SKZ (28)

Romance Completed 109187

Suasana di Pantai Hospital Kuala Lumpur mula terasa sunyi dan sepi.Hanya para petugas sahaja yang berada di lorong wad kecemasan tersebut.Datuk Hud Razief dan kakaknya Tengku Orked Mariam hanya duduk di bangku yang telah disediakan oleh pihak Hospital buat pewaris yang menunggu serta pesakit-pesakit yang meronda-ronda di dalam ruangan kawasan bangunan hospital tersebut.Datuk Hud Razief hanya tertunduk dan menekup wajahnya dengan telapak tangan.Manakala , Tengku Orked Mariam hanya duduk tersandar di kepala kerusi.Tiba-tiba , dari arah jauh lorong tersebut kelihatan kelibat Hazim Iqbal sedang menuju ke arah mereka.Tengku Orked Mariam menghadiahkan senyuman kepada suaminya itu.Sungguh lelaki itu cukup bersabar dengan masalah keluarganya.
 
 
“Sayang , minum dengan makan roti ini dulu.Sudah pukul 4:30 pagi ini.Daripada semalam  pun sayang belum makan apa-apa lagi.Nanti sayang sakit.” ucap Hazim Iqbal lembut kepada isterinya Tengku Orked Mariam sambil menghulurkan secawan air panas dan mengambil sebatang roti di dalam beg plastik yang di jinjingnya tadi.Isterinya Tengku Orked Mariam tidak memberi sebarang jawapan malah akur akan nasihat daripada suaminya itu.Dia beralih duduk ke kerusi bersebalahan dengannya.Manakala , Hazim Iqbal mengambil tempat duduk isterinya Tengku Orked Mariam sebentar tadi dan duduk bersebalahan dengan adik iparnya Datuk Hud Razief.Lelaki itu tetap dengan posisi yang sama dengan hanya menekup wajahnya tanpa mengangkat wajahnya memandang ke sekeliling.
 
 
“Hud , aku tahu engkau sekarang ini risau akan keadaan Intan di dalam bilik kecemasan.Tetapi , jangan pula kesihatan engkau yang terjejas.Daripada malam tadi juga engkau tidak makan.Aku ada beli roti dan air ini , buatlah alas perut.Sekurang-kurangnya perut engkau itu tidak terus kosong sahaja.” jelas Hazim Iqbal tenang dan lembut kepada adik iparnya Datuk Hud Razief.Roti sebatang serta air mineral di hulurkan kepada adik iparnya itu.
 
 
“Kenapa doktor masih belum beri keputusan itu lagi Hazim ? Apa yang terjadi kepada Intan di dalam sana ?.” soal Datuk Hud Razief yang mula bersuara.Roti dan air mineral yang berada di tangannya ditatap dengan pandangan kosong.
 
 
“Saabrlah Hud , allah sedang menguji hubungan engkau dan Intan.Allah tidak akan menguji hambanya tanpa mengikut kemampuan diri kita sendiri.Dan allah uji kerana allah sayang kita.” pujuk Hazim Iqbal lembut dan tenang kepada Datuk Hud Razief.
 
 
“Adakah Intan akan menerima cinta aku lagi ?.” soal Datuk Hud Razief sayu kepada abang iparnya Hazim Iqbal.Keluhan kecil terbit di bibirnya.Hatinya terasa sebak dengan persoalannya sebentar tadi.Sungguh dia tidak mahu akan kehilangan isterinya Intan Zinitah di dalam keadaan yang secepat ini.Airmatanya mengalir deras.Jiwanya meronta memohon ampun daripada Allah.Sungguh dia tidak kuat untuk menghadapi ujian berat ini.
 
 
“Sabar Hud , allah ada sentiasa dengan engkau.Dia yang memberi engkau ujian ini dan dia juga yang akan menyelesaikannya.” ucap Hazim Iqbal sayu dan lemah kepada adik iparnya Datuk Hud Razief itu.Bahu lelaki itu ditepuk lembut berulang kali.Tiba-tiba , pintu wad kecemasan dibuka oleh seorang doktor perempuan.
 
 
“Doktor macam mana keadaan isteri saya Intan Zinirah , doktor ?.” soal Datuk Hud Razief kalut apabila melihat doktor wanita itu semakin mendekati mereka bertiga.
 
 
“Alhamdulillah Datuk , keadaan Cik Puan stabil tetapi buat masa ini jangan bagi dia apa-apa tekanan.Jika dia sudah sedar nanti boleh mula beri dia makanan walaupun sekadar roti kerana perutnya sudah masuk angin dan dia sudah alami gastrik yang teruk.Jadi saya harap , hanya pihak yang tertentu sahaja yang boleh berjumpa dengan Cik Puan.Jika tiada apa lagi , saya minta diri dulu.” pinta doktor wanita tersebut.Datuk Hud Razief hanya mengangguk lemah.Wajah kakaknya Tengku Orked Mariam dicari dan ditatap sayu.Wanita itu sudah mengerti apa yang sedang berlegar di fikiran adik lelakinya Datuk Hud Razief itu.
 
 
“Sabar Datuk , semua ujian ini ada hikmah disebaliknya.” ucap Tengku Orked Mariam kepada adik lelakinya Datuk Hud Razief lembut dan sayu.
 
 
“Adakah dia masih mahu lihat wajah suami dia ini ?.” soal Datuk Hud Razief sayu kepada kakaknya Tengku Orked Mariam.Airmatanya menitis membasahi bumi.Dadanya turun naik menahan sebak.
 
 
“Izinkan I untuk berjumpa dengan dia Tengku.” pinta Datuk Hud Razief lembut.Tengku Orked Mariam memandang sepi ke arah adik lelakinya itu.Kepala diangguk perlahan-lahan.Datuk Hud Razief mengatur langkah menuju ke arah pintu wad kecemasan yang menempatkan isterinya Intan Zinirah itu.Tangannya menyentuh tombol pintu perlahan-lahan dan terketar-ketar.Pintu mula dibuka dan memaparkan jelas wajah lemah isterinya Intan Zinirah yang masih berada di dalam keadaan tidak sedar.Dia mendekati katil yang menempatkan isterinya Intan Zinirah itu.Airmatanya bergenang saat ini.Hatinya sayu memandang wajah isterinya yang kelihatan kusam dan lemah itu.Kerusi yang tersedia buat pelawat di duduknya.Tangan isterinya yang berselirat dengan wayar digenggam lembut.Suasana bilik diiringi bunyi hujan lebat diluar pada jam 5 pagi tepat.
 
 
“Sayang… .” seru Datuk Hud Razief sayu dan lemah kepada isterinya Intan Zinirah yang kini berada di dalam keadaan tidak sedar.Airmatanya semakin deras mengalir.Hatinya terasa hiba.
 
 
“Abang minta maaf sayang , abang tidak bermaksud hendak membuat sayang jadi begini.Abang tidak berniat untuk menipu sayang.Tetapi , perkara ini terlalu sulit demi hubungan kita.Abang tidak sanggup kehilangan sayang.Abang tidak sanggup berpisah dengan sayang.Hukumlah abang jika itu memuaskan hati sayang tetapi jangan tinggalkan abang.” ucap Datuk Hud Razief dalam linangan airmata.Tangan isterinya Intan Zinirah yang digenggam erat itu dikucup lembut.Diusap perlahan-lahan tangan mulus dan lembut isterinya itu.
 
 
“Sayang , abang akan sentiasa ada untuk sayang dan anak kita.Abang sentiasa ada di setiap waktu yang sayang perlukan abang.Kita akan besarkan anak kita bersama-sama.Tidak akan sekalipun abang tinggalkan tanggungjawab abang sebagai seorang suami dan bapa walau apa pun yang terjadi.” luah Datuk Hud Razief lagi kepada isterinya Intan Zinirah yang masih belum menyedarkan diri.
 
 
“Sekejap lagi kalau sayang sudah sedarkan diri , abang akan pastikan yang abang tidak akan berada di sisi sayang.Abang tidak mahu menambah api kemarahan sayang terhadap abang.Malah , abang mahu redakan secepat mungkin untuk kita kembali bersama.Sayang cepat sembuh ya.Boleh balik rumah , nanti abang akan jagakan sayang.” ucap Datuk Hud Razief sayu dan lemah di dalam linangan airmata.Esakannya mula kedengaran di dalam ruangan kamar wad tersebut.
 
 
“Apa yang abang takutkan selama ini , sudah pun terjadi sayang.Sekarang ini abang tidak perlu takut lagi tetapi abang harus kuat hadapi ujian allah ini.” ucap Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah yang lemah terkulai di atas katil wad itu.Dia melepaskan genggaman tangan bersama isterinya Intan Zinirah itu.Dia perlahan-lahan berdiri dan melangkah menuju ke muka pintu.Wajah ditoleh sekilas memandang wajah isterinya sebelum dia beredar dari kawasan hospital tersebut.Kemudian dia melangkah keluar dari kamar wad kecemasan tersebut.Tengku Orked Mariam dan Hazim Iqbal menunggunya di tempat menunggu yang tidak jauh dari wad tersebut.
 
 
“Tengku , nanti you tolong update I pasal Intan ya.Mungkin , I tidak datang lagi ke sini.If doktor sudah izinkan dia balik ke rumah , you tolong hantarkan dia ke rumah tetamu.Di sana ada Tengku Melissa.Mungkin dia tidak rasa sunyi sangat jika berada di sana.” pesan Datuk Hud Razief lemah dan sayu kepada kakaknya Tengku Orked Mariam.
 
 
“Awak hendak ke mana Datuk ?.” soal Tengku Orked Mariam pantar sebelum adik lelakinya Datuk Hud Razief beredar dari kawasan tersebut.Tanpa menoleh ke wajah Tengku Orked Mariam   dia melepaskan keluhan yang berat.
 
 
“I ada di rumah.Jika ada apa yang berlaku terhadap Intan.Just call me.” ujar Datuk Hud Razief sayu dan lemah kepada kakaknya Tengku Orked Mariam.Dia terus mengatur langkah untuk meninggalkan bangunan hospital tersebut.Hazim Iqbal dan isterinya Tengku Orked Mariam hanya memandang sepi ke arah langkah yang diatur oleh Datuk Hud Razief itu.
 
 
 
 
 
Matahari menghiasi langit , burung-burung berkicauan di luar sana.Intan Zinirah sudah sedarkan diri 30 minit yang lepas.Dia membuang pandangannya ke luar tingkap.Fikirannya berlegar memikirkan perkara yang menimpanya malam semalam.Hidupnya bagai bermimpi.Tidak dia sangka.Lelaki yang dia cintai , dia hormati dan sanjungi adalah seorang pembunuh dan dia jugalah yang membunuh ibu bapanya.Airmatanya tidak berhenti mengalir.Esakan tidak kedengaran.Wajahnya kelihatan tenang.Tiba-tiba , ada seseorang yang membuka pintu kamar wad tersebut dari arah luar.Wajah Tengku Orked Mariam terserlah di muka pintu dengan sebuah senyuman yang diukir lalu dihadiahkan kepada adik iparnya Intan Zinirah.
 
 
“Intan baru sahaja hendak buat panggilan dengan Tengku.Macam tahu-tahu saja yang Intan mahu Tengku datang.” jelas Intan Zinirah yang bernada mesra apabila melihat kelibat kakak iparnya itu kini berada di sisinya.Tengku Orked Mariam tersenyum tenang dan lembut kepada adik iparnya Intan Zinirah yang kini menjadi pesakit di sebuah hospital.
 
 
“Kenapa tunggu saya pula Cik Puan ? Saya ada saja di luar sana , cuma tadi saya hantarkan Hazim balik.Katanya mahu berehat , penat menunggu dari malam tadi.” jelas Tengku Orked Mariam lembut dan tenang kepada adik iparnya Intan Zinirah.Berubah raut wajah Intan Zinirah apabila mendengar kepayahan biras dan kakak iparnya itu menunggunya sehingga berada di dalam keadaan sedar.
 
 
“Intan minta maaf , sebab Intan sudah menyusahkan Tengku dan Encik Hazim untuk tunggu Intan sedarkan diri.” ucap Intan Zinirah lemah dan sedikit kecewa.Tengku Orked Mariam tersenyum lembut apabila melihat adik iparnya Intan Zinirah sudah mula membuat wajah cemberutnya itu.
 
 
“Tidak ada sesiapa pun yang susah Cik Puan.Kami hanya menjalankan tanggungjawab kami sebagai anggota keluarga Cik Puan.” ucap Tengku Orked Mariam lembut dan tenang kepada adik iparnya Intan Zinirah.
 
 
“Doktor ada update apa-apa dengan Cik Puan ?.” soal Tengku Orked Mariam lembut dan tenang kepada Intan Zinirah.
 
 
“Ada , doktor kata hari ini Intan sudah boleh balik.Mungkin petang sedikit.” jelas Intan Zinirah ceria kepada kakak iparnya Tengku Orked Mariam.
 
 
“Baik , sekejap lagi saya tolong Cik Puan kemaskan barang yang hendak dibawa pulang ya.” ucap Tengku Orked Mariam lembut kepada adik iparnya Intan Zinirah.
 
 
“Intan rasa hidup Intan seperti mimpi , Tengku.” ucap Intan Zinirah tiba-tiba kepada kakak iparnya Tengku Orked Mariam.Tangannya yang sedang mencidukkan makanan terhenti lalu menatap wajah sayu Intan Zinirah yang sedang menekur kain selimut yang menutupi separuh kakinya itu.Tengku Orked Mariam melepaskan keluhan perlahan-lahan.
 
 
“Hidup ini ibarat roda , sekejap di atas dan sekejap lagi di bawah pula.Tidak semestinya yang kaya dan yang miskin.Yang bahagia pun mampu hidup seperti roda.Jadi , apabila kita sedang bahagia janganlah kita lupa bahawa suatu hari kita pasti akan merasa duka.Kerana itu adalah asam garam rumahtangga.” ucap Tengku Orked Mariam lembut dan tenang kepada adik iparnya Intan Zinirah yang sedang mengalirkan airmata.
 
 
“Intan rasa baru semalam sahaja Intan bahagia.Tetapi Intan tidak sangka yang bahagia itu allah hanya pinjamkan untuk beberapa bulan sahaja.Apa agaknya yang harus Intan tempub selepas ini Tengku ?.” soal Intan Zinirah lemah dan sayu dalam linangan airmata.Jari jemarinya yang halus , naik menyeka airmatanya di pipi yang deras mengalir.
 
 
“Sabarlah Cik Puan , setiap yang diuji itu pasti ada hikmahnya.Setiap manusia yang teruji itu kerana allah sayang.” ucap Tengku Orked Mariam lembut kepada adik iparnya Intan Zinirah.Bubur yang berisi di dalam mangkuk itu di halakan kepada Intan Zinirah.
 
 
“Makanlah sedikit bubur ini , Cik Puan sudah beberapa jam tidak mengisi perut dengan makanan.Kesian pada anak di dalam perut itu.” ucap Tengku Orked Mariam tenang dan lembut kepada adik iparnya Intan Zinirah.
 
 
“Saya belum ada selera Tengku.” jelas Intan Zinirah sayu kepada kakak iparnya Tengku Orked Mariam.
 
 
“Tiada selera kerana sudah terlalu lama Cik Puan tidak makan.Ambillah sesuap , pasti selera hendak makan itu datang sendiri.” jelas Tengku Orked Mariam kepada adik iparnya Intan Zinirah dengan lembut dan tenang.
 
 
“Saya suapkan okay ?.” pujuk Tengku Orked Mariam lembut dengan senyuman terukir di bibir.Sudu yang sudah terciduknya bubur ayam itu disuakan ke mulut Intan Zinirah.Suapan selamat mendarat di dalam mulut wanita itu.Intan Zinirah terdiam sejenak.Rasa bubur itu sama seperti bubur yang sering dimasak oleh suaminya Datuk Hud Razief.
 
 
“Bukan Tengku yang masak bubur ini.Betul tak ?.” soal Intan Zinirah lembut dan lemah kepada kakak iparnya Tengku Orked Mariam.Terkedu Tengku Orked Mariam apabila tiba-tiba diterjah dengan soalan begitu.Dia terdiam sejenak.
 
 
“Kenapa Cik Puan ? Tidak sedap ke ?.” soal Tengku Orked Mariam lembut dan tenang.Dia cuba mengaawal emosinya daripada kelihatan terlalu panik dan terkejut apabila diterjah soalan sebegitu.
 
 
“Saya tahu ini masakan siapa.” jelas Intan Zinirah lemah dan tegas dengan riak wajah masam.Dia berubah emosi serta merta apabila mendapat tahu siapa punya masakan yang sedang dia makan itu.
 
 
“Saya mampu masak sendiri.” jelas Intan Zinirah sombong dan megah kepada kakak iparnya Tengku Orked Mariam.Emosinya yang stabil tadi kinj berubah marah dan sakit hati apabila teringatkan kejadian semalam serta suaminya Datuk Hud Razief yang kian lama menipunya.
 
 
“Cik Puan , saya minta maaf.Tetapi saya hanya menjalankan tanggungjawab sahaja.Datuk yang suruh saya beri bubur ini kepada Cik Puan.” jelas Tengku Orked Mariam lembut dan tenang.
 
 
“Saya tidak akan makan apa yang dia masak.” jelas Intan Zinirah degil.Tetapi Tengku Orked Mariam mengukir senyuman nipis di bibirnya.
 
 
“Tudak mahu makan pun Cik Puan agak hebat juga ya.” jelas Tengku Orked Mariam yang hendak memaksudkan sesuatu kepada adik iparnya Intan Zinirah itu.
 
 
“Hebat apa Tengku ?.” soal Intan Zinirah pelik kepada kakak iparnya Tengku Orked Mariam dengan dahi yang sedikit berkerut.
 
 
“Cik Puan dapat meneka masakan Datuk.Sayang juga pada Datuk ya ?.” soal Tengku Orked Mariam mengusik adik iparnya Intan Zinirah.Wajah Intan Zinirah terus bertukar cemberut.Tengku Orked Mariam tertawa kecil dengan gelagat adik iparnya Intan Zinirah itu.
 
 
 
 
 
Suasana sunyi di kediaman kondominium milik Datuk Hud Razief.Dia juga hanya duduk berseorangan di kediaman itu.Tiada teman , tiada kawan , tiada isteri.Semuanya yang bakal meninggalkannya.Punggung di labuhkan di sofa yang terletak di ruang tamu.Pandangan kosong dibuang ke arah karpet merah yang menghiasi rumahnya.Dia mengenang kenangan bersama isterinya Intan Zinirah semasa mereka baru sahaja membina bahtera perkahwinan.Apa sahaja yang hendak dilakukan pasti hendak melakukan bersama-sama.Saling bantu-membantu antara satu sama lain.Sehinggakan hendak menutupi sofa dengan kain pun hendak dilakukan bersama walaupun masing-masing masih ada perasaan malu untuk bertegur siapa ketika itu.
 
 
“Sayang , sakit bila abang kenangkan kenangan cinta kita di awal perkahwinan hari itu.Jika abang mampu putarkan masa kembali.Akan abang putarkan untuk pergi ke waktu itu lalu kekalkan supaya ia tidak berjalan.” luah Datuk Hud Razief keseorangan.Airmatanya deras mengalir.
 
 
“Tetapi abang tahu , untuk masa sekarang ini bukan masa abang untuk berangan kenangkan masa kita yang lalu.Abang perlu bersedia menerima segala ujian dan dugaan.” ucap Datuk Hud Razief lemah dan sayu.
 
 
“Abang akan mula untuk bangkit cari kehidupan abang sendiri dan lupakan kenangan lampau kita bersama.” luah Datuk Hud Razief sayu dan lemah.Tiba-tiba , pintu rumahnya dibuka seseorang.Airmata yang deras mengalir diseka segera dengan kasar.Terkejut Datuk Hud Razief apabila melihat kelibat isterinya Intan Zinirah yang sedang melangkah masuk ke dalam rumahnya itu diikuti kakaknya Tengku Orked Mariam dari arah belakang.
 
 
“Awak tidak bermimpi Datuk , dia hendak balik ke sini.” jelas Tengku Orked Mariam dengan nada berbisik sebaik dia mendekati adik lelakinya Datuk Hud Razief untuk menghulur segugus kunci.
 
 
“Sayang , sayang hendak apa-apa abang ambilkan.” ucap Datuk Hud Razief kepada isterinya itu lembut dan sayu.Dia begitu mengharap supaya dia dapat berbicara seperti sedia kala bersama isterinya Intan Zinirah itu.
 
 
“Tidak perlu berbuat baik Datuk , jika diri Datuk tidak cukup baik.” ujar Intan Zinirah tajam dan sinis kepada suaminya Datuk Hud Razief.Tersentak Datuk Hud Razief apabila mendengar ayat yang menyayat hati lelakinya daripada isterinya Intan Zinirah sendiri.Tengku Orked Mariam yang berada di belakangnya hanya terdiam dan menekur lantai.
 
 
“Kalau sayang hendak apa-apa , panggil saja abang ya.” jelas Datuk Hud Razief lembut dan tenang kepada isterinya Intan Zinirah walaupun sudah disindir dengan nada yang keras dan pedas.
 
 
“Tidak mengapa Datuk , Tengku sudah berjanji untuk membantu saya.” jelas Intan Zinirah berdegil dengan suaminya Datuk Hud Razief.Kemudian dia mengatur langkah dan memasuki kamar tidur mereka berdua.Datuk Hud Razief tertawa sinis.Dia mengosok-gosok telapak tangannya.
 
 
“Nampaknya , dia memang tidak perlukan saya lagi ya Tengku ?.” soal Datuk Hud Razief kepada kakaknya Tengku Orked Mariam dengan riak wajah senyuman sinis.

Happy Reading Baby Readers !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience