SKZ (27)

Romance Completed 108451

Datuk Hud Razief dan isterinya Intan Zinirah akan bertolak dari perkampungan orang asli itu untuk pulang ke Kuala Lumpur.Mereka sudah memaklumkan perkara tersebut kepada ahli keluarga terlebih dahulu.Datuk Hud Razief baru sahaja selesai membersihkan diri dan keluar daripada kamar mandi.Dia terus menuju ke arah bagasi pakaiannya dan isteri Intan Zinirah.Kemeja dan seluar kain berwarna hitam di ambil lalu dibawa ke ruang persalinan.Pakaian yang kini mejadi pilihannya disarungkan ke tubuh lengkap.Kemudian , rqmbut disisir rapi.Segala aksesori di pakai di pergelangan tangan seperti jam dan cincin kahwin di jari manisnya.Langkah diatur menuju ke ruang tamu.Isterinya Intan Zinirah sedang menonton sebuah telefilem di televisyen dengan khusyuknya.Datuk Hud Razief turut melabuhkan punggungnya dan memaut bahu isterinya dengan lembut.
 
 
“Sayang sudah ready untuk berangkat pulang ke Kuala Lumpur ?.” soal Datuk Hud Razief lembut kepada isterinya Intan Zinirah.Kepala isterinya itu dikucup lembut dari arah sisi oleh Datuk Hud Razief.
 
 
“Sudah abang , tetapi Intan hendak berjumpa dengan Pak Andak terlebih dahulu sebelum kita berangkat boleh ?.” pinta Intan Zinirah lembut kepada suaminya Datuk Hud Razief.Tangan suaminya Datuk Hud Razief diraih dan digenggam erat oleh Intan Zinirah.
 
 
“Semalam Intan dapat suatu mesej daripada Haziq anak Mak Long.Dia hantar gambar satu keratan akhbar lama dan… .” kata-katanya terhenti daripada dia meneruskan ayat tersebut.Dadanya tiba-tiba laju untuk berkata tentang perkara yang ingin disampaikan oleh sepupunya itu.Semakin erat genggaman tangan mereka.Berkerut sedikit dahi Datuk Hud Razief apabila isterinya itu berkelakuan pelik.
 
 
“…dan di dalam keratan akhbar tersebut terjelas nama abang.Hud Razief.” jelas Intan Zinirah lemah dan sayu kepada suaminya.Dia sendiri berasa takut untuk memaklumkan perkara tersebut kepada suaminya Datuk Hud Razief itu.Dia takut akan keluarganya sengaja mahu meruntuhkan masjid yang sudah mereka bina dengan rasa cinta yang kuat itu dengan membuat perkara yang boleh hilang kepercayaan antara satu sama lain.Berderau darah Datuk Hud Razief apabila mendengar penyataan daripada isterinya Intan Zinirah tentang keratan akhbar tersebut.Liur ditelan kesat.
 
 
“Apa yang tertulis di akhbar tersebut ?.” soal Datuk Hud Razief pelik.Dia cuba mengawal emosi dan riak wajahnya daripada isterinya Jntan Zinirah daripada disyaki sesuatu yang mencurigakan.
 
 
“Entahlah , Intan baca kurang jelas juga.Sebab keratan akhbar itu agak lama.Tetapi nama abang jelas terpampang.Cuma Intan tidak pasti atas berita dan isunya apa ?.” jelas Intan Zinirah lembut dan tenang kepada suaminya Datuk Hud Razief.Keluhan lega dilepaskan oleh Datuk Hud Razief secara perlahan-lahan.
 
 
“Kenapa dia hantar keratan akhbar tersebut kepada sayang ? Sedangkan itu keratan akhbar lama.” jelas Datuk Hud Razief lembut dan tenang kepada isterinya Intan Zinirah.
 
 
“intan sendiri tidak tahu.Mereka mungkin dengki melihat kita bahagia.Ada sahaja fitnah yang mereka hendak canangkan.” jelas Intan Zinirah menyampah dengan sikap ahli keluarganya kepada suaminya Datuk Hud Razief.
 
 
“Berhati-hati dengan orang yang dengki dengan kita ini sayang.Mereka mampu melakukan apa sahaja demi apa yang mereka inginkan tercapai.” jelas Datuk Hud Razief dengan nada yang kurang senang kepada isterinya Intan Zinirah.
 
 
“Tetapi Intan pelik juga.Kenapa Haziq hantar gambar keratan akhbar yang lama itu dan ada nama abang.Apa yang ada dekat isu dan berita tersebut ? Dia sendiri hantar perkara yang tidak jelas.” ujar Intan Zinirah pelik kepada suaminya Datuk Hud Razief.Sekali lagi , Datuk Hud Razief menerima kejutan daripada isterinya.Kejutan yang mampu memberi dia penyakit serangan jantung.Liur kesat ditelan sekali lagi.
 
 
“Entahlah sayang , biarlah mereka itu.Tidak ada apa yang penting kalau kita sibuk hendak mencari perkara yang tidak sahih.” jelas Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah dengan nada yang lembut dan tenang.
 
 
“Makesure selepas ini sayang tidak ada mesej dengan dia lagi.Sayang itu isteri abang , cemburu abang kalau sayang mesej dengan lelaki lain.Ingat !.” pesan Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah dengan nada tegas.Intan Zinirah tertawa kecil apabila melihat sikap cemburu suaminya yang mencuit hatinya itu.
 
 
“Apa gelak-gelak ? Ingat kelakar ke ?.” soal Datuk Hud Razief menyampah.Laju sahaja , kucupan hangat hinggap di bibir suaminya Datuk Hud Razief.Terpana suaminya itu apabila mendapat hadiah besar daripada isterinya.Wajahnya mengukir senyuman manis.
 
 
“Nak lagi ?.” pinta Datuk Hud Razief nakal kepada isterinya Intan Zinirah.Jelingan tajam diberi kepada suaminya Datuk Hud Razief.Tubuh isterinya ditolak lembut sehingga rebah di atas sofa.Intan Zinirah terkedu melihat kelakuan suaminya.
 
 
“Abang hendak apa ?.” soal Intan Zinirah seperti tidak tahu pengertian yang cuba dimaksudkan oleh suaminya Datuk Hud Razief secara tersirat.Datuk Hud Razief mengukir senyuman sumbing kepada isterinya Intan Zinirah.Perlahan-lahan dia menindih tubuh isterinya yang berada di dalam keadaan mengandung 4 bulan itu.Gerun Intan Zinirah apabila melihat suaminya itu cuba menindih tubuhnya itu.
 
 
“Abang hendak sayang.” ucap Datuk Hud Razief lembut dan mengoda dengan nada serak basah.Intan Zinirah menelan liur kesat dan menjadi tidak keruan.Wajah suaminya Datuk Hud Razief ditatap dengan penuh rasa cinta oleh Intan Zinirah.
 
 
“Intan memang hak milik abang , tidak perlu minta izin dengan Intan.Seluruh tubuh Intan adalah hak milik abang.” ucap Intan Zinirah lembut dan mengoda kepada suaminya Datuk Hud Razief.Wajahnya didekatkan ke arah raup wajah isterinya Intan Zinirah.Batang hidung mereka hampir berlaga.Hembusan nafas isterinya dapat dirasakan dengan rasa yang hangat.Intan Zinirah memejamkan mata perlahan-lahan.
 
 
“Abang hendak tunaikan segalanya hari ini.” ucap Datuk Hud Razief lembut dan mengoda.Nadanya tersekat-sekat kerana terlalu ghairah terhadap isterinya Intan Zinirah.Wajah didekatkan lagi sehingga permukaan bibir mereka bersentuhan.Tiba-tiba tangan isterinya Intan Zinirah naik menahan dada bidangnya daripada terus mendekatkan wajahnya itu.Datuk Hud Razief terkedu.
 
 
“Abang cuba lihat yang di hadapan pintu itu.” arah Intan Zinirah lembut supaya melihat sesuatu di hadapan pintu.Perlahan-lahan kepala Datuk Hud Razief menoleh dan dia melihat beg bagasi pakaiannya serta isteri sudah tersedia di hadapan pintu.Wajahnya menatap semula wajah ayu isterinya Intan Zinirah.Senyuman bangga terukir di bibir mungil isterinya Intan Zinirah.
 
 
“Kalau kita teruskan juga , memang perlu bertahan satu malam lagi di sini.” sindir Intan Zinirah secara lembut kepada suaminya Datuk Hud Razief.Renungan tajam diberi oleh Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah.
 
 
“Nakal.” ucap Datuk Hud Razief sekilas kepada isterinya Intan Zinirah itu.Sengihan terbit di wajah isterinya itu dengan riak wajah nakal.
 
 
“Jom.” ajak Datuk Hud Razief lembut dan menghulurkan tangannya untuk meraih tangan isterinya supaya Intan Zinirah dapat bangkit daripada pembaringannya.Perlahan-lahan dia bangun dan berdiri di sisi kerusi sambil membetulkan pakaiannya.
 
 
“Makesure , sampai Kuala Lumpur nanti abang akan dapat hak abang.Okay !.” amaran diberi kepada Intan Zinirah oleh Datuk Hud Razief dengan nada yang mengoda.
 
 
 
 
 
Kediaman Datuk Hud Razief bersuasana sunyi dan sepi.Mereka selamat tiba di Kuala Lumpur pada waktu maghrib.Kereta di parkir di bawah bumbung kondominium.Selepas selesai memarkir kenderaannya.Intan Zinirah terus keluar daripada isi kereta dan melulu jalan ke pintu lof tanpa menghiraukan suaminya Datuk Hud Razief di belakang.Suaminya Datuk Hud Razief itu hanya mengelengkan kepala kerana sudah memahami akan emosi yang menjadi perubahan terhadap diri isterinya Intan Zinirah itu semenjak di dalam keadaan mengandung ini.
 
 
“Boleh sayang tunggu abang ? Kenapa jalan laju sangat ini ?.” soal Datuk Hud Razief lembut kepada isterinya Intan Zinirah yang hanya diam membisu itu.Dia tetap membuat keputusan untuk berdiam diri sahaja tanpa memberikan sebarang jawapan kepada suaminya Datuk Hud Razief.
 
 
“Sayang , abang bercakap dengan sayang bukan dengan tembok.Abang tanya ini , kenapa jalan laju dan tinggalkan abang di belakang ?.” soal Datuk Hud Razief dengan nada yang lembut dan tenang sekali lagi kepada isterinya Intan Zinirah.Suasanan tetap menyepi tanpa sebarang jawapan.Keluhan kecil akhirnya terbit dari bibir Datuk Hud Razief.Setibanya mereka di tingkat atas.Intan Zinirah melulu menuju ke pintu rumah.Kunci dibuka dan pintu dibuka luas oleh Intan Zinirah.Langkahnya diatur menuju terus ke kamar tidur.Beg bagasi pakaian diletakkan di sisi sofa yang berada di ruang tamu olejh Datuk Hud Razief.Kemudian , dia juga menuju ke kamar tidur untuk mendapatkan isterinya yang kini emosi terganggu.
 
 
“Sayang merajuk dengan abang ya ?.” soal Datuk Hud Razief menduga kepada isterinya Intan Zinirah sebaik sahaja dia sudah berada di dalam kamar tidur mereka.Tubuh Intan Zinirah mengiring ke kiri dan bantal kepala bersaiz panjang menutupi wajahnya.Datuk Hud Razief menarik sedikit bantal tersebut dan menampakkan wajah isterinya Intan Zinirah yang berada di dalam keadaan pejaman mata.
 
 
“Sayang , bangunlah jangan tidur.Maghrib lagi ini.Mari kita sembahyang dahulu.” ajak Datuk Hud Razief kepada isterinya Intan Zinirah lembut dan sayu.Rambut isterinya dibelai lembut.Wajahnya ditundukkan sedikit dan mengucup lembut dahi isterinya Intan Zinirah.
 
 
“Tidak baik sayang berdiam diri macam ini tanpa menjawab soalan abang.Berdosa tahu membelakangkan suami.Tidak kesian kepada abang ke ?.” soal Datuk Hud Razief lembut dan sayu kepada isterinya Intan Zinirah.Tiba-tiba , bantal kepala panjang itu bergerak perlahan-lahan dan mata Intan Zinirah menikam anak mata suaminya Datuk Hud Razief.
 
 
“Kenapa tengok abang begitu ?.” soal Datuk Hud Razief lembut kepada isterinya Intan Zinirah dengan raup wajah yang cukup tenang.Perlahan-lahan dari posisi pembaringan dia kini bertukar kepada posisi duduk bersandar di kepala katil.Dadanya turun naik menahan rasa.
 
 
“Tadi dalam perjalanan kita ada singgah RNR kan ?.” soal Intan Zinirah lembut kepada suaminya.Datuk Hud Razief mengangguk perlahan dan berasa sedikit pelik dengan persoalan isterinya itu.
 
 
“Ya , abang singgah sebab hendak pergi toilet.Kenapa sayang ?.” soal Datuk Hud Razief dengan nada yang agak tergesa kerana dia ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku semasa dia meninggalkan isterinya Intan Zinirah keseorangan di dalam kenderaan tersebut.
 
 
“Tengku ada mesej abang.Tetapi Intan sudah padam mesej itu sebab tidak mahu abang tahu yang mesej abang dengan Tengku sudah dibaca.” jelas Intan Zinirah kepada suaminya Datuk Hud Razief dengan riak wajah dan nada yang cuak.Berkerut dahi Datuk Hud Razief apabila mendengar penjelasan isterinya itu.Dia menelan liur kesat.
 
 
“Kenapa sayang baca ? Apa yang Tengku beritahu ?.” soal Datuk Hud Razief yang inginkan jawapan daripada isterinya Intan Zinirah itu.Intan Zinirah perlahan-lahan mengangkat wajahnya dengan dadanya yang turun naik semakin laju.
 
 
“Apa hubungan abang dengan ayah Intan ? Tengku sebut nama Farid , abang.Intan sudah cakap banyak kali yang Intan dapat merasakan abang ada sembunyikan sesuatu daripada Intan.Akhirnya allah sudah makbulkan doa Intan.Luah pada Intan.Apa yang terjadi sebenarnya ?.” soal Intan Zinirah dengan nada yang menekan kepada suaminya Datuk Hud Razief.Seluruh tubuh lelaki itu terasa bergetar ketakutan.Adakah dia sudah bersedia untuk kehilangan orang yang dia cintai ?.
 
 
“Cakap abang , Intan hendak dengar daripada mulut abang sendiri.” Keras nada Intan Zinirah.Suaranya lontar sewaktu berkata-kata.Ada kedengaran getaran pada nadanya.Dua rasa yang kini bersatu di dalam jiwanya.Marah dan takut.
 
 
“Intan hendak dengar penjelasan daripada abang sendiri tentang hubungan abang dengan ayah Intan.Apa yang berlaku abang ? Adakah kematian beliau ada berkaitan dengan abang ? Adakah keratan akhbar yang Haziq hantar itu ada kaitan dengan abang serta kematian ayah Intan ?.” soal Intan Zinirah tegas dan marah.Matanya merah menyala.Dahinya berkerut sehingga hampir mencantumkan keningnya.
 
 
“Abang minta maaf sayang.” ucap Datuk Hud Razief sayu dan lemah kepada isterinya Intan Zinirah.Dia hilang kata-kata untuk menjelaskan perkara sebenar.Apa yang dirancang olehnya tidak satu pun yang menjadi dan berlaku dengan teratur.Semuanya sudah musnah akibat sebuah mesej.
 
 
“Intan tidak suruh abang minta maaf dengan Intan.Intan hendak dengar daripada mulut abang sendiri tentang hubungan abang dengan arwah ayah Intan.Apa kaitan abang dengan kematian ayah Intan ? Kenapa Tengku suruh beritahu pada Intan sebelum semuanya pecah tembelang ? Apa yang jadi sebenarnya abang ?.” soal Intan Zinirah marah dan geram kepada suaminya Datuk Hud Razief.
 
 
“Bagi abang jelaskan dahulu sayang.” ucap Datuk Hud Razief yang cuba menenangkan keadaan yang sedang tegang ini.Intan Zinirah mendengus kasar di hadapan suaminya Datuk Hud Razief.
 
 
“Intan hendak dengar penjelasan tentang hubungan abang dengan arwah ayah Intan sahaja.Bukan pujuk rayu abang terhadap Intan.” jelas Intan Zinirah tegas dan penuh rasa amarah.Keluhan kecil terbit di bibir Datuk Hud Razief.Wajah diraup lembut dan dibawa hingga ke belakang kepala.Tangannya pula bercekak di bahagian pinggangnya.Anak mata isterinya yang merah menyala ditatap redup dan tenang.
 
 
“Sayang… .” kata-katanya mati apabila hendak berbicara bersama isterinya.Dia berada di dalam keadaan buntu.
 
 
Apa ?.” jerit Intan Zinirah seoktaf di hadapan wajah suaminya.Airmatanya yang ditahan daripada tadi akhirnya gugur juga.
 
 
“Intan sudah dapat rasakan ada sesuatu yang terjadi di dalam hidup abang.Tetapi Intan tidak berfikir dengan lebih jauh lagi.Lebih baik abang jujur daripada Intan akan buat perkara diluar pemikiran abang.” jelas Intan Zinirah marah dan geram.Airmatanya semakin deraa mengalir kerana terlalu pedih rasa hatinya apabila ditipu dan dikhianati oleh suaminya sendiri.
 
 
“Abang tidak bermaksud untuk melakukan sebegitu sayang , abang buat di dalam keadaan marah dan tidak berfikir panjang.” jelas Datuk Hud Razief sayu dan lemah kepada isterinya Intan Zinirah.
 
 
“Cakap abang , apa yang abang sudah lakukan kepada keluarga Intan ?.” soal Intan Zinirah tegas dalam linangan airmatanya itu.Keluhan dilepaskan perlahan-lahan oleh Datuk Hud Razief.
 
 
“Abang yang bunuh ibu bapa sayang.” jelas Datuk Hud Razief sekali lafaz kepada isterinya Intan Zinirah.Matanya membutang , darahnya seakan berhenti.Wajahnya bertukar pucat.Kepala lututnya terasa lemah.Dia tidak dapat mengimbangkan tubuhnya dan memaut besi katil.Intan Zinirah hilang kata-kata dan semangatnya.
 
 
 
 
 
Jam menunjukkan tepat pukul 3 pagi.Datuk Hud Razief dan isterinya Intan Zinirah masih belum melelapkan mata.Intan Zinirah mengurung diri di dalam kamar tidur mereka.Setelah kejadian pada waktu maghrib yang mendinginkan itu berlaku , Intan Zinirah menangis semahu-mahunya tanpa henti dan mengunci dirinya di dalam kamar tersebut.Selepas berlakunya kejadian itu , Datuk Hud Razief terus membuat panggilan mengejut terhadap kakaknya Tengku Orked Mariam.Wanita itu segera hadir ke kediaman adik lelakinya itu Datuk Hud Razief bersama suaminya Hazim Iqbal.Sehingga kini , mereka masih menunggu Intan Zinirah keluar daripada tempat berkurungnya itu.
 
 
“Datuk , saya sarankan supaya Datuk memujuk Cik Puan dengan lembut dan tenang.Sudah lama sangat dia berada di dalam bilik itu dalam keadaan berkurung.Dia masih belum mengisi perut lagi.” jelas Tengku Orked Mariam lembut dan tenang.Datuk Hud Razief melepaskan keluhan kecil.Perlahan-lahan langkah diatur menuju ke kamar tidurnya.Setibanya dia di hadapan pintu kamar , tangan mula diangkat untuk mengetuk daun pintu terlebih dahulu.Tetapi dia teragak-agak untuk melakukan perkara tersehut.Akhirnya , daun pintu diketuk juga sebanyak dua kali.
 
 
“Sayang , abang ini.Sayang okay ke di dalam itu ? Sayang…janganlah berkurung terlalu lama.Abang risau akan kesihatan sayang.Jangan jejaskan kesihatan sayang dan baby.” ucap Datuk Hud Razief terketar-ketar kepada isterinya Intan Zinirah.Tiada jawapan di balik daun pintu disahut oleh isterinya Intan Zinirah.
 
 
“Sayang…keluarlah dahulu.Kita berbincang.” ucap Datuk Hud Razief lembut dan tenang kepada isterinya Intan Zinirah di balik daun pintu.Tetap tiada sahutan daripada wanita itu.Hatinya benar terluka.Hatinya retak seribu.Dia tidak tahu mahu lakukan apa.Dia buntu.Dia terkejut.
 
 
“Tengku , Intan tidak mahu keluar.” adu Datuk Hud Razief kepada kakaknya Tengku Orked Mariam yang berdiri agak jarak di belakangnya.
 
 
“Bagi saya yang bercakap dengan Cik Puan.” jelas Tengku Orked Mariam tenang kepada adik lelakinya Datuk Hud Razief.Langkah diatur mendekati daun pintu kamar adik lelakinya Datuk Hud Razief itu bersama adik iparnya Intan Zinirah.Perlahan-lahan juga daun pintu diketuk.
 
 
“Cik Puan , boleh Cik Puan buka pintu ini.Saya hendak berbicara sebentar bersama Cik Puan.Ada perkara yang saya perlu perjelaskan kepada Cik Puan.Tidak saya bermaksud untuk memasuk campur hal hubungan rumahtangga Cik Puan.Tetapi , saya minta Cik Puan sudi untuk mendengar penjelasan saya.” ucap Tengku Orked Mariam sayu dan lembut kepada adik iparnya Intan Zinirah yang berada di dalam kamar di dalam keadaan berkurung.Tetap tiada jawapan.Dia mula berpusing tubuh untuk beredar dari kawasan itu.Tiba-tiba bunyi daun pintu dibuka dari arah dalam kamar.Segera Tengku Orked Mariam dan Datuk Hud Razief menoleh semula ke arah daun pintu yang terbuka itu.Wajah sembap Intan Zinirah jelas kelihatan.Itu juga menandakan wanita itu sudah puas memerahkan air jernihnya tanpa henti.
 
 
“Cik Puan , are you okay ?.” soal Tengku Orked Mariam lembut dan tenang kepada adik iparnya Intan Zinirah itu.Intan Zinirah memandang wajah suaminya Datuk Hud Razief dan kakak iparnya Tengku Orked Mariam dengan pandangan kosong.Tubuhnya terasa ringan seperti tiada kudrat.Tiba-tiba , tubuhnya semakin condong dan rebah di hadapan kamar tidurnya itu.
 
 
“Sayang… .” jerit Datuk Hud Razief apabila melihat isterinya itu sudah jatuh rebah di hadapan kamar tidurnya.Dia terus mencempung tubuh isterinya Intan Zinirah itu ke luar kediaman untuk dibawa ke hospital diikuti Hazim Iqbal dan kakaknya Tengku Orked Mariam.

Happy reading baby readers !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience