.Intan Zinirah yang mula mendapat perhatian perbualan suaminya Datuk Hud Razief dan Fira dari jarak jauh itu sudah mula membuat riak wajah tidak puas hati.
“You pun baru kahwin juga.I dapat tahu berita itu daripada adik you Melissa , Hud ? Jadi , datang sini bawa wife ya ?.” soal Fira mesra kepada sahabatnya Datuk Hud Razief.
“Melissa memang jemah , semua berita dia hendak beritahu.Jadi tidak lama lagi maybe you akan tahu yang anak I sudah lahir pula.” kutuk Datuk Hud Razief selamba terhadap adik perempuannya Tengku Huda Melissa kepada Fira.Mereka berdua tertawa.
“You sudah kahwin ke ?.” soal Datuk Hud Razief mesra kepada sahabatnya Fira itu.
“I sudah berkahwin dan mempunyai satu orang anak lelaki dan I juga sudah bercerai.Mungkin tiada jodoh di antara kami.” jelas Fira tenang dalam senyumannya kepada Datuk Hud Razief.Dengan apa yang dibualkan mereka kini , Intan Zinirah rasa berpanas hati dan agak terusik dengan kata-kata wanita yang bernama Fira itu kepada suaminya Datuk Hud Razief.
“Sorry Fira , I tidak tahu yang you ibu tunggal.” ucap Datuk Hud Razief sayu dan lembut kepada Fira.Manakala , Intan Zinirah semakin mendekati mereka berdua dengan sengaja membelek barangan bayi di rak-rak yang tersusun di situ.
“Tidak mengapa Hud , wife you mana ?.” soal Fira tiba-tiba untuk mengenali dengan isteri sahabatnya Datuk Hud Razief itu.
“Sayang , kenalkan ini kawan abang semasa zaman sekolah , Fira.” ujar Datuk Huf Razief kepada isterinya Intan Zinirah dan memperkenalkan Fira.
“Hai , just call me Fira.Apa nama you ?.” soal Fira mesra kepada Intan Zinirah.
“Nama saya Intan.Panggil Intan saja.” jelas Intan Zinirah yang juga memperkenalkan dirinya kepada Fira.
“Abang Intan penat.” adu Intan Zinirah kepada suaminya Datuk Hud Razief dengan nada yang cukup manja dan mengoda.Kerana dia agak cemburu dengan kemesraan suaminya Datuk Hud Razief bersama Fira.
“Fira , I balik dulu , nanti kita jumpa lagi ya.” ujar Datuk Hud Razief mesra dan terus sahaja membawa isterinya ke kaunter pembayaran dan membuat pembayaran ke atas barangan yang dibeli oleh isterinya Intan Zinirah itu.Selepas itu mereka terus pulang ke kediaman kondominum mereka.
Pada malam minggu yang amat meriah di seleruh bandar Kuala Lumpur itu , suasana amat riuh rendah yang boleh didengari sehingga di tempat tinggi seperti kediaman kondominium Datuk Hud Razief itu.Bunyi hon kereta dan kesibukan jalan raya amat menceriakan keadaan pada malam ini.Datuk Hud Razief sudah pun selesai sembahyang berjemaah bersama isterinya sebentar tadi dan dia mula duduk di ruang tamu untuk menonton televisyen.Tidak lama kemudian , isterinya Intan Zinirah turut melabuhkan punggung untuk menyertai suaminya Datuk Hud Razief menonton televisyen.
“Terima kasih sebab belanja Intan dengan anak barang keperluan tadi.” ucap Intan Zinirah lembut dan tenang kepada suaminya Datuk Hud Razief.Manakala , suaminya Datuk Hud Razief hanya tersenyum kelat apabila mendengar ucapan daripada isterinya Intan Zinirah itu.Walaupun itu memang tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bapa tetapi dia terpaksa akur di dalam keadaan yang masih lagi dingin di antaranya bersama isteri Intan Zinirah.
“Sama-sama sayang.” balas Datuk Hud Razief lembut dan tenang kepada isterinya Intan Zinirah.
“Untung anak ini ada bapa macam abang , sanggup berhabis duit demi keselesaan dia.” ucap Intan Zinirah seperti seorang wanita lain yang terhutang budi dengan sikap baik hati suaminya Datuk Hud Razief.
“Intan Zinirah , abang tidak selesa dengan gaya percakapan awak ini.Jangan buat abang seperti orang luar yang menghantar bantuan kepada awak.Saya suami awak , saya berhak buat apa sahaja yang saya mahu.Jangan merendahkan martabat saya sebagai seorang suami kepada awak Intan Zinirah.Ini adalah pesanan buat kali pertama dan kali terakhir.Saya penat dan saya hendak berehat.Assalammualaikum.” ucap Datuk Hud Razief tegas.Terkedu Intan Zinirah apabila melihat perubahan mendadak daripada suaminya Datuk Hud Razief itu.Dia terdiam seketika.Dia menekur lantai dengan pandangan yang sayu dan rasa bersalah di atas sikapnya sendiri.
Setelah hampir 1 jam menenangkan dirinya dari teguran pedas daripada suaminya Datuk Hud Razief itu.Akhirnya dia membuat keputusan untuk memasuki ke kamar tidurnya juga.Sesampai sahaja di kamar tidurnya.Wajah lena dan lesu suaminya Datuk Hud Razief jelas kelihatan.Dia berjalan mendekati sisi katil.
“Intan tahu , abang penat bertahan dengan sikap Intan.Sebab Intan sudah banyak menyusahkan abang.” dengan ucapan begitu dia berharap yang suaminya akan tersedar dari lena.Tetapi Datuk Hud Razief terlalu dibuai lena.Dia duduk di sebelah tempat pembaringan suaminya itu.Wajah didekatkan sedikit.Lalu dada kiri suaminya dicuit.Tetap tiada tindak balas daripada suaminya Datuk Hud Razief.Dia mendapat sebuah idea.Pipi suaminya dikucup lembut.Tetapi tetap tiada tindak balas.Akhirnya dia meletakkan kepalanya di bantal yang bersebelahan suaaminya Datuk Hud Razief itu sambil menatap wajah tampan suaminya sehingga terlena.
Happy Reading Baby Readers !
Share this novel