Azan subuh berkumandang di Masjid yang berdekatan dengan kediaman Datuk Hud Razief telah mengejutkan Intan Zinirah daripada lena.Suasana subuh yang hening dan dihiasi kabus yang tebal diluar sana amat membawa semangat pagi dan hari Intan Zinirah.Dia mula bangun dari pembaringan dan bersandar di kepala katil.Matanya digosok perlahan.Wajah teman baharu yang hadir di dalam kehidupannya ditatap dengan senyuman.Jambang dan misai Datuk Hud Razief dimainkan dengan jemarinya.Sesekali batang hidung suaminya dikucup lembut.Intan Zinirah tersenyum sendiri.Hatinya berbunga-bunga setiap kali berada di samping suaminya.Datuk Hud Razief benar-benar menjaganya sepenuh hati.Sudah tiga hari mereka mendirikan rumahtangga.Hampir semua perkara yang berkaitan dapur tidak disentuhnya lansung.Malah pembantu rumah sahaja diarahkan untuk menyediakan apa yang isterinya itu mahu.Sedang dia khayal memikirkan sikap prihatin suaminya , tubuh Datuk Hud Razief bergerak sedikit.
“Pagi subuh pun boleh berangan ke sayang ?.” soal Datuk Hud Razief kepada isterinya selamba.Terkedu Intan Zinirah apabila disergah dengan kata-kata oleh suaminya.Segera tangan yang berada di wajah suaminya dialihkan.Datuk Hud Razief turut bangun dari pembaringan dan bersandar di kepala katil.Wajah Intan Zinirah ditatap lembut.
“Scan apa dekat muka abang tadi ?.” soal Datuk Hud Razief selamba kepada isterinya.Intan Zinirah menelan liur kesat.Wajahnya difokuskan ke hadapan kembali.Wajahnya terasa membahang.
“Mana ada buat apa-apa ? Abang mimpi agaknya ?.” duga Intan Zinirah membohong suaminya.Pecah tawa Datuk Hud Razief dibuatnya di subuh hari itu.Tangan sasa Datuk Hud Razief memaut bahu Intan Zinirah.Wajah didekatkan tetapi Intan Zinirah tetap memandang ke arah depan.
“Sayang fikir abang masih remaja macam sayang ke ? Abang 50 tahun tahu ? Sayang 20 tahun.So jangan cuba nak perdaya abang okay.” jelas Datuk Hud Razief memberi amaran lembut dalam gelak tawa.Menelan liur kesat Intan Zinirah dibuatnya.Takut dia mendengar amaran suaminya itu.
“Abang tidak marahkan sayang , tetapi jangan cuba cakap putar belit dengan abang okay ? Sebab abang tidak berminat.Kalau sayang buat sesuatu perkara itu , please jujur dengan abang.Sebab abang bukan mahu marah sayang pun hanya hendak tahu.Jujur adalah sebuah sifat yang mulia.Right ?.” jelas Datuk Hud Razief lembut dan tegas dalam kata-katanya.Tanpa dia sedar Airmata Intan zinirah mengalir.Terkejut Datuk Hud Razief apabila melihat isterinya mengalirkan airmata.Segera tubuh Intan Zinirah dipusingkan menghadapnya.
“Sayang ? Kenapa menangis ? Abang terkasar bahasa dengan sayang ke ?.” soal Datuk Hud Razief cuak.Raut wajahnya juga sudah merah padam menahan marah pada dirinya sendiri apabila dia penyebab isterinya itu mengalirkan airmata.
“Abang minta maaf kalau abang buat sayang terasa , tetapi abang tidak marahkan sayang.Abang Cuma nasihat saja.Sayang masih muda walaupun sayang isteri abang yang sah.” jelas Datuk Hud Razief dengan nada yang gelabah.Keluhan kecil terbit dari bibirnya.
“Baiklah , kalau sayang tidak selesa untuk menerima segala nasihat abang , abang janji selepas ini abang tidak akan tegur sayang macam itu lagi.Maafkan abang ya sayang.Tolong jangan menangis lagi.” ucap Datuk Hud Razief sayu.Dahi luas Intan Zinirah dikucupnya lembut.Tiba-tiba tangan Datuk Hud Razief yang memegang kedua belah pipi Intan Zinirah dipegang oleh gadis itu.Matanya yang berair kerana airmata yang mengalir lebat.
“Sedikit pun Intan tidak marahkan abang.” jelas Intan Zinirah dalam suara yang tengelam timbul kerana menahan sebak.Terkedu Datuk Hud Razief dengan penyataan isterinya itu.
“Sepanjang Intan dibesarkan ahli keluarga.Intan tidak pernah ditegur begini.Semua keluarga Intan marah Intan sebab tidak sukakan Intan.Kadang-kadang Intan tertanya kenapa tiada siapa yang tegur kesalahan Intan ? Intan pun manusia biasa.Pasti akan melakukan kesilapan.Tetapi akhirnya , terjawab juga segala persoalan Intan itu pada pagi subuh ini.Intan perlukan kasih sayang , Intan perlukan cinta dan Intan juga perlukan bimbingan.Abang lelaki yang allah hantar untuk membimbing Intan.Terima kasih abang , doakan Intan jadi isteri yang solehah ya abang.” ucap Intan Zinirah sayu dan sebak.Datuk Hud Razief tersenyum.Laju sahaja pelukan mereka bersatu.Hatinya sungguh tenang apabila mendengar penjelasan isterinya itu.
“Insyaallah sayang , abang akan bimbing sayang sebaik yang mungkin.Apa guna abang menjadi seorang suami yang mampu menyediakan kemewahan buat isteri abang tetapi gagal menyiapkan kelengkapan ilmu agama untuk keluarga kita.” jelas Datuk Hud Razief tenang dan lembut.Dia bangun dan berdiri di sisi katil.Kemudian , kedua belah tangan dihulurkan kepada isterinya seakan menyuruh Intan Zinirah menyambut.
“Jom kita sembahyang subuh ?.” ajak Datuk Hud Razief mesra.Intan Zinirah mencapai tangan suaminya sambil melutut di atas katil.Dia turut berdiri di hadapan suaminya.Janggut Datuk Hud Razief dikucup lembut.
“Jom.” sahut Intan Zinirah kembali.Datuk Hud Razief sudah ke kamar mandi terlebih dahulu untuk berwhuduk manakala isterinya Intan Zinirah menuju ke tempat persalinan untuk menukar pakaian yang lebih selesa.Datuk Hud Razief keluar dari kamar mandi terus menuju ke tempat penyidai tuala untuk mengambil kain sajadah untuk dibentangkannya.Intan Zinirah selepas selesai berwhuduk juga turut menyarungkan kain telekung di kepalanya.Saf dibetulkan , takbir diangkat oleh Datuk Hud Razief.Turut diikuti Intan Zinirah.Mereka sembahyang berjemaah fardhu subuh bersama.Alunan ayat-ayat suci al-quran oleh Datuk Hud Razief amat menarik perhatian Intan Zinirah.Selepas tamat sahaja dua rakaat , salam diberi ke kiri dan ke kanan.Intan Zinirah mengucup tangan suaminya lembut.Manakala , Datuk Hud Razief mengambil kesempatan juga untuk mengucup dahi isterinya.Kain Sajadah dilipat dan diletakkan di tempatnya semula.Turut diletakkan kain telekung juga.
“Abang mahu buatkan sayang breakfast today.Sayang mahu breakfast apa ?.” soal Datuk Hud Razief kepada isterinya lembut.
“Maggi goreng.” pinta Intan Zinirah lembut.Berkedut dahi Datuk Hud Razief mendengar permintaan isterinya itu.
“Maggi goreng ?.” soal Datuk Hud Razief pelik.
“Intan teringin nak sarapan pagi dengan maggi goreng.” jelas Intan Zinirah manja.Datuk membuat riak wajah berkerut.Keluhan kecil terbit dari bibirnya.
“Okay , ini first and last okay ? Selepas ini jangan minta abang maggi goreng lagi.” jelas Datuk Hud Razief.Tersenyum lebar Intan Zinirah dibuatnya.
“Okay abang , Intan janji dengan abang yang Intan tidak akan minta maggi goreng lagi.” janjinya lalu menayangkan sebaria gigi putih bersih kepada Datuk Hud Razief.Langkah mula diatur oleh Datuk Hud Razief menuju ke ruang dapur.Kuali dan sudip dicapai lalu disediakan segala bahan untuk mengoreng maggi buat isteri tercintanya.Segala bahan makanan laut seperti udang , sotong dan lain-lain dicampur ke dalam maggi goreng yang sedang digoreng tersebut.Dia tersenyum kerana berpuas hati dengan masakannya itu.Dimasak dengan setulus rasa cinta buat isterinya.Selepas memastikan maggi tersebut betul-betul sudah masak bersama bahan makanan laut tersebut.Lalu dihidangkan kedalam pinggan dan dihias dengan sos yang bertulis ‘Happy breakfast baby’ di atas maggi goreng yang sudah berada di dalam pinggan tersebut.Hidangan tersebut mula dibawa ke ruang santapan buat Intan Zinirah.
“Wah abang ! Cantiknya abang hias maggi ini ?.” teruja Intan Zinirah melihat tulisan yang bertuliskan sos di atas maggi goreng tersebut.Datuk Hud Razief hanya tersenyum sahaja dengan pujian isterinya itu.Garfu diambil Intan Zinirah dan terus mengambil helaian maggi goreng tersebut lalu disuakan kemulutnya.Matanya membulat apabila maggi goreng tersebut sudah berada di dalam mulutnya.Kemudian diambil lagi helaian maggi goreng itu lalu disuakan ke mulut suaminya pula.Datuk Hud Razief mencebik dan membuat riak wajah berlagak menandakan masakannya itu enak.
“Abang kenapa abang masak sedap sangat ?.” soal Intan Zinirah teruja dengan riak wajah seriusnya kepada Datuk Hud Razief.Suaminya itu tertawa kecil apabila melihat gelagatnya yang mencuit hati.
“Sebab abang masak dengan penuh rasa.” ucap Datuk Hud Razief lembut dan tenang.
“Abang guna maggi cukup rasa ke ?.” soal Intan Zinirah sambil mensuakan lagi maggi goreng serta udang yang dimasukkan ke dalam maggi tersebut ke mulutnya.
“Tidak , abang masak dengan penuh rasa sayang.” ucap Datuk Hud Razief romantis.Tersipu malu Intan Zinirah dibuatnya.Sotong yang turut menjadi hidangan di dalam maggi gorengnya itu diambil lalu disuakan ke mulut suaminya.Datuk Hud Razief menyambut sotong yang disuakan oleh isterinya.Maggi goreng dimakan sehingga licin pinggan oleh Intan Zinirah.Kemudian sendawa kecil terbit dari mulutnya.Datuk Hud Razief tersenyum melihat gelagat mencuit hatinya itu.
“Kenyang sayang ?.” soal Datuk Hud Razief.
“Alhamdulillah , kenyang.” balas Intan Zinirah Wajah suaminya yang berjambang dikucupnya lembut.
“Thank you Datuk.” ucapnya mengoda.Datuk Hud Razief tersenyum nipis.
“Sayang , abang belum breakfast lagi.Jangan sampai sayang jadi lauk tengahari abang sekali nanti.” amaran keras diberi secara lembut dan bersulamkan senyuman.Intan Zinirah menelan liur kesat.
“Abang kalau Intan mahu minta sesuatu boleh ?.” soal Intan Zinirah lembut.Datuk Hud Razief memaut bahu isterinya dan menarik ke dalam dakapannya.Kepala isterinya juga dikucup lembut.
“Minta apa sayang ?.” soal Datuk Hud Razief lembut.
“Intan nak minta izin abang , Intan mahu sambung belajar.” jelas Intan Zinirah lembut.Wajah suaminya juga ditatap lalu dimainkan jari jemarinya di jambang lebat Datuk Hud Razief.Pelukan dilonggarkan sedikit lalu wajah isterinya ditatap.
“Kenapa sayang ? Sayang bosan duduk rumah ke ?.” soal Datuk Hud Razief lembut dan meminta penjelasan.
“Bukan abang , tapi sambung belajar adalah impian Intan , dulu masa duduk rumah anak-anak yatim ada pihak mereka yang tawarkan untuk sambung belajar.Tetapi Intan tahu , mesti pilihan course terhad.Jadi Intan terpaksa tolak walaupun berminat.Intan tidak mahu terikat dengan perkara yang Intan tidak suka dan tidak mampu laksanakan.” jelas Intan Zinirah sayu.Datuk Hud Razief mengelamun seketika.
“Okay , sayang boleh sambung belajar , tapi sayang perlu ikut keputusan abang , okay ?.” jelas Datuk Hud Razief kepada isterinya.Intan Zinirah tersenyum.
“Okay abang.” ucap Intan ceria.
“Apa keputusan abang ?.” soal Intan Zinirah ingin tahu.
“Abang akan ambil dan hantar sayang ke Uni.Abang akan pilihkan Uni yang terdekat untuk sayang.” jelas Datuk Hud Razief tegas.
“Okay sir.” balas Intan Zinirah lalu memberi tabik hormat kepada suaminya.Pipi mulus Intan Zinirah dikucup lembut oleh Datuk Hud Razief.Senyuman lebar terhias di bibir gadis itu.Dia memeluk tubuh sasa Datuk Hud Razief.
Tengku Orked Mariam sedang menguruskan segala hal urusan penting Datuk Hud Razief memandangkan lelaki itu sedang bercuti.Sedang dia mengemas kini fail kerja , tiba-tiba ada gerangan yang mengetuk pintu kamar kerjanya itu.
“Masuk.” arah Tengku Orked Mariam dengan nada yang cukup lembut.Tersembul wajah Datuk Hud Razief dibalik pintu.Berkerut dahi Tengku Orked Mariam dibuatnya.
“Boleh I masuk Tengku ?.” soal Datuk Hud Razief meminta izin dari tuan punya kamar.
“Ya Datuk , silakan.” jemput Tengku Orked Mariam yang mempersilakan Datuk Hud Razief untuk memasuki ke kamar kerjanya.Langkah diatur oleh Datuk Hud Razief menuju ke kerusi yang tersedia buat tetamu lalu punggungnya dilabuhkan.
“Apa yang boleh saya bantu awak Datuk ?.” soal Tengku Orked Mariam lembut dan mesra.Wajahnya terukir senyuman.
“Bantu I carikan sebuah Universiti yang berdekatan dengan tempat tinggal kita.” jelas Datuk Hud Razief tanpa berkias.Sekali lagi berkerut dahi Tengku Orked Mariam mendengar arahan yang baru sahaja dia terima daripada Datuk Hud Razief.
“Awak nak hantar Tengku Melissa ke Universiti berdekatan ke Datuk ? Tetapi dia sudah serasi dengan tempat baru dia sekarang ini.” jelas Tengku Orked Mariam kepada Datuk Hud Razief.Lelaki itu berpeluk tubuh.Wajah lembut Tengku Orked Mariam direnung lembut.
“Bukan untuk Tengku Melissa.” jelas Datuk Hud Razief.
“Jadi untuk siapa ?.” soal Tengku Orked Mariam pelik.
“Untuk my wife.” jelas Datuk Hud Razief mendatar.Dia meraup wajahnya lembut.Satu keluhan kecil terbit di bibirnya.Tengku Orked Mariam berhenti menulis.Dia memberi tumpuan sepenuhnya kepada Datuk Hud Razief.
“Why Datuk ? Kenapa awak buat juga sedangkan awak tahu awak tidak suka akan perkara seperti ini ?.” soal Tengku Orked Mariam dengan nada sedikit kecewa.
“I buat untuk Intan Tengku.I nak lihat dia bahagia bila bersama dengan I.Walaupun perkara ini sukar untuk I putuskan.Tetapi demi dia I relakan dan restu untuk kebahagiaan diri dia Tengku.” jelas Datuk Hud Razief sayu.Dia sudah melakukan perkara yang dia sendiri pernah halang dirinya untuk berbuat demikian tetapi akhirnya dia gagal demi orang yang dia cintai.Tengku Orked Mariam menekup wajahnya seketika.
“Datuk , awak tahukan risiko Intan pergi sambung belajar itu tinggi ? Orang tidak akan percaya kalau dia kata dia sudah bersuami.Apatah lagi , kalau dia kata suami dia dari kalangan orang ternama ? Dia masih muda Datuk dan darah muda dia sedang mendidih.Awak faham apa yang saya maksudkan Datuk ?.” soal Tengku Orked Mariam.
“Sebab I sudah tiada pilihan , I minta you carikan Uni yang terdekat dengan tempat tinggal kita.Senang I mahu pantau pergerakan dia dan dia pun setuju juga Tengku.” jelas Datuk Hud Razief sayu dan lemah.
“Dekat ataupun jauh , risiko tetap sama.Jangan ingat awak boleh pantau dia dari dekat semuanya selamat.Walau awak dibenarkan pantau dia sehingga di dalam kelas sekalipun.Hati dia awak boleh pantau ke ?.” soal Tengku Orked Mariam dengan soalan yang tidak dapat diduga.Terkedu Datuk Hud Razief mendengar soalan yang keluar daripada mulut Tengku Orked Mariam.
“Keinginan untuk berseronok adalah tinggi apahila kita mendapat hak kebebasan.Bila awak izinkan dia untuk sambung belajar , sekaligus akal fikiran dia memikirkan yang dia sudah dapat hak kebebasan yang belum tentu semua orang dapat.” jelas Tengku Orked Mariam.
“Hidup dia sebelum ini pun tiada siapa ambil kisah.Tak mungkin tiada lelaki yang cuba pikat dia Tengku ?.” soal Datuk Hud Razief yang ingin memihak kepada dirinya.
“Datuk , ini adalah kehidupan rumahtangga bukan yang macam sebelum ini.Saya bercakap ini semua berdasarkan pengalaman yang saya pernah lihat.Kenapa Datuk tidak ambil berat tentang perkara macam ini ?.” soal Tengku Orked Mariam agak keras nadanya.Terdiam Datuk Hud Razief.
“Suka hati Datuk kalau ini keputusan Datuk.Semua suami pasti mahu memberi yang terbaik buat isteri mereka dan saya yakin Datuk juga ada niat yang serupa.Jadi , tidak perlulah saya nak bercakap lebih tentang perkara ini.Datuk mampu berfikir lebih jauh dan matang daripada saya.” jelas Tengku Orked Mariam mendatar dan agak kecewa dengan sikap Datuk Hud Razief.
“Tengku… .” kata-kata Datuk Hud Razief mati apabila panggilannya tidak disahut Tengku Orked Mariam.
“Datuk tidak perlu risau , saya akan carikan Universiti yang paling dekat untuk Cik Puan Intan Zinirah.” jelas Tengku Orked Mariam agak keras nadanya.
Pada petang yang hening di kediaman Datuk Hud Razief.Lelaki itu sudah keluar terlebih dahulu di atas sebuah urusan penting.Hanya Tengku Orked Mariam dan Intan Zinirah sahaja yang berada di kediaman kini.Intan Zinirah menuju ke taman flora yang telah dibina oleh Datuk Hud Razief di kawasan kediamannya yang luas itu.Di taman tersebut tersedia sebuah set lengkap meja dan kerusi serta dihiasi pelbagai jenis bunga.Dia duduk di meja batu tersebut dan menghirup air coklat panas yang berada di tangannya itu.Matanya melilau menikmati pandangan indah di taman flora tersebut.Tiba-tiba , ketibaan Tengku Orked Mariam amat memeranjatkannya apabila wanita itu menyentuh bahunya dari arah belakang.
“Sorry Cik Puan kalau saya memeranjatkan awak.” jelas Tengku Orked Mariam lembut dan tersenyum.Intan Zinirah tersenyum kembali kepada wanita itu.
“It’s okay Tengku.” balas Intan Zinirah lembut.Mereka menikmati pandangan kawasan taman flora tersebut seketika.
“Saya dengar ada orang mahu sambung belajar ?.” soal Tengku Orked Mariam yang memecah sunyi petang.Berubah raut wajah Intan Zinirah.
“Tengku marah ?.” soal Intan Zinirah lembut dan agak cuak.Terkejut Tengku Orked Mariam apabila disoal dengan soalan yang tidak di duga.
“Tidak Cik Puan.Apa hak saya untuk marah Cik Puan ? Saya Cuma mahu tahu saja , mengapa Cik Puan mahu sambung belajar ?.” soal Tengku Orked Mariam.Anak mata Tengku Orked Mariam direnung redup oleh Intan Zinirah.
“Itu adalah salah satu impian besar saya.” jelas Intan Zinirah lemah.Tengku Orked Mariam tersenyum.Tangan Intan Zinirah diraih dan diusap lalu digenggam erat.
“Semua orang yang mahu berjaya pasti ada impian yang sama seperti awak Cik Puan.” jelas Tengku Orked Mariam lembut dan tenang.
“Tetapi dalam masa yang sama , Cik Puan harus menjaga diri dan hati Cik Puan untuk Datuk.Tidak semua manusia mampu buat dua perkara di dalam satu masa Cik Puan.” jelas Tengku Orked Mariam kepada Intan Zinirah.
“Cik Puan masih muda.Masih belum mengenali dunia sepenuhnya.Apatah lagi cinta ?.” jelas Tengku Orked Mariam lembut.
“Apa yang cuba Tengku mahu sampaikan ?.” soal Intan Zinirah ingin tahu.
“Kehadiran Cik Puan di dalam keluarga kami amat memberi impak yang besar.Kami terharu dan sangat menyayangi Cik Puan.Tetapi berbeza dengan Datuk.Dia sudah jatuh cinta kepada Cik Puan.Apabila seseorang sudah cintakan kita , tergamak ke kita untuk mengkhianati cinta yang telah dia beri Cik Puan ?.” soal Tengku Orked Mariam yang ingin jawapan daripada Intan Zinirah sendiri.
“Jika saya , tidak mungkin saya akan mengkhianati cinta yang dia sudah beri.” ucap Intan Zinirah sayu.Tengku Orked Mariam tersenyum mendengar pengakuan ikhlas Intan Zinirah itu.
“Jadi saya pun tidak mahu berkias lagi.Apa yang cuba saya sampaikan adalah , Datuk tidak pernah bersetuju untuk menghantar Cik Puan ke mana-mana Universiti untuk sambung belajar.Kerana risikonya tinggi.Risiko hubungan bercinta.” jelas Tengku Orked Mariam lembut.Membulat mata Intan Zinirah mendengar penjelasan Tengku Orked Mariam.
“Tidak mungkin Datuk dan Tengku akan terfikir saya akan melakukan perkara keji itu.” agak keras nada Intan Zinirah.Tangan yang digenggam Tengku Orked Mariam juga ditarik.
“Cik Puan , saya bukan menuduh.Tetapi saya mahu Cik Puan tahu yang orang yang darah muda ini , perasaan dia sebenarnya bercelaru.Dia tidak mampu beri kata putus pada sesuatu perkara.Jadi dia akan buat sesuatu perkara mengikut rasa hati yang sering berubah.Begitu juga tentang hati dan perasaan.Cik Puan boleh jamin dengan saya yang Cik Puan tidak akan pandang mana lelaki sewaktu sambung belajar nanti ?.” soal Tengku Orked Mariam menduga Intan Zinirah.
“Memang tidak mampu Cik Puan kerana mata kita diberi untuk melihat dan sewaktu sesuatu perkara yang mengugatkan hatilah akal fikiran kita patut digunakan.Tetapi mampukah kita menggunakan dengan sebaik yang mungkin ? Dengan apa yang saya cuba sampaikan ini , saya harap Cik Puan akan beri kata putus pada Datuk dengan jawapan dan pilihan yang tepat.” jelas Tengku Orked Mariam.
“Terima kasih Tengku sebab sedarkan saya.” ucap Intan Zinirah sayu.
“Sama-sama Cik Puan.”senyuman terukir di bibirnya.
“Setia bersama Datuk hingga akhir hayat dia.” jelas Tengku Orked Mariam sayu.Mereka saling berpelukan.Ada sebuah perasaan yang tidak dapat diungkapkan oleh Intan Zinirah ketika ini.Tengku Orked Mariam yang hadir di dalam hidupnya sangat bermakna kerana wanita itu sering menyedarkannya di atas sesebuah perkara yang tidak tersinggah lansung di akal fikirannya.
Happy reading baby readers ! Jangan lupa follow 2 acc FY...satu untuk baca and satu untuk jumpa Intan..hihi.. Novelplus : Fatimah Yusof Instagram : fatimahyusof_np Thank You Baby Readers !
Share this novel