1 BULAN KEMUDIAN…
Pagi yang indah di kediaman Datuk Hud Razief.Dia mengajak seluruh ahli keluarganya untuk tinggal di kediaman miliknya tersebut.Turut ada bersama ialah isterinya Intan Zinirah.Sebulan selepas , apabila situasi ketegangan rumahtangga mereka seperti tiada penyuadahan.Tengku Orked Mariam telah mendapat satu akal untuk menyakiti adik lekakinya Datuk Hud Razief dengan cara buat lelaki itu cemburu dengan isterinya Intan Zinirah sehingga dia tidak dapat lagi menegakkan egonya.Tengku Hud Khuzairi telah menjalankan tugas yang diarahkan oleh Tengku Orked Mariam untuk menyakiti abangnya Datuk Hud Razief dengan cara mendekati kakak iparnya Intan Zinirah dengan lebih rapat.Datuk Hud Razief rasa tercabar apabila Tengku Hud Khuzairi adik lelakinya dan isterinya sudah menjalinkan hubungan yang lebih erat dan istimewa serta menyatakan wanita itu juga sudah meminta fasakh di mahkamah.Tengku Orked Mariam berjaya melenturkan ego adik lelakinya Datuk Hud Razief serta merta.
“Isteri ada di hadapan mata pun engkau masih mengelamun lagi.Teringatkan siapa ?.” soal Hazim Iqbal yang tiba-tiba menerjah suasana sunyi di ruang tamu itu.Datuk Hud Razief terus menoleh ke arah belakang untuk melihat abang iparnya Hazim Iqbal yang tiba-tiba sahaja muncul di belakangnya.
“Tiada apa , aku sedang mengingatkan kisah silam aku dan pahit manis aku di dalam rumahtangga.Aku terlalu ego sehingga rasa diri ini terlalu suci , sedangkan dosa dan silap aku pada Intan lagi banyak dan besar.” jelas Datuk Hud Razief mendatar kepada abang iparnya Hazim Iqbal dalam senyuman.
“Engkau hendak tahu , apa yang perempuan paling takut jika berlaku di dalam hidup mereka ?.” soal Hazim Iqbal kepada adik iparnya Datuk Hud Razief.
“Apa dia ?.” soal Datuk Hud Razief kepada abang iparnya Hazim Iqbal yang ingin tahu penerangan daripada lelaki itu.Hazim Iqbal tersenyum nipis kepada adik iparnya Datuk Hud Razief.
“Dia takut akan kehilangan orang yang dia sayang.Begitulah dengan isteri engkau Intan Zinirah.Dia terlalu takut sehingga dia terima untuk bersubahat dengan kakak engkau untuk buat kau cemburu.Boleh tahan engkau punya cemburu buta ya ?.” soal Hazim Iqbal mengusik adik iparnya Datuk Hud Razief selamba.
“Hud , engkau cemburu sebab dia sudah ada hubungan dengan Khuzairi.Itu yang engkau dengar , engkau nampak ke dia keluar atau berdua-duaan dengan Khuzairi ? Itupun engkau sudah melenting.Tetapi , engkau ada fikir ? Saat dia tahu engkau ada keluar dengan Fira dan dia berjuang untuk selamatkan cinta dan rumahtangga dia tanpa dia berfikir panjang.Engkau ada fikir tentang hati dan perasaan dia saat dia tahu yang suami dia ini ada keluar dengan perempuan lain.Memang dia tidak nampak macam mana engkau juga tidak nampak yang dia dengan Khuzairi bersama , tetapi engkau perlu ingat Hud , dia perempuan , dia isteri dan dia juga bakal jadi ibu tidak lama lagi.” ucap Hazim Iqbal panjang lebar kepada adik iparnya Datuk Hud Razief yang hanya berdiam diri sahaja daripada tadi.
“Perempuan ini , mereka diberi satu rasa yang luar biasa oleh allah.Engkau cuba tipu dia sehebat mana pun mereka tetap dapat rasa melalui hati tanpa mereka buat sebarang spekulasi pun.Hebatkan insan yang bergelar wanita ? Engkau tahu Hud , aku sayang sangat dengan Orked sehingga aku rasa hendak bunuh diri semasa aku berada di dalam pusat pemulihan.Semasa aku sedap buat dosa aku tidak fikir langsung tentang pengorbanan dia dengan aku selama itu.Tetapi selepas berada di dalam pusat pemulihan baru tersedar.Kita ini manusia sahaja Hud , tiada apa yang istimewa pun , dijadikan pun daripada tanah.Tetapi yang membuat kita rasa istimewa adalah.Kita menghargai pasangan dan saing mencintai.Engkau tenangkan hati engkau Hud , kemudian buat apa yang aku cakap.Aku yakin , pasti tidak akan cari yang lain.” jelas Hazim Iqbal kepada adik iparnya Datuk Hud Razief.Mengalir airmata Datuk Hud Razief apabila mendengar luahan dan nasihat daripada abang iparnya Hazim Iqbal tentang kehebatan seorang wanita.
“Kadang-kadang , bila perempuan terlebih manja , laju sahaja mulut kita mengata dia , dia belum matang…dia masih mentah…dia tiada pengalaman bercinta.Tetapi , siapa yang tahu di dalam hati mereka saat mereka terluka ? Saat mereka dipermainkan lelaki ? Dan ketika itulah , mereka menjadi superwomen.Mereka bangkit sendiri tanpa bantuan sesiapa.Berharap sepenuhnya kepada allah.Cuba kita jadi seperti mereka , boleh ke ?.” soal Hazim Iqbal kepada adik iparnya Datuk Hud Razief.Tetapi , tiada sebarang jawapan yang keluar daripada bibir lelaki itu.Sebaliknya , suasana hanya sepi sahaja.
“Aku tahu yang engkau juga masih sayang kepada Intan.Tetapi , ego telah membutakan hati dan akal engkau , Hud.Renungkanlah , masa susah senang engkau bersama Intan.Kalau sudah hilang , tiada gunanya lagi untuk engkau kenang.Selagi dia masih bernyawa dan ada di hadapan mata.Hargailah dia seperti sebuah permata.Belailah dia seperti selembut sutera.” ucap Hazim Iqbal kepada adik iparnya Datuk Hud Razief.
“Terima kasih Hazim , sebab sudi nasihatkan aku.Aku cepat terlupa tentang kemanisan kehidupan aku dan Intan.Yang aku nampak buruk dia sahaja.” jelas Datuk Hud Razief lemah dan kecewa dengan sikapnya sendiri.
“Sekarang engkau sudah tahukan siapa yang selumbar sebenarnya ? Jika dia selumbar , bukan dia yang beri engkau rasa sakit selumbar itu tetapi engkau yang beri dia rasa sakit selumbar tersebut.” jelas Hazim Iqbal kepada adik iparnya Datuk Hud Razief itu.Wajah Datuk Hud Razief menoleh memandang ke arah abang iparnya Hazim Iqbal dengan dahi yang berkerut.
“Selumbar , dia dapat tahu orang yang dia sayang dan cinta bunuh ibu dan bapa dia.Sakit dia ibarat selumbar , Hud.Dia hendak menerima kenyataan tersebut di dalam masa yang sama dia hendak menerima engkau sebagai seorang suami.Jika engkau berada di tempat dia , boleh engkau buat macam apa yang dia telah buat demi engkau ? Aku rasa tidak.Kemudian , engkau tuduh dia sihir engkau tanpa berfikir panjang.Apa perasaan dia , apabila orang yang dia sayang menuduh dia menyihir pula.Sedanngkan dia buat demi engkau dan anak di dalam perut itu walaupun cara dia salah.Jangan biarkan diri kau ego tanpa hala tuju.Ego itu perlu tetapi bukanlah dengan orang yang kita sayang Kenapa dengan Fira engkau tidak mahu ego ? Kenapa dengan Intan sampai engkau tinggalkan ? Alasan untuk mencari ketenangan.Tenang ke engkau semasa berjauhan dengan dia ? Semasa engkau tinggalkan dia ? Sedangkan ketenangan yang engkau cari itu semua ada dengan dia.Ubahlah sikap engkau Hud , Intan perlu jadi matang apabila suami dia sendiri matang.Aku memang tabik engkau sebab engkau ada disiplin dan etika di dalam kerja dan hidup.Apa yang engkau buat belum tentu semua orang mampu buat.Tetapi , sebagai seorang suami engkau telah gagal.Masih belum terlamba untuk engkau perbetulkan semuanya , Hud.Demi Intan dan anak engkau.Ubahlah sikap.” pesan Hazim Iqbal kepada adik iparnya Datuk Hud Razief itu.
“Insyaallah Hazim , aku akan ubah demi hubungan aku dan Intan.” janji Datuk Hud Razief sayu dan lembut kepada abang iparnya Hazim Iqbal.Mereka berbalas senyuman antara satu sama lain.Hazim Iqbal meninggalkan adik iparnya Datuk Hud Razief bersendirian di ruang tamu.
Pintu kamar dibuka perlahan.Suasana malam amat dingin dengan cuaca yang sejuk.Wajah Datuk Hud Razief dihalakan ke pintu untuk melihat isterinya Intan Zinirah yang kini berada di atas katil sambil menatap wajahnya yang tampan itu.Dia melangkah masuk ke dalam kamar dengan sebotol air coklat yang baru dibelinya petang tadi di kedai yang berdekatan dengan kediamannya.Kakinya menuju ke arah katil dan melabuhkan punggungnya di sisi katil bersebalahan isterinya Intan Zinirah.Penutup air botol coklat dibuka dan disua kepada isterinya untuk di minum.
“Abang beli bila ?.” soal Intan Zinirah dengan riak wajah yang nakal kepada suaminya Datuk Hud Razief itu.
“Abang beli petang tadi semasa Tengku keluar dengan Khuzairi.” jelas Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah.Tanpa bercakap lagi , Intan Zinirah terus meminum air coklat tersebut dengan satu nafas dan sekali taguk sahaja.Kemudian , botol kosong itu dihulurkan kepada suaminya Datuk Hud Razief.
“Terima kasih abang sebab belikan air coklat yang Intan mengidam ini.” ucap Intan Zinirah lembut dan manja kepada suaminya Datuk Hud Razief.Tubuh suaminya terus disambar dan dipeluk erat.Dia merindui yang amat terhadap suaminya Datuk Hud Razief itu.Pelukan mereka semakin hangat apabila kepalanya diusap lembut oleh suaminya itu.
“Sayang masih rindu abang ?.” soal Datuk Hud Razief lembut dan romantis kepada isterinya Intan Zinirah itu.Dia menarik sedikit wajah isterinya untuk mata mereka saling bertembung.Intan Zinirah mengalihkan pandangan ke bawah kerana bergetar jantungnya saat bertentang mata bersama suaminya Datuk Hud Razief.
“Sayang , abang hendak meminta maaf kepada sayang.” ucap Datuk Hud Razief sayu dan lemah kepada isterinya Intan Zinirah.Selalu , jika suaminya itu hendak membuat permohonan maaf segera saja dia menepis dan memaafkan Datuk Hud Razief.Tetapi , untuk kali ini dia hanya membiarkan lelaki itu berbicara dan membuat pengakuan maaf kepadanya.
“Abang tahu yang abang sudah banyak buat silap kepada sayang dan keluarga sayang.Kesilapan abang tidak patut dimaafkan sebenarnya , tetapi abang buta dan bodoh sebab sudah mendapat isteri sebaik sayang.Abang leka dan rasa diri ini terlalu baik sedangkan diri ini tersangatlah keji.Ego abang terlalu tinggi.Abang salahkan semua orang yang abang sayang.Abang tidak mahu kehilangan sayang dan keluarga abang.Sekarang ini , Tengku juga sudah tidak mahu bercakap dengan abang.Jangan pula selepas ini , sayang tidak mahu bercakap dengan abang.Cinta abang kepada sayang tidak pernah kurang walaupun sedikit.Tetapi semuanya telah ditutup oleh keegoan.” jelas Datuk Hud Razief sayu dan sebak kepada isterinya Intan Zinirah.Dahi isterinya dikucup lembut dengan penuh kasih.
“Abang , Intan tidak pernah sekalipun rasa menyesal berkahwin dengan abang.Intan sayangkan abang sepenuh hati Intan.Kasih dan cinta Intan hanya untuk abang.Hendak bercerita tentang silap ? Dosa ? Kita berdua melakukan perkara yang sama.Apa yang kita perlu buat adalah terus percaya antara satu sama lain.” ucap Intan Zinirah sayu kepada suaminya Datuk Hud Razief.
“Tetapi , ada sesuatu yang abang hendak jujur dengan sayang.Abang harap sayang dapat dengar penjelasan abang ini sehingga habis.Abang tahu abang bukan suami yang baik.” ucap Datuk Hud Razief sayu kepada isterinya Intan Zinirah.Tangan suaminya Datuk Hud Razief diraih lembut oleh Intan Zinirah.
“Intan akan sentiasa menjadi pedengar terbaik abang.Apa sahaja yang abang hendak luahkan dan perjelaskan , Intan akan dengar abang.” ucap Intan Zinirah lembut dan sayu kepada suaminya Datuk Hud Razief dengan senyuman.
“Abang sebenarnya pernah ada hati terhadap Fira semasa abang sedang sakit hari itu.Tetapi sekarang , sumpah sudah tiada rasa apa-apa lagi.Abang terpaksa bohong sayang sebab tidak mahu sayang terluka.” ucap Datuk Hud Razief sayu kepada isterinya Intan Zinirah.
“…tetapi di dalam pada masa yang sama , abang juga sudah buat sayang terluka dan kecewa.Abang tidak mahu langsung mendengar penjelasan daripada sayang.Abang biarkan sayang terkontang kanting seorang diri.Suami jenis apa yang sayang dapat ini ? Tidak berguna untuk keluarga sendiri.Memang patutlah , Tengku marahkan abang.Memang layak sangat jika Khuzairi hendak menumbuk abang.Memang patut abang terima semua itu.” luah Datuk Hud Razief sayu dan lemah yang menyalahkan dirinya sendiri di hadapan isterinya Intan Zinirah.Malah isterinya Intan Zinirah hanya tersenyum sahaja.
“Tidak mengapa abang , Intan faham dengan apa yang berlaku terhadap dir abang hari itu.Intan juga turut terpalit.Tentang perasaan terhadap Fira , abang tidak perlu risau.Intan percayakan abang , abang akan setia dengan Intan seorang sahaja.Perasaan itu hanya dugaan buat hubungan kita.Intan tidak pernah buruk sangka dengan abang.Intan sentiasa doakan buat abang.Sebab Intan terlalu sayangkan abang.” ucap Intan Zinirah sayu dan sebak.Suaranya bergetar menahan sebak.Airmata Datuk Hud Razief sudah mengalir terlebih dahulu.Dia mengucup lembut tangan isterinya yang digenggamnya itu.
“Sayang , sayang adalah anugerah terindah yang allah beri kepada abang sepanjang perkahwinan kita ini.Sayang terlalu cantik dan baik di mata abang.Sebab itu , ada saja yang dengki dengan kita.Tidak senang mereka lihat kita bahagia.Sedangkan abanglah lelaki yang terbahagia selepas berkahwin dengan sayang.Abang terlalu cepat terpengaruh dengan semua ini sehingga menjejaskan rumahtangga kita.Nasib baik , sayang dan Tengku terus menerus membantu abang supaya abang cepat sedar.Jika tidak , menyesal tiada gunanya kalau abang kehilangan sayang dan anak kita.” ucap Datuk Hud Razief sayu dan lembut kepada isterinya Intan Zinirah.Dahi isterinya dikucup lembut sekilas.Intan Zinirah tersenyum manja dan suka.Sudah lama dia tidak menerima perhatian begitu daripada suaminya Datuk Hud Razief.
“Abang , boleh kita lupakan yang keruh dan ambil yang jernih ?.” soal Intan Zinirah manja dan lembut kepada suaminya Datuk Hud Razief.
“Boleh sayang , abang sekali lagi mohon maaf kepada sayang ya.” ucap Datuk Hud Razief sayu kepada isterinya Intan Zinirah.
“Intan tidak mahu mengenang lagi kisah pahit kita.Biarlah kenangan manis sahaja yang menjadi perhiasan memori kita bersama.” ucap Intan Zinirah lembut kepada suaminya Datuk Hud Razief.Senyuman terukir di bibir Datuk Hud Razief lalu dihadiahkan kepada isteri kesayangannya Intan Zinirah.
“Sayang ini , pemaaf orangnya.Sentiasa maafkan abang walaupun kesilapan tetap berulang.Abang sahaja yang tidak tahu menghargai jasa sayang sebagai seorang isteri.” ucap Datuk Hud Razief sayu kepada isterinya Intan Zinirah.
“Jika lidah pun lagi tergigit , inikan pula suami isteri.I love you abang.” ucap Intan Zinirah kepada suaminya Datuk Hud Razief dengan lembut dan manja.Sudah lama dia tidak memberi ucapan romantis begitu kepada suaminya.
“I love you too sayangku.” ucap Datuk Hud Razief dan mengucup pipi mulus isterinya dengan lembut dan penuh kasih.Saat pipi mulusnya dikucup oleh Datuk Hud Razief.Mata Intan Zinirah terpejam rapat seketika.Dia bagai tidak percaya yang dia masih lagi akan menerima kasih sayang serta cinta daripada suaminya Datuk Hud Razief yang tercinta itu.Dari posisi duduk , dia bangun berdiri.Suaminya Datuk Hud Razief turut berdiri.Mata mereka saling bertembung.Pelukan berlaku serta merta.Datuk Hud Razief memeluk tubuh isterinya erat dan penuh kasih.Intan Zinirah melentokkan kepalanya di bahu kanan suaminya itu.Saat di dalam pelukan tersebut , dia tersenyum keseorangan.Bagai sedang bermimpi kerana dia masih diberi kesempatan untuk memeluk lelaki yang bergelar suami.Dia hampir hilang cinta daripada lelaki itu suatu masa dahulu.Dia hampir hilang jasad lelaki itu kerana cemburu buta manusia melihat kebahagiaan mereka.Dia menerima kata-kata kesat daripada lelaki itu kerana sikap manusia yang inginkan kemusnahan di dalam rumahtangganya.
“Abang , terima kasih kerana sudi memberi kasih sayang dan cinta kepada Intan.Intan rindukan pelukan dan belaian abang.” ucap Intan Zinirah sayu dan sebak kepada suaminya Datuk Hud Razief.
“Selepas ini , abang akan sentiasa ada dengan sayang.Jangan pernah rasa kesunyian lagi.Abang ada dengan sayang walau apa pun yang terjadi.Abang cintakan sayang sepenuh hati abang.” ucap Datuk Hud Razief sayu dan lembut kepada isterinya Intan Zinirah.
“Sayang , abang ada terfikir sesuatu untuk kita.” jelas Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah dengan lembut dan romantis.Tangannya meliar di seluruh wajah isterinya itu.Jari jemarinya bermain di bibir mungil Intan Zinirah.
“Apa dia abang ?.” soal Intan Zinirah yang agak teruja dengan tawaran yang dibuat oleh suaminya Datuk Hud Razief itu.
“Abang ada terfikir , yang selepas sayang habis berpantang nanti.Abang hendak bawa sayang sekali ke kelas mengaji.Abang ada berjumpa dengan seorang ustaz ini , orangnya nampak baik sahaja.Abang beritahu dia yang abang tidak pandai mengaji.Dia tidak kisah pun , yang penting rasa hendak belajar itu ada dan meninggi rasanya.” jelas Datuk Hud Razief teruja dan lembut kepada isterinya Intan Zinirah.Mengalir airmata Intan Zinirah saat mendengar luahan hati suaminya yang kini berkeinginan untuk belajar tentang agama pula.
“Alhamdulillah , jika kita belajar nanti , abang buat kelas itu di mana ?.” soal Intan Zinirah teruja dan ingin tahu daripada suaminya Datuk Hud Razief.
“Insyaallah , abang akan buat di rumah kita sahaja , ustaz itu kata belajar di rumah pelajar lebih mudah.Tentang kemudahan pengangkutan dia kata tidak perlu risau , dia boleh datang sendiri.Yang penting kita sentiasa bersemangat hendak belajar agama dengannya.” jelas Datuk Hud Razief lembut kepada isterinya Intan Zinirah.
“Insyaallah , terima kasih abang sebab sudi buat semua ini untuk Intan.” ucap Intan Zinirah lembut kepada suaminya Datuk Hud Razief.
“Sama-sama sayang , abang buat ini sebab hendak perbaiki rumahtangga kita.Insyaallah , selepas ini kita akan lebih bahagia.” jelas Datuk Hud Razief lembut dan romantis kepada isterinya.Mereka berdua saling berpelukan antara satu sama lain.
Maaf baby readers , otak , kaki dan tangan FY terlaju tanpa sengaja..hahahhaha..hope korang happy dapat plus chapter ni..so esok jelah FY cuti yer..hihi..happy reading baby readers..FY love you all
Share this novel