SKZ (33)

Romance Completed 109187

Sudah seminggu mereka pulang daripada bercuti di kota melaka.Pada hari ini , Datuk Hud Razief dan Intan Zinirah sekali lagi keluar bersama untuk mencari barang bayi buat anak mereka yang bakal lahir.Pada hari ini sekali lagi mereka menuju ke kedai menjual barangan bayi milik sahabat karib Datuk Hud Razief iaitu Fira.Setibanya mereka di sana , parkir kereta dicari terlebih dahulu dan berdekatan dengan kawasan kedai tersebut.Selepas memarkir kenderaan , Datuk Hud Razief keluar daripada isi perut kereta terlebih dahulu dan terus menuju ke pintu sebelah penumpang untuk menyambut isterinya Intan Zinirah yang keluar daripada isi perut kereta.Mereka berjalan beriringan menuju ke kedai tersebut.Sekali lagi mereka disambut oleh pelayan kedai tersebut.Langkah diatur menuju ke bahagian pakaian bayi.
 
 
“Sayang hendak cari baju pula ke ?.” soal Datuk Hud Razief lembut dan tenang kepada isterinya Intan Zinirah.Tangan kekarnya naik ke atas kepala isterinya Intan Zinirah dan mengusap lembut kepala wanita itu.
 
 
“Abang tidak kisah Intan hendak berbelanja sedikit lagi pakaian dan barang untuk baby ? Ada banyak yang Intan tidak dapat beli hari itu dan semuanya yang Intan berkenan.” jelas Intan Zinirah lembut dan manja kepada suaminya Datuk Hud Razief sambil kerlipan mata diberi kepada suaminya itu berkali-kali.Dia membuat riak wajah manja dan kesian kepada suaminya Datuk Hud Razief.Akhirnya lelaki itu tewas dan mengiakan sahaja.
 
 
“Baiklah sayang , ambil saja apa yang sayang mahu.Abang pilih di bahagian lain ya.” ucap Datuk Hud Razief lembut dan manja kepada isterinya Intan Zinirah itu.
 
 
“Abang hendak pilih barang juga ? Untuk apa ?.” soal Intan Zinirah pelik dan selamba kepada suaminya Datuk Hud Razief.Berkerut seribu dahi Datuk Hud Razief apabila mendapat soalan daripada isterinya Intan Zinirah.
 
 
“Kenapa , abang tidak boleh pilih barang untuk baby ke ? Apa soalan sayang ini ?.” soal Datuk Hud Razief pelik dan pening akan ragam isterinya Intan Zinirah.Baju yang tergantung di rak pakaian itu dilihat oleh Datuk Hud Razief dengan teliti.Isterinya Intan Zinirah telah membuat wajah cemberutnya itu.Lengan sasa suaminya Datuk Hud Razief laju sahaja dia merangkul.
 
 
“Sayang , dekat sini pun hendak bermanja dengan abang ke ? Tunggulah balik rumah nanti.” usik Datuk Hud Razief sengaja kepada isterinya Intan Zinirah.Lengannya dipukul lembut oleh isterinya Intan Zinirah.Manakala , Datuk Hud Razief sudah melepaskan tawanya.
 
 
“Abang itu yang gatal , Intan saja mahu peluk lengan abang.Perasaan saja yang kita hendak bermanja dengan dia.” ucap Intan Zinirah lembut dan manja.Mulutnya dimuncungkan kepada suaminya Datuk Hud Razief.Lelaki itu tersenyum bahagia apabila melihat reaksi manja isterinya itu.
 
 
“Cantik sayang semenjak berbadan dua ini.” ucap Datuk Hud Razief yang memuji kecantikan isterinya Intan Zinirah itu semenjak berbadan dua.Intan Zinirah terasa membahang di wajah kerana malu dengan pujian suaminya Datuk Hud Razief itu.
 
 
“Dengan abang pun hendak malu ke sayang ?.” soal Datuk Hud Razief yang tegar mengusik isterinya Intan Zinirah.
 
 
“Sudahlah , sambung cari barang untuk anak pula.” jelas Intan Zinirah selepas cuba untuk mengubah topik dengan suaminya Datuk Hud Razief.
 
 
“I love you sayang.” ucap Datuk Hud Razief lembut kepada isterinya Intan Zinirah sebelum dia meneruskan niatnya untuk mencari barang buat anaknya yang bakal lahir.
 
 
“Hai Hud.” tegur satu suara kepada Datuk Hud Razief yang sedang memilih pakaian buat bakal anaknya dari arah belakang.Tubuh dipusingkan untuk melihat gerangan kepunyaan suara tersebut.Terjelas wajah jelita Fira yang kini berada di belakangnya.
 
 
“Hai Fira , you sudah lama ke berada di belakang I ?.” soal Datuk Hud Razief mesra dan melemparkan senyuman manis kepada sahabatnya itu.Tetapi , bukan untuk Fira.Dia terasa bahagia menerima senyuman itu.Tetapi semuanya hanya dipendamkan sahaja dahulu.
 
 
“Tidak juga , I baru sahaja sampai sini.Staff I beritahu yang you ada di sini , itu yang I cari yoi sampai ke belakang.You datang berbelanja lagi ke ?.” soal Fira mesra dan lembut kepada sahabatnya Datuk Hud Razief itu.
 
 
“Yes ! My wife kata dia tidaj puas lagi hendak shopping barang baby hari itu.Jadi , hari ini I datang lagi bawa dia shopping puas-puas.” jelas Datuk Hud Razief lembut dan mesra kepada sahabatnya Fira itu.Tetapi , wanita itu hanya tersenyum hambar apabila dia mendengar penjelasan sahabatnya Datuk Hud Razief tentang isteri lelaki itu Intan Zinirah.Dia bagai tidak berkenan dan berminat untuk mendengar penjelasan tentang wanita itu.
 
 
“Untung wife you Hud , dapat hubby yang romantis macam you.Bukan macam I , tidak dihargai langsung.Menderita akhirnya.Nasib ada anak yang boleh mengubat segala duka yang telah I lalui.” jelas Fira yang cuba meraih simpati dan perhatian sahabatnya Datuk Hud Razief itu.Tetapi , lelaki itu masih belum sedar akan niat dan kata-katanya yang berbunga itu.
 
 
“Sabarlah Fira , akan ada yang allah hantar kepada you untuk menjadi lelaki yang terbaik di dalam hidup you.” jelas Datuk Hud Razief lembut dan tenang kepada temannya Fira itu.
 
 
“Hud , I ada perkara hendak beritahu you.” jelas Fira tenang dan lembut kepada sahabatnya Datuk Hud Razief.Tetapi , perhatian lelaki itu tetap pada pakaian bayi yang tergantung di rak pakaian tersebut.Datuk Hud Razief masih gigih membuat pilihan untuk bakal anaknya yang akan lahir tidak lama lagi.
 
 
“You cakap saja Fira , I dengar.” jelas Datuk Hud Razief tenang dan lembut kepada sahabatnya Fira walaupun pandangannya tidak lari daripada pakaian bayi yang tergantung di rak pakaian tersebut.
 
 
“Sebenarnya , I sudah lama suka pada you.Tetapi tidak tahu hendak beritahu bagaimana kepada you.Percayalah , I ikhlas and sanggup jadi madu isteri you.” ucap Fira sekali lafaz.Terhenti Datuk Hud Razief membuat pilihan pemakaian buat anaknya yang bakal lahir tidak lama lagi.Tubuh dipusingkan menghadap sahabatnya Fira dengan tepat.Dahi berkerut sehingga keningnya hampir bercantum.Dia bagai sedang bermimpi apabila mendengar penjelasan wanita dihadapannya itu.
 
 
“Apa you cakap Fira ? You tahu I sudah kahwin Fira.But kenapa you mesti nyatakan perkara ini kepada I ? You sengaja hendak menghancurkan rumahtangga I ?.” soal Datuk Hud Razief tegas kepada sahabatnya Fira itu.Jelas pancaran diwajahnya yang sedang marah sekarang ini.
 
 
“Jangan buat perkara yang mengarut Fira.Apa yang you mahu sebenarnya daripada I ? Tolong jauhkan diri you daripada I selepas apa yang you mahukan telah dapat dalam hidup you.” jelas Datuk Hud Razief tegas dan geram terhadap wanita yang bergelar ibu tunggal itu.
 
 
“I mahukan you Hud , I cintakan you.Please terima I.Kahwini I dan halalkan I.” ucap Fira bagai seorang yang terdesak pada masa kini.Tanpa mereka sedar , Intan Zinirah telah berdiri menghadap mereka dengan jauh beberapa meter dari tempat mereka itu.Airmata wanita itu sudah gugur berjuraian tanpa henti dan dengan riak wajah yang kosong.Dia telah pun mendengar perbualan suaminya Datuk Hud Razief dan sahabat suaminya iaitu Fira.Akhirnya , dia meninggalkan segalanya di situ dan melangkah keluar dari kedai tersebut dengan airmata yang berjuraian di pipi.Datuk Hud Razief tidak menunggu lagi dan terus mengejar isterinya Intan Zinirah itu.Fira mengetap bibir melihat kejadian tersebut berlaku di hadapan matanya.Jiwa dan raganya sakit kerana cinta yang diluahkan kepada lelaki itu tidak disambut dan dibalas.
 
 
 
 
 
Selepas kejadian siang tadi di kedai milik Fira itu terjadi.Intan Zinirah sekali lagi mengurung dirinya di dalam kamar.Hatinya sakit apabila terdengar luahan hati Fira terhadap suaminya Datuk Hud Razief itu.Dia terasa sering dipermainkan.Airmatanya juga tidak henti mengalir deras membasahi pipi.Datuk Hud Razief juga tidak berhenti memujuk isterinya Intan Zinirah supaya keluar dari kamar tidur mereka itu.
 
 
“Sayang , abang minta maaf jika abang salah di mata sayang.Tetapi percayalah , abang tidak tahu tentang apa yang terjadi hari ini.Abang sendiri terkejut dengan luahan yang Fira buat itu.” jelas Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah sambil mengetuk pintu kamar tidurnya itu berkali-kali dengan berharap yang isterinya Intan Zinirah akan keluar dari kamar tersebut.
 
 
“Abang tipu Intan.Abang memang suka juga kepada Fira itu.Intan tahu yang abang pernah keluar bersama Fira juga.Abang curang.” ucapnya di dalam tangisan.Semakin lama suaranya mengendur.Hatinya bagai dihiris.
 
 
“Ya allah , sayang sejak bila abang curang pula ini ? Ya , abang memang ada keluar dengan Fira tetapi itu semua hanya keluar minum-minum sahaja sayang.Abang tiada apa-apa hubungan dengan dia.Percayalah apa yang abang beritahu sayang ini.Sayang , bukalah pintu ini dan izinkan abang masuk.” jelas Datuk Hud Razief di dalam nada sebak dan sayu.Dia tidak menyangka yang isterinya Intan Zinirah akan menuduhnya sebagai seorang lelaki curang.
 
 
“Intan tidak percaya kepada abang lagi.Sudah berkali-kali abang tipu Intan.Abang cakap , abang sayang Intan tetapi di dalam masa yang sama abang curang dengan Intan.” jelas Intan Zinirah di dalam tangisannya.Wajah ditekup dengan kedua telapak tangannya.Dia tidak dapat mengawal tangisan yang semakin kuat itu.Dari luar kamar , Datuk Hud Razief melepaskan keluhan kecil.
 
 
“Sayang cakap , sayang hendak jadi isteri yang baik.Sayang cakap sudah banyak sayang menyusahkan abang.Sayang sudah lupa , sayang berjanji dengan abang yang sayang tidak mahu melawan cakap abang lagi.Sayang sudah lupa semua janji sayang ? Kenapa hari ini sayang buat abang lagi ?.” soal Datuk Hud Razief sayu dan lemah kepada isterinya Intan Zinirah di sebalik pintu kamar tidur mereka.Dia bukan mahu mengungkit.Dengan cara ini sajalah dia dapat membuat isterinya Intan Zinirah membuka pintu kamar untuk bersemuka dengannya.Intan Zinirah terdiam di atas katilnya itu.Dia menghayati setiap bait kata-kata suaminya Datuk Hud Razief itu.Dia tersentak yang suaminya itu mengungkit segala janjinya minggu lepas.Lelaki itu , ulang balik setiap kata-kata janjinya itu.Dia menelan liur kesat dan menekur wajah ke lantai kamar.Perlahan-lahan dia bangun dan berdiri di sisi katil.Tangan tubuhnya mengeletar tidak menentu.Langkah diatur menuju ke muka pintu.Perlahan-lahan tangannya mencapai tombol pintu lalu dibuka.Jelas wajah suaminya Datuk Hud Razief yang sedang berdiri tegak di hadapan pintu kamarnya itu.
 
 
“Abang fikir sayang hendak berkurung diri di dalam bilik itu sehingga esok.” sindir Datuk Hud Razief secara halus kepada isterinya.Intan Zinirah mengerling tajam ke arah suaminya Datuk Hud Razief itu.Terus sahaja dia melanggar tubuh lelaki itu lembut dan berjalan menuju ke ruang tamu.Datuk Hud Razief membuntuti isterinya Intan Zinirah itu ke ruang tamu.
 
 
“Kenapa sayang tuduh abang curang dengan Fira ? Sedangkan sayang tidak siasat dan bertanya tentang perkara itupun dengan abang.” jelas Datuk Hud Razief lembut dan sayu kepada isterinya Intan Zinirah.Wanita itu hanya diam membisu sambil pandangannya di buang ke arah rancangan yang sedang tersiar di skrin televisyen.
 
 
“Sayang , abang tanya sayang ini.Kenapa tuduh abang curang dengan Fira ?.” soal Datuk Hud Razief sekali lagi dan suaranya agak tegas.Intan Zinirah tetap dan masih diam membisu.Tiba-tiba lengan isterinya digenggam kasar.Intan Zinirah terus memandang wajah suaminya dengan riak wajah yang menahan sakit.
 
 
“Sakitlah abang , lepaskanlah.” rungut Intan Zinirah lemah dan sayu kerana menahan sakit disebabkan genggaman kuat di lengannya yang dibuat oleh suaminya Datuk Hud Razief.Wajah suaminya Datuk Hud Razief kerut seribu kerana agak marah dengan sikap isterinya itu.
 
 
“Abang tanya jawablah.Kenapa tuduh abang curang dengan Fira ? Mana bukti yang menyatakan abang curang dengan isteri abang dan ada perempuan lain ? Buktikan Intan Zinirah.Jangan bercakap ikut sedap mulut sahaja.” jelas Datuk Hud Razief dengan tegas kepada isterinya Intan Zinirah.
 
 
“Habis yang tadi siang itu apa ? Fira sendiri beritahu yang dia cintakan abang.Tidak mungkin abang tidak tahu.Abang sengaja buat-buat tidak tahu sebab Intan ada dengan abang masa itu.Betul ?.” soal Intan Zinirah yang inginkan kepastian daripada suaminya Datuk Hud Razief.
 
 
“Cukup ke bukti yang awak ada itu Intan ? Dengan luahan Fira itu sahaja awak sudah boleh buat spekulasi yang saya curang dengan awak.Kukuh ke bukti awak itu Intan ?.” soal Datuk Hud Razief kini di tahap dingin yang tinggi.Intan Zinirah terdiam dengan soalan suaminya itu.
 
 
“Saya tahu , awak sedang berbadan dua.Emosi awak tidak menentu.Tetapi jangan menyeksa saya dengan cara macam ini.Awak sentiasa mahu cari salah saya.Berhenti dengan cara hidup awak ini Intan Zinirah.Cukuplah awak mencari salah saya Intan.Kenapa sampai macam ini sekali awak hukum saya ? Adakah di atas kekhilafan saya pada masa yang lampau itu ? Jika seribu kali awak minta maaf dan tetap mengulangi kesilapan tersebut.Tiada bezanya Intan.Awak tetap menyeksa saya juga.Saya sudah cukup sabar dengan sikap awak.Dari sebelum mengandung sehingga sudah mengandung.Masalah tentang awak makin berganda saya harus tanggung.” jelas Datuk Hud Razief dingin kepada isterinya Intan Zinirah lembut dan sayu.Tetapi hatinya tetap ada rasa amarah kerana sikap ego dan pentingkan diri isterinya Intan Zinirah itu.
 
 
“Sudah penat melayan isteri awak ini ? Awak sudah bosan dengan saya ke Datuk ? Tunggu apa lagi ? Awak boleh kahwin 4.Pergilah kahwin dengan Fira itu.Buat apa tunggu saya lagi ?.” sindir Intan Zinirah tanpa berfikir dengan kata-kata yang telah diucapkannya kepada suaminya Datuk Hud Razief.Dia seakan mencabar lelaki itu.
 
 
“Intan Zinirah ! Awak sudah kenapa ?.” soal Datuk Hud Razief dalam jerkahannya.Terhinjut bahu isterinya Intan Zinirah kerana menerima jerkahan daripada suaminya Datuk Hud Razief itu.
 
 
“Awak jangan cabar saya macam itu Intan.Jangan main lepas sahaja bila berkata-kata.Fikir terlebih dahulu.Kata-kata awak itu akan memakan diri awak semula.” jelas Datuk Hud Razief tegas kepada isterinya Intan Zinirah yang kini terdiam seribu bahasa.Dia sendiri tidak sedar dengan kata-kata yang dia lafazkan sebentar tadi.
 
 
“Kenapa ? Awak rasa tercabar ? Memang saya cabar awak ! Kalau awak lelaki buktikan yang awak itu boleh buat apa yang lelaki mampu buat.Awak memang sudah penat melayan saya juga.Jadi kini awak ada Fira.Awak akan lebih bahagia bersama dia.” jerit Intan Zinirah dengan lantang kepada suaminya Datuk Hud Razief.Tangan , kaki dan tubuhnya terasa layu selepas mendengar kata-kata tajam daripada isterinya Intan Zinirah.
 
 
“Intan , awak tidak menyesal walaupun sekali ke dengan kata-kata awak itu ?.” soal Datuk Hud Razief dengan layu dan lemah di dalam keadaan separuh sedar.
 
 
“Saya tidak menyesal langsung.” ucap Intan Zinirah dengan ego.Sedikit pun wajah suaminya Datuk Hud Razief yang sayu itu tidak ditatap.Mengalir airmata lelaki itu saat hatinya remuk dengan kata-kata wanita yang dia cintai.Dia terjatuh melutut di hadapan isterinya Intan Zinirah.Saat dia mengangkat wajah dan menatap wajah isterinya Intan Zinirah itu.Airmatanya juga tidak berhenti jatuh berlinangan.Hatinya terlalu perit untuk menanggung.
 
 
“Kenapa hati awak keras sangat terhadap saya Intan ? Kenapa awak jadi begini ? Susah sangat ke awak hendak ampunkan saya tentang masa lalu ? Jangan kerana ego , ia akan memakan diri awak semula.” ucap Datuk Hud Razief sayu dan lemah kepada isterinya Intan Zinirah dengan nada sebak.
 
 
“Sakit yang awak beri seperti selumbar rasanya.Sukar untuk saya lupakan sepenuhnya.Ianya tidak nampak kerana terlalu kecil.Tetapi rasa sakitnya menusuk seluruh tubuh , Datuk.” ucap Intan Zinirah yang bersuara terhadap suaminya Datuk Hud Razief.Sedikit pun tiada belas kasihan terhadap suaminya Datuk Hud Razief itu diberikan olehnya.
 
 
“Awak betul tidak mahu tarik balik dengan apa yang awak kata Intan ? Awak pasti tidak akan menyesal ?.” soal Datuk Hud Razief di dalam linangan airmata.
 
 
“Tidak.” jawab Intan Zinirah ringkas dan tegas dengan pendiriannya.Langsung wajahnya tidak dihalakan ke arah suaminya Datuk Hud Razief.
 
 
“Baiklah Intan , jika ini yang awak mahukan.Saya akan pergi dari hidup awak selepas awak melahirkan.Dari hujung rambut sehingga hujung kaki saya beri kepada awak.Jawapan awak tetap sama.Saya sudah cuba berjuta kali untuk tenang dan memahami awak.Tetapi salah dan dosa saya juga yang awak cari.Saya tidak mahu kehilangan awak kerana saya terlalu cintakan awak Intan.Tetapi awak sendiri yang mahu padam cinta antara kita.Awak juga cabar saya untuk berkahwin dengan Fira.Walaupun saya sudah jelaskan yang saya tiada perempuan lain dan tiada hubungan dia Fira.Awak tetap tuduh saya curang.Saya akan lakukan demi awak.Hadirkan diri pada hari pernikahan saya dengan Fira dan saya akan bawa Fira ke mahkamah pada hari perbicaraan kes kita.” jelas Datuk Hud Razief dengan tegas dan mendatar kepada isterinya Intan Zinirah.Saat itu remuk seribu hati Intan Zinirah.Airmatanya mengalir tanpa henti.Datuk Hud Razief juga tidak dapat menahan sebak diatas apa yang sedang berlaku di dalam rumahtangganya kini.Hanya allah sahaja yang tahu betapa hancurnya hatinya sekarang ini.

Happy Reading Baby Readers !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience