Embun yang mengamburkan pandangan pagi bagi pencari rezeki.Suasana yang tenang menemani pagi yang mendung.Awan berarakan ke kiri dan kanan dengan perlahan.Tubuh lemah Intan Zinirah mengeliat kecil di atas katil di dalam sisi pembaringannya.Tangan kanannya terlanggar tubuh suaminya yang berada di sebelah.Jelingan halus dan tajam diberikan kepada suaminya yang masih diulit mimpi itu.Hatinya tiba-tiba terasa sakit apabila memandang wajah Datuk Hud Razief yang sedang lena disebelahnya itu.Datuk Hud Razief tidak jujur dengannya dan mengadakan hubungan sulit dengan wanita lain tanpa pengetahuannya.Walaupun mereka sudah tiada hubungan lagi , dengan apa yang diketahuinya itu cukup menghiris hati perempuan Intan Zinirah.Perlahan-lahan dia bangun dari pembaringannya dan duduk sambil mengjulurkan kakinya ke lantai.Selepas beberapa minit menghilangkan rasa mengantuk.Dia mula bangun berdiri menuju ke tempat peyidai tuala untuk mengambil tuala dan melangkah masuk ke dalam kamar mandi.Datuk Hud Razief yang sudah terjaga melepaskan keluhan kecil di bibirnya.Intan Zinirah benar-benar berubah sikap terhadapnya.Selepas hampir 15 minit di dalam kamar mandi.Intan Zinirah keluar dari bilik mandi.Datuk Hud Razief yang sedang memerhatikan setiap langkahnya hanya diabaikan.Dia membuat persalinan pakaian dengan membelakangkan suaminya.Datuk Hud Razief hanya mendiamkan diri dan memerhati gerak geri isteri kesayangannya itu.Selepas selesai membuat persalinan , Intan Zinirah menuju ke cermin yang tergantung di dinding bilik.Sikat diambil dan dia terus menyisir rambutnya.
“Sayang , boleh abang tahu kenapa sayang terlalu marah pada abang ? Kenapa tiba-tiba saja sayang marah pada abang ? Bila abang tanya sayang diam.Tetapi sayang terus menerus marah kepada abang.” jelas Datuk Hud Razief lembut dan lemah.Suaranya kendur saat menjelaskan perkara tersebut kepada Intan Zinirah.Tetapi isterinya itu tetap kekal membisu.Tiada jawapan atau luahan yang keluar dari mulut Intan Zinirah.
“Sayang , bercakap dengan abang.Jangan membisu begini.Perlu ke buat abang begini ?.” soal Datuk Hud Razief lemah dan kecewa kepada isterinya Intan Zinirah.Akhirnya dia mengalah juga.Dia bangun dari pembaringannya dan mengatur langkah menuju ke isterinya yang masih menyisir rambut.Pelukan dari arah belakang dilakukan oleh Datuk Hud Razief.Tangan Datuk Hud Razief cuba ditepis oleh Intan Zinirah tetapi pelukan semakin dieratkan.Akhirnya tangisan Intan Zinirah pecah.Terlepas sikat yang berada di tangannya lalu jatuh ke lantai.Datuk Hud Razief memusingkan tubuh isterinya dan kini Intan Zinirah menghadap ke arah Datuk Hud Razief.Airmata yang mengalir diseka lembut dengan tangan kekar Datuk Hud Razief.Dia menarik tangan Intan Zinirah lembut dan dibawa ke katil mereka.Isterinya disuruh duduk.Dia turut melabuhkan punggung menghadap Intan Zinirah juga.
“Siapa yang buat sayang macam ini ?.” soal Datuk Hud Razief lembut dan tenang.Intan Zinirah merenung suaminya dengan renungan tajam dalam keadaan berair mata.
“Abang yang buat Intan.Kenapa abang tanya siapa yang buat ? Abang penipu.” ucap Intan marah dalam keadaan tangis itu.Terkedu Datuk Hud Razief saat dia mendapat tuduhan sebagai seorang penipu daripada isterinya.Tangannya meraup wajah lembut.
“Kenapa cakap abang macam ini ? Kenapa sayang ? Apa yang abang sudah buat ?.” soal Datuk Hud Razief yang masih mengawal nadanya dengan perlahan.Walaupun hatinya membara.
“Masa kita baru berkahwin hari itu , abang ada simpan perempuan kan ?.” soal Intan Zinirah tegas dan mendatar.Wajahnya serius.Ia lagi membuat kejutan yang besar kepada Datuk Hud Razief apabila isterinya menyatakan bahawa dia menyimpan perempuan.
“Astaghfirullahalazim.Sejak bila pula abang naik pangkat jadi bapa ayam ini ?.” soal Datuk Hud Razief selamba.Tubuh Datuk Hud Razief dipukul kuat oleh Intan Zinirah.Terlepas tawa Datuk Hud Razief apabila melihat riak wajah isterinya yang manja itu.
“Sayang , siapa yang beritahu sayang semua ini ?.” soal Datuk Hud Razief lembut.Rambut Intan Zinirah yang beruraian itu diselitkan di belakang telinga.
“Rakan sebilik Intan.” jelas Intan Zinirah mendatar.Hatinya masih sakit , selagi dia tidak mendapat jawapan yang kukuh daripada Datuk Hud Razief.
“Abang rasa abang tahu siapa punya kerja ini.” ujar Datuk Hud Razief megah.Dia berpeluk tubuh.Intan Zinirah mengerling ke arah Datuk Hud Razief.Terasa menyampah dengan suaminya itu.
“Siapa ?.” soal Intan Zinirah mendatar dan geram.Dia juga turut memeluk tubuh.
“Haziqa dan Syuhada kan ?.” soal Datuk Hud Razief berlagak apabila menyeru nama dua orang gadis yang kini telah menjadi rakan sebilik Intan Zinirah juga.Terbutang mata Intan Zinirah mendengar nama yang diseru oleh suaminya Datuk Hud Razief.Bagaiman suaminya itu boleh mengenali Haziqa dan Syuhada ?.
“Macam mana abang boleh kenal Haziqa dengan Syuhada ?.” soal Intan Zinirah seakan tidak percaya yang suaminya meneka dengan tepat.Dia memegang tangan Datuk Hud Razief secara tiba-tiba.Dia mula tersenyum kerana suaminya juga turut mengenali Haziqa dan Syuhada.
“Mereka adalah pegawai khas abang.” jelas Datuk Hud Razief tenang.Membulat mata Intan Zinirah apabila mendengar pengakuan suaminya itu.Dia seakan sedang bermimpi.
“Pegawai khas ? Tetapi kenapa mereka masuk Universiti ? Kenapa Intan tidak kenal ?.” soal Intan Zinirah pelik kerana dia sendiri tidak tahu hendak memberi reaksi yang bagaimana.Gembira atau marah.
“Abang tidak kenalkan semua pegawai khas abang pada sayang , tetapi sayang harus mengenali bebrapa orang untuk tahap keselamatan diri sayang supaya kalau sayang dalam kecemasan.Pegawai-pegawai yang sayang kenal itu mampu memberi bantuan kecemasan kepada sayang juga.Haziqa dan Syuhada afa pelajar , usia mereka adalah benar dan mereka sebaya dengan sayang.Tetapi di atas kesulitan hidup , mereka terpaksa bekerja dengan cara macam ini untuk menampung kehidupan keluarga.Mereka adalah anak sulung di dalam keluarga.Cita-cita dan impian mereka besar dan pengorbanan yang besar juga mereka perlu lakukan.” jelas Datuk Hud Razief tenang dan lembut.Dahi Intan Zinirah dikucup lembut.Intan Zinirah tersenyum manis.Sejuk hatinya apabila mendapat kucupan yang penuh kasih daripada suaminya Datuk Hud Razief itu.
“Jadi abang tidak curang dengan Intan ? Habis Syifa itu siapa ? Makcik abang ?.” sindir Intan Zinirah dengan riak wajah selamba.Datuk Hud Razief hanya terdiam dan tersenyum.
“Dia anak kepada kakak abang.” jelas Datuk Hud Razief tenang dan lembut.Terdiam Intan Zinirah apabila dia tekun mendengar penjelasan menarik daripada suaminya Datuk Hud Razief itu.
“Anak Tengku ke ?.” soal Intan Zinirah lembut.
“Bukan.Anak Tengku Marina.” jelas Datuk Hud Razief lemah dan sayu.Wajahnya menekur ke lantai.Berkerut dahi Intan Zinirah.
“Siapa Tengku Marina ? Bukan kakak abang seorang saja iaitu Tengku Orked Mariam ? Banyak sangat abang berahsia dengan Intan.Sampai hati.” cebik Intan Zinirah kepada Datuk Hud Razief.
“Maafkan abang , bukan abang sengaja mahu berahsia dengan sayang tetapi abang terpaksa kerana keluarga abang terlalu banyak melakukan kesilapan sehingga kami berpecah belah.Abang sendiri banyak melakukan silap.” jelas Datuk Hud Razief lemah.Sayu hati Intan Zinirah mendengar luahan hati suaminya Datuk Hud Razief itu.
“It’s okay abang , Intan akan sentiasa menjadi pendengar yang setia tentang luahan hati abang.intan sentiasa bersedia.Kalau kita berjauhan , abang boleh saja buat panggilan dengan Intan.” jelas Intan Zinirah lembut dan sayu.Senyuman manis diberikan kepada Datuk Hud Razief.
“Boleh Intan tahu siapa dan kenapa masalah abang dengan Tengku Marina boleh berlaku ?.” soal Intan Zinirah lembut.Datuk Hud Razief menarik nafas panjang.
“Sebenarnya , Tengku Marina penyebab kematian ibu dan abah kami.Dia dengki kerana harta.Jadi dia buat sehingga kami bergaduh.Bila ibu dan abah lihat situasi begitu , mereka kecewa.Abah meninggal kerana serangan jantung dan ibu meninggal kerana kemurungan.Ibu pergi selepas 3 bulan abah pergi.” jelas Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah sayu.
“Macam mana abang boleh kenal dengan Syifa sedangkan abang sudah lama tidak berjumpa dengan Tengku Marina ? Dia berkahwin pun abang tidak tahu.” soal Intan Zinirah kepada suaminya Datuk Hud Razief dengan pelik.
“Abang masa pertama kali ternampak Syifa di Uni abang dapat syak yang dia ada kena mengena dengan Tengku Marina.Kerana raut wajah dia sama sangat dengan ibu dia.Saling tidak tumpah.” jelas Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah.
“Okay , sekarang abang pula pergi mandi.Busuk.” kutuk Intan Zinirah manja.Datuk Hud Razief mencuit batang hidung isterinya.
“Sayang , terima kasih sebab sudi terima kisah abang sekeluarga.” ucap Datuk Hud Razief lembut dan sayu.Intan Zinirah tersenyum bahagia.
“Sama-sama abang , Intan akan sentiasa ada dengan abang.” ucap Intan Zinirah sayu dan lembut juga.Dahi Datuk Hud Razief menjadi sasarannya untuk mengucup lembut.
Matahari yang terik pada waktu tengahari begini telah mengiring Tengku Orked Mariam.Dia sedang berjalan kaki untuk menuju ke sebuah kedai runcit yang agak jauh dari rumahnya.Sepanjang dia berjalan seorang diri itu , payung yang menjadi temannya bagi mengelak terkena cahaya matahari.Tiba-tiba ada sebuah kereta membunyikan hon kepadanya.Bahunya terhinjut sedikit dan menoleh ke arah belakang.Wajahnya terukir senyuman , wajah Hazim Iqbal sudah kelihatan di balik cermin kereta.
“Awak mahu ke mana Orked ?.” soal Hazim Iqbal setelah dia menurunkan cermin keretanya sedikit.
“Saya mahu ke kedai aebentar.Awak mahu ke mana pula ? Tidak ke bengkel ke ?.” soal Tengku Orked Mariam kepada Hazim Iqbal mesra.
“Saya tutup bengkel hari inj , sebab saya kurang sihat.Inipun saya baru pulang dari klinik.” jelas Hazim Iqbal mesra kepada Tengku Orked Mariam.Raut wajah Tengku Orked Mariam berubah cuak apabila Hazim Iqbal menyatakan tentang kesihatan dirinya terjejas.
“Sekarang awak okay ke tidak ?.” soal Tengku Orked Mariam kepada Hazim Iqbal risau.
“Saya okay saja.Jangan risaukan saya.Mari saya hantarkan awak ke kedai.” ajak Hazim Iqbal kepada Tengku Orked Mariam.Pintu kereta dibuka oleh Tengku Orked Mariam dan dia masuk ke dalam isi perut kereta.Mereka menuju ke kedai runcit tersebut bersama.
Intan Zinirah sedang menyiapkan tugasan yang diberikan pensyarahnya di atas talian.Ketekunan dia menyiapkan tugasnya hanya diperhatikan oleh suaminya Datuk Hud Razief dari arah ruang tamu.Sesekali senyuman terukir di bibir Datuk Hud Razief.Akhirnya , dia bangun mendekati Intan Zinirah.Bahu isterinya disentuh lembut oleh Datuk Hud Razief.Kepala Intan Zinirah dikucuo lembut dari arah belakang.Senyuman gembira terukir di bibir Intan Zinirah.Wajahnya menoleh ke kiri untuk mencari wajah suaminya.
“Abang mahu apa-apa ke ?.” soal Intan Zinirah lembut kepada Datuk Hud Razief.Dia bangun dan berdiri di tempatnya itu.Manakala , Datuk Hud Razief mengalihkan sedikit kerusi isterinya lalu ditarik tangan Intan Zinirah lembut dan dibawa ke kamar mereka.
“Abang mahu luangkan masa bersama sayang sekejap.” jelas Datuk Hud Razief lembut.Setibanya mereka di kamar , pintu dikunci dan Intan zinirah mengatur langkah ke arah cermin kaca yang menampakkan kehijauan alam semula jadi di luar rumah.Datuk Hud Razief semakin dekat dan memeluk pinggang isterinya lembut.Dagunya ditongkatkan dibahu Intan Zinirah.Mereka tersenyum menghayati perasaan bahagia saat ini.
“Abang tahu , sayang sentiasa ada rasa cemburu pada abang.Tetapi sayang percayalah di dalam hati abang cuma ada sayang saja.Hidup abang tidak akan lengkap jika tiada kehadiran sayang sebagai isteri yang sah.” jelas Datuk Hud Razief lembut dan Romantis.Intan Zinirah tersenyum mendengar ucapan suaminya.Mata dipejamkan rapat.
“Abang tidak pernah jatuh cinta macam ini.Sekarang baru abang tahu macam mana perasaan orang yang jatuh cinta dan obses pada isteri yang dicintainya.Sangat sakit , kadang-kadang abang rasa mahu saja pergi ambil sayang di Universiti dan membawa sayang pulang semula ke rumah kerana tidak sanggup berjauhan dengan sayang.” luah Datuk Hud Razief lembut.
“Sayang mesti tertanya-tanya kenapa abang tidak pernah bercinta ? Sebab abang tidak mahu jadi macam Tengku.Hidup dia hampir rosak kerana cinta.Kerana kehilangan cinta , dia hampir gila.Tetapi hari ini allah sudah satukan mereka kembali.Abang bahagia bila dapat lihat orang yang abang sayang bahagia.Dan yang paling abang bahagia apabila orang yang abang sayang bahagia kerana abang perantara yang membuatkan dia bahagia.” luah Datuk Hud Razief lembut.Airmata Intan Zinirah mengalir deras.
“Sayang bahagia dengan abang ?.” soal Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah.Terbuka mata yang dipejamnya sebentar tadi.Tubuh ditolehkan ke belakang menghadap suaminya tepat.
“I love you so much.” ucap Intan Zinirah bersungguh.Datuk Hud Razief tersenyum.
“Abang tidak pernah terbayang , di usia begini yang abang akan ada seorang isteri.Paling penting , isteri abang itu terlalu sayangkan abang dan obses.Sehingga sanggup gunting gambar abang letak dalam beg duit dia.” usik Datuk Hud Razief terhadap isterinya Intan Zinirah.Memerah pipi Intan Zinirah seperti memakai pemerah pipi.Datuk Hud Razief ketawa kecil apabila melihat reaksi isterinya Intan Zinirah yang spontan itu.
“Abang mahukan kasih , cinta dan sayang yang lebih lagi daripada isteri abang ini.Abang tahu , abang tidak akan ada pewaris dan abang juga tidak akan minta pada sayang.Tetapi sentiasa bahagiakan abang dengan semua keperibadian sayang.Abang perlukan kelebihan sayang untuk tutup kelemahan abang.Dan abang akan hormati kelemahan serta kekurangan sayang sebagai kunci kebahagiaan rumahtangga kita.Yang mencari kesempurnaan itu tidak akan jumpa.Tetapi abang mencari kekurangan dan kelebihan kesayangan abang ini.” ucap Datuk Hud Razief romantis.Anak mata Intan Zinirah dicari.Dia menikam lembut anak mata Intan Zinirah dan mengenyitkan matanya kepada isterinya Intan Zinirah itu.
“Abang sebenarnya ada perkara mahu tanya kepada sayang.” jelas Datuk Hud Razief tentang keinginannya.
“Abang mahu tanya apa kepada sayang ?.” soal Intan Zinirah lembut sambil tangannya naik dan merangkul leher jinjang suaminya.Tangan kekar Datuk Hud Razief pula melingkar di pinggang ramping isterinya itu.
“Sayang menjadi anak yatim piatu dari umur berapa ?.” soal Datuk Hud Razief lembut.Dia tidak mahu menganggu emosi isterinya.Tetapi rentaknya bertanya di ceriakan supaya Intan Zinirah tidak mengikut emosi.
“Sejak umur Intan 3 tahun.” jelas Intan Zinirah lembut dan tenang.Datuk Hud Razief hanya mendengar dengan tekun dan tenang.
“Hari itu , abang ada terjumpa dengan pakcik sayang.Tetapi dia marahkan abang sebab kahwin dengan sayang.” jelas Datuk Hud Razief sayu dan mendatar.Intan Zinirah tersenyum kepada suaminya.
“Intan tahu abang kenapa dia marah sangat.Sebab dia kata Intan ini pembawa malang.Betul ?.” soal Intan Zinirah dengan penuh yakin kepada suaminya Datuk Hud Razief yang terdiam itu.Wajahnya menekur lantai.
“Intan minta maaf pada abang , sebab nasib abang sudah dapat isteri yang malang seperti Intan ini.” jelas Intan Zinirah sayu dan sebak.Airmatanya mengalir saat dia merendahkan dirinya sendiri.
“Abang tidak pernah peduli dengan kata-kata manusia.Tetapi abang yakin sayang memang jodoh abang.Datang apa sekalipun yang cuba menghancurkan rumahtangga kita ? Kita tetap perlu teguh jangan roboh.Okay sayang.” pujuk Datuk Hud Razief lembut dan sayu.Dia mengucup lwmbut dahi luas isterinya Intan Zinirah itu.Mereka saling berpelukan dan menghayati perasaan yang bermacam rasa itu.Sungguh mereka sering diuji dalam hubungan rumahtangga yang baru sahaja beberapa bulan dibina ini.Tetapi dengan adanya kekuatan cinta yang dimiliki oleh pasangan.Ribut bagaimana sekalipun yang datang menghalang tetap tidak mampu menumbangkan cinta mereka yang utuh.
Pada waktu malam yang dingin di Kampung itu , Datuk Hud Razief baru sahaja bersantapan malam bersama ahli keluarga kecilnya.Mereka sungguh bahagia saat bersantapan bersama sebentar tadi.Selepas selesai sesi bersantapan.Isterinya Intan Zinirah dihantar ke kamar terlebih dahulu untuk diberi ruang berehat.Kemudian , dia mengatur langkah menuju ke ruang tamu untuk berbual dengan Tengku Orked Mariam.Tetapi dia tidak tahu hendak memulakan bicara dari arah mana.Memandangkan pula kakaknya Tengku Orked Mariam sedang menggunakan komputer riba untuk menghabiskan segala tugas yang tertangguh.Datuk Hud Razief tidak senang duduk dibuatnya.Dia mundar mandir di sisi Tengku Orked Mariam itu.Kelakuannya itu dapat dihidu oleh Tengku Orked Mariam.Wanita ity sesekali tersenyum kerana geli hati dengan tindakan Datuk Hud Razief itu.Akhirnya dia mengambil sebuah majalah yang terletak di atas meja kecil dan dia menyelak setiap helaian bersilih ganti tanpa membaca isi kandungan majalah tersebut.
“Awak perlukan nasihat saya ke Datuk ?.” soal Tengku Orked Mariam selamba dan tersenyum sinis.Terkedu Datuk Hud Razief apabila kakaknya Tengku Orked Mariam dapat menghidu apa yang dimahunya.Perlahan-lahan punggung dilabuhkan di sebelah Tengku Orked Mariam.
“I sebenarnya ada masalah sedikit dengan Intan sebab Syifa.” jelas Datuk Hud Razief lemah.Pandangan Tengku Orked Mariam terus dihalakan kepada Datuk Hud Razief.Dia terkejut apabila adiknya itu menyebut tentang anak buah mereka.
“Apa yang Syifa sudah buat ? Awak confirm ke Datuk yang Syifa orangnya dimaksudkan Cik Puan ?.” soal Tengku Orked Mariam seolah tidak percaya dengan penyataan Datuk Hud Razief itu.
“Ya I yakin , If ada nama Syifa yang lain sekalipun.Hanya dia sahaja akan ganggu hidup kita.” jelas Datuk Hud Razief dengan penuh yakin.
“Apa yang dia sudah buat ?.” soal Tengku Orked Mariam tenang dan lembut.
“Dia pernah malukan Intan di khalayak ramai.I tahu perkara ini daripada Intan.100% confirm daripada Syuhada dan Haziqa.Mereka takut mahu beritahu I sebab mereka tahu kalau I yang sudah naik angin apa yang bakal terjadi.” jelas Datuk Hud Razief.
“Awak jangan ambil tindakan apa-apa dahulu Datuk.Biar saya yang nasihatkan dia.” jelas Tengku Orked Mariam.
“You mahu nasihat apa lagi pada budak itu Tengku ? Dia memang tidak makan dek ajar.Sebab mak bapak dia tidak ajar dia dengan baik.I peduli apa kalau dia anak sedara I sekali pun ? Yang dia sentuh itu isteri I Tengku.” lontar suara Datuk Hud Razief kerana melepaskan rasa amarahnya.Tengku Orked Mariam terdiam dan melepaskan keluhan kecil.Masalah keluarganya tidak pernah selesai.
jemput baca baby readers ! dah baca nanti komen taw..hihi.. Novelplus : Fatimah Yusof Instagram : fatimahyusof_np
Share this novel
berapa umur t. orked klu datuk 50 tahun?