SKZ (40)

Romance Completed 109187

Cuaca pada pagi ini amat redup dan dingin.Kabus tebal menutupi pemandangan gunung-ganang yang menghiasi pemandangan indah di kediaman Datuk Hud Razief dan isterinya Intan Zinirah.Tidur mereka cukup nyenyak sehingga tidak terganggu dengan gangguan bunyi bising dari luar bilik antara perbualan Tengku Huda Melissa dan birasnya Hazim Iqbal.Tidak lama kemudian , Intan Zinirah mula rasa terganggu dari lenanya.Perutnya terasa sakit dengan hempapkan tangan sasa suaminya Datuk Hud Razief.Tangan suaminya Datuk Hud Razief itu diambil lalu dialihkan ke sisinya.Mata digosok perlahan dan membuka matanya perlahan-lahan.Suara adik iparnya Tengku Huda Melissa masih lagi kedengaran sedang memarahi dan bergaduh dengan seseorang.Tetapi seiringan pula dengan gelak ketawa birasnya Hazim Iqbal.Wajah Datuk Hud Razief ditatap dan diusap perlahan untuk membuatkan suaminya itu tersedar dari lena.
 
 
“Abang , bangun sudah pukul 8.Abang kata hendak keluar awal hari ini ?.” soal Intan Zinirah kepada suaminya Datuk Hud Razief untuk mengingatkan semula apa yang hendak dilakukan oleh suaminya pada hari ini.
 
 
“Erm , ya sayang.Tetapi rasa malas pula hendak keluar kerja hari ini.Abang temankan sayang di rumah sajalah.” ucap Datuk Hud Razief manja dan mengoda kepada isterinya Intan Zinirah.
 
 
“Abang ini mengadalah , semalam abang kata ada kerja , ini kata malas pula , nanti kalau Tengku marah abang Intan tidak tahu ya.” ugut Intan Zinirah kepada suaminya Datuk Hud Razief.Suaminya Datuk Hud Razief hanya tersengih sahaja.
 
 
“Tidak mengapa sayang , Tengku faham adik dia yang seorang ini.Tidak lama lagi abang sudah tidak dapat bermanja dengan sayang , bagilah peluang kepada abang.” ucap Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah dengan nada manja.Intan Zinirah menjatuhkan pandangannya kebawah daripada terus saling bertentangan mata dengan suaminya Datuk Hud Razief.
 
 
“Sayang ini , semenjak kebelakangan  ini sering malu terhadap abang sudah kenapa ? Macam orang baru hendak mula bercinta pula.” usik Datuk Hud Razief terhadap isterinya Intan Zinirah yang sudah mula tersipu malu itu.
 
 
“Abang , Intan hendak bertanya sesuatu kepada abang boleh ?.” soal Intan Zinirah meminta izin suaminya Datuk Hud Razief untuk bertanya.
 
 
“Ya sayang , tanyalah apa aahaja , abang akan jawab.” balas Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah dengan bernada lembut.
 
 
“Abang , bagaiman jika melahirkan anak kita nanti , Intan pergi meninggalkan abang ?.” soal Intan Zinirah sayu kepada suaminya Datuk Hud Razief sambil matanya merenung sayu wajah suaminya Datuk Hud Razief itu.Tersentak Datuk Hud Razief mendengar pertanyaan daripada isterinya Intan Zinirah itu.Dadanya berdegup laju dan tidak teratur.Airmatanya bergenang.Tidak tahu hendak memberi reaksi apa kepada isterinya Intan Zinirah itu kerana dia agak terkejut menerima ajuan soalan begitu.
 
 
“Kenapa sayang bertanya begitu ? Sayang dan anak kita akan selamat sehingga selesai bersalin nanti.Janganlah cakap begitu , abang tidak sanggup untuk menghadapi harian kehidupan abang tanpa sayang.Sayang seperti ibu kepada abang dan sayang juga bakal ibu kepada anak-anak abang.” ucap Datuk Hud Razief sayu kepada isterinya Intan Zinirah dengan sayu dan sebak.Dia tidak sanggup untuk menyatakan perkara sebenar.
 
 
“Intan hendak tahu , andai kata umur Intan panjang.Adakah abang akan setia dengan Intan ? Adakah abang akan jaga Intan dan anak kita baik-baik ? Adakah peluang kedua ini akan abang pergunakan dengan sebaik yang mungkin ?.” soal Intan Zinirah lemah dan sebak kepada suaminya Datuk Hud Razief.
 
 
 
 
 
Suasana di taman tasik yang sering dikunjungi oleh Tengku Orked Mariam dan Datuk Hud Razief sunyi dan sepi.Datuk Hud Razief membuang pandangannya ke arah air tasik yang direnangi ikan-ikan.Fikirannya melayang memikirkan apa yang dikatakan oleh isterinya pagi tadi.Hatinya terasa dipukul hebat dengan kata-kata isterinya.Wajahnya diraup lembut dengan kedua belah tangannya.Makin lama dia semakin sebak.Akhirnya airmatanya gugur.Esakan semakin kuat dan kedengaran.Dia tidak meminta untuk terima dugaan dan kehidupan yang begini.Tetapi , allah sering mengujinya dengan dugaan yang berat dan yang tidak terlintas langsung di fikirannya yang perkara tersebut akan terjadi kepadanya.
 
 
“Hud , apa khabar ?.” soal satu suara menyapanya dari arah belakang.Datuk Hud Razief menoleh untuk melihat gerangan empunya suara tersebut.Alangkah terkejutnya Datuk Hud Razief apabila melihat kakaknya Tengku Orked Mariam sedang berdiri tegak di belakangnya.
 
 
“Tengku ? Bagaimana you tahu I ada di sini Tengku ? I datang pun hanya berseorangan tanpa pengetahuan sesiapa ?.” soal Datuk Hud Razief pelik dengan kehadiran kakaknya Tengku Orked Mariam yang tanpa diundang.
 
 
“Kita adik beradik Hud , rasa hati akan menjalar perkara dan rasa yang sama.Lagipun , kita bukannya baru berbaik.Kita memang rapat sejak dahulu lagi.” ucap Tengku Orked Mariam tenang kepada adik lelakinya Datuk Hud Razief.
 
 
“I rindu suasana dan tempat ini Tengku , sudah lama I tidak datang menenangkan fikiran di sini.Masalah makin bertambah dan fikiran menjadi sesak dan semak.” jelas Datuk Hud Razief sayu kepada kakaknya Tengku Orked Mariam.
 
 
“Biasalah , bila kita ditimpa masalah , tempat dan kenangan lama yang akan berkunjung di hati dan fikiran kita.Zaman kita kecil adalah zaman yang terbaik buat kita , semasa kecil tidak sabar hendak membesar.Bila sudah dewasa akan kita terasa hendak putarkan masa ke belakang kembali.Itulah lumrah kehidupan kita sebagai manusia Hud , tetapi apakan daya kita sebagai hamba yang kerdil ? Allah sudah tetapkan segalanya buat kita , Hud.” ucap Tengku Orked Mariam lembut dan tenang kepada adik lelakinya Datuk Hud Razief.
 
 
“Sejahat-jahat I Tengku , I masih ada kenangan semasa kecil.Rindu zaman I sekolah , I selalu kumpul duit sekolah dan belikan kakak-kakak I bunga , jika bulan yang I kumpul duit sekolah itu ada lebih pasti I akan belikan Khuzairi dan Melissa mainan.I dari kecil bercita-cita hendak membahagiakan orang lain sebab I percaya yang balasan dia I akan dapat lebih dari apa yang I buat itu.Tetapi , akhrnya semuanya allah sudah balikkan dengan kekecewaan terhadap diri I sendiri Tengku , I buat orang menangis , I buat orang kecewa dan benci kepada I , Tengku.” luah Datuk Hud Razief dengan nada mendatar.Isinya bercerita hanya kosong kerana fikirannya melayang.
 
 
“Sebenarnya , saya baru teringat sesuatu.Bila bercakap tentang Khuzairi baru teringat.” jelas Tengku Orked Mariam yang mula serius nadanya kepada adik lelakinya Datuk Hud Razief.
 
 
“Apa dia Tengku ? Macam serius saja ? Macam ada sesuatu yang penting sahaja hendak dimaklumkan kepada I , Tengku ?.” soal Datuk Hud Razief menduga terhadap kakaknya Tengku Orked Mariam.
 
 
“Tentang Khuzairi dan Fira.” jelas Tengku Orked Mariam dalam getaran nadanya.Terbutang mata Datuk Hud Razief mendengar penyataan tersebut daripada kakaknya Tengku Orked Mariam.
 
 
 
 
 
Intan Zinirah sedang duduk di ruang tamu.Televisyen di hidupkan dengan alat kawalan jauh.Rancangan raja lawak ditonton untuk menghiburkan hati.Sambil dia menonton televisyen , kerepek menjadi kudapan setia bersamanya tanpa henti mengunyah.Air susu buat ibu mengandung juga turut dibancuh dan di minum bersama.Sedang dia asik menonton televisyen tersebut.Wajah suaminya Datuk Hud Razief , tersembul di muka pintu dengan raut wajah kepenatan yang baru sahaja pulang dari kerja.Intan Zinirah menghadiahkan sebuah senyuman manis.Senyumannya juga turut dibalas oleh suaminya Datuk Hud Razief dengan riak wajah yang layu.
 
 
“Sayang , okay hari ini ? Abang minta maaf sebab pulang lambat.Banyak urusan yang abang selesaikan nanti senang bila abang hendak menjaga sayang di dalam pantang.” jelas Datuk Hud Razief lembut dan tenang walaupun nadanya agak mendatar.
 
 
“Tidak mengapa abang , Intan faham yang abang sibuk bekerja.Sekarang abang sudah pulang pun Intan gembira.Abang hendak air ? Intan boleh buatkan.” tawar Intan Zinirah kepada suaminya Datuk Hud Razief.Malahan , suaminya Datuk Hud Razief itu hanya menghadiahkan senyuman sehingga menampakan sebaris gigi putihnya.
 
 
“Sayang , sayang tahu ke tidak keadaan sayang itu sudah sarat ? Masih lagi hendak banyak bergerak.Abang risau lihat keadaan sayang yang seperti tiada apa-apa ini.Cuba sayang bawa bertenang , asyik kelam kabut sahaja.” jelas Datuk Hud Razief kepada isterinya Jntan Zinirah.
 
 
“Susah betul berkahwin dengan orang tua macam abang ini , banyak betul pesanan.” ucap Intan Zinirah merungut selamba kepada suaminya Datuk Hud Razief.Terlopong suaminya Datuk Hud Razief mendengar rungutan selamba isterinya Intan Zinirah itu.
 
 
“Amboi , sedapnya mulut sayang bercakap begitu dengan abang ? Sampai hati sayang mengutuk abang.Abang nasihat untuk kebaikan sayang juga , bukannya suka-suka membebel.” jelas Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah itu.
 
 
“Intan gurau saja abang , abang janganlah ambil hati ya ? Intan tidak kisah pun asyik perlu dengar bebelan abang.Intan sayang abang , jadi Intan sanggup buat apa sahaja demi abang.” ucap Intan Zinirah lembut dan manja kepada suaminya Datuk Hud Razief.
 
 
“Terima kasih sayang.” ucap Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah tiba-tiba.Dia bangun dan berdiri menuju ke dapur.Diikuti isterinya Intan Zinirah.
 
 
“Kenapa abang ucap terima kasih ? Abang tidak belikan sayang hadiah pun.” ucap Datuk Hud Razief selamba kepada isterinya Intan Zinirah walaupun dia sudah tahu tentang sikap manja isterinya itu.
 
 
“Abang memang tidak belikan Intan hadiah , tetapi terlalu banyak hadiah yang abang sudah beri kepada Intan termasuk yang di dalam perut ini.” jelas Intan Zinirah manja dan nakal kepada suaminya Datuk Hud Razief sambil mengusap-usap perutnya yang bakal melahirkan seorang bayi tidak lama lagi.
 
 
“Sayang , abang kalau boleh hendak beri sayang hadiah itu setiap tahun.Tetapi abang bukanlah kejam sangat.Abang akan selangkan 3 tahun sekali selagi abang mampu.” ujar Datuk Hud Razief nakal kepada isterinya Intan Zinirah.Kemudian tawanya letus seisi ruang dapur.Intan Zinirah mendekati suaminya Datuk Hud Razief.Tubuh suaminya dipeluk erat dan pelukannya juga turut disambut dengan penuh kasih oleh Datuk Hud Razief.
 
 
“Intan akan bahagiakan abang juga seperti mana abang beri segalanya kepada Intan.” ucap Intan Zinirah lembut dan romantis kepada suaminya Datuk Hud Razief di dalam pelukan.
 
 
 
 
 
Selepas satu minggu Fira dibawa berubat secara tradisional oleh Tengku Hud Khuzairi.Mereka telah selamat pulang ke Kuala Lumpur , Fira dibawa ke kediaman sewa Tengku Hud Khuzairi dan diikuti anak Fira iaitu Aqief.Sebelum pulang ke rumah , Tengku Hud Khuzairi berhenti di gerai makan untuk membeli bungkusan makanan buat mereka bertiga.Setibanya di kediaman sewa Tengku Hud Khuzairi , kereta di parkir di bawah bumbung.Mereka bertiga keluar dari isi perut kereta dan menuju ke dalam rumah.Beg bagasi dibawa bersama ke dalam kediaman.Fira melabuhkan punggung di sofa yang tersedia.
 
 
“Khuzairi , thank you sebab bawa I berubat , you sudah banyak luangkan masa dengan I sehingga I sembuh.You sudah banyak buang duit dan masa untuk I sehingga tidak pergi kerja.Kemudian , you tolong jagakan Aqief sepanjang I berubat.” jelas Fira yang terhutang budi kepada Tengku Hud Khuzairi.
 
 
“Sama-sama Fira , I harap you jagalah diri baik-baik selepas ini.Jangan buat perkara syirik lagi.Kesian anak you , jangan seksa hidup Aqief lagi.” ucap Tengku Hud Khuzairi tenang dan lembut kepada teman wanitanya Fira.Wanita itu tersenyum mesra.Dia tertarik dengan perwatakan Tengku Hud Khuzairi yang sering membuatnya rasa bahagia.Wajah lelaki itu ditatap lembut.Sedang mereka duduk di dalam rumah itu , satu ketukan pintu kedengaran agak kuat.Fira dan Tengku Hud Khuzairi pandang ke arah pjntu serentak.Fira bangun dari duduknya dan menuju ke muka pintu , sebaik dia membuka pintu tersebut sepasukan pihak polis sedang berdiri di hadapan pintu rumahnya.Terkejut dia melihat seragam dan anggota tersebut.
 
 
“Ya , cari siapa ?.” soal Fira kepada anggota tersebut.
 
 
“Ini cik Fira ke ?.” soal Anggota polis yang mewakili anggotanya yang lain.Fira terkejut apabila namanya menjadi sasaran pasukan polis tersebut.Malah , Tengku Hud Khuzairi yang berada di dalam rumah tersebut hanya kelihatan tenang sahaja.
 
 
“Ya saya Fira.Ada apa cari saya Encik ?.” soal Fira kepada anggota polis yang menyoalnya sebentar tadi.
 
 
“Maafkan saya Cik , kami mendapat aduan bahawa cik telah melakukan penderaan terhadap anak cik sendiri sehingga cedera parah.Tetapi , tiada siapa yang tahu sewaktu kejadian berlaku.” jelas anggota polis tersebut kepada Fira.Dia terkedu mendengar penyataan anggota polis tersebut.Liur ditelan kesat.Wajah Tengku Hud Khuzairi dipandang pelik kerana lelaki itu kelihatan tenang.
 
 
“Maafkan aku Fira , aku terpaksa buang duit untuk bawa engkau pergi berubat kerana aku tidak mahu ada penyalahgunaan ilmu hitam di dalam lokap nanti.Memang aku yang merancang semua ini , sepanjang engkau berada di kampung aku banyak luangkan masa dengan Aqief dan dari situlah aku ada bukti yang kukuh untuk penjarakan engkau.Dan aku juga bukan pengkhianat yang seperti engkau fikirkan.” jelas Tengku Hud Khuzairi mendatar kepada Fira.Dia terkedu dengan pengakuan yang dibuat oleh Tengku Hud Khuzairi.
 
 
“Tetapi you kata , you cintakan I ?.” soal Fira yang inginkan kepastian daripada lelaki itu.Tengku Hud Khuzairi tertawa sinis.
 
 
“Cinta ? Perempuan macam engkau tidak layak untuk dijadikan isteri apatah lagi kekasih hati ? Aku hanya pergunakan situasi sahaja.Sebab aku tahu , engkau ini licik jadi aku sendiri pun perlu licik dam bertindak pantas.” jelas Tengku Hud Khuzairi selamba kepada Fira.Wanita itu mengetap bibir.
 
 
“Habis anak aku bagaimana ? Macam mana dia hendak hidup ? Siapa yang hendak jaga dia ?.” soal Fira yang tiba-tiba meraih empati dengan mempergunakan nama anaknya Aqief.
 
 
“Baru sekarang engkau teringat anak ? Masa engkau dera dia macam hati binatang , tidak pula engkau fikir itu anak ? Tentang anak engkau , jangan engkau risau sebab aku akan bagi bapa dia jaga dia.Kalau bapa dia tidak mahu jaga , rumah anak yatim dan rumah kebajikan bersepah sahaja.Aku boleh hantar dia ke sana.” jawab Tengku Hud Khuzairi tegas kepada Fira.Suasana bertukar sepi dengan penyataan Tengku Hud Khuzairi itu.
 
 
 
 
 
Dua jam yang lepas , Intan Zinirah mengadu sakit di bahagian perut.Terasa sakit yang amat sehingga dia menangis kerana tidak tahan rasa sakit tersebut.Datuk Hud Razief terus sahaja membuat panggilan terhadap kakak-kakaknya untuk membantunya melihat keadaan isterinya Intan Zinirah yang sedang bertarung dengan rasa kesakitan tersebut.Apabila Tengku Orked Mariam tiba di kediamannya , Intan Zinirah telah didapatkan terlebih dahulu.Intan Zinirah disuruh ke tandas untuk melihat sama ada tanda mahu bersalin itu sudah kelihatan atau belum.Apabila tahu sahaja yang Intan Zinirah sebenarnya mengalami kesakitan mahu bersalin.Suaminya Datuk Hud Razief terus membawa isterinya ke hoapital.Kini wanita itu sedang berada di dalam wad bersalin.
 
 
“Hud , you boleh relaks ? I pening tengok you ke hulur ke hilir macam langau.” marah Tengku Marina lembut kepada adik lelakinya Datuk Hud Razief.
 
 
“I takut , I excited , semuanya bergabung di dalam satu masa , sudahlah tadi siang dia cuba mengarut dengan I yang bukan-bukan.Sekarang ini , betul-betul situasi itu berlaku.” bebel Datuk Hud Razief kepada kakaknya Tengku Marina.Sedang mereka masih menunggu.Tengku Hud Khuzairi juga tiba di kalangan mereka.
 
 
“Intan mana ? Sudah bersalin ke ?.” soal Tengku Hud Khuzairi teruja.
 
 
“Belum lagi , kami ini pun masih menunggu lagi.” jelas Tengku Huda Melissa menyampah.Sedang mereka menunggu di luar bilik bersalin tersebut , tiba-tiba kedengaran suara bayi menangis.Semua wajah menatap pintu bilik bersalin dengan pandangan sepi.Tangisan bayi itu sambung menyambung.Saat itu jugalah , airmata Datuk Hud Razief megalir sebagai seorang ayah.Kasih sayangnya terus mengalir seiring bersama airmata tersebut.Tiba-tiba pintu bilik bersalin itu dibuka oleh seseorang dari arah dalam.
 
 
“Congrats Datuk , it’s a boy.” ucap doktor tersebut kepada Datuk Hud Razief.Mengalir deras airmata Datuk Hud Razief tanpa sempadan sewaktu menerima berita gembira tersebut.
 
 
“Isteri I macam mana doktor ?.” soal Datuk Hud Razief kepada doktor tersebut.
 
 
“Alhamdulillah , isteri you okay saja , cuma dia hilang banyak tenaga.Selepas satu jam sudah boleh melawat your wife , Datuk.” jelas doktor tersebut kepada Datuk Hud Razief.
 
 
Selepas satu jam kemudian , isterinya Intan Zinirah telah dipindahkan ke wad biasa.Datuk Hud Razief membuka pintu dan melangkah masuk ke dalam bilik wad tersebut.Airmatanya gugur sekali lagi apabila melihat isterinya Intan Zinirah yang sedang berbaring di atas katil masih di dalam keadaan separuh lemah.Tetapi masih mengukir senyuman buatnya.
 
 
“Sayang , sayang okay ?.” soal Datuk Hud Razief mengambil berat tentang isterinya Intan Zinirah itu.
 
 
“Alhamdulillah , Intan okay dan baby juga okay.” ucap Intan Zinirah sayu dan lemah.
 
 
“Terima kasih sayang sebab sudah bertarung nyawa untuk melahirkan anak kita.” ucap Datuk Hud Razief sayu.Anak kecilnya itu diambil dan dikucup lembut.Azan dimulakan dan bacaan ayat-ayat suci al-quran.
 
 
“Tengku Hud Khazief.” ucap Intan Zinirah di dalam senyuman.Dahi isterinya itu dikucup lembut oleh Datuk Hud Razief.Kini keluarga Hud lengkap dengan pewaris lelaki.
 
 
 
 
 
                                                        TAMAT  

Yeay ending !!!!! , thank you kepada semua penyokong FY dan SKZ , i love you so much , esok FY buat karangan naa..hihihi...korang boleh baca kalau belum tidur..yang dah tidur esok pagi jer baca..love you baby readers !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience