Suasana pagi yang indah amat memberi ketenangan terhadap lena Datuk Hud Razief dan Intan Zinirah.Mereka terlalu lena dan tidak sedar hari sudah pagi.Tubuh sasa Datuk Hud Razief mengeliat kecil , kemudian tangan kekarnya memeluk pinggang ramping isterinya Intan Zinirah erat.Intan Zinirah rasa terganggu dengan eratan pelukan suaminya Datuk Hud Razief di bahagian pinggang rampingnya.Dia menyentuh lembut tangan suaminya Datuk Hud Razief yang terletak di perutnya.Tangan suaminya Datuk Hud Razief diusap lembut.Ada perkara yang sedang melayang di fikirannya.Sukar untuk dia menyelesaikan masalah yang sedang ditimpa dalam rumahtangganya kerana hatinya sedikit terluka dan tercalar dengan tindakan yang dilakukan oleh suaminya Datuk Hud Razief pada suatu ketika dahulu.
“Sayang , sudah bangun ke ?.” soal Datuk Hud Razief yang tiba-tiba bersuara hingga membuatkan isterinya Intan Zinirah tersentak.Perlahan-lahan tubuhnya dipusingkan lalu menghadap wajah tampan suaminya Datuk Hud Razief yang masih di dalam pejaman mata.
“Sudah.Kenapa abang tanya ?.” soal Intan Zinirah lembut dan sayu kepada suaminya Datuk Hud Razief.Tangan kekar Datuk Hud Razief masih kekal berada di atas pinggang ramping isterinya Intan Zinirah walaupun isterinya itu sudah berubah posisi yang kini menghadap wajahnya.
“Tiada apa sayang , sekarang pukul berapa ?.” soal Datuk Hud Razief lagi kepada isterinya Intan Zinirah.Sekilas jelingan diberi ke arah jam dinding yang berada di sudut dinding biliknya.
“Pukul 7:30 pagi.Abang ini sudah kenapa asyik macam-macam pula tanya.” rungut Intan Zinirah manja kepada suaminya Datuk Hud Razief.Malah suaminya Datuk Hud Razief hanya tersenyum dengan rungutan manja isterinya itu.
“Abang sengaja buat-buat tanya kepada sayang walaupun abang sendiri boleh buat apa yang abang hendakkan itu.Tetapi , abang hendak dengar suara sayang , abang rindu semua tentang sayang.Dapat sebentar pun sudah rasa bersyukur.” bisik Datuk Hud Razief lembut dan romantis di telinga isterinya Intan Zinirah.Isterinya Intan Zinirah terdiam dengan tindakan spontan suaminya Datuk Hud Razief itu.
“Sayang , abang sudah ambil cuti 3 minggu dengan Tengku.” jelas Datuk Hud Razief lembut dan romantis kepada isterinya Intan Zinirah.Terdiam isterinya Intan Zinirah apabila mendapat tahu suaminya Datuk Hud Razief telah memohon cuti selama 3 minggu daripada Tengku Orked Mariam iaitu kakak iparnya.
“Abang buat apa ambil cuti lama-lama macam itu.Bukan ada apa pun yang abang hendak buat di rumah nanti.” bebel Intan Zinirah lembut dan manja kepada suaminya Datuk Hud Razief.Senyuman lelaki itu semakin lebar.Tangannya juga semakin kian menjalar di seluruh tubuh isterinya Intan Zinirah.Gelian di bahagian perut dan pinggang kian terasa oleh Intan Zinirah di atas kelakuan nakal suaminya Datuk Hud Razief.Tangan Intan Zinirah menahan tangan suaminya Datuk Hud Razief daripada terus melakukan perkara tersebut.
“Abang sebenarnya hendak bawa sayang pergi bercuti.Dalam negara saja.Tempat kita juga ada yang menarik dan menjadi sasaran para pelancong luar yang datang bercuti.” jelas Datuk Hud Razief lembut dan romantis kepada isterinya Intan Zinirah.
“Buat apa hendak pergi bercuti ?.” soal Intan Zinirah lembut dan pelik kepada suaminya Datuk Hud Razief.Dari posisi pembaringan mengiring kini Datuk Hud Razief telah bertukar posisi ke arah duduk tegak sambil bersandar di kepala katil.Tangan mulus isterinya Intan Zinirah diraih lembut dan diusap.
“Honeymoon sudah , sekarang kita babymoon pula sayang.Kenapa ? Sayang tidak suka ke ?.” soal Datuk Hud Razief lembut dan tenang walaupun dia agak terasa dengan kata-kata isterinya Intan Zinirah itu sebentar tadi.
“Buat apa hendak babymoon ? Ada pula mood abang hendak babymoon bagai ?.” sindir Intan Zinirah kepada suaminya Datuk Hud Razief secara nada kasar.Suaminya Datuk Hud Razief terdiam dalam senyuman.Dia terus bangun dari posisi duduknya dan menuju ke kamar mandi.Intan Zinirah memandang langkah yang diatur oleh suaminya Datuk Hud Razief dengan pandangan sepi.Intan Zinirah kini terpaku sendiri di atas katilnya.Dia menyepi di atas kekhilafannya sendiri.Dia buntu , entah apa yang patut dilakukannya sekarang ini untuk mencuri perhatian suaminya semula.Dia mula turun dari katilnya dan menuju ke dapur.Air kopi menjadi keutamaan setiap pagi suaminya Datuk Hud Razief.Dia mula membancuh air kopi tersebut.Tidak lama kemudian , kedengaran bunyi pintu kamar tidurnya dibuka dan ditutup.Menandakan suaminya Datuk Hud Razief telah selesai dari membersihkan diri.Saat wajah tampan suaminya Datuk Hud Razief melepasi tembok dinding.Intan Zinirah agak tersentak , kerana wajah tampan suaminya sudah berubah menjadi masam mencuka.Tiada segaris senyuman dan raut wajah tenang jelas kelihatan pada wajah tampan suaminya Datuk Hud Razief.Lelaki itu benar tawar hati padanya.Kerana sikap egonya yang menggunung , dia sekelip mata kehilangan kasih sayang dan perhatian suaminya Datuk Hud Razief.
“Abang , Intan sudah siapkan air kopi untuk abang.” jelas Intan Zinirah cuak dan agak gentar kepada suaminya Datuk Hud Razief.Dia takut akan jika suaminya Datuk Hud Razief yang tiba-tiba akan memarahinya.
“Terima Kasih.” jawab Datuk Hud Razief dengan nada yang kasar dan mendatar.Sedikit pun dia tidak memandang ke arah isterinya Intan Zinirah yang masih setia berada di sisinya.
“Abang , Intan minta maaf jika buat abang terasa dengan kata-kata Intan sebentar tadi.Intan tiada niat hendak menyakiti hati abang.” jelas Intan Zinirah sayu dan lemah kepada suaminya Datuk Hud Razief yang sedang duduk di kerusi meja santapan tersebut.Tetapi suaminya , Datuk Hud Razief hanya tersenyum sinis dengan apa yang diucapkan oleh isterinya Intan Zinirah.Dengan pandangan yang sinis dihadiahkan kepada isterinya Intan Zinirah.
“Tidak berniat ? Bukan itu ke yang awak sayang memang sudah berniat untuk ucap kepada abang ? Sekarang sudah puas ya ? Tahniah Intan Zinirah.” ucap Datuk Hud Razief sinis kepada isterinya Intan Zinirah dengan pandangan tajam dan marah.Mengalir airmata isterinya itu ketika dia mengucapkan ayat tersebut kepada isterinya Intan Zinirah.Dia terus bangun dan berdiri hendak menuju ke pintu rumah.
“Abang hendak ke mana ? Bukan abang sudah mula cuti ke ?.” soal Intan Zinirah tegas kepada suaminya Datuk Hud Razief.Dia risau akan sikap suaminya Datuk Hud Razief yang sedang marah itu.Lelaki itu akan buat apa sahaja yang dia mahu ketika sedang berada di dalam keadaan amarah.
“Abang hendak keluar dengan Fira.Selepas ini tidak perlu tanya ke mana abang hendak pergi atau keluar dengan siapa lagi.Sayang bukan suka abang lagi.Kita buat haluan masing-masing.” jelas Datuk Hud Razief tegas dan mendatar kepada isterinya Intan Zinirah.Bergetar jiwa wanita Intan Zinirah saat mendengar ucapan suaminya yang ada nama wanita lain selain dirinya.Airmatanya gugur deras.Jantungnya berdegup kencang.Bagai mahu meletup.Urat-urat merah matanya menjalar di dalam bebola mata kerana menahan rasa yang hebat.
“Abang .” jerit Intan Zinirah seoktaf kepada suaminya Datuk Hud Razief.Terhinjut bahu Datuk Hud Razief apabila jeritan isterinya Intan Zinirah itu sungguh kuat memenuhi ruang kediamannya.Dia perlahan-lahan menoleh ke arah belakang.Intan Zinirah tidak lagi dapat menahan tangisnya.Suara tangisannya pecah memenuhi ruangan kediamannya itu.Dia menapak laju untuk mendapatkan suaminya.Setibanya dia berdekatan dengan suaminya Datuk Hud Razief , dia terus memeluk tubuh suaminya erat.Tangisannya pecah di dada bidang suaminya Datuk Hud Razief.
“Intan sayang abang , Intan minta ampun dengan abang.Intan hendak jadi isteri abang sampai bila-bila.Intan minta maaf sebab derhaka dengan abang.Intan terlalu mengikut perasaan ego.Ampunkan Intan abang.” ucap Intan Zinirah di dalam tangisannya.Datuk Hud Razief tersenyum lebar apabila mendengar ucapan sayu isterinya Intan Zinirah itu.Pelukan isterinya Intan Zinirah juga turut disambut erat.Kucupannya mendarat di atas ubun-ubun isterinya Intan Zinirah.
“Abang juga minta maaf sebab terpaksa berkasar dengan sayang.Abang juga tiada niat langsung hendak memarahi sayang tetapi abang lakukan semua ini demi rumahtangga kita.Jika abang tidak berkeras , sayang akan terus begini sampai bila-bila.Abang cuma mahu sedarkan sayang dan perbetulkan kembali hubungan kita.” ucap Datuk Hud Razief sayu dan lembut kepada isterinya.Intan Zinirah serta merta terhenti dari tangisannya.Dia mengangkat wajahnya dan memandang suaminya Datuk Hud Razief.
“Abang tidak marah kepada Intan ? Walaupun Intan derhaka dengan abang ?.” soal Intan Zinirah seolah dia sedang bermimpi di hadapan suaminya kini.Datuk Hud Razief hanya menghadiahkan senyuman manis kepada isterinya Intan Zinirah itu.
“Tidak sayang , abang tahu yang abang tidak pernah silap mendidik isteri abang untuk menjadi isteri yang baik.Cuma ego menguasai diri sayang.Abang maafkan segala kesilapan sayang.I love you sayang.” ucap Datuk Hud Razief lembut dan romantis kepada isterinya Intan Zinirah.Dahi luas isterinya dikucup lembut.
“Terima kasih abang sebab ampunkan semua kesilapan Intan kepada abang.Intan janji yang Intan akan jadi isteri abang dan yang terbaik buat keluarga kecil kita.” ucap Intan Zinirah sayu dan lemah.Tubuh suaminya Datuk Hud Razief dipeluk erat sekali lagi.Pelukan itu juga disambut oleh Datuk Hud Razief dengan penuh kasih sayang.
“I love you sayang.” ucap Datuk Hud Razief lembut dan romantis.Nadanya berbisik membuatkan jiwa dan perasaan isterinya Intan Zinirah bergetar.
“I love you too daddy.” balas Intan Zinirah lembut dan manja kepada suaminya Datuk Hud Razief.Suasana yang tegang sebentar tadi kini kembali tenang seperti sedia kala.Rumahtangga yang dibina dengan rasa cinta dan kasih sayang kini mula berputik kembali.
Suasana di kediaman rasmi milik Datuk Hud Razief agak terkawal dengan ke semua pegawai khasnya yang berada di sini.Intan Zinirah sedang mengemas segala pakaian yang bakal dibawa untuk bercuti bersama suaminya Datuk Hud Razief.Turut membantu dirinya mengemas adalah Tengku Orked Mariam iaitu kakak iparnya sendiri.
“Tengku , boleh kalau Intan hendak tanya sesuatu kepada Tengku ?.” soal Intan Zinirah kepada kakak iparnya Tengku Orked Mariam.
“Apa dia Cik Puan ?.” soal Tengku Orked Mariam lembut dan tenang sambil menatap wajah adik iparnya Intan Zinirah.
“Kalau boleh , Intan hendak kasual sahaja bersama Tengku.Panggil Intan saja.” jelas Intan Zinirah lembut kepada kakak iparnya Tengku Orked Mariam.
“Baiklah , Intan hendak tanya apa dengan saya ?.” soal Tengku Orked Mariam lembut dan tenang kepada adik iparnya Intan Zinirah.
“Boleh Tengku ceritakan kepada Intan , apa sebenarnya yang berlaku antara Datuk dan arwah ayah Intan ? Intan mahu Tengku sendiri yang perjelaskan kepada Intan.” jelas Intan Zinirah lembut dan sayu kepada kakak iparnya Tengku Orked Mariam.Terkedu Tengku Orked Mariam saat mendengar permintaan adik iparnya itu.
“Kenapa saya pula yang perlu terangkan ? Bukan ke lebih baik Datuk yang perjelaskan segalanya ?.” soal Tengku Orked Mariam lembut kepada adik iparnya Intan Zinirah dengan tenang.
“Intan harap Tengku faham situasi Intan sekarang.Memang Intan lebih baik mendengar penjelasan daripada Datuk , tetapi hubungan kami baru saja hendak pulih.Intan takut ada berlaku salah faham lagi.Tidak mengapa Tengku , Intan juga sudah meminta izin Datuk untuk mendengar penjelasan daripada Tengku.” jelas Intan Zinirah lembut dan tenang kepada kakak iparnya Tengku Orked Mariam itu.Akhirnya Tengku Orked Mariam mengalah dengan gadis muda yang bakal bergelar ibu tidak lama lagi itu.
“Sebelum itu , saya hendak bertanya dengan Intan.Apa perasaan Intan jika orang yang Intan percaya cinta dan sayang khianati Intan ?.” soal Tengku Orked Mariam lembut dan tenang kepada adik iparnya Intan Zinirah.Riak wajah pelik jelas kelihatan di raut wajah Intan Zinirah.
“Intan akan rasa kecewa sangat-sangat sebab cinta dan kasih sayang yang kita pegang bersama akhirnya dikhianati.” jelas Intan Zinirah secara profesional.Tengku Orked Mariam tersenyum mendengar jawapan tenang dan tangkas daripada adik iparnya Intan Zinirah itu.
“Apa yang Intan akan rasa jika kawan baik Intan sendiri mengkhianati Intan ?.” soal Tengku Orked Mariam tenang kepada adik iparnya Intan Zinirah.Suasana bertukar sepi apabila soalan berikut mula diaju oleh Tengku Orked Mariam kepada Intan Zinirah.
“Anggaplah , Fira adalah kawan baik Intan dan kini dia mengkhianati Intan dengan ada hubungan sulit dengan Datuk.Apa perasaan Intan ?.” soal Tengku Orked Mariam lembut dan tenang kepada adik iparnya Intan Zinirah deengan memberi contoh keadaan sekeliling.Intan Zinirah terdiam saat mendengar nama wanita yang dia baru sahaja bertemu beberapa hari lepas.Seluruh tubuhnya mengeletar ditanya berkenaan situasi contoh tersebut oleh Tengku Orked Mariam.
“Intan akan rasa sedih dan kecewa kawan baik yang Intan percaya akhirnya khianati Intan dan juga suami dan lelaki yang Intan cintai menduakan Intan dalam diam.Intan kecewa sangat-sangat.Intan tidak mungkin dapat memaafkan kesalahan mereka.” jelas Intan Zinirah yang ada kedengaran getaran dalam nadanya.Dia bagai dapat merasai situasi tersebut walaupun itu hanya contoh semata mata.Tengku Orked Mariam tersenyum lembut dan berpeluk tubuh.
“Intan , apa yang Intan rasa , itulah yang Datuk rasa.Kerana orang yang dia sayang khianat dia dengan dengan nafsu.Kerana sahabat yang dia percayai tikam belakang dia.Tetapi apa yang dia buat itu salah , cuma dengan cara itu dia melepaskan geram di hatinya.Ayah Intan ada hubungan sulit dengan ibu mertua Intan sendiri.Iaitu ibu kami.” jelas Tengku Orked Mariam lemah kepada adik iparnya Intan Zinirah.Terbutang mata Intan Zinirah saat mendengar penjelasan daripada kakak iparnya Tengku Orked Mariam itu.Airmatanya bergenang.
“Pada mulanya , ayah Intan tipu perniagaan Datuk.Kemudian Datuk cuba bawa kes tersebut ke mahkamah.Tetapi dia licik dan kejam.Dia sudah merasuah ke semua pegawai dan peguam yang ada.Datuk mengalah.Lagi menyakitkan adalah , Datuk dapat tahu yang ibu kami ada hubungan sulit dengan ayah Intan.Media kecoh ketika itu.Tetapi , media hanya tahu tentang hubungan itu sahaja.Tidak sama dengan apa yang Datuk sendiri lihat.Dia terjumpa ibu kami dan ayah Intan bezina di dalam kenderaan.” jelas Tengku Orked Mariam lemah dan sebak kepada adik iparnya Intan Zinirah.Gugur airmata Intan Zinirah saat mendengar penjelasan kakak iparnya Tengku Orked Mariam.Hatinya remuk dan hancur.
“Sekarang Intan sendiri rasa apa yang Datuk rasa ! Dia terlalu kecewa sehingga tidak mempercayai perempuan lagi.Dia berkurung diri selama 2 tahun.Dia tidak mengenali dunia luar.Dia terlalu kecewa Intan.Sehinggakan dia pernah berkata dengan saya yang , dia tidak akan percaya dan benci semua perempuan.Tetapi , alhamdulilah Intan telah dihantar oleh allah untuk ubah kehidupan lebih baik bersama dia.” jelas Tengku Orked Mariam lemah dalam linangan airmata.Dia sebak mengenangkan kisah pahit yang pernah dialami oleh keluarganya 28 tahun yang lepas.
“Apabila Intan tidak boleh menerima Datuk saat Intan tahu siapa pembunuh ibu bapa Intan.Adakah Intan tahu , Datuk menangis sendirian di suatu sudut kerana takut akan kehilangan Intan.Dia sudah rasa hidupnya kini mempunyai nafas yang baharu kerana kehadiran Intan di dalam hidupnya.Tetapi , apabila perkara ini berlaku , dia tidak mampu untuk menangkan dirinya sendiri pun.” jelas Tengku Orked Mariam lembut dan tenang kepada adik iparnya Intan Zinirah.
“Tetapi kenapa ibu juga turut menjadi mangsa ?.” soal Intan Zinirah sayu dan lemah dalam keadan tangis kepada kakak iparnya Tengku Orked Mariam.Wanita itu terkedu dengan persoalan Intan Zinirah.
“Pak Andak , dia salah satu dalang keadaan.Dia yang suruh Datuk buat semua itu , tetapi dia tidak memikir akan akibat apa yang akan terjadi kepada mangsa keadaan seperti Intan dan ibu Intan.” jelas Tengku Orked Mariam lembut dan lemah kepada adik iparnya Intan Zinirah.
“Pak Andak dalang ke Tengku ?.” soal Intan Zinirah seakan tidak percaya akan penyataan yang dibuat oleh kakak iparnya Tengku Orked Mariam tersebut.
“Ya , dia terlibat dan tersilap langkah seperti Datuk.Selepas menerima kifarah , dia memang rasa bersalah.Tetapi semuanya tidak mampu diputarkan masa kembali.” jelas Tengku Orked Mariam lemah.Intan Zinirah mengalirkan airmata kecewa.
“Intan , lelaki yang melakukan kesilapan adalah lelaki yang akan membuat seorang wanita itu kecewa.Tetapi percayalah , mereka jugalah yang tidak mampu kehilangan seorang wanita di dalam kehidupan mereka.Datuk sudah rasa semua itu.Dia anak emas abah dan ibu tetapi dalam pada masa yang sama dia juga dikecewakan dengan hubungan sulit antara ibu dan ayah Intan.Masa itu , hanya allah sahaja yang tahu betapa susahnya hidup kami sekeluarga.” jelas Tengku Orked Mariam lembut dan tenang kepada adik iparnya Intan Zinirah.
“Hidup Datuk lebih gelap daripada Intan.Tetapi Intan tidak pernah hendak memahami apa yang dia mahu.Dia hanya perlukan cinta dan kasih sayang daripada Intan tetapi itu pun Intan tidak boleh beri kepada dia.Kejamnya Intan ini Tengku.” ucap Intan Zinirah yang sering menyalahkan dirinya di atas kekhilafannya sebagai seorang isteri kepada Datuk Hud Razief.
“Sudahlah Intan , lupakan perkara yang lepas.Tutup buku lama dan bukalah buku baru.Pergi cari ketenangan bersama yang tercinta.” ucap Tengku Orked Mariam kepada adik iparnya Intan Zinirah dengan lembut dan tenang.
Happy Reading Baby Readers !
Share this novel